aKu DiNGoRaT LeLaKi

Aku tak tau la, masa aku sekolah dulu, aku pernah dingorat kaum sejenis aku sebanyak beberapa kali. Nak kata muka aku jambu, tak la jambu mana pun (kalau betul jambu, sure dah punya gf masa zaman sekolah, paling tidak pun punya secret admirer). Kat sini, aku nak citer dua kejadian yang paling aku tak leh lupa la.

Kejadian 1


Masa aku habis SPM dulu, Bukit Bintang adalah tempat aku melepak dan berjumpa dengan kawan-kawan. Ada sekali tu, sedang menunggu bas (dekat depan 7-eleven Bukit Bintang) kerana nak balik rumah, aku perasan ada seorang lelaki berbangsa Cina memandang kepada aku. Aku buat tak tahu je sebab aku tak kenal dia. Kemudian aku menyalakan rokok. Ketika tu, aku pakai seluar jeans dan baju Tasmania Devil (gambar kartun) dan baju itu agak singkat (betul2 dekat pinggang aku). Lelaki Cina itu kemudiannya datang kepada aku meminta pinjam lighter. Aku pun seluk seluar dan berilah lelaki tu lighter. Kebetulan, semasa menyeluk seluar, baju aku sedikit ternaik menampakkan pusat. Lelaki itu memandang ku.

Selepas menyalakan rokoknya dan memberi aku rokok. Dia kemudian memulakan perbualan. Dia bertanya aku hendak kemana. Memperkenalkan dirinya dan bersalaman dengan tanganku. Ketika bersalaman, aku dah rasa semacam. Mana taknya, dia salam dan seolah-olah mengusap tapak tangan ku. Keadaan ini berlaku agak lama, dimana lelaki normal yang aku kenal tak pernah buat begini. Dia kemudian mengeluarkan statement yang membuatkan bulu roma ku berdiri. "I tengok perut you tadi, dekat pusat you ada bulu. Seksi la you ni." Kalau bukan kerana aku penyabar, memang aku dah terajang dan mamat ni tadi. Secara kebetulan datang sebuah bas. Aku menyatakan kepadanya yang aku perlu menaiki bas itu (sebenarnya, aku sendiri tak tau arah tuju bas itu). Nasib bas tersebut pergi ke Kota Raya.

Kejadian 2

Kisah berlaku semasa aku di tingkatan 5. Ketika itu, aku di arahkan menyertai kem motivasi, yang dikhaskan kepada pelajar yang mempunyai potensi untuk lulus SPM (aku merupakan kategori pelajar yang di cop mungkin akan gagal SPM). Kem motivasi ni dibuat di Port Dickson (Youth Camp). Pada waktu malam, kami dibenarkan membuat acara bebas, dari pukul 9 ke atas. Aku dan kawanku, telah pergi ke tepi pantai (melarikan diri dari murid-murid lain) kerana ingin menghisap rokok. Sedang aku duduk di tembok tepi pantai. Datang seorang lelaki, yang agak jambu mukanya. Memberi salam dan menanyakan aku bagaimana hendak ke Blue Lagoon. Aku pun memberitahu dia yang Blue Lagoon arahnya ke atas lagi dari tempat kami itu.

Dia kemudian bersalaman dengan aku (caranya sama seperti lelaki di kejadian 1). Dengan tidak meminta izin, dia duduk sebelah aku, kemudian menyalakan rokok. Dia tanya apa yang aku buat disitu. Aku pun menceritakan mengenai kem motivasi dan aku keluar kerana ingin berjalan dan menghisap rokok. Aku menyatakan aku datang dengan kawanku, sambil menjeling memandang kawan aku yang sedang berjalan-jalan seorang diri. Kemudian dia memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia kata, dia seorang cabin crew (Steward) dan part time model. Sedang bercerita, dia meletakkan tangan ke peha aku, dan mula meraba peha aku. Aku tak berani berbuat apa-apa, kerana dia lebih besar dari aku. Tapi sumpah, aku rasa nak terajang dia. Hampir 5 minit dia buat begitu (aku rasa geli gila dan teramat tidak suka), kawan aku menghampiri aku dan menyatakan kami kena pergi kerana curfew tamat (pandai sungguh rakan ku mereka cerita). Kami meminta diri. Lelaki tersebut memberikan nombor telefon dan meminta aku menghubunginya (nombor itu aku terus buang) dan bersalaman lagi dengan aku (salam yang aku tak leh terima). Kami melintas jalan dan dalam perjalanan balik, aku memarahi kawan aku kerana lambat untuk menyelamatkan aku. Nasib baik aku tak kena noda.

Beginilah dua cerita yang aku tidak boleh lupa. Pengalaman dingorat oleh kaum sejenis. Seriau aku. Jadi, katahuilah kalian, aku adalah lelaki normal lagi straight.

38 Response to "aKu DiNGoRaT LeLaKi"

  1. Nana says:
    June 16, 2009 at 2:32 PM

    huhu...sangat extreame pengalaman anda. Dah terbukti anda memang ade banyak peminat (walaupun dari kaum sejenis). Tapi mungkin juga anda ade peminat perempuan cuma perempuan amat malu untuk mengorat lelaki hehe~

  2. BadekGonzalez says:
    June 16, 2009 at 2:35 PM

    pergh...
    aku xsuke mereka macam ni sebab?
    1. aku takot kene usha(walopon pastinya tidak!hoho)
    2. ape ke tuhan punya ciptaan lain xcantik ke????!!

    dammit those guys

  3. Mrs Nurul says:
    June 16, 2009 at 2:41 PM

    "I tengok perut you tadi, dekat pusat you ada bulu. Seksi la you ni."

    hahaha lawak.
    nasib bek ko tak salah amik bas ok!

    mungkin ko patut lebihbanyak berbulu, supaya lebih nampak maskulin hahahahahah bulu oh bulu mu

  4. Mrs Nurul says:
    June 16, 2009 at 2:42 PM

    jap...lima minit tu agak lame ok! hahahahah LMAO***

  5. Misshy Innz says:
    June 16, 2009 at 2:43 PM

    waahh..
    seram nyer...
    dorunk mesty gay tuh
    haha !
    ;p

  6. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 16, 2009 at 2:50 PM

    Uih dasat gak pengalaman u tu huehue
    Eh tapi 5 minit tu mmg lama lah.

  7. Anonymous Says:
    June 16, 2009 at 3:23 PM

    5 minit agak lame tue bro.brgkali dia dah nak orgasm tue.hahah.tp mmg siot aa mamat tue kan.baik bro ajak kwn2 bro p cari die balik belasah ramai2.

  8. CikYana(",) says:
    June 16, 2009 at 3:25 PM

    mak aihhhh seram nye
    nsb baik la yana xde pengalaman dikacau kaum sejenis
    huahua..lau ade..mau lari masuk utan da
    geli..geli

  9. anak laut says:
    June 16, 2009 at 3:37 PM

    pengalaman yang mengejutkan..mesti anda ni hensem gile.ni..!!

  10. anak laut says:
    June 16, 2009 at 3:39 PM

    tergelak membaca komen cik yana..:mau lari masuk hutan.." hehehe.

  11. xuen adyla says:
    June 16, 2009 at 3:49 PM

    market tinggi kut time tu

  12. ellieandcarl'sstories says:
    June 16, 2009 at 4:24 PM

    gileee tol... tak lalu aku nak makan...:P ko gegett jerk... terajang kan ko kene balik..hehe...:P

  13. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 16, 2009 at 4:32 PM

    pergh.. dasat pengalaman kamu.. seram sejuk daku membcanya..

    sy juga ada pengalaman sbgitu.. alhamdulillah bjye menghindar.. :d

  14. syufaa says:
    June 16, 2009 at 4:50 PM

    oh. menakutkan ye.huhuhu.

  15. enyheartsdiamond says:
    June 16, 2009 at 4:53 PM

    hot la tu(^*^)

  16. haruan tasek says:
    June 16, 2009 at 4:59 PM

    grunge masa ko sekolah sikap ko lembut ke? jangan marah tanya aje

  17. mimi mimi says:
    June 16, 2009 at 5:12 PM

    moral of the story: dont smoke..wahaha~~

  18. CITY® says:
    June 16, 2009 at 5:32 PM

    huahuahua... mesti u jambu cam jambu air kan kan kan =P

  19. Misshy Innz says:
    June 16, 2009 at 5:46 PM

    rase mcm nk wat kontes gak r
    haha !
    daku en gile hits
    ;p

  20. dark says:
    June 16, 2009 at 7:49 PM

    ko copy paste pengalaman sapa ni pes?hahahaha!!
    =)) =))

  21. unknown says:
    June 16, 2009 at 7:51 PM

    haha
    naseb la selama ni pompuan jer yg dtg ngorat
    jd x penah kena kes mcm ni

  22. rhapsody LiN says:
    June 16, 2009 at 8:01 PM

    ee....takut lol~

  23. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 8:19 PM

    Misz Nana: Kalau perempuan ngorat, saya rela jer. Masalahnya, yang begini, saya memang tak rela.

    Badek Gonzales: Dia orang ni tak belajar sejarah Nabi Lut ni. Tu yang adi gitu.

    Si lampu neon: Wuits, ko dalam panjang-panjang citer aku, part tu jugak yang ko duk pokes. Ampes betul.

    Innz: Konpim gay innz. :P

  24. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 8:26 PM

    Notso violet: Lama ke 5 minit tu mot? 5 minit tu masa menghabiskan sebatang rokok.

    Zanetti be: Aku pun rasa dia hampir klimaks. Wakakaka, ayat lu, memang power siut. Sama macam ayat badek.

    Cikyana: Hajat dihati mau terjun laut dekat PD, tapi pikirkan tak reti berenang, tu yang tak jadi terjun.

    Anak laut: Hensem? Wakakakaka, mana ada hensem. Aku rasa, gay tu takde taste beb. Carilah yang hensem, ni macam aku pun nak jadikan mangsa. Seb bek tak jadi mangsa.

  25. mamai says:
    June 16, 2009 at 8:31 PM

    huhuh....nasib baik kau tak ternoda kalau tak mana nak letak muka

  26. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 8:42 PM

    Xuen Adyla: Wakakaka, market gay, saya tidak perlukan market itu. :P Masih perlu market wanita untuk berkahwin. ;)

    Ticnube: Tu lar pasal, kalau aku leh terajang, aku dah terajang. Cuma masa tu aku kecik, tak berani.

    VIP Flora: Adakah anda juga di ngorat oleh gay seperti saya? Lalalalala.

    Cufa: Itu adalah pengalaman yang menakutkan saya.

    Enyheartsdiamond: Wakakaka, tak la hot, tapi panas hati dengan mamat gay tu jer.

  27. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 16, 2009 at 8:46 PM

    incik grunge.. ianya lesbian a.k.a pengkid.. krn daku seorg perempuan.. :)

  28. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 8:47 PM

    Haruan tasek: Aku keras la kapten. Siap masuk Paan Kadet Bersatu Malaysia, under 6 renjer tu. Agi idup, Agi ngelaban Kapten.

    Mimi: Moral of the story, jangan hisap rokok. Ada kebenaran juga tu. Dua kali kena sebab isap rokok.

    Bluecity: Jambu air tak lah, cuma jambu batu. Sebab masa dulu, tak metrosexual, jadi jerawat batu banyak dekat muka. :P

    Innz: Kan dah bagitau semalam. Buat jer. Sapa menang, dapat bekalan Cup Cakes seminggu percuma.

    Dark: Gua tak suka ciplak beb. Semua cerita dalam blog dan hasil tulisan, adalah hak cipta terpelihara.

  29. AiE bAhRi says:
    June 16, 2009 at 9:08 PM

    Bang,
    muka kamu walaupun kamu tak ngaku jambu tapi bagi mereka yang memninati kamu pasti mengatakan kamu jambu..walaweiiii...abang saya ni kena ngurat ngn lelaki..

    Kejadian 1 memang kelakar..kan dah kantoi pusat ada bulu..wakakakaka

  30. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 9:20 PM

    Khairil's: Sungguh beruntung kamu, di ngorat wanita dan perempuan.

    Rhapsody Lin: Takut. Lari.

    Mamai: Tu la pasal mamai, kalau tak, mahu akhbar tahun 1995 keluar cerita seorang pelajar lelaki dinodai ketika menghadiri kem motivasi. 1994, perghhhhh, dah 15 tahun dah tu.

    Aie Bahri: Wuits, pusat mulu-mulu tuh kasi perlahan-lahan sikit.

  31. AiE bAhRi says:
    June 16, 2009 at 9:59 PM

    hahaha..kan dh malu..alamak tercakap kuat lagi...

  32. devoted lily♥ says:
    June 16, 2009 at 10:05 PM

    hahhaa...
    gile ahh.. pusat berbulu pon sksi ke??
    mcm cte wite chik la plak..
    hahaha=p

  33. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 10:17 PM

    Aie Bahri: Syyyyyyyyyyyyy.

    Devoted Lily: Pinses, kamu kutuk saya yea.

  34. Misshy Innz says:
    June 16, 2009 at 10:20 PM

    tp cupcakes ta leyh delivery
    t rOsak
    =(

  35. GRuNGe says:
    June 16, 2009 at 11:19 PM

    Innz: Kamu kan rempit Innz, apa kata kalau kamu merempit deliver cupcakes itu.

  36. puspa says:
    June 16, 2009 at 11:33 PM

    hua2....
    mmg grunge ni mke jmbu laaa asenyerr...
    2 yg diminati kaum sejenis 2...
    wakakaka......
    x sgke btoii laaaa.....hua2....

  37. Cik Skaf says:
    June 17, 2009 at 12:12 AM

    boleh faham perasaan seram tu camana. masa skolah dulu prnah beberapa kali dingurat secara extreme ngan budak2 pompuan yg berlagak jantan.Mmg sungguh menyeramkan!..

  38. ASAA says:
    June 20, 2009 at 3:32 PM

    hahaha....aku rs pes..sbb tuh ko takde awek :P hehehehhe...dh kene ngorat ngan laki 2 kali :P