aKu YaNG CoMPLiCaTeD (PaRT 2)

Kali ni biar aku citer serba sedikit mengenai dunia percintaan aku. Tapi, sebelum aku cite pasal ni, aku akan ungkap sejarah aku masa skolah. Aku berskolah di sebuah skolah lelaki di kuala lumpur. Aku boleh digolongkan dalam kumpulan dak lelaki yang tak ensem dan tak gelemer. Disebabkan sekolah lelaki, aku kurang bergaul dengan perempuan dan boleh dikatakan takde kawan pompuan masa skolah rendah dan kurang dari 5 semasa skolah menengah. Aku mula meminati awek semasa aku darjah enam (gatal gak aku ni kan). Aku tak kenal pun awek ni, cuma dia satu bas dengan aku, sebaya aku dan aku kenal adik dia. Tapi sebabkan aku ni pemalu, aku hanya memerhati jer la dia. Tak lebih dari tu.

Sekolah menengah pun
, aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang yang tak hensem, takde personaliti menarik dan tak gelemer (rasanya, sebab ni la aku tak pernah ada admirer dan tak pernah dapat hadiah masa valentine day). Masa skolah menengah, aku mengenali seorang awek yang muda setahun dari aku dari kawan aku. Dia skolah asrama dan aku plak sekolah tak berasrama (masa ni form 5). Permulaan hubungan, macam biasa la, nak jadi abang angkat. Sebabkan masa tu zaman tak secanggih skang ni (1994 & 1995), maka mode untuk perhubungan adalah melalui surat (terlalu kuno untuk mereka yang hidup zaman IT dan henset ni). Telefon pun hanya masa cuti skolah (sanggup beratur panjang dekat public phone, alangkah sedihnya kalau bercinta zaman bukan teknologi ni). Tapi kami tak dapat menjalinkan hubungan yang lebih jauh. Cuma sekadar adik dan abang sehinggalah kami terputus hubungan.

Aku rasa
, percintaan pertama ialah masa aku masuk kursus persediaan ke Australia under MARA. Masa ni dah tahun 1996. Aku mula dengan usha dan mintak kawan aku, yang satu kelas dengan ex aku (first ex gf aku). Satu sem aku buat benda ni. Masuk Foundation Year, aku dah start berani ikut member aku kuar dengan class mate dia (sebab tempat kita orang kecik, maka bebudak lelaki kenal antara satu sama lain, lebih2 lagi satu course). So masa ni bebudak lelaki akan kenen2 kan aku dengan ex aku ni. Serba sedikit mengenai ex aku. Dia seorang yang pandai dan baik (maklumlah, budak sekolah agama). Kepandaiannya, membolehkan dia dalam top 10 dari dekat 200 orang dak batch aku. Dia pakai tudung, pakai spek dan berkulit agak cerah.

Sebelum berakhir sem
ke 2, aku dah mintak no tipon dia dan startlah percintaan jarak jauh (masa cuti sem) aku dengan dia. Dia ni asal negeri bandaraya bersejarah. So aku yang dekat kl ni, memerlukan RM 10 untuk bercakap dengan dia pada waktu siang selama setengah jam(memang dia tak kasi aku call umah dia memalam). Aku dengan dia ni, kira kawan, tapi lum leh couple lagi. Dia kasi syarat, kalau aku nak couple dengan dia, kena berenti merokok. Sem kedua foundation, aku makin rapat dengan dia. Masa ni dia dah bawak motor, selalu gak aku kuar dengan dia naik motor (aku naik motor dengan member aku, dia dengan member dia). Aku tak berani lagi ajak dia date berdua.

Sem kedua, banyak kali
aku kuar dinner dengan dia dekat Bandar Baru Bangi. Lepas habis sem, sebelum balik, aku berpeluang kuar berdua dengan dia (jalan kaki jer) makan dekat kedai sebelah hostel kita orang. Masa ni, kita orang dah tau takkan g Australia tapi tak tau mana kena campak. So cuti agak lama.

Sem satu
di sebuah universiti tempatan. Hubungan makin intim. Kami dah mula kuar date jalan2 KL. Dak batch aku dah anggap kami couple. Tapi, sebenanya kami lum lagi declare (perkataan yang selalu digunakan orang zaman aku dulu). Kita orang declare masa aku sem dua dekat uni. Aku tanya dia, kata nak tunggu aku berenti merokok. Tapi, sebabkan aku tak kasi dia minum coke (sesuatu yang membuat dia terharu sebab aku concern pasal dia), telah buat dia declare dgn aku. Tapi hubungan aku dengan dia, bertahan sampai aku 2nd year jer. Semuanya sebab salah aku (mungkin aku akan eritakan pada masa hadapan).

Pengalaman bersama ex gf aku no 1 yang tak dapat dilupakan.

1. Aku masih ingat masa dia tanya aku, cuba teka bingkai mana yang dia pilih (dia buat spek baru). Aku terus tunjuk dekat satu bingkai yang aku rasa cun. Terus dia senyap. Malamnya, dia telefon aku dan cakap, macam mana ek aku leh pilih (dengan sekali teka), bingkai yang dia pilih.

2. Hari dimana aku bawak dia lepak dan jumpa kawan2 aku, hari dimana aku tak kasi dia minum coke (atas sebab-sebab kesihatan dia, dia tak leh minum air gas), walaupun dia teringin sangat nak minum masa tu.

3. Sem 1 second year, hari dimana aku amik result aku, pointer aku lepas (selama 2 sem aku dekat uni, pointer aku bawah 2.0, kali ketiga, maka aku akan kena dismiss), tapi aku tipu dia cakap aku kena dismiss. Muka dia berubah dan terkejut.

Sebenarnya,
ex aku ni, merupakan calon terbaik aku untuk buat isteri. Tapi, sebab aku ni bengong dan bodoh, aku lepaskan dia. Kepada dia, aku ucapkan selamat berbahagia di samping suami dan anak-anak tercinta. Halalkan apa yang awak pernah beri pada saya dan yang saya pernah terhutang dengan awak...............................................

8 Response to "aKu YaNG CoMPLiCaTeD (PaRT 2)"

  1. iyda7 says:
    May 15, 2009 at 9:13 PM

    huhu....sedey r n3 ko yg ni pes....

  2. Cik Skaf says:
    May 16, 2009 at 1:22 PM

    cerita yg sy penah dngar..
    Jika mmg bukan dia yang ditakdirkan utk awak, wlau bagaimanapun keadaannya, ia tetap tak akan jadi milik awak. kalupun dia tak melangkah pergi pada masa itu, dia mgkin akan pergi tinggalkan awak di masa yg lain.
    "Sesuatu yang kita sngkakan baik utk kita tak semstinya ia madu dan sesuatu yg pahit tidak semestinya ia racun buat kita" biasa sgt dngar ayat ni kan??

  3. Ukgm7W1vgZ3sIQnxZUiMIdVwVg-- says:
    May 16, 2009 at 10:44 PM

    ~syahdu..
    ni la kali ptama aku bsimpati ngan pesakit mental..
    ade prasaan rupenye..hehehe..
    juz 4 laugh gagz..
    memori ko ni mst ade ajar ko sesuatu kan?
    pengajaran tu la yg akan wat ko ingat kat die,n aku doa,ko akan jumpe yg lagi best dr dia..

  4. Ukgm7W1vgZ3sIQnxZUiMIdVwVg-- says:
    May 16, 2009 at 10:53 PM

    hehehe..pesakit pon de prasaan yea..ooo...juz 4 laugh eyh..
    tiap memori,ade pngajaran.tiap pngajaran,pasti ada ingatan..n tiap ingatan,pasti akan ada selingan yg akan wat kite tsenyum..
    senyum~senyum~senyum~nyum~nyum~mm~m~(bace style ade echo taw,cam jerit kat gunung)wakakaka!!! =))

  5. GRuNGe says:
    May 16, 2009 at 11:36 PM

    Waakakaka, open ID la sangat Dark. Aku akan tunggu cerita ko plak dark. ;)

  6. CikYana(",) says:
    June 14, 2009 at 9:20 PM

    cool
    suka baca love story abg man nie

    pape pun
    abg man pst jumpa wanita idaman abg man nnti
    yana doakan yg terbaek tuk abg taw
    :)

  7. badek_gonzalez says:
    June 15, 2009 at 7:49 PM

    adoyai...
    memori cinta luka..
    hekhek

  8. miSs siv says:
    July 21, 2009 at 4:29 PM

    uhh...
    rase cam sdey loh~
    =((
    nyway, muga2 abg pun hepi cam die jugak~
    =p