CoReTaN KHaS uNTuK DiRi Mu YaNG Ku aNGGaP iSTiMeWa

"Saya ni tak baik untuk awak, awak carilah orang lain sebab awak layak mendapat orang yang lebih baik dari saya".

Rasanya, semua orang biasa dengar ungkapan ni. Ungkapan ni, pada aku merupakan ungkapan yang biasa diberikan oleh orang kepada seseorang yang mereka tak dapat nak sayang dan cinta. Aku rasa, peratusan orang yang menggunakan ungkapan ni mungkin mencecah 77% (anggaran kasar aku). Kenapa ramai yang suka menggunakan ungkapan ni yea? Mungkin sebab ayatnya lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan "aku tak suka kau, apa kata kau jangan kacau aku lagi".

We Have Our Moment

Aku rasa, semua kita akan menyimpan suatu rahsia dalam diri kita. Biasanya, rahsia yang kita simpan, pastinya berkait rapat dengan kehidupan silam kita. Biasanya, ianya merupakan suatu peristiwa hitam dalam hidup kita atau pun kejadian yang tidak dapat kita banggakan. Kalau nak ikutkan, aku pun banyak menyimpan rahsia diri aku. Tapi, biarlah detik yang menentukan sama ada aku akan menceritakan atau tidak kisah hidup aku. Pada aku, semua manusia akan membuat kesilapan dalam hidup kerana ia adalah lumrah kita sebagai manusia. Kita bukan nabi yang bersifat "maksum" (bebas dari melakukan dosa). Apa yang paling menakutkan aku, adakah kesalahan yang telah dan pernah aku buat akan dimaafkan oleh Allah. Adakah kita masih sempat bertaubat, atau adakah kita akan mati sebelum sempat bertaubat. Ayat yang aku guna macam aku ni bagus, tetapi, ketahuilah, sesungguhnya, aku merupakan antara orang yang banyak kesalahan. Buat kalian yang membaca, aku harap kalau aku ada dosa dengan kalian, harap kalian maafkan lah aku.

"Jangan dikenang kisah silam, bangkit, berjuang dan pandanglah kehadapan, kerana disitulah terletaknya masa depan".

Pada aku, kisah silam merupakan suatu sejarah yang telah berlaku, dan perlu kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah tersebut. Aku rasa, itulah yang selalu ditekan oleh cikgu-cikgu Sejarah kita dahulu semasa mengambil subjek ni masa sekolah menengah dahulu. Aku rasa, kita perlu praktikkan apa yang disampaikan. Mulakan dengan kehidupan kita sendiri. Aku yakin dan pasti, ramai diantara kita yang masih dihantui kisah silam mereka. Mereka terlalu takut kisah silam mereka akan mendatangkan kesan terhadap kehidupan bau yang telah dibina. Sebenarnya, tidak perlu lah takut dengan kehidupan dan kisah-kisah lampau. Kerana kejadian-kejadian yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Tapi, janganlah sekali-kali memandang kehidupan yang telah kita tinggalkan dengan rasa ingin kembali ke kehidupan tersebut.

Pelikkan
kehidupan ni. Sebab seringkali terjadi kejadian yang tak pernah kita fikirkan. Tapi, apa-apa pun, syukurlah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup.

5 Response to "CoReTaN KHaS uNTuK DiRi Mu YaNG Ku aNGGaP iSTiMeWa"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    May 12, 2009 at 9:52 AM

    (T_T) selalu dengar kata2 yg 77% tu juga. hukhuk

  2. iyda7 says:
    May 16, 2009 at 11:18 AM

    "Saya ni tak baik untuk awak, awak carilah orang lain sebab awak layak mendapat orang yang lebih baik dari saya".

    aku nak komen tang ni jew...
    bg aku per yg ko ckp tu x btol...bg aku la..coz aku akan gnkan ayat tu bkn tuk tolak org..cam ko kate...

    "Mungkin sebab ayatnya lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan "aku tak suka kau, apa kata kau jangan kacau aku lagi".

    ishh...x laa..4 me la kan..aku gune ayat tu kalo aku rase org tu lg ok dari aku..bkn la baik sgt..juz kalo compare ngn diri aku trase la x lyk aku ni untuk die..huhu..tu kalo aku laa..kalo aku x nak kat org aku men ckp je x nak..per ssh nak ckp lyk x lyk lak..ayat tu tuk mereka2 yg lyk je ley dpt tau..sbb diorg bg hint n sbb diorg x ley trima seseorg tu..huhu..

    yg len2...der btol gak kot..juz yg 1st statement ko tu jer...huhu

  3. Cik Skaf says:
    May 16, 2009 at 1:02 PM

    "Saya ni tak baik untuk awak, awak carilah orang lain sebab awak layak mendapat orang yang lebih baik dari saya".

    Pernah dengar dan banyak kali ucapkannya. bukanke itu ayat paling sopan untuk menolak perasaan orng lain..? huhu.. errr rasa2 awak sendiri brp kali dah ucapkannya dan pada brp ramai org?

  4. ~Imm~ says:
    May 16, 2009 at 9:14 PM

    *ketawa*

    people always prefer to beat around the bush. Life would be simpler if everyone just say what they have in their mind, instead of using misleading and confusing sentences.

    the best sentence should be : sorry. as much as i like u as a friend, i dun think we suit each other as lovers.

    those "saya tak baik utk awk bla bla bla" are words from losers. dah sedar diri tak baik, patutnya bersyukur ada manusia lebih baik maukan dia. lagi mau poyo2 drama2. like i said, words from a loser. hahaha.

  5. badek_gonzalez says:
    June 14, 2009 at 11:10 PM

    ayat yang first tu, ayat typical.haha.terlalu normal

    we have our moment..yup, u r rite..semua orang buat silap.jangan nak bohong..tapi,kalau terus buat silap, dah kire salah dah tu..dah sedar buat silap, taubat, dan jgn buat lg..setel

    tentang kisah silam...
    itu cerita semalam. amek tau, tp xpayah nak amek port. yang penting, hari ni ke hari esok.apa kita bule buat baik untuk harini dan apa rencana untuk esok. hasil esok itu tadi, xpayah pikir..itu kerja Dia..