Bab 1
Mash tersenyum simpul sambil bergolek di atas katil Fella Design yang baru dibelinya empat hari lepas. Tok tok tok. Pintu biliknya diketuk, mematikan lamunannya. Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik dan membuka pintu biliknya itu.
“Maaf kak, kami nak tanya, akak nak keluar makan malam dengan kami ke tak?” Ros, rakan serumah Mash bertanya.
“Tak apalah. Korang pergi jelah. Akak kenyang lagi ni. Tadi akak dah makan dengan kawan akak.” Mash menjawab sambil tersenyum.
Mash kembali menutup pintu biliknya, berjalan menuju ke meja soleknya. Tangannya mencapai kotak hadiah permberian dari Faizal. Dengan berhati-hati, Mash membuka bungkusan kotak itu. Mash memang seorang yang teliti, baginya pembalut hadiah itu masih boleh digunakan lagi nanti untuk membalut hadiah kahwin kawan-kawannya.
Mash tersenyum melihat kandungan kotak tersebut. Pewangi “Aqua Lily” dari Body Shop.
“Owh, macam mana Faizal boleh tahu pewangi kegemaran aku ni?” Senyum Mash makin melebar. Dia tak sangka setelah 4 tahun tidak ketemu, Faizal masih ingat lagi hari lahirnya. Yea, tanggal 4 Januari, itulah tarikh lahirnya.
Mash masih teringat kejutan pertamanya pada tahun itu. Hari pertama tahun 2009. Sedang dia sibuk memerhatikan katil Fella Design nya yang dibeli di Carefour Subang dipasang, telefon Samsung SGH E690 berbunyi. Lagu Irreplaceable dari Beyonce sedikit mengganggu dirinya yang sudah tidak sabar untuk merasmikan katil barunya itu. Butang terima ditekannya.
“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Mashita?” Suara yang kedengaran dari corong telefon itu membuatkan Mash hamper melepaskan telefonnya. Adakah............
“Wa’alaikumussalam. Ni Mash bercakap.”
“Mash, do you remember me? This is Faizal lar. Member baik kau masa di UITM dulu.” Bertubi-tubi perkataan keluar dari mulut Faizal. Mash masih tidak percaya yang Faizal menalifonnya.
“Erk. Faizal? Bukan ke kau di UK sekarang? Aku dengar, kau dah dapat PR dekat sana selepas kau habis Master in Twon Planning kau di Shieffield University.”
“Memang aku dah dapat PR sana, tapi UK dengan Malaysia, aku lagi suka sini lar. I am back for good. Maybe aku akan terus menetap di Malaysia. Aku pun dah dapat kerja dekat Sasaki Associates Malaysia. Kau masih kerja dengan Mentari Design ke Mash?” Satu demi satu patah perkataan dari Faizal membuatkan Mash yang terkejut bungkam seketika.
“Yea, aku masih di Mentari Design. Orang yang ada diploma macam aku ni, kemana lagi aku nak pergi?” Jawab Mash.
“Kau ni masih macam dulu. Aku suruh kau sambung buat degree sama-sama dengan aku, kau tak nak. Aku tau kau pandai Mash. Instead, lebih pandai dari aku. Malas, tu jer alas an yang kau selalu bagi. Tapi, tahan kau kerja dekat Mentari Design tu yea. If I am not mistaken, since 2003, a year after our convo.” Mash terperanjat. Tajam sungguh ingatan kau Faizal. Ingatan pada kenangan bersama Faizal semasa di UITM Shah Alam tiba-tiba menjelma.
UITM Shah Alam tahun 1998. Seorang pelajar perempuan termengah-mengah berlari memanjat bukit yang menuju ke Menara.
“Cepat, kenapa korang terhegeh-hegeh sangat ni.” Jerit seorang pelajar senior lelaki yang sedang membonceng motorsikal.
“Awak tidak apa-apa? Saya tengok, awak macam tak larat jer. Awak lelah ke?” Mash masih ingat, itulah dialog pertama Faizal kepadanya. Lelaki yang berketinggian 178 sentimeter, bertubuh sasa laksana seorang atlet, mata sepet dan berwarna biru dan rambut sedikit kerinting. Mana-mana pelajar perempuan, pasti akan jatuh cinta dengan senyumannya. Belum lagi dengan kata-katanya. Suara yang “manly” itu pasti akan membuat hati cair.
“Saya tak apa-apa. Masih boleh meneruskan sesi orintasi ni.” Balas Mash tersipu-sipu. Faizal kemudiannya berlari disamping Mash beriringan membuatkan Mash yang letih menjadi tidak letih. Lelahnya tadi hilang dibawa senyuman Faizal.
“Mash, kau masih ada lagi ke di situ?” Suara Faizal mengejutkan Mash dari lamunan.
“Erk, apa kau kata tadi Faizal? Maaflah, aku sedang sibuk. Aku baru beli katil dan sekarang orang yang hantar katil tengah pasangnya di bilik aku.” Mash member alasan.
“Aku nak ajak kau keluar Ahad ni. Sementara aku masih belum mula bekerja ni. Kalau kau tak keberatan, kita jumpa dekat Sunway. Aku belanja dekat restoran kegemaran kau.” Faizal mengulang kembali pertanyaannya tadi.
“Aku ok jer Faizal. Rezeki jangan ditolak. Ni nombor kau ke?” Jawab Mash.
“Kau ni Mash, nombor ni dah lama aku guna. Masa kita di UITM lagi aku dah guna nombor ni. Kau dah buang nombor aku ker Mash?”
“Eh, bukan macam tu Faizal. Handphone aku ni dah 4 kali aku tukar. Banyak nombor yang hilang. Lagipun, aku ingat nombor kau ni dah tak aktif. Maklumlah, kau kan dah lama duduk UK.” Mash memberi alasan. Padahalnya, memang Mash sudah memadamkan nombor telefon Faizal semenjak kejadian sebelum Faizal pergi ke UK.
“Kalau macam tu, jumpa di Sunway hari Ahad ni. Janji dengan aku, kau kena jumpa aku jugak.” Faizal mengakhiri perbualan dengan Mash. Telefon masih di telinga Mash walaupun Faizal sudah menamatkan perbualan dan panggilan itu. Mash masih merasakan yang dia masih bermimpi.
“Cik, katil cik dah siap kami pasang.” Kata-kata dari pekerja yang memasang katil tu mengejutkan Mash dari lamunannya. Mash mengambil resit yang diberikan oleh pekerja itu, mengambil dompetnya dan membayar rm 400 baki jumlah katil yang perlu dibayarnya. 10 minit kemudian, lori yang membawa katil itu berlalu dari ruang rumahnya. Mash menutup pintu, naik ke biliknya, pasang cadar di atas katil barunya dan merasmikan katilnya itu.
“Mash, sudikah kau terima cintaku ini?” Faizal meluahkan perasaannya kepada Mash sambil member sebuah kotak kecil. Mash memandang Faizal dengan nada tidak percaya dengan ungkapan itu. Mukanya sedikit merah kerana malu. Tangannya kemudian mengambil kotak kecil itu dari Faizal.
“Bukalah kotak tu Mash.” Kata Faizal lagi. Mash membuka kotak itu dengan cepat. Mata Mash tiba-tiba bergenang. Mulutnya terukir senyuman. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Mash ketika itu. Diam..............................................
P/S: Cubaan pertama untuk menulis novel. Akan bersambung apabila masa mengizinkan. Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal. Persamaan yang ada adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Saya meminta maaf sekiranya novel ini menyinggung hati sesetangah pembaca.

August 17, 2009 at 4:29 PM
bestt!!!..cepat2 smbg..
August 17, 2009 at 4:52 PM
best juga!cepat2 sambung tulis wokeyh!
August 17, 2009 at 4:53 PM
salam...bro.
sangat menarik cerita ni..gaya bahasanya sangat besh.bro.
tq singgah anaklaut
August 17, 2009 at 5:15 PM
Zarina: Sabar, tengah memikirkan kesinambungan ni. Maybe kalau boleh buat pun, once a week.
It's Me Nana: Terima kasih kerana sudi singgah dan komen.
Anak laut: Apa saja gaya bahasa dan penulisan. Tak sehebat kamu. Saya cuma cuba-cuba, eksperimental.
August 17, 2009 at 5:19 PM
ok~
penjiwangan mula merajai anda..
hahah!!
nice lah br0~~
=D
August 17, 2009 at 6:40 PM
wah2 ko berbakat dowh. bagus seh..lainkali aku nak yang lebeh romantik!
August 17, 2009 at 7:00 PM
aku dipaksa utk mengomen.. jadi aku komen.. ehehehe...
*kira komen gak neh kan? kan? ;p
August 17, 2009 at 8:56 PM
Best2!!
August 17, 2009 at 9:01 PM
wah..
permulaan yg bgus la..
trus kan lah..
August 17, 2009 at 9:03 PM
wah..dah mule tulis novel..hehe...
August 17, 2009 at 9:04 PM
berapa lama carik ilham wat citer ni, grunge? hehe
August 17, 2009 at 9:06 PM
aih, ni rase nak wat gak novel ni..
August 17, 2009 at 9:06 PM
best!
tp knp mate laki tu biru? pkai contact lens ke?
August 17, 2009 at 9:11 PM
aduh...novel cinta...aku nak novel pembunuh puntianak...:-D
August 17, 2009 at 9:18 PM
aduh..
best gile bro..
bro memang ada bakat seni yang bagus la..
teruskan..
sambung cecepat bro..
tgh syiokk baca nih..
aduhai..
August 17, 2009 at 9:23 PM
Miss Siv: Mahu cuba-cuba untuk menulis sahaja.
Si Lampu Neon: Erk, jiwang sangat ker?
Jard The Great: Wakakakakaka. Ko memang Jard.
HanaKimi: Jap ek, cuba untuk sambung lagi.
Lionteen: Terima kasih kerana galakan kamu.
Adrina Sidek: Saya baru nak mula, kamu tu dah panjang dah novel kamu.
Varsha: Kalau I cakap on the spot, you percaya tak?
Oranglidi: Kalau kau buat novel aksi, sure gempak beb. Imaginasi kau tinggi.
Fitriah: Erk, mata dia memang ori biru Fit.
Patungcendana: Novel pembunuh pontianak nanti lar yea. :P
August 17, 2009 at 9:25 PM
Noor Afzan: Erk, akan dsambung, tapi tak boleh selalu. :P Idea susah nak cari.
August 17, 2009 at 9:57 PM
Nak tulis novel eh! Bagus tuh! Tulis aje ler yer ... tak yah lah mintak maaf!!
August 17, 2009 at 10:17 PM
perrrgghhh..pajng giler type..byk ek masa bro?? hehhee..
tak[e2 1st novel kuar...bgtau dalia...will buy it...tolg kengkawan...:)
August 17, 2009 at 10:23 PM
urm .. wat r novel bunuh2 org .
baru syiokk ..
hehee
August 17, 2009 at 10:28 PM
ada kerja ker ha bagi macai kau buat kerja...kau sambung cerita tu cepat...hahaha arahan dari boss
August 17, 2009 at 10:31 PM
anis suka bunuh2 yee,,waa bro,,kamu ni oranngnya bgitu 'mendalami' yah ;p
August 17, 2009 at 10:34 PM
daku lak tarikh lahir 28 mac..npon nokia 5610...perfume minyak atar..katil capayam..sapakah mau jadik incik faizal daku???muahahhaa..
besh2 cita neh....
August 17, 2009 at 10:48 PM
erhmMmmmmm!!
August 17, 2009 at 11:39 PM
hmm kalau kisah cinta rasanya ada market...teruskan melangkah dan melangkah.. percubaan yang baik.
August 17, 2009 at 11:55 PM
kenapa lelaki suka bagi/hadiahkan perfume?
August 18, 2009 at 12:33 AM
wah2.. ini bukan percubaan pertma..
nim mcm dah pkr dh ni grunge..
hehehe..
sy pulak yg syok bc..
heeh.
nk taw ending ley x..
mash ngn faizl ni x?
hehehe..
anyway..
grunge mmg bbkt..
ni boleh siarkn kt mjlh rmaja ni.. hihi..
=)
sori grunge.. lama x singgh.. n kumen... hehe..
komntr pun mkin byk nmpk.. hehe.. nmpknya.. kualiti pmulisn dan pmint mkin mngkt ni.. sybs dan thniah..
i like it.. *_*
August 18, 2009 at 12:40 AM
bro..lu smbung cpt..cpt sket..
gua gantung nie..
bru nk lyn jap..kihkih..
August 18, 2009 at 1:02 AM
grungy, wat la novel vampire cam edward cullen tu. hehe
August 18, 2009 at 1:11 AM
Salam..
Bang, berbakat sungguh la..
Teruskan berkarya..tak sabar nk ikuti cerita selanjutnya...
August 18, 2009 at 8:01 AM
kawan tadika!!!!
cepat sambung
best best!!!!!!
August 18, 2009 at 8:21 AM
:)
aku doakan aku dan faizal akan kekal dalam novel ko ni.
opsss! hahaahhahahahha.
jgn laa wat scene bunuh2, tp klu nk bunuh, gi bunuh nyamuk cukup laa hahaha
bile mau sambung?
August 18, 2009 at 9:44 AM
Lepas tue? mash terima tak cinta dia?sambung lagi...
August 18, 2009 at 10:28 AM
sbb ko pakai nama mashita, aku bagi 10/10...ok?
bagus-bagus!
August 18, 2009 at 11:55 AM
huhu...bgos2 wt novel....
x sbo nk bce part seterusnyerr...
August 18, 2009 at 2:07 PM
wah ahadiat akasha baru ke???
August 18, 2009 at 3:03 PM
aku rase nak senyum jerk sepanjang bace hahaha mcm tak cayer plak dengan kawanku inieh siriesss nieh ...
tp mmg freshhh lagi arr sbb ade certain ayat tue still skema, tp klu lame2 harus hebat kannn ... mcm mane ko mule2 br bertapak dlm blog dulu ... tp skang .... kuiiii ...
ehh terbanyak plak kui kui
waa chow dulu ...
August 18, 2009 at 4:28 PM
bole tahan sebab watak utamanya seorang ppuan, dan penulisnya lelaki..
hurmmm..good good...
August 18, 2009 at 5:50 PM
aikk nak tukar profession pulak ker..hehe
August 18, 2009 at 6:37 PM
besttt gak ni. sambunggggggggggg
August 18, 2009 at 6:37 PM
ku tggu smabungannyaaaaaaaaaa:P:P
August 18, 2009 at 7:58 PM
omg...i can't wait for the next chapter!!! plz plz...make it faster
August 18, 2009 at 8:55 PM
Tak derk time mengarang novel ker? Kekeringan idea eh? Tak per, pergi cari idea dulu eh!
August 19, 2009 at 3:46 AM
tahniah atas penghasilan novel ptama kamu.. sy sguh teruja nk tau kesudahan si mashita & faizal..
sguh romantic.. sy pn ska perfume 2.. :p
August 19, 2009 at 3:48 AM
hingga hujung noktah??
August 19, 2009 at 11:03 AM
Betul ker citer ni tak ada kena mengena ngan yg masih hidup atau yg sudah meninggal?
August 19, 2009 at 2:03 PM
cubaan pertama ko berhasil...
cept2 sambung..aku tgh menanti ni...xbest bace sangkut2...
August 19, 2009 at 8:15 PM
grunge,
please la grunge,
please la..
please la tulis novel..
best gile ah..
August 20, 2009 at 12:36 AM
nak komen ke 50 boleh? hehee
August 20, 2009 at 12:36 AM
nak komen ke 50 boleh? hehee
August 25, 2009 at 6:30 AM
huk uh..
sokong sume yang diatas..
mmg best..
cepat2 sambung ye bro..
gudluck :D
August 28, 2009 at 2:04 AM
ohh aku lmbt nk baca entry ni sbb bz skit...
tp best la...rase mcm baca novel smbil2 baring ats katil hehe :)
anyway, bgus cara ko tulis...nmpk mcm penulis novel yg pro~
ok2 dh bnyk aku bodek~ nk smbung baca ~