ReNuNG-ReNuNGKaN

Hari ni aku nak coret sesuatu untuk korang semua fikir. Pada aku, perkara ini serius (tetiba teringat iklan Wonderpet masa dia nyanyi kan part "Ini Serius), kerana ianya seakan sudah menjadi norma kehidupan masyarakat kita.

Korang
mesti pernah tengokkan iklan dimana Adlin Aman Ramli pura-pura tidur sebab tak nak kasi tempat duduk Putra kepada warga tua dan warga kurang upaya (dalam iklan, cacat penglihatan). Bila tengok ni, kita semua tetiba rasa menyampah dengan watak yang dilakonkannya. Tapi itulah hakikat yang terjadi bila kita menaiki kenderaan awam. Sudah kurang orang yang ingin memberikan tempat kepada orang yang kurang upaya.

Aku
nak citer satu kisah yang terjadi pada diri aku sendiri. Masa aku kerja KL dulu, aku memang biasa naik pengangkutan awam (sama ada komuter, STAR, Putra mahupun Monorel). Aku kalau nampak makcik dan pakcik yang kurang berupaya, kakak, abang atau adik (aku ni dah kategori veteran) yang mendukung baby atau perempuan mengandung, secara automatiknya aku akan berdiri dan pelawa mereka tempat duduk aku (aku ni bukan baik sangat, tapi tak lah kejam sampai tak kasi orang kurang upaya tempat duduk). Sebabnya, aku masih ingat lagi, bagaimana masa aku kecil, orang selalu offer tempat duduk dekat aku, mak aku dan adik aku (akhir tahun 80'an). Tai skarang ni, perangai masyarakat kita ni dah terlalu berbeza. Masing-masing memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa melihat orang lain.

Pernah
ada sekali tu. Masa tu aku bangun dan nak pergi dekat ada satu perempuan mengandung ni (dia berdiri agak jauh dari aku) untuk bagi seat aku dekat dia. Dan-dan ada sorang minah ni (muda dan masih kuat) meluru dekat tempat aku dan terus duduk. Aku pulak jadi terpinga-pinga masa tu. Yela, hajat dihati nak buat kebajikan, tapi tempat kena kebas. Aku dengan rasa bengang, berdiri depan pompuan tu sambil stare jer dekat dia. Pompuan tu plak, tanpa rasa bersalah buat dek jer. Aku betul-betul tak faham. Tapi nasib ada sorang mamat kasi seat dia dekat perempuan mengandung tu. Still aku tak puas hati dgn minah yang curik seat aku tu.

Aku
tak tau la kenapa masyarakat kita skang ni jadi kurang prihatin. Mungkin sebab kita ni semua, generasi yang tak belajar mata pelajaran Tata Susila (atau Tata Negara). Aku pun tak pernah belajar benda tu, tapi aku pernah baca buku teks dia yang mengajar kita mengenai keharmonian hidup bermasyarakat. Tapi aku harap, korang semua jangan ler jadi orang yang tak endah keadaan sekeliling. Aku rasa, kalau kita start benda ni dalam hidup, mungkin mata orang lain akan terbuka dan makin ramai yang akan jadi lebih prihatin. Jadi, sama-samalah kita angkat punggung kita yang berat semasa dapat duduk dalam public transport, dan lihat sekeliling sama ada, ada tak orang lain lebih memerlukan kerusi itu lebih dari kita.

2 Response to "ReNuNG-ReNuNGKaN"

  1. Cik Skaf says:
    May 16, 2009 at 1:43 PM

    wah..wah inilah slh satu cth warganegara malaysia yg baik, belia yg berhemah tinggi dan muslim yg berakhlak mulia .. :)

  2. BadekGonzalez says:
    June 14, 2009 at 11:27 PM

    zaman dah berubah dengan dunia yang maju..
    manusia semakin lupa diri..
    mungkin hanya tinggal kita sahaja untuk meneruskan perjuangan yang akan kekal abadi,Islam iu sendiri..
    ...
    manusia dan perubahan..
    yang bodoh terus mengikut..
    yang bijak akan diikut..
    dimanakah kita?

    lu pikir r sendiri