SuDaH NaSiBKu

Ani seorang gadis kampung yang tidak pernah ke Bandar seumur hidupnya. Dia telah mendapat keputusan SPM yang agak memberangsangkan dan telah diterima masuk ke sebuah IPTA tersohor di ibu negara. Dia sungguh gembira dan tidak sabar menanti detik kemasukannya.

Ibu Ani, Mak Jah berasa risau dengan keberangkatan Ani ke IPTA tu. Dalam hatinya terdetik, owh, macam mana lah agaknya keadaan anak aku nanti. Ke Bandar pun dia tak pernah, inikan pula hendak ke kota metropolitan yang penuh dugaan dan cabaran. Di ceritakan kebimbangan nya kepada suaminya, Pak Haji Daud. Haji Daud tersenyum lalu berkata, “Jah, anak kita dah besar. Pandailah dia menyesuaikan dirinya di sana nanti. Lagipun anak kita ni pandai jaga diri.”

Masuk bulan ni dah tiga bulan Ani menjejakkan kaki di ibu kota. Macam-macam perkara baru yang Ani telah pelajari dan kenal. Kena pula roommatenya, Edriana merupakan anak jati kota metropolitan ini. Ani telah diperkenalkan dengan Cineplex, makanan segera, shopping mall dan shopping. Malah tidak ketinggalan kehidupan malam di kota ini.

“Ani, malam ni aku nak bawak ko enjoy dekat disko. Ko nak pergi tak?” Tanya Edriana kepada Ani. “Disko tu apa Ed?” Tanya Ani pula. “Kau siap ajer la Ani, pakai seksi-seksi sikit. Baju yang kita beli dekat MidValley hari tu pun ko tak pakai lagikan?” sambung Edriana. Ani mula terbayang baju body hugging yang dibelinya tempoh hari bersama Edriana. Sebenarnya, dia agak menyesal membeli baju tu. Kerana setelah dicubanya, ternyata baju itu menyerlahkan tubuhnya yang montok lebih-lebih bahagian dadanya yang semakin membesar. Arghhhh, bila lagi aku nak mencuba kehidupan yang baru, lain dari kehidupan kampungku. Kata Ani didalam hati.

“Ani! Kenapa ko pakai tudung ni? Kita nak pergi disko lar, bukan nak pergi surau atau masjid dengar ceramah agama.” Kata Edriana dengan nada yang agak tinggi. “Erkkk, kena bukak ke Ed? Aku tak biasalah keluar tanpa tudung.” Jawab Ani. “Ani, ko pakai tudung memang lawa, tapi kalau kau tak pakai, aku jamin, ramai lelaki dekat disko tu akan tergila-gilakan kau. Tak pe Ani. Ramai jer yang bertudung semasa dalam kampus tapi bila mereka keluar dan pergi disko, mereka pakai lagi seksi dari ko. Spaghetti Stripe dan Thong lagi. Hahahahaha.” Ani terdiam. Dia tidak tahu apakah benda yang disebutkan oleh Edriana tadi. Hatinya masih lagi berbelah bahagi sama ada mahu membuka tudungnya atau tidak.

“Ed, aku rasa tak sedap badan la. Rasa macam pening dan nak muntah.” Ani memberitahu Edriana. “Aku rasa malam ni aku tak boleh ikut kau la.” Ani memberikan alas an. Sebabnya, dia tidak sanggup keluar di khalayak ramai tanpa memakai tudung. Dia masih ingat lagi pesan ayahnya yang juga Imam di kampungnya yang rambut tu merupakan aurat bagi wanita. “Kalau kau nak, kau boleh pakai baju aku Ed. Aku rasa baju yang aku beli hari tu, kecik sangat. Senak badan aku bila memakainya.” Sambung Ani sambil menghulurkan body huggingnya kepada Edriana. Edriana memandang Ani dengan nada sedikit terperanjat. Tak sangka, t-shirt body hugging jenama Guess yang Ani beli dengan harga RM300 tu hendak diberikan kepadanya. Sambil tersenyum Edriana berkata, “Kau betul nak kasi aku baju ni? Aku ni pantang benda-benda free, kena pulak Guess.” Dalam hati Ani, “Amiklah ko Ed, aku tak sepatutnya beli baju macam ni. Tapi disebabkan aku agak terpengaruh hari tu, aku beli. Cantik memang cantik, tapi aku tak sanggup fakir dosa-dosa yang bakal aku tanggung di akhirat kelak. Lagipun malu la nak pakai baju yang menampakkan tubuh badan. Tubuh badan aku ni, hanya untuk tatapan suami aku je.”

Pukul 10, Edriana dengan baju Guess barunya dan seluar jeans keluar dari bilik. Di bawah, boyfriendnya yang ke 10 menunggu didalam kereta Satria Neo. Ani hanya melihat dari tingkap bilik mereka. “Fuhh, nasib aku tak ikut. Ada lelaki rupanya. Selama ni, aku keluar pun dengan Ed dengan kawan-kawan perempuannya.” Detik hati Ani. Sejam kemudian, Ani pun tertidur. Dalam tidurnya Ani bermimpi yang dia dan Ed dalam kesusahan. Dikerumini lelaki lalu memperkosa mereka beramai-ramai. Ani terjaga. “Astaghafirullah Al Azim” ucap Ani. Ani melihat ke jam dindingnya. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Dilihat katil sebelahnya, masih tidak berpenghuni. Ani bangkit, pergi ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Dia kemudiannya melakukan solat Tahajud. Selesai memberi salam, handphone Nokia 3210 Ani berbunyi.

“Ani, kau kena tolong aku Ani. Aku di aniaya.” Sambil teresak-esak Edriana berkata. “Ko dekat mana ni Ed? Bagitau aku. Nanti aku pergi ambil kau. Cerita dekat aku apa yang terjadi?” bertalu-talu pertanyaan yang Ani hujankan kepada Edriana. Suara Edriana semakin kuat menangis. “Jumpa aku dekat Concorde Hotel sekarang juga. Aku tak boleh keluar dari sini.”

Setengah jam kemudian Ani pun sampai ke Concorde hotel dengan motosikal Comel nya. Ani mengeluarkan henset nya lalu mendail no telefon Edriana. “Ed, kau dekat mana skarang? Aku dah sampai ni.” Ani memberitahu Edriana. “Kau masuk Hard Rock Café. Kau cuba cari pintu belakang. Aku kena tahan dekat sini.” Edriana memberikan arahan kepada Ani.

Di pintu dapur Hard Rock Café. Ani melihat Edriana dengan nada sayu. “Ed, apa yang telah kau buat sampai jadi macam ni Ed?” Ani sedih melihat kawannya yang kusut masai, berserabut dengan baju basah dan kusut masai. “Ani……………. Aku kena tipu dengan boyfriend aku Ani. Dia ajak aku lepak Hard Rock, makan kemudian minum. Kemudian dia ajak kawan-kawan dia. Last-last, dia tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang. Waitress datang bawak bil, RM 600 tu. Mana la aku mampu bayar. Jadi, mereka terpaksa tahan aku dekat sini dan suruh aku cuci pinggan dan cawan.” Edriana menjawab sambil meraung.

53 Response to "SuDaH NaSiBKu"

  1. Amal says:
    July 23, 2009 at 9:25 PM

    ngeee~~
    nape cam pendek lak eh??
    td rase cam panjang~
    heheheh!!
    selal02 buat cite k~
    =D

  2. Stay Sane Mama says:
    July 23, 2009 at 9:32 PM

    huhu.nasib baik tak kena rogol ngan bf dia. cuci pnggn ok lagi tu.hehe tapi mampu ke terbayar rm600 tu ngan cucui pggn je kan

  3. Anonymous Says:
    July 23, 2009 at 9:38 PM

    Pergh!....siyes ku ingat minah tu kena rogol.
    Nasib baik kena cuci pinggan dan cawan je.

  4. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    July 23, 2009 at 9:41 PM

    cam suspen je..last2 cuci pinggan ke alahai.hehe

  5. Ivy Metaga says:
    July 23, 2009 at 9:45 PM

    hahahhaa..nasib cuci pinggan wooo..

    apa mrk makan smpi bil rm600 hak hak hak

  6. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 23, 2009 at 9:47 PM

    pergh.. ingtkn kna apelh si edriana 2 td.. nasib cuci pinggan dr maruah tergadai.. sia2 je.. :)

    p/s: cite yg best.. kamu sgt kreatif..

  7. mamai says:
    July 23, 2009 at 9:48 PM

    aku terkena akhirnya dah suspen baca tadi..tu la saper suruh enjoy masa study

  8. Beruwang says:
    July 23, 2009 at 9:58 PM

    he he he.. kalau masih mak ayah bagi duit .. tak yah la nak enjoy enjoy.. dok baca buku lagi baik..nasib tak kena rewang reramai...

  9. Fitriah says:
    July 23, 2009 at 10:03 PM

    saspen je..

    ingtkan kne rogol hee

  10. anN says:
    July 23, 2009 at 10:05 PM

    owg suwo studi, studi la.. dok suke2 nk enjoy asl.. kn dh kne penangan nye..ish2... 2 kire bnsib baik ni..

  11. DaliaLiyana says:
    July 23, 2009 at 10:15 PM

    ceh...suspen je...ingatkan kena pe la...basuh pinggan ok la tu..at least practice ..nnt senang nak basuh pinggan time g kenduri kendara ..ahakS!

  12. Anonymous Says:
    July 23, 2009 at 10:15 PM

    hahaha..ini patut jd entry lawak ke? hehe...

  13. Alwanieyusoff says:
    July 23, 2009 at 10:17 PM

    bsuh pinggan je ke.. nasib bek..huhu

  14. Unknown says:
    July 23, 2009 at 10:23 PM

    hikhik..best2...
    nak bace cerpen novel...
    g la kat blog kite..
    http://luvlyadreena-inspiration.blogspot.com

  15. ToPeNG_OPeRa says:
    July 23, 2009 at 10:37 PM

    aish..
    seb baek..
    maruah x melayang lg..
    hak3..
    idOp U byk pncarOba.
    pndai2 bwak diri arr..

  16. ToPeNG_OPeRa says:
    July 23, 2009 at 10:38 PM

    aish..
    seb baek..
    maruah x melayang lg..
    hak3..
    idOp U byk pncarOba.
    pndai2 bwak diri arr..

  17. ToPeNG_OPeRa says:
    July 23, 2009 at 10:40 PM

    aish..
    seb baek..
    maruah x melayang lg..
    hak3..
    idOp U byk pncarOba.
    pndai2 bwak diri arr..

  18. myQza says:
    July 23, 2009 at 10:56 PM

    apa barang cuci pinggan?

    sebagai kawan ani sepatutnya menasihati kawannya bukan menggalakkan lagi dengan memberi baju guess yang amat mahal itu!!

    eh eh.. aku emo pulak!

  19. patungcendana says:
    July 23, 2009 at 10:59 PM

    alamak...risau aku...anak aku pun sedang belajar kat ibukota...huhuhu

  20. PK says:
    July 23, 2009 at 11:19 PM

    Lu bleh jadi penulis cerpen la bro...atau lu ni memang seorang penulis? lu cuba hantar hasil karya lu g mana2 majalah..hehehe..

    ingatkan apalah jadi kt Ed tu, rupa2nya tk dpt byr bil...

  21. suparjo masjoko says:
    July 23, 2009 at 11:22 PM

    ingat dia tipu ani.
    saspen ni.

  22. mimi mimi says:
    July 23, 2009 at 11:45 PM

    kesian ed..hahaha
    laen kali jgn pakai singlet~~

  23. Anonymous Says:
    July 23, 2009 at 11:48 PM

    ADEYH..
    ending x dduga ni. hee.
    apepun.. best la grunge.
    huhu.. ada gk unsur pgjrn ckit. ada nilai kasih sayg.. huhu.. tp brni gk si ani tuh.. ish2..
    ingt nape la si Ed tu.. haha..

  24. puspa says:
    July 24, 2009 at 12:06 AM

    hik2.....
    mmg nk gelok arr....
    kne bsoh pnggan kerr....
    nsib bek laaa...

  25. enyheartsdiamond says:
    July 24, 2009 at 12:29 AM

    ops..i pon pnh kn tinggal~kt oldtown..grunge..u sj kn???;)

  26. RAWNA says:
    July 24, 2009 at 12:41 AM

    mahalnya makanan kat hard rock cafe!

  27. BadekGonzalez says:
    July 24, 2009 at 1:11 AM

    aku ternampak isi cerita yg tidak di ketengahkan..
    untuk anak melayu di luar sana,
    khusunya yang terkene cerita seperti ini,
    aku nak cakap 2 bende..

    1. kalau xnak tersentuh babi, jangan masuk kandang babi.

    2. aku nak jerit kekuat kat telinga si bodoh dengan perkataan "dan si bodoh pon percaya!"

    gelakkan mereka yg memperbodohkan diri sendiri.

    hahahaha

  28. unknown says:
    July 24, 2009 at 2:28 AM

    nice story
    hidup kena pndai pilih kawan, silap pilih kawan habis la

  29. Anonymous Says:
    July 24, 2009 at 9:04 AM

    wah..
    pjg tul n3 kali ni..
    btw..
    cite ni syok la..
    hehe

  30. v says:
    July 24, 2009 at 9:41 AM

    Kena cuci pinggan mangkuk? 1000 kali lebih bek drp kena ro***. Uihhh ... takut haku tadik.

    Precious

  31. v says:
    July 24, 2009 at 9:42 AM

    Berhati2 di jalan raya ... Heh heehhhh!! Sori ek! Tetiba terasa nak cakap cenggini lak! Releven ker?

    Precious lagik!

  32. AiE bAhRi says:
    July 24, 2009 at 10:36 AM

    Ending yg penuh dramatis.Pandai jugak ye abg saya ni mengarang cerita..biasa ending kena rogol ke, tapi kena tahan cuci pinggan..Padan muka pompuan tu..agagaga..Gelak jahat!

  33. Jard The Great says:
    July 24, 2009 at 11:18 AM

    cettt.. ku jangkakan yg lain.. tp yg LAIN plak yg berlaku

  34. DilOt says:
    July 24, 2009 at 11:43 AM

    nasib baik kene cuci pinggan je...kalu kene rogol..abesla...menangis tak berlaku la dwatnye...

  35. anak laut says:
    July 24, 2009 at 7:30 PM

    salam...bro..

    wah cerita yg sangat menarik..pandai betul bro..mengolah cerita..

  36. Idalara says:
    July 24, 2009 at 11:41 PM

    fuh!nasib baik kena cuci pinggan je..hengatkan apa td..grunge ni pandai gak buat cerpen..buat sajak dan buat lawak kot? terhibur kak ida bila kat sini.

  37. hang nadim says:
    July 25, 2009 at 12:12 AM

    bukannyer sedap makan situ..makan kat uptown lagi pueasss

  38. Nadd says:
    July 25, 2009 at 11:12 AM

    serve her right!
    ;D

  39. Cik Ateen says:
    July 25, 2009 at 11:50 AM

    hye lma xjumpe kat blog ni..
    aah mmg dh bole blik..
    msa sya update blog ni msa tu 1 jam b4 sya tau yg bole ct..
    hihihi..
    so secara kbtolan..
    hihhi

  40. azimask says:
    July 25, 2009 at 4:22 PM

    aalllaaaa...
    awat sikit sangat..
    tgh syiokk baca...

  41. azimask says:
    July 25, 2009 at 4:24 PM

    uiihh sanggup beli baju guess sampai rm300... uuiihhhhh... baik beli bag guess trus.. huhuhuhu

    adooiii/..
    nie la remaja skunk..
    tau nak pakai barangan branded aje
    cer tunggu kerja dulu ker hapa kee..
    ada duit sendrik baru la nak pakai brg mahal atau apa.. emm
    nie adakah mereka tak sedar yg duit dorang guna tuh mak pak kasik utk belajar...

    diulanggi

    utk belajar...

  42. azimask says:
    July 25, 2009 at 4:24 PM

    ppsstt...
    nak tnya...
    dia ajak kawan dia basuh pinggan skali ker tuh????

    hihihihhi

  43. v says:
    July 25, 2009 at 5:24 PM

    Woooo ... busy ker Incik Grunge? Slalu ko rajin gak jawab komen ...

    Precious

  44. GRuNGe says:
    July 26, 2009 at 2:04 AM

    Assalamualaikum kepada sahabat blogger semua. Terima kasih kerana sudi baca dan komen cerpen ini. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Segala persamaan dari segi watak dan jalan cerita adalah tidak disengajakan.

    Cerpen ini adalah bersifat eksperimental. Di karang semasa tiada report yang hendak di buat di office. Saya sendiri berharap dapat membuat lebih cerpen pada masa akan datang.

    Sebenarnya, idea asal adalah ingin menulis mengenai cerita atau thought berkisar "benih yang baik dicampak kemana akan hidup juga". Tetapi penulisan agak lari dari idea asal lalu jadilah cerpen.

    Sekian terima kasih atas komen kamu semua.

    You All Rock.

  45. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:12 PM

    x sempat bace

  46. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:12 PM

    kat cc
    komputer L

  47. Misshy Innz says:
    July 26, 2009 at 12:12 PM

    nt aku bace
    haha ;)

  48. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 2:28 AM

    pergh.. sempat lg kamu yer!!

  49. azimask says:
    July 27, 2009 at 7:38 AM

    bagus bagus... pas nie kalau kuar noovel g tau.. saya suka baca novel..
    tp semenjak 2 menjak nie amat tak sempat... suka beli.. tp tak sempat baca lagik..ada dekat 3-4 novel yg masih elok dalam plastik tak terbukak lagik.. huhuhu

    masa owwhh masa...

  50. @xiM says:
    July 30, 2009 at 11:29 AM

    owh..ko buat sendirik yek..best best..

    nasib la ani kan..hehe..

    sambungan please!!

  51. Anonymous Says:
    August 2, 2009 at 2:59 PM

    cite grunge mmg gempak laa...mati2 ingat die kne rogol..
    tp mmg best..ade bakat wat novel..

  52. Anonymous Says:
    August 2, 2009 at 2:59 PM

    cite grunge mmg gempak laa...mati2 ingat die kne rogol..
    tp mmg best..ade bakat wat novel..

  53. Anonymous Says:
    August 2, 2009 at 2:59 PM

    cite grunge mmg gempak laa...mati2 ingat die kne rogol..
    tp mmg best..ade bakat wat novel..