PeNGaLaMaN MeNDaFTaR

Wah, bunyi entry kemain dasat, macam aku plak yang pergi mendaftarkan diri untuk study. Perasan muda remaja sungguh aku ni. Okies, hari Sabtu yang lepas, aku dengan rasminya jadi supir untuk mak, ayah dan adik perempuan ku yang seorang. Macam aku bagitau la, kita orang duduk Ipoh, so agak jauhla jugak nak g Sri Iskandar. Perjalanan rasmi bertolak pukul 8:30 pagi lepas breakfast.

Dalam sejam dah nampak UTP dan in 15 minutes dah dekat UITM dah. Tapi, disebabkan ada lagi 3,000 orang yang mendaftar, perjalanan yang sepatutnya 15 minit, menjadi sejam lebih. Nak dijadikan cerita, masa tengah beratur nak masuk UITM, ada lah satu (bukan satu, tapi banyak kereta) kereta ni nak main celah-celah ikut lane belah kiri. Aku dah hempet pun, dia masih lagi nak cilok. Geram aku. Memikirkan kenderaan yang aku bawak tu bukan aku punya, maka niat untuk langgar Toyota Caldina putih tu pun aku batalkan.

Sistem yang diguna pakai semasa register agak mengagumkan. Umpama drive through registration. Untuk UITM Sri Iskandar, dia orang akan lihat pelajar dalam kereta. Lelaki, akan diberi hostel lelaki dan perempuan, hostel perempuan. So, adik aku dapat Hostel nama Melati (ntah betul ntah tak, aku pun dah lupa). Kita orang pun menuju ke hostel, kemudian, aku dengan bangganya, duduk dalam kereta (bukan tak nak ikut, dah ramai sangat nak hantar dia register). Registration dia, memang kejap. Sebab kali ni, just register bilik sahaja. Bgus gak la, tak yah la family duduk berlamaan teman anak. So, once dapat bilik, kemas apa yang patut, orang dah bleh balik.

Lepas kemas bilik, kami sekeluarga (pergh, macam ayat karangan BM aku masa sekolah rendah, kami sekeluarga) keluar pergi mencari makan. Makan tengah hari la apa lagi. Sebab next event adik aku pukul 3 dan sebab takde makan tengahhari disediakan untuk pelajar baru, maka adik aku pun ikut sekali. Kita orang g makan dekat Parit, sebab adik lelaki aku ada member yang family dia bukak kedai makan sana. Aku, jalan je.

Ishhh, okies, perjalanan citer aku panjang. Just to make it short, lepas tu hantar adik aku balik UITM, pastu kita orang balik. Balik ikut jalan lama, Setiawan ke Manjung dan ke Lumut. Mak aku nak beli ikan masin dan ikan bilis dekat Lumut. Aku sebagai anak yang soleh (wakakaka, sangatlah solehnya aku ni) ikutkan jer. Pastu dari Lumut ke Teluk Intan ke Bidor dan terus masuk highway balik KL.

Okies, korang bayangkan journey aku.

Ipoh - Sri Iskandar - Parit - Setiawan - Sri Manjung - Lumut - Teluk Intan - Bidor - KL

Mana tak 12 jam aku didalam kereta. Masa tu, aku sendiri tak tahan bau badan aku. Dalam perjalanan tu, aku berjaya jumpa 3 Giant (Ipoh, Sri Manjung dan Teluk Intan). Aku rasa, MB Perak pun tak g jalan macam aku sehari. Wakakakaka. Okies, dah banyak aku merepek ni. Nanti aku tunjukkan gambar hotel aku stay di Sabah di masa akan datang. Aku la ni tengah busykan diri amik gambar bebanyak untuk korang.

34 Response to "PeNGaLaMaN MeNDaFTaR"

  1. Misshy Innz says:
    July 1, 2009 at 11:00 PM

    jauh perjalanan luas pemandangan en ?
    heheh ;)
    best nye jln2
    ;D

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    July 1, 2009 at 11:00 PM

    sronok nye lah die hohoh

  3. Misshy Innz says:
    July 1, 2009 at 11:01 PM

    adik kamu amek kos pe ?
    kite ade 2 org kazen kat c2
    :)

  4. Misshy Innz says:
    July 1, 2009 at 11:02 PM

    activity spam berjln2..
    aku suke
    hahah !
    kamu tak mrh en ?
    ku mmg suke pomen2 neyh
    ;D

    perasan x tp commentor kamu ?

  5. Nana says:
    July 1, 2009 at 11:12 PM

    luas betul pemandangan...XD
    lamanya dalam kereta boleh kebas buntut!

  6. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 1, 2009 at 11:12 PM

    argh.. rindunya kampus lme.. uitm jiran tmpt sy blajo.. huhu..

  7. GRuNGe says:
    July 1, 2009 at 11:25 PM

    Chipsmore: Yes, nampaknya Cikepal sudah kembali ceria. Tahniah untuk anda.

    Innz: Wakakaka, tak best jalan-jalan, penat woooo.

    Notso_Violet: Tak seronok pun.

    Innz: Silakan pomen. Aku dapat rasakan ko bakal menang la Innz. Musti adik ko banggakan. :P

    Misz Nana: Seb bek keta auto dan besar. First time bawak Inova tu.

    V|P Flora: Kalau rindu, silalah melawat kembali tempat tu. :P

  8. mamai says:
    July 1, 2009 at 11:37 PM

    teringin plak nak belajar semula
    last weeka ku pun sama mendaftar kat UPM tapi yang belajar niece aku

    and last friday ke UMS sabah pun daftar niece juga

  9. enyheartsdiamond says:
    July 1, 2009 at 11:42 PM

    i ada kwn kat sn..nama naiem..adeq u laki ka pompuan?

  10. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    July 1, 2009 at 11:53 PM

    sebab i xde kan sebab tu tak sronok kan kan hahahah

  11. mimi mimi says:
    July 1, 2009 at 11:58 PM

    Giant x lepas..haha

  12. z.a.r.a says:
    July 2, 2009 at 12:39 AM

    perghh...lame nye ko drive...cnfem kejang segala urat sendi hehe :)

    tp best gak...smbil2 amik angin..tgk2 alam sekitar *murni nye ayat aku*..

    smbil2 tu dpt amik pic bnyk2..bleh tepek dlm blog...

    utk adik ko..study elok2!! :)

  13. Amal says:
    July 2, 2009 at 1:16 AM

    wee..
    bro~~
    nk ikan bilis 2 sket buley??
    =p

  14. haruan tasek says:
    July 2, 2009 at 6:07 AM

    hui pi lumut tak bagi tau nie... senyap aje... kalau tak boleh belanja makan.

  15. tuntung says:
    July 2, 2009 at 8:32 AM

    nmpknye ko ni jenjln kat hometown aq nih..bru bpe bulan aq xpegi t.intan dh ada giant baru?hebat~

    tuntungkita.blogspot.com

  16. tuntung says:
    July 2, 2009 at 8:32 AM
    This comment has been removed by the author.
  17. @xiM says:
    July 2, 2009 at 9:08 AM

    len kali buat la penceritaan secara macam karangan BM untuk pepeeiksaan..mesti lagi menarik..hehe

  18. CITY® says:
    July 2, 2009 at 9:48 AM

    biru dulu,

    daftar d uitm, biasa2 jerk. family hantar, tapi tak la sedih sgt. kita g nak belajo je kan, ekekekekk...

    daftar engine time tuh gempak wooo!!!
    minah engine la katakan, ekekeke..
    bangga gak, tapi perasan je la, huhu...=p

  19. Mrs. PinkJamboo says:
    July 2, 2009 at 10:45 AM

    bestnya dpt pi uitm..miss those days la..uitm dihatikuu....

  20. Adam says:
    July 2, 2009 at 10:49 AM

    kehkehkeh! skema .. macam baca buku cerita pun ada .. .wahahahahhaha! :P

  21. Anonymous Says:
    July 2, 2009 at 11:42 AM

    jauh prjlnn luas pmndgn kan..
    hehe

  22. izzahfarhana says:
    July 2, 2009 at 12:27 PM

    ad lg 1 giant grunge xjumpe,ad tengah drive time tu.muahahahaha

  23. GRuNGe says:
    July 2, 2009 at 12:57 PM

    Mamai: Wah, lagi jauh kau jalan dari aku. Ke UMS sudah bah. Aku masih lagi di KK ketika ini.

    Enyheartsdiamond: Adik I laki ler Eny Jasmay. :P

    Notso_violet: Kalau you ada, mungkin seronok kut. ;)

    Mimi: Giant tetap di hati. Giant membuatkan aku dapat berjalan satu Malaysia.

    Miss Siv: Nak ikan bilis ke? Nak pos ke hantar by hand ni? Lalalala.

  24. GRuNGe says:
    July 2, 2009 at 1:06 PM

    Haruan Tasek: Aku singgah sat jer Lumut kapten. Next time, aku g Sri Manjung, akan aku khabarkan pada ko Kapten. Ko leh beli belah guna diskaun aku dekat Sri Manjung nanti.

    Tuntung: Giant baru bukak bro. Dekat Giant tu, ada McDono drive in dengan aku nampak ada Old Town White Coffee. Teluk Intan dah membangun wei.

    @xim: Lenkali aku nak buat style surat khabar la axim. Hehehehe.

    Bluecity: Kita orang sedih sebab adik pompuan sorang dan bongsu. Dialah peneman abah dengan mak dekat rumah. Adik saya yang Achik pun siap nangis lagi. Terharu plak tengok adik laki saya nangis.

    PinkJamboo: I miss my study years too.

    ?Dakjaat?: Selamat singgah dan terima kasih kerana komen. Buku cerita lagi hebat ayat dia.

    Izzahfarhana: Mana ada Giant yang tak singgah wei. Semua aku singgah, konpim.

  25. Misshy Innz says:
    July 2, 2009 at 1:28 PM

    adik aku bkn bangga tp jelez
    hahaa !

  26. rhapsody LiN says:
    July 2, 2009 at 2:01 PM

    wah...12 jam!!

    lau naik flight dh boleh sampai UK.

    muahahaha~

  27. GRuNGe says:
    July 2, 2009 at 7:52 PM

    Innz: Aku nak racun adik ko supaya spam bebanyak supaya menang. Wakakakaka. Tapi kan, adik ko tu pemberi semangat dekat ko siut.

    Rhapsody Lin: Wakakaka, kalau naik jet, Alaska pun leh sampai kut.

  28. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 2, 2009 at 7:55 PM

    hehe.. bru je blik dr kolej bru2 ni.. mlawat kwsn jajahan.. kihkih..

  29. Misshy Innz says:
    July 2, 2009 at 10:49 PM

    haaa yew.. semangat la sgt
    hahah !

  30. AiE bAhRi says:
    July 3, 2009 at 1:53 AM

    Salam bang,
    jap..nak bayangkan journey dari Ipoh - Sri Iskandar - Parit - Setiawan - Sri Manjung - Lumut - Teluk Intan - Bidor - KL.Ermm..mmg meletihkan kan?

    Apa2 pun, itulah tanggungjawab seorang abg untuk adiknya.buat adik, tahniah melanjutkan pelajaran!

  31. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 3, 2009 at 2:00 AM

    kamu x singgah ke bota, mkn satay yg sedap 2??

  32. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 3, 2009 at 2:00 AM

    kamu x singgah ke bota, mkn satay yg sedap 2??

  33. ♛ Kerani Sekolah ♛ says:
    July 3, 2009 at 8:21 PM

    kalo balik kampung kat parit salu ikut sri iskandar..luas sikit jalan..hihik..

    oh,parit..

    eh,gaint ipoh??depan umah saye jerk..

  34. Mrs Nurul says:
    July 4, 2009 at 4:19 PM

    amacam lunyai tak? hagaga