Aku rasa, minggu lepas dan minggu ni, merupakan minggu yang busy bagi student-student IPTA di Malaysia. Kemana-mana blog yang aku singgah, ramai yang bercerita mengenai result mereka. Aku teringin gak nak kongsi result aku, tapi aku takde apa result nak kongsi. Aku bukan student, aku tak amik apa-apa peperiksaan pun.
Kepada kalian yang score dan berjaya naikkan CGPA kalian, aku nak ucapkan tahniah. Kepada yang gagal, bukan makna yang anda adalah seorang looser. Kalau nak citer pasal looser, aku leh citer pasal diri aku yang looser ni. Korang percaya tak kalau aku cakap, sijil kita hanyalah satu tiket bagi kita untuk mendapat pekerjaan. Tak dinafikan, dalam keadaan sekarang (maksud aku pasaran perkerja lebih banyak dari pekerjaan), majikan akan bertindak memilih calon-calon pekerja mereka dengan lebih banyak songeh lagi. Sebagai seorang Fresh graduate, dengan ketiadaan pengalaman bekerja, para majikan akan melihat candidate mereka dari beberapa sudut. Kepada kalian, anggaplah ini adalah tips yea (rasanya, tips ni sama jer dari yang korang pernah dengar).
Kepada kalian yang score dan berjaya naikkan CGPA kalian, aku nak ucapkan tahniah. Kepada yang gagal, bukan makna yang anda adalah seorang looser. Kalau nak citer pasal looser, aku leh citer pasal diri aku yang looser ni. Korang percaya tak kalau aku cakap, sijil kita hanyalah satu tiket bagi kita untuk mendapat pekerjaan. Tak dinafikan, dalam keadaan sekarang (maksud aku pasaran perkerja lebih banyak dari pekerjaan), majikan akan bertindak memilih calon-calon pekerja mereka dengan lebih banyak songeh lagi. Sebagai seorang Fresh graduate, dengan ketiadaan pengalaman bekerja, para majikan akan melihat candidate mereka dari beberapa sudut. Kepada kalian, anggaplah ini adalah tips yea (rasanya, tips ni sama jer dari yang korang pernah dengar).
1. Ketrampilan diri. Hendaklah beketrampilan menarik. Baju hendaklah bersesuaian dengan kehendak interview. Bagi perempuan, baju kurung atau jika hendak nampak lebih modern, adalah dinasihatkan memakai suit. Dengan memakai suit, anda akan kelihatan lebih korporat. Kepada lelaki, janganlah poyo dengan memakai suit, kerana anda bukan datang untuk interview jawatan Manager and above. Dinasihatkan memakai baju lengan panjang. Adalah lebih sesuai jika memakai pakaian cotton (walaupun kain cotton susah hendak digosok). Seluar kebiasaannya berwarna gelap dengan kasut kulit kilat. Tali leher adalah perlu dan hendaklah disesuaikan dengan warna baju dan seluar (takkan pakai baju kaler biru nak pakai tali leher kaler pink kut?). Rambut hendaklah kemas. Pastikan juga anda berbau wangi (kepada mereka yang mempunyai body odour (betul ke tak ejaan aku ni), dinasihatkan untuk memakai deodorant dan perfume bagi mengelakkan bauan yang tidak digemari. Pastikan kuku jari anda telah dipotong kerana sesetengah interviewer akan melihat kuku anda ketika mereka bersalaman dengan anda.
Macam panjang la pulak tips aku. Aku ingat nak senaraikan tips untuk korang bebanyak, tapi buat masa ni, aku kasi satu dulu. Sila tunggu untuk tips yang lain.
June 15, 2009 at 2:05 PM
heh kasik satu je?
anyway bagusla. sharetips ni =)
papehal appearance tu pentinG!
June 15, 2009 at 2:47 PM
aritu en kite g interview
kene kondem lak
pdhl pakai baju kurung kot
baju baru ag
hee.
jht tolz
haha !
:D
June 15, 2009 at 3:26 PM
pesan aku yang dah banyak pie interview dan menginterview...
tak payahlah nak pakai tali leher...kalau nak pakai pun tengok la post apa yang korang mintak...
kalau datang interview dengan aku make sure kau orang tahu apa yang kau ornag cakap kalau tak hehehehe.....
June 15, 2009 at 3:45 PM
wow love the tips
nak apply lama lagi kut
xuen baru 17
sangat comel lagi gembira
lalalal~
June 15, 2009 at 3:54 PM
Good Tips!
June 15, 2009 at 3:55 PM
wah interview adalah tajuk dalam sheadule aku... tapi aku dalam bentuk cerita bukan tips... yang penting keyakinan dan semangat.
June 15, 2009 at 4:22 PM
betul bro..sijil seme tue sbg tiket je nak cari keje.kwn2 gua ckp yang penting majikan nak tgk mcm mane kita mempromosikan diri kita kat diorang.appearance mmg sgt penting.kalo nak apply keje executive tp p interview pki suar jeans dan kasut converse mmg takkan dpt la bro kan.hahaha
June 15, 2009 at 6:43 PM
huhu...
akn di igt tips ni ble nk pg interbiu nnti....
June 15, 2009 at 6:58 PM
hehe
penampilan melambangkan peribadi seseorang
thnx sbb sharing dn semua org
June 15, 2009 at 7:12 PM
kamoo mang terer intebiu2 nehh..
hahahha..
kamoo lupe satu bnde...
kedip2 mate..
peratusan nk dpt tggi kepada y berbulu mate lentik..
keh3..
June 15, 2009 at 8:40 PM
tips lain yg pernah aku dgr be prepared dr segi pengetahuan anda.soalan femes skang ialah soalan yg jwpnya boleh betul dan juga boleh salah.terpulang pada bagaimana kita menjawab.
cth soalan: sepsg suami isteri yang miskin papa kedana tggl di kampung.si isteri sakit tenat dan doktor ckp perlu beli ubat dengan segera dkt farmasi kalau tak ,isteri boleh mati.si suami mmg tak ada duit langsung.soalan nya salah tak kalau dia merompak farmasi tersebut utk menyelamatkan isterinya.heheh..
June 15, 2009 at 8:55 PM
kebaikan study di U. kalau gagal, bole amek lagi!hihihi.
aku pun belajar lagi. penat tau kerja smbil belajar.
sori takde kene mengena dgn tips ko.
aku pun xde tips nk share wpun aku dh keje 4 tahun.
June 15, 2009 at 9:15 PM
betol tu sume..
jangan lupa nak senyum..
that is d best weapon for the first impression..
an old saying said that:
what you wear on your face is far more important than what you wear on your back
June 15, 2009 at 9:55 PM
Si lampu neon: Appearance part of it. Banyak lagi.
Innz: Kadang-kadang perlu memakai suit. Baju kurung pun sesuai, tapi kalau boleh, gunakan colour yang ceria dan baju kurung yang moden.
Mamai: Thanks bro kerana sudi beri tips. Ramai adik-adik kita yang boleh apply tip-tip yang diberikan.
Xuen Adyla: Wah, anda baru 17 ke? Macam orang yang sedang belajar di U jer gaya anda.
Aie Bahri: Aie, more to come.
June 15, 2009 at 10:01 PM
Haruan tasek: Kau dan aku memang berfikiran lebih kurang la kapten.
Zanetti be: Yea, sijil adalah tiket. Yang penting is how to sell yourself. You are sharp bro.
Puspawarna: Saya hanya sekadar berkongsi.
Khairil's: Ilmu yang dikongsi tidak akan luak. Sebab tu saya suka berkongsi.
Devoted Lily: Wah, mau wink wink wink. Karang perang pulak dengan kancil oren Pinses. :P
June 15, 2009 at 10:06 PM
Sarah al idrus: Erk, agak confuse soalan anda itu. Tapi, dari segi moral, dr tu wajib membantu. Dari segi undang-undang, adalah salah. Dari segi ugama, mencuri satu dosa kerana tiada matlamat menghalalkan cara. Selamat datang ke blog saya dan terima kasih kerana sudi komen.
Melanies: Saya respek anda kerana mampu belajar sambil bekerja. Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya ini.
Badek_gonzales: You have a nice saying there. Your english is good. Damn it, I adore the things you just said bro.
June 16, 2009 at 1:41 AM
jawapan sy utk soklan sarah al idrus - salah. pelakuan suami tetap salah walaupun apapun niatnya. spendapat dgn en grunge matlamat tidak menghalalkan cara.
June 16, 2009 at 1:50 AM
malu nak ckp, tapi nak ckp juga.. saya tak pernah ada experience g interview kerja!.. huhu. tak pernah sekali pun bekerja disebabkan berjaya dalam interview. Semua kerja2 yg pernah sy buat takde interview..hoho.Men redah je. jadi mmg tak boleh nak bg nasihat/panduan/kongsi pengalaman ttg interview2 nie.
June 16, 2009 at 11:19 AM
bila tbca artikel ni, teringat sy wktu g interview aritu.. btul ckp awk, attire tu pnting.. bila kita bpakaian kemas, confirm bila bhdpn dgn org yg interview kita 2.. kita dlm keadaan selesa wlu dlm hati "dub dab" kencang.. huhu.. cra kita bkomunikasi & body language kita juga kna jga tau.. sbb ianya pndgn ptama org thdp dri kita..
p/s : bila nk letak tips2 yg lain??