You BLoGGeRS RoCK

Usia aku sudah pun mencecah 31 tahun. Walaupun aku dah lama dalam dunia cyber ni (aku mula mengenali internet pada tahun 1995) aku masih dikategorikan sebagai seorang yang amat baru dalam berblogging. Okies, aku mahu cerita sedikit mengenai komuniti blog ni dari perspektif pandangan aku (so, kalau sesiapa tak setuju, boleh komen, sebab aku dah terang-terang katakana dari perspektif pandangan aku).

Aku berpendapat blogger yang betul-betul aktif ni mempunyai nilai kreatif. Aku rasa, dah sampai tahap seorang penulis dah. Bukan apa, korang perlu terima hakikat, untuk menulis memerlukan minda yang aktif. Bukan senang nak menulis. Tak percaya? Cuba korang fakir balik, berapa kali korang ubah entry sebab korang rasa tetiba takde idea? Berapa kali pula korang tak jadi tulis entry sebab kekeringan idea. Btw, korang tak rasa ke penulis-penulis blog yang mendapat banyak komen dalam penulisan mereka merupakan penulis yang hebat? Ni kerana mereka berjaya untuk menarik perhatian blogger lain untuk masuk ke blog mereka setiap hari, baca dan komen. Di sini, aku nak mention beberapa bloogger yang senantiasa mendapat perhatian dari blogger lain sebab gaya penulisannya (blogger lain ke atau hanya aku yang berpendapat begitu?).

1. MonkeyDLuffy – Seorang blogger yang aktif blogging. Dia ni kreatif. Ramai orang baca entry dia dan ternanti-nanti entry dia. Sebab entry dia agak lawak dan disebalik cerita tu, ada pengajarannya. Aku jeles dengan dia sebab dia ni ramai pengikut dan setiap entry dia, komen paling kurang 50. Giler siut. Aku Cuma baca dan tak berani nak komen.

2. Mamai – Penulisannya membuatkan kita berfikir. Kerana banyak maksud tersurat. Lebih-lebih lagi bila baca puisinya. Perkataan yang dia guna agak kasar, tapi bukan niat untuk menyinggung, tapi untuk menyedarkan orang je.

3. Badek Gonzales – Penulisannya persis seorang yang berumur, padahal dia hanya seorang pelajar lagi. Ternyata, usia tak melambangkan kematangan. Lagi satu, penulisannya agak radikal, seradikal pemikirannya (aku rasalah).

4. Anaklaut – Blog seorang cikgu. Penulisan agak versatile. Aku tertarik dengan entry-entry sejarah dalam blog dia ni. Banyak juga aku belajar pasal sejarah negara dalam blog dia. Selain tu, anaklaut juga menyajikan entry puisi dan pengalaman hidup.

5. @xim – Kalau korang nak tau, dari blogger ni lah aku belajar amik gambar makanan. Same profession as me, so dia pun banyak traveling. Kalau korang bukak blog dia, korang pasti akan terliur dan rasa lapar, walaupun baru lepas makan. Pada aku, kalau di tanya sapakah paling sesuai untuk menggantikan Maria Tunku Sabri sebagai pengacara Jalan_jalan Cari Makan, aku akan cakap mamat ni la. Lagi satu, dia memang pandai amik gambar makanan dari segi pelbagai angle.

Owh, pada korang yang aku tak tulis mengenai blog korang, bukan bermakna blog korang tak menarik ok. Cuma aku ari ni rasa nak mention nama 5 orang ni (kalau aku mention semua karang, panjang gila jadinya entry aku ni). Pada aku, korang semua adalah penulis yang bagus dan kreatif. Dan aku skarang, sangat kagum dengan komuniti alam cyber yang digelar BLOGGER.

52 Response to "You BLoGGeRS RoCK"

  1. mamai says:
    July 20, 2009 at 10:42 PM

    kamu juga seorang penulis yang berjaya, blog untuk semua pembaca tak kira peringkat umur entry kamu antara yang aku tunggu

  2. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) says:
    July 20, 2009 at 10:54 PM

    setuju dgn kamu incik grunge..

    menjengah ke blog mereka menjadi satu rutin pada sy...

  3. BadekGonzalez says:
    July 20, 2009 at 11:02 PM

    WOHOW...xsangka sampai ginipulak dapat pujian..
    thanks bro...

    tp,xlupa juga,
    aku selalu menanti entry mu..
    walopon kamu lambat update, tp, skali baca, mau seminggu terngiang2 d kepala.hoho

    keep on blogging

  4. Amal says:
    July 20, 2009 at 11:03 PM

    uhh~
    xde pasal sy pun~~
    hehehe~~

    tp yg anak laut tuh best~
    hehehe

  5. xuen adyla says:
    July 20, 2009 at 11:05 PM

    blog xuen selalu kena stalk kan
    :p

  6. Unknown says:
    July 20, 2009 at 11:06 PM

    hehe..betul2 setuju sangat...
    kalau saya tau la blog web ni ade dulu...
    dah lama saya menulis dalam blog je..
    selama ni tulis dalam diary je...
    dulu kalau nak ikutkan saya lagi kreatif dalam penulisan..
    skg dah lembab sebab asyik dengan kira-kira plak..huhu...

  7. Anonymous Says:
    July 20, 2009 at 11:31 PM

    hehe.
    sy pun ada blog. bru thn ini..
    ekeke.
    tp. xpa la. wpun nama sy dalam top 5 grunge. ekeke.
    tp ada blog mmg best. dan rasa srnk sgt.. hihi..

  8. Beruwang says:
    July 20, 2009 at 11:37 PM

    saya menulis bukan untuk ber_uwang. saya menulis melepaskan resah di hati saja.. dan tak kisah kalau tak de pengunjung sebab saya yang suka mengunjungi blog orang lain...

    apa apa pun dunia blog tak sama dengan dunia sebenarnya...
    pandangan saya la...

    teruskan berblog dan menulis.

  9. myQza says:
    July 21, 2009 at 12:10 AM

    bagi aku pula masing-masing ada cara dan gaya penulisan tersendiri.

    aku tak rasa blog yang mendapat banyak komen adalah berpunca sepenuhnya dari penulis yang hebat.

    kalau kamu dapat 1 atau 2 blog yang menggunakan bahasa merapu, yang menaip ala-ala mak nyah (maaf) yang menggunakan bahasa singkatan, yang becerita luar dan dalam pasal diri sendiri, yang meluah dan mengungkap kata cinta kepada bf/gf tercinta dan lain-lain juga mendapat komen yang tinggi.

    Jadi aku kurang bersetuju dengan pendapat kamu yang menyatakan 'penulis hebat mendapat banyak komen'.

    aku memang ikut Blog Luffy dan mamai. dan aku akui mereka penulis yang hebat. tetapi aku juga ada ikut 2-3 blog merapu seperti yang aku nyatakan dalam perenggan ke 3, mereka juga punya komen yang banyak. Aku tidak sanggup menggabungkan Pemulisan luffy dan mamai yg hebat dengan penulisan merapu yang banyk komentarnya.

    bagi aku penulisan yang hebat bukan kerana banyak atau sedikit komennya, tetapi gaya penggunaan bahasa dan cara penyampaiannya juga pengisian.

    Kamu juga penulis yang hebat.

    aku harap kamu faham apa yang aku cuba sampaikan dan aku hormati pendapat kamu.

  10. GRuNGe says:
    July 21, 2009 at 12:10 AM

    Alamak. Maaf, mungkin kalian tersilap tafsir. 5 penulis yang aku tulis tu adalah contoh kreatif. Tapi kalian semua juga kreatif. Sebab tu tajuknya, you bloggers rock. Atau perlukah saya tukar tajuk kepada You All Bloggers Rock? Maaf kepada kalian semua.

  11. puspa says:
    July 21, 2009 at 12:30 AM

    saya se2ju laa en grunge....
    mmg kne memerah otak laa ble nk kuo entry bru....
    boley guling2 jgak laa nk cri idea ni....
    hik2...

  12. enyheartsdiamond says:
    July 21, 2009 at 12:36 AM

    agree ngn mamai..eny tuggu grunge update!!!;)

  13. SasHa Lee says:
    July 21, 2009 at 1:08 AM

    LAaa.. nampk sangat aku ni ketinggalan yer grunge... lepas nie aku nak follow 5 nama yang ko senarai tue laa..hehe..

    **ape2 pun..YAng ke 6.. you Blogger Rock arrr...;)

  14. anak laut says:
    July 21, 2009 at 2:03 AM

    salam...bro,

    wah..nama anaklaut pun ada..yey..yey..

    p/s: tq singgah di anaklaut..puisi tu sekadar puisi saja..

  15. Amal says:
    July 21, 2009 at 2:29 AM

    tp br0 tetap best!!
    da name pun grunge~~
    =p

  16. BadekGonzalez says:
    July 21, 2009 at 2:45 AM

    haha..kene kasi edit entry r bro.
    takot orang salah faham kamu nak bagi contoh terdekat sahaja.

    tapi,
    semua blog ada istimewa memasing.
    terpulang pada pembaca nak seronok or tak.
    huhu

  17. DaliaLiyana says:
    July 21, 2009 at 2:50 AM

    perkongsian yang baik...dari 5 yg dimention td...3 blog dalia penah g...dan lagi 2 tu...bakal dalia ikot...wpun dalia tak folo ketiga3 blog yg disebutkan td..mmg dalia akan masuk everyday! lagi 2 tu....im coming....:)

  18. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 21, 2009 at 4:43 AM

    agree with u.. sy pn bca blog mereka.. besh sgt.. salute.. pelbagai topik ada.. interesting & sntiasa mnanti mereka update..

    p/s: segan gak nk komen.. tp kt kamu kita komen plak.. wakaka.. pelik2.. :p

  19. Adam says:
    July 21, 2009 at 5:36 AM

    yes! sangat kreatif kita ni.. sehinggakan aku terfikir nak wujudkan satu gambar kabinet bloggers malaysia.. sape nak jadi PM nye yer? wakakakaka! yang pasti aku cop menteri pertahanan! hahahahaha!

  20. CITY® says:
    July 21, 2009 at 8:15 AM

    salam grunge...

    biru pun udak baru dalam dunia blogger nih, mula april 2009 jerk. tu pun kerana 'sesuatu' kehkehkeh..

    budak baru dlm blogger jerk, tapi biru dah lama, hahhahaah...

    biru pun barui belajar merangkak tuh. byk citer personal jer dulu lam my blog yg tak seberapa tuh. mayb akan upgrade dari masa ke semasa kan.

    all d best to u =)

  21. CITY® says:
    July 21, 2009 at 8:16 AM

    nama biru tak der mmg pun,
    tapi bengang gak nk, wakakakk =P

  22. Anonymous Says:
    July 21, 2009 at 10:18 AM

    btl bro..gua pun respect same bro.bro mmg kreatif

  23. @xiM says:
    July 21, 2009 at 11:16 AM

    thanks for put my page in the list!!appreciate dat so much!!:)

    len kali ko amik la gambar makanan banyak banyak temoek kat sini kasi reader ko terliur tahap gaban..kalau boleh close-up lagi baekkk...hehe

    anyway,dah nak masuk dua tahun aku berblog..banyak dugaan dan cabaran yang ada..kalau dulu aku rasa blogging boleh buat kawan,skarang tak kurang juga mencipta lawan..bukan apa,tak semua orang kita boleh puaskan hati..

    whatever it is,hidup mesti terus..aku tetap menulis dan berkarya sebab tu that's my passion..i'm so addicted to blog since it become my life journal-and not too much to say my blog is my life..:p

    anyway,aku enjoy baca blog ko..penuh misteri sebab i have no idea who you are..hehe..but that's what blogging is all about right??-make friend without knowing them personally..keep up da good work k!!kalau ko berpuisi aku suka baca..:)

    *Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer..

  24. Jard The Great says:
    July 21, 2009 at 2:01 PM

    atr 5 tu. satu je aku pernah terjah.. nk gi terjah kejap lagi kot.. ehehe. thanks for sharing!

  25. RAWNA says:
    July 21, 2009 at 2:05 PM

    diorang memang best
    :)

  26. Jard The Great says:
    July 21, 2009 at 2:25 PM

    err.. ku cdgkan mu letak link ar.. jenuh nk carik kat pengomen2 ko utk carik link2 depa neh.. ehehe

  27. GRuNGe says:
    July 21, 2009 at 2:44 PM

    Mamai: Terima kasih kerana galakkan kamu mamai. Semoga kamu sentiasa bekarya.

    Nur: Hehehehe. Cikgu, kanak-kanak ribena macam saya memang betul.

    Badek gonzales: Aku rasa mko matang dan blog ko matang. Btw, aku memang akan update, tapi tak sekerap dulu. Dah start busy outstation beb.

    Miss Siv: Erk, jangan la majuk Mal. Kamukan blog ala-ala gothic gitu.

    Xuen Adyla: Blog you kena stalk ek? Who is the stalker Xuen?

    Adrina Sidek: Wah, nombor jugak ke? Saya bosan hidup dengan nombor, tu yang belajar tulis blog tu. Untuk melatih kreativiti menulis.

    Anak Gemilang: Ora, memang banyak blog best. Saya pun banyak menjelajah blog orang untuk mencari idea untuk entry baru. Selain untuk buat saya rasa seronok. Kadang-kadang bila baca blog, nak gelak guling2 pun ada.

  28. GRuNGe says:
    July 21, 2009 at 2:52 PM

    ber_uwang: Betul kata ko tu. Menulis bukan kerana nak dapat nama. Kalau nak dapat namakan, baik jadi penulis professional. Blog ko pun best, macam-macam ada. Macam astro plak.

    Chipsmore: Hehehe, janganlah marah. Saya cuma kasi contoh jer. Ishhhhhh.

    Tedi: Betul kata kamu tu tedi. Terima kasih kerana sudi beri pendapat. Sebab saya perlukan orang untuk berkongsi rasa dan idea.

    Puspawarna: Tu ler pasal. Masalah dengan orang yang main dengan nombor dalam kehidupa seharian (bukan nombor ekor yea). Sampai berguling memikirkan idea untuk entry baru.

    Enyheartsdiamond: Terima kasih kerana penghargaan kamu berikan Eny. Semoga kamu gembira di Kajang. :P

    Shasha Lee: Follow beb. Best wooo. Rugi kalau ko tak follow. Japs, Pak Li jom Shasha Lee. Hehehehe.

    Anak Laut: Sekadar puisi ke. Lain macam jer baca. :P

  29. GRuNGe says:
    July 21, 2009 at 3:11 PM

    Miss Siv: Grunge sekadar nama dan minat. Mungkin jiwa dah kurang grunge semenjak berumur ni.

    Badek Gonzales: Tu lar pasal, ni la padahnya kalau tak mengolah dengan teliti, ada jer yang terasa. Maaf kepada mereka yang terasa.

    Dalia Liyana: Dalia, sila baca yea. Hehehehe. Japs, saya kalau jumpa adik kamu, memang rasa nak sekeh dia. Teka teki dia memang buat saya guling2.

    ViP Flora: jangan la segan nak komen sekiranya ada sesuatu yang awak nak kongsi dengan dia orang. Sharing is caring kan.

    Dakjaat: Wakakaka, menteri pertahanan yea. Aku nak jadi menteri pertanian jer.

    BlueCity: Wah, sama la kita mula bulan April. Tapi saya tak tau ada sesuatu ke yang buat saya mula. Saya cuma sekadar nak menulis dan berkongsi cerita. :P

    Erk, jangan lah bengang.

    Zanetti_be: Thanks beb. Ko pun kreatif gak. Japs, mana lirik lagu where is the love aku wei.

    @xim: Hehehehe, aku ni memang misteri sket axim. Sebab nature aku pemalu (malu la sangat). Nanti aku akan amik gambar makan2 lagi untuk ko axim.

    Jard the great: Hehehehe no problem beb.

    K.A.: Betul K.A. Cemana cuti? Dah puas makan?

    Jard The Great: Aku ada link la wei dekat sebelah. Nak kena buzz ko ke nak kasi tau link dia orang. :P

  30. BadekGonzalez says:
    July 21, 2009 at 5:16 PM

    XPE..kerja tu d utamakan.
    hidup bloggers ni, biar lah menjadi hobi semata.
    apa yang penting,(bukan kerjasama),
    ttp,
    hidup kene jadikan ianya hepi..
    wahahahaha

    keep on blogging bro

  31. hanisYGbaek says:
    July 21, 2009 at 5:53 PM

    anda jugak blogger yg hebat..
    tgk jela..
    bpa rmai viewers yg view blog neh..
    huhuhu~
    jelesh kot..
    yea2..
    untuk menulis kita memerlukan otak yg aktif..

  32. azimask says:
    July 21, 2009 at 7:07 PM

    salam.. monkeydluffy tuh apa blognyer.. nak terjah jugak.. tq

  33. azimask says:
    July 21, 2009 at 7:39 PM

    salam salam..
    boleh tak mintak tulun..
    linkkan nama nama pada yang tertera tuh..
    leh terjah belog mereka....

  34. azimask says:
    July 21, 2009 at 7:40 PM

    saya minat berbelog
    tp ada masa..
    gambar banyak kat hp.. camera..
    tp malas nak upload
    penah 1 masa giler edicted belog hari hari..
    tp faktor masa..
    tp minat lagik..
    cam no ekkhh..

    jeles tgk kwan kwan ramai kawan n rajin hupdet..

    saya nak jugak ramai kawan dan rerajin hupdet..
    tapi saya malas ..
    tp lepas nie tanak malas laaa..

    betul
    berbelog ini membuka minda ...
    seronok membaca..
    tak perlu sudah baca buku ceriter semata
    baca belog pon dah macam baca buku ceriter....

  35. Mrs Nurul says:
    July 21, 2009 at 8:36 PM

    bnayak juga penulis2 blog jadi kegemaran aku.
    tapi paling best, aku spam bila penulis blog tu mesra rakyat mcm ko. tu je.
    walau komen banyak beratus pon takdela sombong,
    kan?

  36. Idalara says:
    July 21, 2009 at 8:46 PM

    betul kata grunge tu, mereka tu hebat2 belaka..kak ida belumpun setahun jagung di dunia blog ni..baru nak mengesot2...tapi grunge pun apa kurangnya,,banyak juga idea pandai mengeluarkan isu2 yg menarik.

    insyaallah kak ida akan singgah di semua blog yg belum kak ida lawati kecuali blog anaklaut.

  37. GRuNGe says:
    July 21, 2009 at 9:13 PM

    Badek Gonzales: Thanks for your support bro. Ko dan Eny banyak mendorong aku untuk update blog under thoughts aku.

    Hanisygbaek: Lama-lama nanti kamu akan punya ramai viewer dari saya Hanis.

    Miemie Azimask: Kamu dah lama tak update. Busy yea?

    Erk, cuba tengok blog list sebelah kiri blog saya. Kamu boleh lihat semua blog yang saya senaraikan di atas disitu.

    Saya pun malas nak update gambar. Tapi ramai yang minta entry gambar. Maka keluarlah entry gambar. Betul juga, kadang2 visual give more impact to our entry.

    Si Lampu Neon: Aler, aku rasa komuniti blogger yang aku kenal tatak sombong wooo. Wei, ko start ngajar ni, jarang update blog. Busy yea? Semoga ceria sokmo beb. Japs, ko tgk bila ko tak sombongkan lampu, hasilnya, aku pernah tengok komen box ko cecah ratus. Dasat gak blog ko beb.

    Idalara: Thanks Kak Ida kerana meluangkan masa untuk baca blog saya ni kak.

  38. Fitriah says:
    July 21, 2009 at 9:15 PM

    yg lain tu tak pernah tengok plak..

    tau yang monkey dluffy tu je..

    die mmg kelaka hehe :)

  39. AiE bAhRi says:
    July 21, 2009 at 9:20 PM

    Blog mereka memang hebat.semuanya ada daya tarikan sendiri. Bukan senang untuk menjadi penulis dan berkarya walaupun hanya di dalam blog tapi mereka dan mampu buktikan kemampuan mereka.

    Dan bagi mereka2 yang mempunyai blog juga, blog anda mmg bst sbb menjadi seorang blogger bermaksud bersedia untuk menjadi seoarng yang komitmen.Dan anda semua as blogger mmg superb..

    I love my blog and ur blog.

  40. Fitriah says:
    July 21, 2009 at 9:26 PM

    macam mane nak buat blog jadi glamer cam dorang??

  41. AiE bAhRi says:
    July 21, 2009 at 9:27 PM

    Setuju dengan statement << s| tED| >>

  42. v says:
    July 22, 2009 at 10:26 AM

    Hu waaa, penat haku skrol atas dan bawah, memang tak derk nama haku ... huwaaaaaa ...
    ape2pun bagiku blog cumer tempat bersantai(berkawan) yg tak yah kuar umah dan makeup bebagai .. hiks! Boleh luahkan rasa dan mendengar luahan n pendapat org len - kalu org len nak jadikan blog tempat praktis BM or BI agar bahasa lebih mantap, bravo, good 4 them ... tapi haku cikgu. Ari2 haku belajar memantapkan ilmu dan penggunaan bahasa murid2ku dan haku sendiri. Haku tau (rasanye laa ...) gaya bahasa camner nk digunakan di mana, bila dan ngan saper haku bercakap ... So di sini, biarlah haku lebih relaks dan wat cara haku ... itu haku, org len of course len lah. Every1 is entitled 2 one's own opinion ... n every1 has d right 2 say it out loud. Tak per lah ...
    Bagi haku, blog yg hebat is blog yg ada daya tarikan, be it dr segi bahasa, isi, kelakonyer, merapunye ... dan daya tarikan itu len2 bagi org len2 ... hebat pd haku mungkin hampagas pd kamu dan sebaliknyer ... Wokey ker?

    Precious

  43. GRuNGe says:
    July 22, 2009 at 3:06 PM

    Fitriah: Cuba masuk blog mereka dan baca. Tapi pada saya, semua blogger hebat, 5 di atas tu sebagai contoh terdekat jer.

    Aie Bahri: Waaaaa, Aie, abang dah tak punya banyak masa macam dulu nak update blog. Lawat blog. Skang masa terhad. Nasib baik Aie buat link dekat sebelah, atleast dapat gak baca latest entry bila masuk.

    Fitriah: Adeh, tak perlu jadi gelemer. Menulis bukan kerana nama tau. Menulis untuk kesedaran dan berkongsi ilmu dan cerita. ;) Btw, your blog is well writen in English.

    Aie Bahri: Setuju dengan statement kamu Aie. Lalalalala.

    Lili11: Wuits, blog ko pun menarik apa. Lupa nak letak, sapa nak cari contest barang free, sila lawati dan layari blog lili11. Banyak advert barang branded percuma disitu. :P

  44. azimask says:
    July 22, 2009 at 3:15 PM

    bz sket la enchek grunge....
    infact.. bz manyak...
    manyak citer nak kuar..
    tp ada 1 citer panas nak kuarkan jugak pasal dengki mendengki nie...
    apasal la sama melayu pun mau dengki..

    p/s. mak kamu dok p.9 kat mana... p.9 beso..
    2. bila mau makan makan di tmn tasek putrajaya... kamu blanjekkan...

    3. kalau kamu balik putrajaya...
    kalau mak kamu masak sedap sedap hanto la kat kami ber2 nie ...

    hik hik...

    berkamu kamu la pulak...

    hehehehehe

  45. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 23, 2009 at 4:52 AM

    setuju dgn kamu..

    sharing is caring,
    caring is understanding..

    Btul ke??

  46. anak laut says:
    July 24, 2009 at 7:33 PM

    salam..bro..

    blog anaklaut semua ada, ksaih sedih ada, lucu ada, sejarah ada, nak berpuisi ada, tapi blog bro sangat lain daripada yg lain.

    saya dah kembara ribuan blog sepanjang berblogging ni..tapi blog bro sangat best..

    tahniah bro..

  47. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:13 PM

    wehhh asal aku tak de ?waaa :(

  48. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:14 PM

    x pe
    aku cool je :p

  49. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:14 PM

    seyes aku sedih tgk aku yg trn gle obvious

  50. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:14 PM

    jgn t,mbh kesedihan aku weyhhh ;((

  51. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:15 PM

    aku poyo je lebih ;p

  52. @xiM says:
    July 30, 2009 at 11:31 AM

    bila lagi nak ada entri makan makan dari kau nih??hehe