YaNG HaLaL DaN HaRaM - TaNGGuNGJaWaB 1

Hari ni aku terpanggil menulis kembali setelah sekian lama tak menulis. Mungkin sebab cerita yang aku tengok dekat Astro. Tapi semenjak aku masuk kerja baru ni, memang lebih mendalam lagi aku fikirkan benda ni. Alhamdulillah, kerja baru aku ni, banyak membuka minda aku untuk menjadi insan yang lebih baik dari diri aku yang dulu, Insya-Allah.

Bila aku renung-renung dan fikir-fikir mengenai keadaan masa kini, aku makin menjadi takut. Bukan apa, dalam keadaan dunia yang semakin material, manusia sudah lupa mengenai: -

1. Tanggungjawab.
2. Sumber pendapatan.
3. Sumber makanan.

Nak aku kupaskan ketiga-tiga perkara ni. Mungkin, ada antara korang yang menganggap penulisan aku kali ini terlalu berat. Tapi percayalah, apa yang jadi dalam kehidupan kita sehari-hari, adalah lebih berat dari penulisan aku.

Perihal tanggungjawab. kepada mereka-mereka yang sumber pendapatannya adalah dari bekerja makan gaji. Pernah tak kita terfikir mengenai tanggungjawab kita apabila diberi gaji. Dimana tanggungjawab kita adalah untuk membuat kerja yang diberikan. Kalau ada terfikir, aku nak ucap syabas dan alhamdulillah kerana ada juga yang mempunyai kesedaran dalam hal ini. Kalau nak ikutkan, sebenarnya aku belum cukup layak untuk menulis perkara-perkara ini sebab aku pun masih dangkal ilmu agama. Cuma aku hanya dapat ajak orang berfikir. Berfikir mengenai apa yang aku tulis.

Tanggungjawab kita adalah terhadap kerja-kerja yang diberikan. Ada sesetengah orang berpendapat yang tugas yang kita laksanakan adalah tertakluk kepada apa yang ada di dalam Job Description ataupun JD. Tapi benarkah perkara itu? Pada pendapat aku, JD hanyalah satu garis panduan untuk memberitahu seseorang mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh pekerja. Ini tidak bermaksud itu adalah kerja kita. Kebanyakkan syarikat hari ini meletakkan satu klausa di dalam JD, berbunyi tertakluk kepada arahan ketua. Jadi dengan adanya klausa ini, maka pekerja itu sepatutnya membuat kerja seperti yang diarahkan (selagi tidak melanggar hukum-masih diperdebatkan) dan selagi tidak memudaratkan diri. Jadi, janganlah kita merungut apabila menerima arahan tugasan kerana itu adalah tanggungjawab dan mungkin itu adalah salah satu cara untuk ketua kita menilai diri kita (for appraisal and promotion).

Selain tanggungjawab terhadap kerja, kita juga ada tanggungjawab lain iaitu masa. Part ni, aku sendiri tidak dapat lari dari lalai dan leka. Sebab, aku kadang2 menggunakan masa pejabat untuk melakukan urusan peribadi sebagai contoh pergi bank dan sebagainya. Ada sesetengah orang menyatakan bahawa sekiranya kita sudah menyelesaikan kerja kita, masa yang terluang, dengan keizinan ketua, kita boleh melaksanakan perkara peribadi. Part ni, aku tak tau. Cuma kalau boleh, kita kena jaga perkara ni juga untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari nafkah kita.

Kadang-kala, kita sebagai manusia lalai, alpa dan leka mengenai perkara-perkara kecil yang boleh membuatkan sumber pendapatan kita menjadi tidak berkat (haram aku tak berapa pasti). Ada sesetengah orang memberitahu bahawa perkara-perkara lalai, alpa, leka dan tidak sengaja yang kita lakukan dapat dibersihkan dengan membayar zakat pendapatan (walahualam). Tapi, sekiranya boleh, cubalah untuk kita hindari perkara-perkara ini. Walaupun ianya nampak kecil dan remeh, tapi ianya mungkin memberikan impak besar. Sebagai contoh, apabila kita dapat menjaga pengurusan masa (tak curi tulang atau curi masa bekerja) tidak ke produktiviti kita meningkat. Sekaligus memberi impak positif terhadap syarikat kita.

Tapi, cakap dan tulis memang lebih senang dari membuatnya. Aku menulis, untuk direnung-renungkan dan difikir-fikirkan. Sebab, kehidupan kita di dunia adalah amat sekejap. Insya-Allah, dari masa ke semasa, aku akan cuba aktif menulis sama ada perkara santai ataupun berat tapi yang pasti, untuk kita fikir dan renungkan sambil ambil iktibar. Harap kita semua diberkati.

1 Response to "YaNG HaLaL DaN HaRaM - TaNGGuNGJaWaB 1"

  1. Anonymous Says:
    January 31, 2012 at 4:54 PM

    moga kita tak lupa tanggungjawab kita. =) tanggungjawab paling besar, sebagai khalifah.