Musim perkahwinan. Masa ni adalah masa yang paling tidak digemari oleh mereka yang berumur 25 tahun ke atas, masih single dan tidak mempunyai teman istimewa. Masa ni, kalau ada kenduri perkahwinan, golongan yang disebutkan di atas pasti akan mencari-cari alasan untuk tidak menghadiri kenduri tersebut. Bukannya apa, jenuh telinga nak dengar ayat dari saudara-mara yang berbunyi lebih kurang begini, "Sepupu kau ni yang baru grad ni pun dah nak kahwin, kau tu, dah 31, bila lagi nak kahwin". Tak pun ayat yang berbunyi, "Kau takde girlfriend ke? Bawak-bawaklah jumpa emak. Kalau kau takde, mak leh carikan untuk kau. Tu anak Pak Long Mail ko tu ada. Lawa budaknya. Mak berkenan. Kalau kau ok, mak pergi risikkan". Tak kurang juga berbunyi, "Kau ni, rasanya kena pergi mandi bunga bawah jambatan la. Susah benar nak dapat jodoh. Adik kau pun dah anak dua dah".
Apa pun bunyi ayatnya, persoalannya adalah tetap sama. Bila mau kahwin? Adeh, satu soalan yang tak dapat dijawab. Tapi tak kisahlah, kalau soalan ni diajukkan masa kenduri kahwin. Tapi yang buat lagi tekanan, tak kira la kenduri apa sekalipun, soalan cepumas ni, tetap akan diajukan. Sampaikan, semasa kenduri tahlil arwah pun, akan diajukan soalan begini. Mau jadi gila golongan di atas.
Harapan aku, golongan di atas hendaklah bersabar. Kalau susah sangat, korang jawab lah jawapan setendet seperti, "Belum jodoh lagi, nak buat macam mana". Tapi kalau mahukan jawapan lebih extreme, jawablah "Saya tidak berminat dengan perempuan la mak". Maka, akan senyaplah mereka yang bertanya soalan ini.
P/S: Sesungguhnya adakah aku tergolong dalam golongan yang diceritakan di atas? Hehehehehe. No komen.
Apa pun bunyi ayatnya, persoalannya adalah tetap sama. Bila mau kahwin? Adeh, satu soalan yang tak dapat dijawab. Tapi tak kisahlah, kalau soalan ni diajukkan masa kenduri kahwin. Tapi yang buat lagi tekanan, tak kira la kenduri apa sekalipun, soalan cepumas ni, tetap akan diajukan. Sampaikan, semasa kenduri tahlil arwah pun, akan diajukan soalan begini. Mau jadi gila golongan di atas.
Harapan aku, golongan di atas hendaklah bersabar. Kalau susah sangat, korang jawab lah jawapan setendet seperti, "Belum jodoh lagi, nak buat macam mana". Tapi kalau mahukan jawapan lebih extreme, jawablah "Saya tidak berminat dengan perempuan la mak". Maka, akan senyaplah mereka yang bertanya soalan ini.
P/S: Sesungguhnya adakah aku tergolong dalam golongan yang diceritakan di atas? Hehehehehe. No komen.
June 15, 2009 at 9:52 PM
Wah Encik Grunge tak minat pompuan ke?erk....
June 15, 2009 at 10:19 PM
hahaha...
kamoo jwb la..
mcm ct nurhaliza... no komen..
bajet artis lak kan..
June 15, 2009 at 10:20 PM
hidup dalam blues grunge
June 15, 2009 at 10:21 PM
Notso_violet: Itu adalah skema jawapan yang ekstrem. Jangan cuba jawapan ini sekiranya mak dan ayah anda merupakan guru silat. Patah riuk anda dibuatnya.
June 15, 2009 at 10:27 PM
Devoted lili: Pinses, kamu boleh la buat macam tu, kamu kan retis.
Haruan tasek: Hidup dalam blues la gamaknya kapten. Nak buat guana kapten. Mandi pangkor la kita. Wakakakaka.
June 15, 2009 at 10:29 PM
abang grunge! (eh, tetiba 'abang' terus. haha xD)
huu, capiqa balik kejap je ni. semakin cergas di blog? baguzzz~~
hmm.. kalau tergolong pun ape salahnya. yang baru 22 pun kena tanya tau. biasalah golongan mak2, makcik2, etc itu sekadar mengambil berat tentang masa depan kita. maklum la, ni kan hal ehwal membesarkan keluarga. tak gitu? hehe.. ^_^
June 15, 2009 at 10:30 PM
dah bertemu jodoh nanti,xyah risau lah.
June 15, 2009 at 10:30 PM
Salam abg man,
Jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan. Perkara perkahwinan bukanlah mudah. Berkahwin lambat atau cepat bukan persoalan tapi adakah kita sudah pasti bahawa kita yakin untuk melangkah ke alam itu bersandarkan syariat yang betul. Mulut orang memang sedap je bertanya tapi mereka tak tahu apa yang kita inginkan dari perkahwinan. Perkahwinan di usia lambat bukan bermaksud tak laku tapi untuk bersedia mencipta kecemerlangan semasa alam rumahtangga nanti..InsyaAllah..
**alamak..ayat tak boleh blah lagi...pang untuk diri sendiri.hehe
Lain kali jawab je "no komen", baru nampak macam selebriti sikit..hehe..gurau ye.
June 15, 2009 at 10:36 PM
Alaa .. kalu ko termasuk dlm golongan di atas, ko guna ler jawapan setendet ko tu. eh, jawapan yg lebih ekstreme tuh bagus gak ... hih hi hi hi ... ha, ko ni bila nak carik partner? hih hi hi hi ...
June 15, 2009 at 10:40 PM
skang nih musim durian gak huhuh, tp musim panas jugak huhuhuh
June 15, 2009 at 10:46 PM
ala jgn risau la abg man
hikhik
kalo jodoh abg da smpai
cepat atau lambat abg akan kawen gk
yana sndiri pun selalu dpt soalan cmtu
'bila nk kawen'..'da ada calon ke'
jenuh da nk jawab nie
bak kata aie la
'jodoh pertemuan..ajal maut'
sume ditangan TUhan..
kita hanya mampu merancang
Tuhan yang menentukan segalanya
relak2 sudah
(",)
June 15, 2009 at 10:46 PM
hah xyah cakap topik ni
yang tanya kat org yg baru nak masuk 18 lagi la apa kejadahnya?
haiz
rasa nak humban je dalam laut dalam
jawab je
belum sampai seru
June 15, 2009 at 10:51 PM
kalau kau kawin nak cari best man bagi tau la akt aku hehehehe aku sebelum kawin sering jadi pengapit kengkawan....mana tau kot ada pengapit pompuan yang sangkut...
June 15, 2009 at 10:53 PM
Capiqa: Welcome back. Maaf lama tak komen dekat blog Capiqa. Bukan tak buka, tapi banyak tagg award.
Sara al-idrus: Insya-Allah, kalau ada jodoh. Kan ke jodoh pertemuan di tangan Allah.
Aie Bahri: Wah, semenjak dua menjak ni dah pandai Aie ni yea. Macam orang tengah berjinak-jinak dengan cinta sebelum melangkah ke alam rumah tangga jer Aie ni.
Lili11: Orang ekstrem macam aku, guna ayat-ayat ekstreme sikit. Bagi mengelakkan soal jawab yang lebih lama.
Notso_violet: Durian. Best gak tu. Kena pulak buat jem durian.
June 15, 2009 at 10:57 PM
ade eh jem durian?cam tempoyak ke u?
June 15, 2009 at 11:00 PM
Bro GruNGe: Abg man, serius!!saya belum bersedia bercinta!kah3.
June 15, 2009 at 11:04 PM
Cik Yana: Tengah maintain cool ler ni. Walaupun baru semalam Aie tolong nyanyikan dekat Abg lagu ala emak kahwin kan Abg Man. Adeh, senak perut semalam.
Xuen Adyla: Wakakaka, umur 18 sudah ditanya soalan gitu. Ingat negara ni, umur erkahwinan seawal 13 tahun macam sesetangah negara tu kut. Humban sahaja dalam tempat kumbahan Xuen.
Mamai: Aku nak tjukan lagu Madu Tiga untuk ko la. Lebih-lebih lagi part, senangnya dalam hati, dapat beristeri dua. Seperti dunia, ana yang punya.
June 15, 2009 at 11:07 PM
haha~ entri ini mengingatkan daku pada satu entri yang pernah ku tulis dulu...ohhh apekah dia ek? Encik Grunge golongan di atas? Tak usah risau la bukan ke semakin tua usia sesuatu barang, semakin bernilai sesuatu barang itu? *tak bleh blah betul* kalau dah sampai seru nanti ade la jodohnye cuma cepat atau lambat jer... hehe...
June 15, 2009 at 11:07 PM
what ?
ta minat pompuan ?
pengsan mak kamu
if kua statement gitu
haha !
gare2 kontes mu
ku makin giat berOmen erh mengomen disini
muahaha !
June 15, 2009 at 11:27 PM
aku yg baru 19 thun and single mingle nie pon mak cik2 dah start tnya soalan2 maut tu. tak dapat nak bayang kalau aku dah umo 24 and still xde bf! waahhhh.....stress wo00~
nasib baik dah tolak beberapa tahun aku akan blaja kat australia nanti. confem x jumpa knduri kawin yg dihadiri oleh makcik2 soalan.
ehehehe~
June 15, 2009 at 11:27 PM
ada jodoh x kemana
June 15, 2009 at 11:35 PM
jawab je.."yg korang sebuk2 ni buat ape?
haha
June 15, 2009 at 11:40 PM
ha aie nyanyi tuk abg man
waduh2..cool :)
June 15, 2009 at 11:54 PM
bila sebut pasal kwin ni..terasa lak nak kwin..tapi calon lak tak ada.., GRuNGe, tolog cari ko anaklaut seorang...:))
June 15, 2009 at 11:56 PM
saya setuju dengan AiE bAhRi, kalau dah jodoh tak kemana..
June 16, 2009 at 12:16 AM
hik2....
2 laa ble umor da mncapai yg spatutnyerr...
mmg ptut kne tanyer ngn soklan2 berkenaan...
hua2.....wat2 bese jer erk grunge...
kalo nk dieorg senyap..
cpat2 laa kwen pulak...
wakakaka....
June 16, 2009 at 12:30 AM
soh je mak carikan...hehe
senang cite kn??
xnk, cariik la sndiri..
tiap2 ptg pas balik keje lepak jap dpn giant ke, tesco ke..
usha anak2 dara shuping
wahahaha~~
June 16, 2009 at 12:32 AM
Misz Nana: Wah, adakah anda juga sudah di ajukan soalan-soalan berbentuk subjektif ini? Wuits, itu barang, orang ni, makin lama, makin kureng sket harganya Misz Nana.
Innz: Bagus-bagus. Mungkin kamu juga boleh buat competition. Sapa menang, dapat supply cup cake selama sebulan, home made cup cake buatan kamu.
Rhapsody Lin: Bila ke ostolia nanti, kamu akan dihinggap pesanan, jangan nak memandai bawak balik menantu kaler mata biru balik Malaysia. Sepupu pernah kena pesanan sebegitu dulu.
Khairil's: Kalau jdoh tak kemana. Tapi ramai kengkawan bagitau, kalau tak usaha, manakan dapat jodoh. Hehehehe. Tekanan lagi dengan kenyataan begitu.
June 16, 2009 at 12:37 AM
Cik Yana: Betul betul betul. Dia nyanyi untuk Yana....... eh silap, nyanyi untuk Abg Man.
Anak Laut: Tu la masalahnya kan Anak Laut. Umur kita-kita ni, dah teringin, tapi calon takde. Tapi anak laut, saya sendiri pun belum ada calon, cemana nak cari untuk anda?
Puspawarna: Adeh, ayat-ayat tekanan jiwa dari Cik Puspawarna.
Mimi: Muka saya dah kena blacklist dekat Giant. Mungkin akan usaha usha awek dekat Tesco atau Jusco. Jusco dekat Perda tu pun boleh tahan gak kan (untung-untung leh usha kamo). Lalalala.
June 16, 2009 at 1:28 AM
betullah kata aie nak kawin mmg senang, nak bina kecemerlangan dalam perkahwinan itu yg payah.kebiasaan org2 yg lambat kawin ni, bukannya tak mau berkawin, tapi terlalu bnyk yg dibimbangkan. bimbang tak mampu memikul tanggungjawab berat seorang isteri/suami, bimbang tak dapat mencapai expectation pasangan, dan bertambah2 bimbang bila melihat setuasi kekeluargaan sekrg,kasih syg suami isteri mudah sgt lunturnya. hati suami/isteri mudah sgt terpesong dgn dugaan dan cabaran dr luar. Itu yg kebanyakan kta HANYA berserah shja. ada jodoh adalah - tak bersungguh2, kalau blum ada jdoh, dok dendiam wat bdoh je lah bila org2 bertanya.
June 16, 2009 at 1:43 AM
hahahha.. yeay.. kamoo da mula bg hint pd mimi..
keh3
June 16, 2009 at 2:01 AM
Cik Skaf: Saya suka kasi ayat extreme sket. Tapi biasa lebih diam.
Devoted Lily: Erkkkkkkk. Diam laaaa Pinses.
June 16, 2009 at 3:04 AM
betul bro..umur 25 mcm gua mmg seksa.org kate musim mengawan.terliur je tgk member2 lain bersanding.bila laa nak kawin dalam pale otak masing2.hahah
June 16, 2009 at 11:07 AM
Dah terbukti boleh apply kat org jugak. Cube tgk Dato' K hehe~ walaupun dah berumur Dato'Siti tetap minat die gak ssampai dah kahwin pun skrg...ohohoh~ ye saye prnh diajukan soalan begitu dan biasanye jawapan skema saye "xde org minat nak buat cammane.."
June 16, 2009 at 11:24 AM
pergh.. statement kalah artis.. dun worry.. mse kamu psti akn dtg pnye.. yg x buley blah 2.. x mnat pmpuan?? yg x mntk simpang la yer.. huhu.. :d
p/s : sy yg bru 22 thn pn slalu kna tnye dgn soalan ni.. coz mostly rakan2 sbaya sume dh jd tunang org, bini org.. siap ada anak lg tu.. dgn slumber sy jwb.. blajapn x abis lg la makcik, calon pn xde lg ni.. huhu..
June 16, 2009 at 11:56 AM
same ngn my bro..selalu ditnye gini..selalu kalo sedare-mare tnye dia diam jer..tak pon senyum2 jer..last2,org tak tnye dah..hihi..kan senang..
June 16, 2009 at 12:43 PM
saya masih sweet 18 maka nya soklan soklan itu yakkan di ajukan lansung..hehe
June 16, 2009 at 12:44 PM
yakkan=takkan
maaf atas kesilapan ejaan
:)
June 16, 2009 at 12:44 PM
saya link kan kamooo ya..
macey!
June 16, 2009 at 12:59 PM
haha. betul tu.
June 16, 2009 at 1:41 PM
nasb aku baik..
aku muda lagi..
tp, dah mula menerima pelbagai soalan..
seperti..
"ade awek x?xde?kenapa?ko gay ke?"
agak lemah diri nak jawab..
dgn mudah aku jawab,
"dah aku xensem.kalu aku ensem tp xde awek, baru r pelik.."
...
akhirnya,
semuanya tetap sama..
mereka dan aku akan berbunyi seperti ini..
"hahahahha"
June 16, 2009 at 5:11 PM
hahaha badek nih. Knape xde org tanye bila i nk kawen eh?
Ouh lupa maseh blaja lg huhuh. Saje mengomen byk2 lalala.
June 16, 2009 at 7:39 PM
Zanetti be: Wakaka, lu baru 25 beb, aku ni dah 31, lagi tekanan dan meleleh air liuq.
Misz Nana: Bukan takde orang minat, belum sampai seru.
VIP Flora: Wah, 22 dah ada anak kawan anda. Cemana dengan saya ini?
Durian Runtuh: Dah tak larat-larat lagi dah nak senyum.
@xim: tunggu lagi 8 tahun Xim. Owh, selamat datang dan silakan link. Terima kasih kerana sudi singgah komen.
Nazminabdullah: Yea, salah.
June 16, 2009 at 7:42 PM
Badek gonzales: Kadang-kadang rupa tak menjadi ukuran bro.
notso_violet: Wah, rajin mot komen.
June 16, 2009 at 8:04 PM
ahaha~
memang dah dipesan awal2.
aduss~
baru berangan nak bawak adiah matsaleh seko blk kampung
ngee~
(^_^)
June 16, 2009 at 11:21 PM
Rhapsody Lin: Wuits, mat saleh mana suka orang suka duduk umah. Wakakakaka.
June 22, 2009 at 1:21 AM
umo ko dah bape? da dalam golongan wajib terwajib kawen kah?
relek ar
lom 40 tahun lg kan?
guahahaha
life start at 40 bebeh. igt tu