Adeh, hari ni macam terpaksa menulis satu entry yang agak berat sedikit. :P
Entry ini bukan untuk menceritakan pengalaman naik bas, tapi nak citerkan (berdasarkan pemerhatian dan pertanyaan kepada kawan-kawan) kenapa rakyat Malaysia tidak suka menaiki pengangkutan awam. Berikut adalah antara jawapan-jawapan yang telah diberikan: -
1. Pengangkutan awam punya timing (kebiasaannya bas dan komuter) sering lewat dari jadual. Kenapa ek jadi macam ni? Sebab tak cukup dan sebab jem. Rasanya, mesti biasa korang tunggu bas yang 30 minit satu jadi sejam, kekadang 2 jam satu.
2. Mengikut kajian yang dibuat oleh ahlis sains Jepun, kepadatan kenderaan awam di Malaysia telah dapat menandingin kepadatan sardine di dalam tin. Kalau anda lihat bas atau komuter, anda akan biasa dengar perkataan ini, “Masuk, masuk, masuk. Banyak lagi ruang dekat dalam tu.” Yang biasanya di cakap oleh konduktornya tanpa melihat keadaan di belakang.
3. Kadar jenayah di dalam kenderaan awam adalah agak tinggi. Kita bukan hanya melihat dari segi penyeluk saku atau pun tukang gunting beg tangan. Kita juga perlu melihat jenayah seks (ramai kaki raba dan ramai yang ambil kesempatan kerana kepadatan) dalam kenderaan awam tersebut.
4. Ketiadaan suasana ke Malaysiaan pabila menaiki kenderaan awam. Korang perasan tak, pengangkutan awam di Malaysia sekarang ni macam bukan dekat Malaysia lagi. Kalau korang naik (terutamanya di hari minggu dan terutamanya bas) kadang-kadang korang akan rasa seperti sedang menaiki kenderaan awam di Bali, New Delhi, Hanoi dan kadang-kala membawa kita ke Manila.
5. Buat apa naik kenderaan awam sekiranya mempunyai kenderaan sendiri. Faktor yang ni, adalah sebab betapa mudahnya nak dapat loan nak beli kereta. Ada ura-ura juga dimana ada bank yang memberikan pinjaman kenderaan kepada pelajar IPT. So, kalau dah senang buat loan beli kete sendiri, buat apa nak naik kenderaan awam ye tak?
Kalau nak senaraikan, banyak lagi sebab-sebabnya. Disini, saying ingin menyeru kita semua, kalau tak naik kenderaan awam pun, marilah kita car pool kereta. Untuk mengelakkan traffic jam dan mengurangkan kadar penipisan ozon. Tapi before nak buat benda ni semua, rasanya kerajaan perlu betul-betul mengawamkan pengakutan awam. Bukannya menswastakan kenderaan awam.
WORDLESS WEDNESDAY - SOTO STATION
9 hours ago
June 10, 2009 at 8:48 PM
kawan i penah kena rompak dalam bas. Menakutkan kan kan huhuh.
June 10, 2009 at 9:46 PM
aku plak carpool pada pagi hari utk pergi kampus, bila balik jdi pengguna rapid setia...
pernah tunggu 3 jam lebeh okay, sampai terhanguk2 kat stesen bas.
nak sumpah seranah pun tak guna, sebab belumbeli kereta!
June 10, 2009 at 9:48 PM
senang sahaja nak kurangkan semu tu. naikkan harga kereta dan naikan harga minyak.... baru ada kesedaran sikit.... dan kenderaan pun akan berkurangan
June 10, 2009 at 9:50 PM
aku rindu suasana naik bas teringat masa study dulu nak pie campus sure berebut naik bas....ngalahkan budak...yang ada awek pulak tunjuk mancho cover awek kasi naik dulu...
tapi aku serik naik komuter cukup tiga hari taka akan ku ulangi....serik
June 10, 2009 at 10:50 PM
Notso_violet: Wah, kena rompak ke mot? Menakutkan.
Si lampu neon: Biasalah, selagi tidak di awam kan keseluruhan, kenderaan awam pasti akan tetap jadi swasta, utamakan keuntungan dari faedah pengguna.
Haruan tasek: Warghhh, harga kereta naik boleh tahan lagi, kalau minyak naik, dengan aku skali naik angin. Wakakakaka.
Mamai: Komuter, kalau dekat KL Sentral, memang teruk. Tapi aku dulu berulang Shah Alam ke Maju Junction, naik komuter. Tapi dari tempat aku naik, masih boleh duduk la.
June 10, 2009 at 10:59 PM
SAYA tiada lesen.sy takot memandu di jalan raya
June 10, 2009 at 11:37 PM
Bang, kadang2 pengangkutan awam ni mengajar kita erti kesabaran jugak kan..tapi bila teringat masa awal semester pertama di kampus tidak mempunyai kenderaan tersendiri dan terpaksa menaiki pengangkutan yang disediakan untuk ke kuliah, rasa seronok juga sebab boleh berkenalan dengan siswi..ahaks (",)
June 10, 2009 at 11:57 PM
Izzahfarhana: Kamu patut contohi rakan UIAM kamu, cik milimilo mengambil lesen semasa cuti semester Izzah.
Aie Bahri: Kalau banyak masa terluang, boleh sabar Aie, tapi kalau mengejar masa ke tempat kerja ataupun mesyuarat, memang jadi kurang keimanan masa tu. Wah, kamu jeling-jeling, phewiiiit (pinjam ayat Pinses lagi) tak Aie?
June 11, 2009 at 2:02 PM
Salam Grunge,
Apa khabar? Semoga kamu baik-baik ok. Bicara tentang pengangkutan awam ni...negara kita sangat jauh ketinggalan dari segi memanfaatkan dan menghargai kemudaham awam yang disediakan.
Pengangkutan awam~di negara luar ketepatan masa diambil kira.
Tandas awam~ melihat di korea, Jepun tandas laksana bilik tidur gamaknya...cukup dijaga.
~ada banyak juga tauladan Barat yang patut dicontohi terutamanya dari segi budaya kerja.~
June 11, 2009 at 2:11 PM
salam....terima kasih sudi singgah anaklaut
June 11, 2009 at 6:56 PM
Srisufi: W'salam Sri. Sihat hendaknya. Saya setuju dengan anda Sri. Pengangkutan awam barat, adalah yang antara terbaik. Kalau diteliti dan diperhati, pengangkutan awam di barat, kebanyakkannya diselia bowah kerajaan, bukan swasta. Jadi ianya betul2 awam Sri.
Anak laut: Saya memang selalu singgah dan link kepada anda. ;)
June 14, 2009 at 9:34 PM
zaman skolah..zaman kolej
yana selalu naik bus jer
kt sni mne de train..huhu
so naik bas awam jela
wlaupun terpaksa berebut tempat
berhimpit2..merimaskan
tp terpaksa sbb xde transport sndiri
June 30, 2009 at 5:46 PM
aku cilap naik bus minggu lepas...
huhuhuhu~
giler r..
pengalaman seram!!