BeSaR TaK SeMeSTiNYa BeST DaN BaGuS

Salam kepada semua. Rasa-rasa tajuk aku ni cukup catchy tak? Harap bersihkan pemikiran rakan-rakan semua sebab entry aku ni tiada berbaur 18sx mahupun menjerumus kea rah itu.

Sebenarnya, aku baru sahaja tukar tempat kerja dan kemudiannya berhenti. Baru tak baru, sempat jugak la aku berpuasa sebulan dekat tempat baru aku tu. Tempat baru aku, aku dah tak buat audit dah, aku kembali membuat akaun. Aku dah terlupa bagaimana peritnya buat akaun ni sebab dah bertahun tak praktis. Tapi Alhamdulillah, masih lagi mampu handle.

Apa kena mengena citer aku tukar kerja dengan tajuk entry? Mesti ramai (macam ramai jer yang follow dan baca blog aku ni) yang tertanya-tanya kan. Sebenarnya, kalau korang tahu, dulu aku kerja di sebuah pasara raya besar. Seperti biasa la, bila sebut pasara raya jer, orang akan fikir kerja tak glamour. Tapi, biarlah persepsi orang, asalkan kerja halal yea tak?

Skarang, aku kerja dekat sebuah company yang agak gah dari segi nama. Mungkin kerana kewujudannya yang lama dan specialtynya dalam bidang-bidang tertentu menyebabkan company tu menjadi salah satu company yang orang nak masuk bekerja. Aku jugak tak terkecuali.

Masa mula-mula masuk, aku siap shopping sakan beli baju kerja, maklumlah, masa kerja dekat pasar raya besar dulu, aku tak pernah beli baju kerja. Pakai baju apa yang ada dan kebanyakkan masa, aku pakai baju pasar raya besar tu. Baju jer, aku rasa dekat 8-9 helai aku beli, tali pinggang 2, tali leher lebih kurang 5 dan siap beli BB, kononnya dress to success and to impress. Masa tu aku lupa success and impress is all about knowledge.

Fisrt day aku kerja, boss aku kasi task untuk monitor department. Satu tugas yang berat pada aku, tapi aku cuba pikul amanah tu. Seminggu, aku belajar apa yang perlu dibuat dan analyse on what to improve. Masuk minggu kedua, aku tulis proposal on project yang perlu di implement. Masa aku tulis tu, aku dah rasakan tanggungjawab aku dan kerja aku adalah satu kerja yang agak sukar. Mana taknya, kerja yang patutnya dilakukan semasa company tu mula set up, tidak dibuat. Reason senang, sebab no one care and no one want to take the initiative. Sedikit demi sedikit perasaan suka aku mula bertukar kepada rindu company lama. Aku mula rasa menyesal.

Tapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Semuanya kerana nama besar dang ah yang membuatkan aku decide to join. Aku hanya mampu bertahan dua bulan jer dekat situ, kemudian aku gamble resign. Masa resign tu, agak best ar sebab CEO company tu panggil aku untuk discuss why and what will make me stay. However, disebabkan aku dah tau apakah kesinambungannya kalau aku stay, aku decided to leave. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan aku (pengembaraan la sangat) sebagai seorang penganggur. Untuk sedapkan diri aku, aku cakaplah aku sedang mengambil career break. Alasan untuk menyedapkan hati bila berhenti bodoh tanpa ada kerja lain.

"Sometimes big responsible does not come with good package.Whether you want to accept it as challenge and learn or you want to leave it, is your own decision."

YaNG KiTa FiKiR TaK SeMeSTiNYa BeNaR

Situasi 1:

Di sebuah taman bunga terkenal di ibu negara. Kelihatan seorang remaja perempuan yang menangis teresak-esak. Tangan remaja tersebut ditarik oleh seorang lelaki bertubuh sederhana dengan muka yang menunjukkan perasaan marah.

Mesti ada di antara kita bila melihat perkara tersebut akan memikirkan pergaduhan di antara pasangan yang sedang bercinta. Tapi perkara-perkara berikut juga adalah satu kemungkinan juga seperti: -

Seorang adik perempuan yang lari dari rumah tapi telah dijumpai oleh abangnya dan dipaksa mengikut abangnya kembali ke rumah.

Seorang perempuan yang melarikan diri dari sindiket menjual wanita antarabangsa.

Pencopet (wanita) baru sahaja ditangkap oleh tuan punya dompet atau barang.


Situasi 2:

Di tengah malam yang tenang di sebuah lebuh raya di selatan tanah air. Seorang wanita berambut panjang melepasi bahu berbaju putih berjalan dengan perlahan di laluan kecemasan. Tiada kenderaan yang akan terlepas pandangan ke kelibat itu kerana bajunya yang seolah-olah memantulkan cahaya apabila terkena suluhan lampu kenderaan. Tiada kenderaan yang berani memberhantikan kenderaan mereka untuk melihat dan bertanya kepada wanita itu.

Sekiranya mengalami perkara diatas, pasti ramai yang akan terfikirkan wanita berkenaan sebagai jelmaan hantu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah menonton cerita KARAK. Tapi, tidakkah terdetik di dalam hati yang: -

Seorang ibu tunggal kerosakan kereta sedang berjalan mencari telefon PLUS berhampiran untuk membuat panggilan kecemasan demi mendapatkan bantuan dari peronda PLUS. Anak-anaknya dibiarkan tidur didalam kereta kerana keletihan.

Seorang awek yang ditinggalkan boyfriend mereka sewaktu bersiar-siar menaiki motorsikal akibat dari selisih faham. Baju putih yang yang memantulkan cahaya yang dilihat oleh pemandu-pemandu lain merupakan baju keselamatan untuk penunggang dan pembonceng motorsikal.

Jadi, cuba kita fikir, adakah apa yang kita lihat dan fikir, merupakan benda yang benar-benar terjadi ataupun don’t jump into conclusion sebelum mengetahui perkara sebenarnya.

TaPi......................................

Pernah tak terfikir dalam kehidupan kita betapa besarnya impak dan keberkesanan perkataan TAPI dalam kehidupan seharian. Sebagai manusia, aku rasa kita tak dapat lari dari menggunakan perkataan tu.

"Saya dah belajar, TAPI masih tak dapat score subjek tu".

"Saya nak tolong buang sampah tu, TAPI sampah tu berat sangat la".

"Saya dah stayback untuk menghabiskan kerja-kerja saya, TAPI kerja-kerja tu banyak sangat sampai tak boleh habis".

"Saya suka dekat awak, TAPI boleh tak kita kenal-kenal hati budi masing-masing dulu".

Ada tak sesiapa yang tak pernah menggunakan perkataan TAPI dalam kehidupan mereka? Untuk aku, perkataan TAPI ni terlalu banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya perkataan ni aku gunakan sebagai alasan, or reason bak kata orang kampung aku. Kadang-kadang, terdetik dalam diri aku adakah perkataan TAPI itu direka cipta untuk membolehkan kita memberi alasan terhadap perkara-perkara yang tidak mampu kita lakukan atau tidak mahu kita lakukan. Boleh tak kalau kita hidup, tanpa menggunakan perkataan TAPI ataupun kita gantikan perkataan TAPI tu dengan perkataan lain yang lebih positif. Kerana pada pendapat aku, TAPI ni merupakan perkataan negatif yang kalau di amalkan boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang mempunyai 1001 alasan.

Sekadar renungan, coretan dan catatan seorang yang punyai banyak persoalan dalam kehidupan.

SaLaM 2011

Dah lama tak update blog ni. Rasa macam janggal bila nak berblog kembali. Sudah lama kekeringan idea untuk menulis. Akhir-akhir ni, banyak benda yang berlaku dalam hidup. Salah satu darinya adalah hijrah. Dengan rasminya, aku akan berhijrah pekerjaan baru. Harap hijrah ini adalah yang terbaik buat aku.

Semalam, selepas berborak dengan seseorang, tiba-tiba keinginan untuk menulis kembali meluap-luap. Tetiba jer macam dapat topik untuk diperkatakan. Aku cuba untuk menulis dan mengarang, tapi fikiran buntu. Ada topik, tapi tak boleh sampaikan idea tu dengan penulisan.

Hari tu, mungkin sebab dah terlalu lama sangat aku tak bukak blog dan tak update, blog aku ni dah digantung. Aku sendiri hampir-hampir lupa password aku dan akhirnya, terpaksa aku reset dan guna password baru.

Owh, aku baru dapat berita mengenai salah seorang rakan blog ku sudah melangsungkan perkahwinannya bulan 5 lepas. Ops, silap, sebenarnya ada 2 orang. Maaf kerana tidak dapat hadir. Disini aku nak ucapkan semoga kalian berbahagia.

Harap kali ni, aku dapat menulis dan terus menulis. Aku harap penulisan ku semakin baik. Ini mungkin entry pertama untuk tahun ni, dan aku berharap ianya bukan entry terakhir aku.

KuaSa DaN PeNGaRuH (SeBuaH CeRiTa DoNGeNG MaSaKiNi)

"Aku mesti cari jalan untuk pengaruhi Tuk Penghulu untuk mencapai tujuan aku." Dhory dalam hatinya. "Aku perlukan sokongan Tuk Penghulu untuk menjamin kedudukan aku nanti." Sambung Dhory lagi. Dhory memikirkan rancangannya sebelum dia menemui Tuk Penghulu keesokan harinya. Dhory merencanakan apa yang perlu dibentangkan kepada Tuk Penghulu di dalam fikirannya sambil melelapkan mata. Badannya sekejap diiringkan ke kiri dan ke kanan sambil cuba untuk tidur.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini, kita berbangga kerana kampung kita sudah dapat membina sebuah Dewan Serbaguna yang baru, menggantikan Dewan Serbaguna yang telah kita gunakan selama 15 tahun. Semua ini tidak akan dapat di capai sekiranya tiada bantuan dari anak jati kampung kita ini. Saya rasa bangga, kerana walaupun beliau sudah berjaya dan kaya, beliau masih tidak melupakan asal usulnya.Walaupun beliau dan seluruh keluarganya sudah tidak menetap di kampung ni, tapi beliau masih lagi sudi untuk menjengah kita di sini dan menyumbang bakti serta wang ringgit kepada kita. Dewan Serbaguna ini adalah buktinya. Tuan-tuan dan puan-puan, dewan serbaguna yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, sebuah bilik komputer dengan 15 komputer Acer dan kemudahan internet jalur lebar Unify serta sebuah bilik perpustakaan pastinya akan memanfaatkan generasi muda kita dan menjadikan kampung kita celik IT." Tuk Penghulu mengakhiri ucapannya dengan sedikit linangan air mata, bukan kerana kegembiraan dengan kemudahan yang diterima dari Dhory, tapi kerana memikirkan dirinya yang mungkin tidak dapat memanfaatkan kemudahan internet kerana tidak tahu menggunakan komputer.

Dhory terjaga dari tidurnya. Owh, mimpi rupanya aku. Dhory tersengih memikirkan bagaimana terdesaknya dia untuk menggunakan pengaruh Tuk Penghulu sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Dia bingkas bangun selepas terdengar azan subuh berkumandang.

Tepat pukul 9:00 pagi, Dhory telah tercegat di muka pintu rumah Tuk Penghulu.

"Assalamualaikum Tuk Penghulu." Dhory memberikan salam.

"Walaikumsalam." Tuk Penghulu menjawab dari dalam rumahnya. Seminit kemudian, pintu rumah terbuka dan tubuh Tuk Penghulu pun kelihatanlah di balik pintu yang terbuka itu. "Oh, kau Dhory. Apa halnya kau datang ke rumah aku pepagi ni?" Tuk Penghulu bertanya.

"Saya ada hajat sikit ni Tuk Penghulu. Boleh kita berbincang di dalam Tuk Penghulu?" Tanya Dhory.

Tuk Penghulu mempersilakan Dhory masuk. Mereka berdua kemudian ke ruang tamu dan duduk disitu. Dhory memulakan bicaranya.

Sejam setengah kemudian. Kelihatannya Tuk Penghulu mengerutkan mukanya dan memandang tepat ke muka Dhory.

"Biar betul kau ni Dhory?" Tuk Penghulu bertanya kepada Dhory.

"Betul tuk, hanya tuk sahajalah harapan saya untuk berjaya. Tanpa sokongan dan tanpa menggunakan pengaruh tuk, saya tak rasa saya akan berjaya mendapat tempat. Percayalah tuk, budi baik tuk saya tak akan lupakan. Bila saya dah berjaya esok, saya akan pastikan tuk juga senang." Dhory menghabiskan ayatnya.

"Kau ni seorang pemuda yang baik Dhory. Kau juga bijak, punya perwatakan menarik, muka pun hensem. Tapi tang nak gunakan pengaruh aku mendapat tempat tu, tuk sedikit rasa kurang selesa. Nanti orang akan kata, kau berjaya sebab pengaruh. Aku pulak akan dituduh menggunakan engaruh aku untuk menaikkan nama kau." Tuk Penghulu menghembus nafasnya dalam-dalam selepas habis berkata.

"Tuk, tuk sahajalah harapan saya tuk. Apa guna sekiranya saya bijak, hensem dan punya perwatakan menarik? Itu semua tidak menjamin apa-apa tuk. Zaman sekarang, tanpa kuasa dan pengaruh, tak kemana. Saya sendiri dah lebih 2 tahun menganggur tuk." Dhory mengakhirkan kata-katanya dengan sedikit rasa sebak.

Tuk Penghulu terdiam. Beberapa minit kemudian. "Baiklah Dhory, aku akan gunakan kuasa dan pengaruh aku untuk bantu kau. Tapi pastikan janji-janji kau untuk senangkan aku bila kau dah berjaya esok kau tepati. Jangan pulak macam lagu KRU tu, Janji Tinggal Janji." Tuk Penghulu menghabiskan perbualan itu.

Dhory tersenyum sambil mengucapkan terima kasihnya kepada Tuk Penghulu. Selepas menghabiskan air kopi yang telah sedia terhidang, Dhory meminta diri.

Dalam perjalanan pulang, Dhory tersengih. Dia pasti, dengan kuasa dan pengaruh Tuk Penghulu dia pasti berjaya mendapatkan tempat dalam  rancangan Realiti TV itu. Silap-silap memenanginya.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk memperlihatkan keadaan semasa. Nama dan watak-watak didalam cerita tiada kena mengena dengan mereka yang hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Bayangkan keadaan sekarang ni, kuasa dan pengaruh adalah sesuatu yang telah mendominasi kehidupan kita. Pakej yang ada tidak akan lengkap tanpa mengambil kira faktor kuasa dan pengaruh. Jadi, fikir-fikirkanlah.