iNSuRaN

Sebenarnya dah lama aku ingin tulis mengenai perkara ini. Sebab aku masih rasa, kita masih kekurangan pengetahuan dalam hal ini. Kalau tahu, ramai antara kita yang tidak mengendahkan fakta-fakta yang sahih lagi benar.

First sekali, aku nak tanya, berapa ramai antara anda semua mempunyai insuran polisi sendiri? Maksud aku, insuran polisi hayat atau kesihatan? Berapa ramai pula antara anda yang ibu bapa telah mengambil polisi insuran untuk anda? Berapa ramai pula antara kita sedar kepentingan insuran?

Mungkin ramai yang akan tanya, kenapa perlu ambil insuran? Okies, biar aku berikan kalian semua sebab kenapa anda perlu mempunyai insuran. Harap, apa yang aku ceritakan ini, akan membuka minda kita semua dan menyedarkan kita kenapa insuran itu penting.

1. Kepada mereka yang bekerja dan mempunyai keluarga. Adalah dinasihatkan untuk membeli insuran hayat dan kesihatan. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Sekiranya berlaku apa-apa kepada anda, bagaimanakah anda ingin membantu keluarga anda. Ambil contoh, jika seorang yang sihat, jatuh sakit (penyakit kritikal), adakah anda mampu lagi bekerja selepas itu? Adakah company anda akan menerima lagi anda untuk bekerja dimana pada ketika itu kadar produksi anda rendah? Sekiranya anda diberhentikan kerja, dimakah anda ingin mencari duit untuk membiayai bil perubatan anda? Sekiranya anda mengambil insuran hayat, sekurang-kurangnya, apabila kita tiada, kita sudah tahu bahawa kita sudah meninggalkan sedikit bekalan wang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Dengan insuran kesihatan, kita dapat meringankan beban bil perubatan kita.

2. Kepada ibu bapa, adalah dinasihatkan untuk mengambil insuran kesihatan untuk anak-anak dan juga insuran pengajian (kebiasaannya tarikh matang insuran adalah apabila anak berusia 18 tahun). Kenapa? Insuran kesihatan adalah untuk urusan perubatan, alasannya sama seperti di atas. Insuran pelajaran? Mesti ramai yang cakap, kenapa nak ambil insuran pelajaran. Kan dah banyak tabung dan biasiswa mahupun pinjaman disediakan. Disinilah saya ingin menceritakan kesilapan kita sebagai Melayu (maaf sekiranya entry ini agak kasar). Kita terlalu mengharapkan kepada dana untuk menuntut ilmu. Cuba kita lihat kaum lain, Cina khasnya. Mereka sanggup bersusah payah menabung dan mengambil insuran untuk menyekolahkan anak mereka. Seorang nyonya menjual sayur pernah cerita dekat aku, menceritakan betapa dia dan keluarganya sanggup bersusah payah dan menyimpan untuk menghantar anaknya ke luar negara. Mereka mengambil insuran pelajaran untuk anak mereka. Kenapa kesedaran ini hanya ada pada kaum lain dan bukan kaum kita?

Entry ini bukan bertujuan untuk menjual insuran. Aku bukan agen insuran. Tujuan aku, cuma ingin berkongsi dengan kalian semua. Kita perlu menjadi Melayu "Generasi Baru" yang bebas dari subsidi. Kerana sampai bila harus kita harapkan subsidi? Harap kalian dapat menerima mesej aku ini.

P/S: Marilah jadi generasi Melayu Baru, bebas korupsi, bebas jenayah, bebas subsidi dan mampu bersaing. Sampai bila kita mahu disokong dan disuap?

28 Response to "iNSuRaN"

  1. haruan tasek says:
    June 17, 2009 at 1:33 PM

    betul tu grunge insuran penting. satu sumber penting dalam masa masa tertentu seperti sakit dan sebagainya mengikut cover insuran

  2. CITY® says:
    June 17, 2009 at 1:37 PM

    i lum ada pun insuran nyawa, erkkkk.... insuran keta ada lah. huhuhu

  3. BadekGonzalez says:
    June 17, 2009 at 1:38 PM

    betol..
    tp,kene beli insuran ikot objektifnya..
    jgn pkir asal ada insuran,semua setel..
    kne tau terms n conditions die gak..ini bende yang kita(pengguna) selalu terlepas pandang..
    huhu

  4. mamai says:
    June 17, 2009 at 1:51 PM

    setuju dengan kamu bro...penting insuran nie...aku beli insuran untuk anak aku 3 orang...pada yang umur muda lagi ie elok la ada insuran atleast life insurans.....aku pernah jadi ejen insuran dulu..

  5. Nana says:
    June 17, 2009 at 2:29 PM

    sangat stuju.....huhu~ saye memang jeles tgk kaum cina walaupun tak kaye mane leh hantar anak belajar oversea...huhu~ mmg patut ade insurans tuk masa depan...

  6. puspa says:
    June 17, 2009 at 3:03 PM

    mmg laa insurance 2 pntg kn...
    tp ikut pengalaman laa kn...
    bile kite nk cover blik duit kite kt insurance 2...
    ssh sgt nk dpt...

  7. xuen adyla says:
    June 17, 2009 at 4:06 PM

    erk i half malay half chinese
    huh?

    btw yeah mummy and daddy had insuran for like everything

    insuran is important

    btw like this post so informational

    i be parents someday and good to know bout this stuff
    mummy and daddy try explaining to me b4 but i just dont bother
    btw when they tried to explain that i was watching naruto

    naruto and insurance of courselah kan naruto

  8. Anonymous Says:
    June 17, 2009 at 4:14 PM

    betul2..mmg kene ade insurans sbg jaminan kn..
    bru dpt comment kat sini lps beberapa hari try huhu...

  9. GRuNGe says:
    June 17, 2009 at 4:15 PM

    Haruan tasek: Kapten, insuran kamu mesti mahalkan. :P

    Bluecity: Sekiranya belum ada, dan mampu, silalah ambil insuran nyawa + insuran kesihatan + perubatan.

    Badek gonzales: Beb, ko punya pemikiran ni terlalu dewasa ler beb. You are intelligent.

    Mamai: Bagus mamai, insuran untuk anak. Ko pernah jadi agen, kenapa tak sambung je mamai?

  10. GRuNGe says:
    June 17, 2009 at 4:21 PM

    Misz Nana: Tu la bezanya antara kita dan mereka.

    Puspawarna: Membeli insuran perlulah berhati-hati. Pemilihan agen yang baik juga adalah perlu. Sebab, kadang-kadang, agen tu sendiri tak tau apa mereka jual. Mereka hanya tahu nak close deal je. Lihat komen Badek, betul kata dia.

    Xuen Adyla: Wakakakaka, Naruto dengan insurans, tentulah Naruto yea. Kamu dah nak masuk UITM, nanti kamu akan mula memasuki fasa baru dalam kehidupan kamu Xuen.

    Att Ashburn: Adeh, makin ramai yang komen mengenai blog saya yang sukar dimasuki. Ada sesiapa yang boleh membantu saya? Saya pun kurang mengerti kenapa. Cuma reti untuk menulis sahaja skarang ni. Buta IT saya ni.

  11. ellieandcarl'sstories says:
    June 17, 2009 at 4:22 PM

    salamm bro... ko tak rekemenn ke.. insurans mane yang better.. aku pon tak de amik isnurans...:(

  12. anak laut says:
    June 17, 2009 at 4:33 PM

    GRuNGe,
    anaklaut sihat saja..baru balik sekolah mengajar kelas tambahan..!

    entri yang bagus tu pasal insurans ni.. anaklautpun ada 5 insurans..

  13. GRuNGe says:
    June 17, 2009 at 4:47 PM

    Ticnube: Insurans mana yang better? Ishhh, susah nak cakap Ticnube. Aku amik Prudential Takaful. Life dengan Medical. Kalau ada rezeki, lagi 2-3 tahun, aku maybe akan amik lagi. Tak susah Ticnube, kalau ko berminat, aku rasa baik ko survey sendiri. Kalau ko ada kawan-kawan yang serius buat insurans, lagi bagus. Sebab agen yang ko kenal, lagi senang deal untuk tuntutan.

    Lagi satu, ada juga insuran yang memberikan pulangan (kira macam investment). Tapi perlu diingati, insuran adalah untuk perlindungan, bukan sebagai simpanan.

    Anak laut: Alhamdulillah. Sampai 5 insurans. Saya insya-Allah, akan tambah insurans lagi pada masa hadapan.

  14. dark says:
    June 17, 2009 at 5:22 PM

    dan agen insuran juga yang kaya raya..hahaha!!
    sowy 2 say, aku teringat ade chinese gtau,~chinese pk quality more important than quantity..means,sbb tu family chinese biasanya kecik, tp sume mnjadi~..am i rite?hahahaha!!

  15. rhapsody LiN says:
    June 17, 2009 at 5:47 PM

    hurm...org melayu slalu take for granted..
    banyak sangat kemudahan diberi untuk org melayu. sebab tu diorang kureng sensetif pasal isu2 nie..

  16. unknown says:
    June 17, 2009 at 5:50 PM

    huhu
    aku ada 1 je, tu pun dah tamat tempoh awl bulan lpas
    blum nk renew lg
    duit x da lg....hehe
    dh ckup nnt baru nk renew blk

  17. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 17, 2009 at 6:12 PM

    Dulu penah kena paksa beli insuran huhuh.
    Masa tu duit bru masuk adeh melayang 200. lalala

  18. GRuNGe says:
    June 17, 2009 at 6:41 PM

    Dark: Tak, skarang ni, dia orang suka family ramai. Agen insurans kaya, tapi masa depan terjamin. Bak kata orang putih, peace of mind.

    Rhapsody Lin: You are rie Lin. Jadi marilah kita jadi Melayu Alaf Baru.

    Khairil's: Wah, cepat sedikit renew. Masa muda ni, premium dia murah sikit.

    Notso_violet: Mot study lagi, dah kije nanti baru beli.

  19. Anonymous Says:
    June 17, 2009 at 7:41 PM

    bro..aku amek insuran kete je tp insuran kete pun dah mahal skang nie.takde yang third party dah seme nak first party je.

  20. GRuNGe says:
    June 17, 2009 at 8:14 PM

    Zanetti be: Hehehehe, kereta anda dijaga rapi, diri sendiri bagaimana plak Zanetti? Amik ler bila dah berkemampuan.

  21. anak laut says:
    June 17, 2009 at 10:00 PM

    salam..GRuNGe,

    terima kasih pada anda..segala ulasan anda sangats saya hargai..

  22. xuen adyla says:
    June 17, 2009 at 11:28 PM

    macam halau je g uitm
    huhuhu

  23. AiE bAhRi says:
    June 18, 2009 at 4:24 AM

    Sedangkan aset pon ada insuran, inikan kita sebagai manusia..kena la ada insuran gak.
    betul tak?

  24. Misshy Innz says:
    June 18, 2009 at 10:57 AM

    insuran mulut ade x ?
    haha !
    salu je mulut neyh lps ckp
    opsz !
    ;p

  25. devoted lily♥ says:
    June 18, 2009 at 3:06 PM

    huhu.. naseb mak da belikan da insuran..
    miahaha..
    ta yah pening2 pikir=p

  26. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 20, 2009 at 2:12 PM

    yup, sy stuju dgn kamu.. blh dikatakn insuran ni pnting.. in case emergency sape tau.. :D

    p/s : good article..

  27. anak laut says:
    June 21, 2009 at 4:30 PM

    insurans penting...bro..

  28. Cik Ateen says:
    June 21, 2009 at 5:55 PM

    alamak awk..
    sya sgt memerlukan subsidi mkn kat uitm nnt..
    hihihi..
    so xyah laa ssh nk kuar duit bli mkn..
    just msuk no.pin jer..
    hihihihi