SaMBuNGaN PeLuaNG PeRNiaGaaN 1

Okies. Sekarang nampak macam ada yang sudah tertarik hati dengan proposal aku. Okies, let me share with you apa sebenarnya plan aku dan bagaimana ianya berfungsi. Kepada Sarah Al Idrus dan Zenetti Be dan kepada mereka yang berminat, sila berikan sepenuhnya perhatian anda.

Seperti yang aku katakan sebelum ni. Tiada modal kepada mereka (student yang nak involve). Air (tin, kotak dan mineral) akan aku supply. Kotak penyejuk juga akan aku sediakan. Sewa tapak juga akan aku sediakan. Duit untuk membeli ais untuk diletakkan dalam kotak agar air sentiasa sejuk juga akan aku sediakan (ada cara lain untuk sejukkan air tak?). Untung akan dibahagikan secara 50-50. Maknanya, sekiranya air tersebut untung 20sen, 10sen aku, 10sen partner aku. Apa yang partner aku perlu lakukan adalah menyelia urusan jualan.

Pengurusan jualan adalah diuruskan sepenuhnya oleh partner aku. Dia akan menyelia stok. Maknanya urusan penyimpanan stok akan di uruskan oleh dia. Berapa banyak stok terjual dan stok apa yang perlu ditambah hendaklah dimaklumkan kepada aku supaya aku dapat topup stok yang ada. Penghantaran stok akan dilakukan oleh aku ke gerai. Urusan transport di dalam perlulah di uruskan oleh partner aku.

Partner aku juga berhak untuk sama ada mengupah orang dengan apa yang didapatnya ataupun buat sharing dengan kawan-kawannya. Tapi urusan pengupahan adalah dibawah tanggungan partner aku (part ni masih boleh nego lagi). Selain dari itu, partner aku tu berhak untuk menambah jualannya (selain dari air, sekiranya dia ingin meniaga makanan tiada halangan dari pihak aku).

Kehilangan stok perlulah ditanggung oleh parner aku (part ni pun boleh nego lagi). Stok yang hilang akan dikira sebagai jualan. Stok yang tidak habis akan aku ambil kembali (harap-harap pengurusan stok yang bagus sehingga tiada lebihan). Selain itu, aku berharap agar meja disediakan oleh pihak universiti, sekiranya tiada, partner aku perlulah menguruskan meja dan kerusi jualan (part ni pun boleh nego jugak).

Aku plan nak buka dua gerai, satu di tapak pesta dan satu lagi berdekatan dengan dewan konvo sekiranya boleh. Aku akan sediakan duit kecil untuk duit tukar. Erk, apa lagi yea yang aku tak cover dalam ni?

Untuk konvo UPM, seorang sahabat aku akan cuba untuk bertanya kenalannya bagaimana untuk mendapatkan tapak dan syarat2 nya. Tapi partner aku pun digalakkan untuk bertanya. Owh, ini hanyalah antara isi kandungan syarat2 awal, subject to negotiation. Sila email saya di grunge4u78@gmail.com untuk perbincangan lanjut.

44 Response to "SaMBuNGaN PeLuaNG PeRNiaGaaN 1"

  1. Cik Skaf says:
    August 3, 2009 at 12:31 AM

    1. kebiasaannya, meja dorang tak sediakan. Kalau mintak, mungkin boleh dapat 1. So kena sediakan meja/rak tambahan

    2. Ais - perlu contact dgn supplier Ais - utk dia dtg hantar tiap hari (sebaiknya 2x sehari- awal pg dan ptg)selama masa pesta konvo berlangsung.

    3. Kos belian ais awak @ partner tanggung? Takpe ais x mahal - 1 plastik besar RM3 shj (untuk saiz jualan awak mgkin memerlukan 2x2 plastik ais shj sehari.

    4. Kalau boleh, beli stok yg agak mencukupi selama 3-4 hari itu, then simpan dibilik partner- sebabnya a- kos penghantan jauh S.Alam - Serdang, nanti untung pun tak leh cover kos jika sekali phantaran cuma 2 ctn air.
    b- beli bnyak ctn - kot boleh mintak harga lebih murah

  2. Stay Sane Mama says:
    August 3, 2009 at 12:31 AM

    oh. "urusan transport di dalam adalah urusan partner" huhu. saya tiada transport.

    tapi xapalah. cadangan baru, mungkin fokus jual air gas je ke, then letak lam cawan air, letak ais, jual. sure laku.

  3. Cik Skaf says:
    August 3, 2009 at 12:39 AM

    huhu.. sarah..
    untuk jual air gas RASANYA cma 2 kaedah je yg membolehkan org beli:-
    1- jual terus air dalam botol/tin
    2- tekan dari lioness machine (mesin air yg wajib ada kat kfc atau mana2 fst food tu)

  4. ♥S@R@♥ says:
    August 3, 2009 at 12:50 AM

    wah menarik ni.. tapi sy bukan full time student tapi part time je..hehe so bussines part time da x?

  5. Fitriah says:
    August 3, 2009 at 1:00 AM

    menarik

  6. TerubukMasin says:
    August 3, 2009 at 1:32 AM

    Bravo bro...lu punya perancangan mmg bagus.teruskn bro.

  7. Anis Mohd says:
    August 3, 2009 at 1:37 AM

    urm..
    apakah ?

  8. Amal says:
    August 3, 2009 at 1:42 AM

    huhu~
    bro..
    jojie mcm berminat..
    e2 ari org da bincang dgn die..
    =p

  9. mamai says:
    August 3, 2009 at 9:01 AM

    lepas nie boleh berniaga kat pasar ramadhan pulak dan lepas tu buka small stall lepas dan lepas tu...aku suka start from small hope kau berjaya

  10. v says:
    August 3, 2009 at 9:33 AM

    You have my full solid blessing. Hiks! Bravo! Nanti update lagik perkembangan seterusnya.

  11. Ivy Metaga says:
    August 3, 2009 at 11:16 AM

    good idea, good buss opportunity...

    go for it and all the bestttt!!!!

    p/s:u plak bila nak kawen??soalan tak da kaitan dgn entry...larikkkk

  12. DilOt says:
    August 3, 2009 at 11:27 AM

    waa...bagus....

    aku suke bace entri ko yg ni..sbb aku suke bisnes...hehe....

    nmpak perancangan ko penuh teliti....

  13. Fina Sophie says:
    August 3, 2009 at 12:13 PM

    terus gigih okey? hehehe

  14. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) says:
    August 3, 2009 at 1:07 PM

    wah incik grunge..
    bersemangat nak buat bisnes
    ni kalo next time nak buat bisnes leh blajar dgn grunge

  15. AiE bAhRi says:
    August 3, 2009 at 1:07 PM

    apa kata bro buat bisness kat tapak konvo UTM ni..hahaha

  16. AiE bAhRi says:
    August 3, 2009 at 1:11 PM

    Bang,
    kalau kamu buka gerai bunga masa konvo UPM atau mana2 universiti (sekarang musim konvo u, pasti laku sebab kamu penjual bunga yang hensem.

    Sungguh tak tipu! PASTI LAKU!!

  17. Cik Skaf says:
    August 3, 2009 at 1:28 PM

    "Aku plan nak buka dua gerai, satu di tapak pesta dan satu lagi berdekatan dengan dewan konvo"

    Nampaknya niat suci murni itu tak boleh dilaksanakan sbb - Tapak pesta konvo(di bukit ekspo)- tada.
    Skrg dorang buat semua dkt dewan konvo. tak ramai boleh juin. so awak n partner kena cepatlah.

    * Sarah/sesapa partner grunge leh terus ke kepertama utk tanya detail

  18. Cik Skaf says:
    August 3, 2009 at 1:32 PM

    eh! nk smbung skt lg
    "partner aku tu berhak untuk menambah jualannya (selain dari air, sekiranya dia ingin meniaga makanan tiada halangan dari pihak aku)"

    Setahu saya kt mana2 tmpat pun, tak boleh, dorang tak benarkan begini. Nak berniaga air - air sahaja, kalau mknan, mknan shj. tak bleh campur.

  19. SasHa Lee says:
    August 3, 2009 at 4:11 PM

    bagus kamu ada perancangan yerk...
    **aku sokong kamu...

  20. enyheartsdiamond says:
    August 3, 2009 at 5:56 PM

    biznes?x minat laaa...tp cpt kaya:)

  21. rhapsody LiN says:
    August 3, 2009 at 8:08 PM

    business??
    blaja kat ayah aku.
    hehe~

  22. DaliaLiyana says:
    August 3, 2009 at 9:58 PM

    Bro, bisnis utk yg bukan student ipta/ipts takde ke...? sah2 dalia ni dah tua dan bukan student da..huhuu....any idea bro?

  23. DaliaLiyana says:
    August 3, 2009 at 9:59 PM

    lupa lak nak tnye td...bro ada tak ape2 idea best wat bisnis ni...cam minat tapi takde org guide la...in case u hv any..myb u can share wif me...thnks!

  24. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    August 3, 2009 at 10:03 PM

    x reti jual air...

    jual minyak jer reti haks haks

  25. v says:
    August 3, 2009 at 11:12 PM

    Yang seronoknya bila berniaga ni ialah time kira untung. Hu huuu ... untung jual air ni memang lumayan. Orang mesti haus dan mesti beli air.

  26. DaliaLiyana says:
    August 3, 2009 at 11:17 PM

    bro...bukan nak lalalalala.....tpnak tau jwpn la..hikhk...ni bisnis budak2 ipta...ipts takde ke??
    nape chat box bro takleh nak post msg??

  27. DaliaLiyana says:
    August 3, 2009 at 11:23 PM

    tak tido la...bro..payah la nak msg kat sini..apsal dalia tak leh nak type msg kat chat box bro ni...huhuhu...

  28. DaliaLiyana says:
    August 3, 2009 at 11:53 PM

    bro..kalau ade jgn bgtau k...
    tak leh gak la nak drop note at ur chat box...kat screen dalia benda tu tak display...huhuhu...

  29. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:04 AM

    uia konvo bln 10 weeeyyhh

  30. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:04 AM

    aku da tgk da academic calendar.
    kompom ;p

  31. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:05 AM

    pasni leyh jd bisnesman da dy neyh ;p

  32. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:06 AM

    t da kaye leyh beli myvi oren tok aku en ;p
    hahaha !

  33. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:06 AM

    aku nk gerak ke station setrusnya ;p

  34. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:06 AM

    alamak
    da x de station la plak ;p

  35. Misshy Innz says:
    August 4, 2009 at 12:07 AM

    cepat2
    station baru
    hahah !

  36. Anonymous Says:
    August 4, 2009 at 1:23 AM

    bsness len ade x?
    khas tok dak uitm segamat..??
    ato ipta??

  37. Anonymous Says:
    August 4, 2009 at 1:23 AM

    bsness len ade x?
    khas tok dak uitm segamat..??
    ato ipta??

  38. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 4, 2009 at 2:55 AM

    mcm best je.. mau join buley?? tp sy bkn student upm.. tgl kt area upm je..

  39. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 4, 2009 at 2:57 AM

    stuju dgn cik skaf.. slama sy praktikal kt upm.. diorg x jrg sediakn meja utk pameran & jualan.. tp leh try mohon..

  40. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 4, 2009 at 2:57 AM

    rindunya kt ofis & kwn2 kt situ.. ku mau gi tgk konvo mereka.. :)

  41. Masy says:
    August 4, 2009 at 7:45 AM

    dah ade yg minat ke?

  42. Adinda Amy Sensei says:
    August 4, 2009 at 6:22 PM

    salam..

    waahh...semangat ye...bagus2..teruskan dengan semangat itu..

  43. patungcendana says:
    August 4, 2009 at 7:58 PM

    re:...kau bunuh puntianak...aku bunuh werewolf...kalau combine sure hebat...hehehe

    that means kau akan dtan on the 11...stay kat mana?

    nanti aku emailkan phone mnumber aku ok. :-)

  44. Cik Skaf says:
    August 5, 2009 at 3:03 AM

    Ok. so confirm tak jadi kat upm. Baguslah. Masa dah suntuk sgt.,dorang konvo 8hb nie. Dgn outstation bagai, terkejar2 je nanti. Tapi planning ni boleh dibawak utk konvo di univ2 lain. jgn tak jadi. Awak dah ada idea, dah ada planning, dah ada org boleh guide, dan dah ada ramai org nak jadi partner.. mesti teruskan. Tak mula, tak tahu.