PaNaS

Panas,
Aku kepanasan,
Api apa yang membakar bumi?
Api kerakusan manusiakah?
Yang masih tidak reti menghargai alam ini,
Di kala usia bumi ke penghujungnya.

Bahang apakah ini?
Yang menyelimuti tidur malamku,
Sehingga keringat memandikan diri,
Memaksa ku terjaga.
Angkara siapakah semua ini?
Panas dan bahang menggigit bumi,

Kita masih lalai dan leka,
Masih giat menodai hutan-hutan dara,
Masih ingin toksinkan perairan kita,
Masih mencorak bukit-bukau dengan pokok batu,
Tinggi mencecah langit ketujuh.

Apakah masih ada kedingin untuk esok?
Untuk anak cucu nikmati?


Pergh, sejak dua menjak ni, aku rasa kepanasan melampaui tahap yang boleh diterima oleh badan aku. Hampir setiap malam, aku terpaksa mandi untuk menyejukkan badan. Tapi, lepas mandi, aku masih lagi boleh berpeluh. Fan dekat rumah aku, tak cukup satu, pasang dua, tak cukup dua, pasang tiga, Kalau aku berkemampuan, mahu aku pasang aircond je dekat rumah aku. Ceiling fan, pasang sampai maksima, tapi tak rasa sejuk, rasa udara panas je. Pastu, masa tidur, konpim bangun sok badan aku macam orang mandi. Bila dah keadaan macam tu, konpim-konpim bau dia pun semacam.

P/S: Ni baru dunia kan. Sok akhirat dan api neraka lagi dasyat.

13 Response to "PaNaS"

  1. CikYana(",) says:
    June 8, 2009 at 10:47 PM

    btul2
    skunk ni cuaca panas
    time tido pun panas giler
    tp panas kt muka bumi nie
    x sepanas kt neraka..

  2. GRuNGe says:
    June 8, 2009 at 11:11 PM

    Cikyana: Dekat area dekat pantai, sure lagi panas kan. Area-area Kedah pun panas. Huhuhu. Tapi panas lagi di nuraka jahanam.

  3. mamai says:
    June 8, 2009 at 11:33 PM

    panas...panas...panas...marihlah sama-sama kita jaga alam sekitar..go green...jangan buang sampah merata-rata, jangan tebang pokok ikut suka. jangan tarah bukit buat cari duit...

  4. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 9, 2009 at 12:19 AM

    mandi ais heee

  5. Dania says:
    June 9, 2009 at 1:35 AM

    yeahhh...sangat panas...kat mlk double panas...memang tak tahan kalo kuar umah siang hari...

    it's soo damn hot n humid nowadays...i wish im at least in bandung or surabaya rite noww!!!!!

  6. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 9, 2009 at 1:45 AM

    biasalah pemanasan global sgt berleluasa skrg.. so, love green k.. meh tanam tumbuh2-an.. moga sejuk semula..

    p/s : panas2..

  7. haruan tasek says:
    June 9, 2009 at 1:54 AM

    betul3x sejak kebelakangan nie memang panas lain sikit le. adahkah itu petanda lapisan ozon semakin tipis?, paksi bumi dan matahari semakin hampir?, peringatan umat manusia tentang api neraka?, Allahualam tentu ada sesuatu daripada yang berlaku ini kan.

  8. puspa says:
    June 9, 2009 at 3:30 AM

    huhu...
    sokong 2 mamai....jgn laa wt kite ni jdik mgse mereke2 yg tdak berati n tdk berperot n tdak brusus...hua2....

  9. AiE bAhRi says:
    June 9, 2009 at 4:35 PM

    Moga2 Allah berikan kita hujan rahmat untuk menyejukkan cuaca panas di dunia..

  10. memymu says:
    June 9, 2009 at 8:14 PM

    mane ko dpt ni pes?wat sendiri kew?
    kipas ko panas tu...ce ko tgk...bape tebal habuk yg der??kalo tebal mmg la angin x kuat..huhu..

  11. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:19 PM

    Mamai: Kalau kita semua boleh kitar semula, dah cukup untuk kita pelihara bumi. Harap satu hari, akan ada akta kitar semula. Masyarakat kita masih kurang kesedarannya part ni.

    Notso_violet: Best juga dapat mandi ais mot. ;)

    Dania: Bandung dan Surabaya tak panas ke? Bukan terletak di garisan khatulistiwa jugak ke? So panas lebih urang sama je rasanya.

    Vip Flora: Betul, mari tanam tumbuh-tumbuhan agar lebih banyak oksigen yang dapat menyejukkan bumi. Dapat juga kurangkan carbon dioksida.

  12. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:24 PM

    Haruan tasek: Rasanya tanda ni semua tanda akhir zaman dah haruan. Takut pula fikirkan akhir zaman ni.

    Puspawarna: Duit mengatasi hati dan perasaan. Tapi sebenarnya, kalau kitar semula dan tanam pokok pun, boleh je dapat keuntungan. Sambil tu, dapat menjaga bumi kita.

    Aie Bahri: Aie manusia ni suka merungut. Bila panas, nak hujan. Bila hujan lebat, mula la nak panas. Apa-apa pun, syukur kepada Allh kerana masih membenarkan kita bernafas.

    Iyda7: Habuk dah aku kikis la. Wuits Iyda, aku tak main ceduk-ceduk, buat sendiri punya puisi. Sebab tu bunyinya hampeh.

  13. xuen adyla says:
    June 18, 2009 at 12:20 AM

    Panas sebenarnya bagus juga
    kalau ice age orang akan jadi begitu primatif