aKu YaNG JaHaT

Kejadian sebenar di sebuah office. Kejadian ini berlaku pada bulan June 2005.

Accounts Director: "Kat (bukan nama sebenar), boleh tak awak lepas kan *****N pergi training dekat Pedu 2 minggu?"

Khat: "Tak boleh la Puan, skarang ni tengah busy sket, nak hantar Management Information Report (MIR) dengan nak kena buat half year performance review. Kalau *****N pegi training tu, sapa nak buat tu semua. Biasanya, dia yang buat
semua tu".

Aku
: "Ala Kak Kat, takkan tak boleh tolong buat benda ni. Tinggal MIR jer nak kena buat. Kalau saya stay pun, bukan leh buat sebab akak tak close account lagi".

Accounts
Director: "So, Kat, macam mana. Boleh awak buat MIR tu?"

Khat: "Saya rasa tak leh la Puan. Biasa *****
N yang buat. Saya dengan nak close account lagi. Terkejar-kejar saya."

Aku: "Selama ni
, akak boleh jer buat masa saya tak kerja sini. Takkan lah tak leh wat. Mintak la H tolong akak. Tak apa kak, kalau akak tak leh tolong saya kali ni, jangan harap saya nak tolong akak lain kali."

Accounts Director: "*****N, tak
baik cakap macam tu. Bos awak tu. Macam ni lah Kat, awak g jumpa dengan Group Accountant. Mintak postpone hantar MIR tu. Half Year, saya dah tgk, saya akan finalise and suruh *****N amend. Kalau tak hantar *****N kang, marah plak Training Director tu dekat saya. Awak pun tau kan dia macam mana."

Ini adalah kejadian sebenar
terjadi pada aku. Bila aku renung dan fikirkan, aku rasa, apa yang aku buat, merupakan salah satu tanda yang aku mempunya anger issue. Tapi aku tak tau la, sama ada aku punyai anger issue or aku menyatakan apa yang aku rasakan benar. Mempertahan kan hak aku.

Aku penat
menjadi seorang yang baik (baik sangat ke aku ni). Aku dah tak kisah orang-orang yang tak mengenali aku melabel aku. Kalau orang yang mengenali aku pun boleh tikam aku dari belakang, kenapa tidak orang yang tak mengenali aku? Cuma mungkin, mulai saat dan ketika ini, aku perlu lebih berhati-hati apabila berkata-kata. Kerana kata-kata aku, dah banyak menyinggung perasaan orang.

"Ayat-
ayat ko ni, memang ayat longkang betul. Tapi yang best, ayat ko tu nampak sopan, tapi menusuk kalbu."

Ada
seorang chatters (bukan chatters YM) pernah cakap ni dekat aku. Ntahlah, aku seperti biasa, seorang yang suka cakap depan-depan mengenai sesuatu yang aku kurang gemari. Kadang-kadang, apa yang aku cakap tu, tak dapat diterima oleh orang dan membuat orang melenting (mungkin aku pun akan melenting kalau kena). Tapi pada aku, apa yang aku cakap, adalah berdasarkan fakta dan kenyataan. Maklumlah, sebagai seorang yang mempunyai accounting background, aku telah diabiasakan dengan "Facts and Figures" untuk menyokong proposal dan report aku. Ntahlah, macam aku cakap di atas tadi. Mungkin aku mempunyai masalah anger management. Mungkin aku kena belajar untuk mengawal diri dan mengatasi perasaan marah aku.

"Cukuplah
aku di pandang rendah, di khianati, di hina, tidak dihargai dan di perkotak-katikkan".

Aku rasa
diri aku dah penat di pandang rendah oleh orang. Cukuplah. Aku perlu berbuat sesuatu untuk melindungi diri aku sendiri. Cukuplah dengan pengalaman aku selama ini. Ya, aku dah hidup selama 31 tahun. Dah bermacam-macam perkara dan pengalaman yang aku lalui. Aku perlu bangkit. Aku rasa penat dengan apa yang pernah aku lalui dahulu. Pedulikan orang-orang yang tak mengenali diri aku. Biarkan mereka tertanya-tanya dan membuat andaian mengenai diri aku. Kerana mereka tidak mengenali diri aku. Sedangkan orang yang kenal aku wont necessary can predict me. Cuma aku masih merasakan, aku perlu meminta maaf. Kepada mereka-mereka yang telah terasa dengan perkataan dan perbuatan aku.

"Mengalah
bukan bermakna kalah."

Aku masih merasakan apa yang aku lakukan (sebahagian besarnya) adalah benar. Tapi, adalah tidak salah sekiranya aku memohon maaf. Kerana, mungkin kebenaran yang aku fikirkan, adalah kebenaran aku (bukan kebenaran sebenar). Aku masih waras dan aku masih lagi perlu bersifat dewasa. Aku bukan anak-anak kecil. Mungkin ramai yang melihat aku sebagai kebudak-budakkan. Tapi itu hanyalah diri aku yang gila-gila (sebahagian dari diri aku). Aku perlu hilangkan sifat kegila-gilaan aku kerana ianya tidak sesuai buat diri aku.

"Dikesempatan
ini, aku ingin menzahirkan seribu kemaafan kepada semua yang telah terasa dan terkesan dengan kata-kata aku. Sebagai manusia, aku melakukan kesilapan. Aku perlu meminta maaf, kerana entah esok, entah lusa, nyawa aku akan dicabut. Aku tidak tahu, adakah akan ada kesempatan lain untuk aku berbuat begitu. Maafkan lah aku."

6 Response to "aKu YaNG JaHaT"

  1. Cik Skaf says:
    May 16, 2009 at 12:53 PM

    yeay! akhirnya dpt juga curik masa nak taip komen kat sini. tapi nak komen apa ek? tiba2 blank plak. Awk mintak maaf ngan sumer org eh. ok sy maafkan awk. tapi rasanya awk takde dose ngan saya ..eheks! so takde apa nak dimaafkan. Errrr kalau pun mgkin ada kata/perbuatan awk yang menyinggung pasaan (diulang - kalaupun ada) dah lama saya maafkan dan lupakan. "kadang2 buruk yg kita terima pada satu masa, bnyak memberi pengajaran dan mendatangkan manis pada masa akan datangnya".

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    May 16, 2009 at 1:49 PM

    U bukan jahat. U cuma cakap direct kot. Tak best ah gaduh-gaduh.
    Memandangkan da 0-0 kan...

    Awak nak kawan ngan awak boleh?:D

  3. GRuNGe says:
    May 19, 2009 at 7:00 PM

    Cik Skaf: Thanks sebab tak henti-henti komen.
    Mot: Esok balik PD kan?

  4. BadekGonzalez says:
    June 15, 2009 at 7:51 PM

    well..
    kebenaran dan dendam sukar dibezakan jika mata yang memandang mempunyai niat yang berlainan...
    semuanya terpulang kepada hati untuk membantu akal mengelaborasi cerita pendek dunia kepada pegangan hidup..

    moga kita tergolong pada mereka yang berfikir terlebih dahulu

  5. Mrs Nurul says:
    June 23, 2009 at 6:07 PM

    ok panjang giler.
    mls nak bace hahah

  6. @xiM says:
    July 21, 2009 at 11:31 AM

    mengalah memang tak bererti kalah..mengalah bermakna kita betul betul bersedia to let go..

    gambatte kudasai!!