Masuk bulan ni, aku rasa baru jer 3 bulan aku join chenel kl8 (mungkin lebih). Kalau ikut dari usia aku chat dekat dalam chenel ni, dah dua kali gahering (boleh ke yang first tu dikira gathering?) diadakan. Satu gathering bulan empat hari tu (ke bulan tiga?). Gathering yang first ni terjadi secara kebetulan jer. Dimana sorang chatters sms ajak sorang chatters lain tengok wayang dan kemudiannya menyampaikan (forward) sms tu dekat yang lain. Kehadiran masa tu adalah seramai 6 orang. Aku tak join gathering ni, sebab by the time aku dapat sms, jam telah menunjukkan pukul 1:00 pagi. Jadi aku pun tak pat ler nak join.
Semalam, 9/5 gath ke dua telah di adakan. Gath ni telah di iklankan dalam http://kleightunited.blogspot.com (unofficial kl8 blog). Sebenarnya, aku 50-50 antara nak pergi dengan tak pergi. Lebih-lebih lagi semalam aku kena paksa bertugas menjad cashier. Tapi, lepas Maghrib, aku kuar jugak rumah dengan takde hala tuju. Aku call dark, tanya apa plan untuk gath malam tu. Dia cakap, just lepak makan, main bowling and karaoke. Mula-mula, yang konpim nak pergi Cutie, Kid, Vers dan Dark, (Ain kansel di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan). Aku, Amy dgn Biskut (dia ni aku panggil Pom) jer, join di saat akhir.
Kalau nak aku tulis, banyak, tapi aku akan ringkaskannya. Acara semalam, kami ber 7 hanya sempat ber karaoke selama dua jam di Bremm Mall (asalnya nak karaoke di hadapan Times Square, tapi tempat tu penuh). Aku tertarik nak citer pasal hal karaoke, tapi, takut tidak mendapat persetujuan mereka yang hadir. Apa yang boleh aku katakan, lepas ni aku mungkin tak join lagi acara karaoke (boleh ke aku buat begitu?) sebab malu dengan ada dua orang chatters yang mempunyai suara yang bagus (kalau masuk AF atau One In A Million) boleh lepas kelayakan. Lepas karaoke, kita orang lepak dekat Sentul dan kemudiannya aku balik. Aku sampai rumah betul2 sebelum azan Subuh.
Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Dark, kerana berjaya untuk meyakinkan aku untuk join gath. Terima kasih juga kepada Amy dan Pom sebab join kita orang, dan maaf kerana tidak dapat hantar korang balik. Thanks untuk Vers kerana menggantikan aku hantar budak dua orang tu. To Cutie and Kid, it is nice to meet and get to know both of you. Both of you are so cute. Okies, till we meet again. Harap next time, ramai lagi yang boleh join gath kl 8. Aku teringin gak nak jumpa dengan orang lain macam Zita, Daniel, Maria, Red (mamat ni dah lama gila tak online), Miem (ketua kampung kl8) dan mereka2 yang selalu duk merepek dekat chenel. Marilah mengeratkan ukhwah kl 8 kita.......................

May 10, 2009 at 6:03 PM
no komen:-p
February 5, 2012 at 2:06 AM
waa ade lg.. huhu