DaRJaH SaTu

Masih aku ingat ketika aku di darjah satu. Masa tu, aku darjah satu merah. Cikgu aku Puan Syarifah. Cikgu aku ni mengajar matapelajaran matematik. Aku rasa, aku merupakan seorang kanak-kanak aktif dan banyak bercakap. Masih aku ingat ada sekali tu, sebab tengah bercakap dengan kawan aku, tiba-tiba satu benda asing singgah kemuka aku. Aku tengok, rupa-rupanya, cikgu aku baling daster ke aku sebab tak menumpukan perhatian masa belajar dan bercakap. Bengong sebentar jugaklah aku masa tu.

Ada sekali tu bila hantar homework matematik. Puan Syarifah memanggil aku kedepan. Aku masa tu bangga la, sebab ingat kerja rumah matematik aku bagus. Pastu, satu tamparan hinggap ke muka aku. Aku terkedu. Dia Tanya aku, tahu tak kenapa dia tampatr aku. Aku jawab tak tau. Pastu, dia tunjukkan kerja aku. Berapa kali saya dah cakap, kayu tu, buat sampai sembilan, masuk yang kesepuluh, awak pangkah kayu yang awak lukis tu. Ni awak buat sepuluh, pangkah satu. Kan dah jadi 11.

Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu aku Puan Syarifah. Kalau tak kerana dia, mungkin aku tak minat nombor dan tak pandai mengira. Terima kasih cikgu.

SaMPai BiLa Mau GRuNGe

Sebenarnya, dah agak lama aku nak menulis pasal ni. Tapi, ketepuan otak tahap maksima telah menyebabkan aku tak mampu untuk menyiapkan artikel ni. Aku terpanggil untuk menulis entry ni selepas melihat betapa fanatiknya manusia ni terhadap sesuatu bentuk hiburan.

Aku rasa, ramai antara korang yang tahu mengenai gejala “Shuffle” dan “Gothic” yang melanda Negara kita sekarang ni (aku rasa, bukan Malaysia sahaja, perkara ni berlaku di Negara-negara lain juga).Seperti biasa juga, akan ada dua pihak berlainan generasi dan berbeza pendapat bila memperkatakan mengenai hal ini. Golongan remaja yang terlibat akan menyatakan apa salahnya mereka melakukan aktiviti ini kerana ianya bukan kegiatan tidak bermoral dan agak sihat. Golongan dewasa pula akan mengatakan betapa budak-budak yang mengikuti aktiviti ini sebagai tidak menghormati budaya dan mengikut adapt resam orang timur.

Aku tidak mahu memperkatakan soal yang tiada jalan penyelesaian ni. Aku Cuma nak menanyakan satu soalan. Sampai bila mahu jadi begini? Shuffle, Goothic, Rock, Punk, Skin, Metal mahupun Grunge adalah satu budaya pembawakan yang di ambil dan disadur dari luar. Perkara ini bukan sesuatu yang asing bagi negara dan masyarakat negara kita. Kalau diundurkan kembali, kita boleh melihat rentetetan budaya saduran yang diikut oleh generasi muda negara. 70’an kita dapat melihat betapa budaya hippies menjadi ikutan. 80’an pula memperlihatkan budaya seperti rock dan breakdance. 90’an kita dapat melihat kemunculan grunge, rap (abang kepada hip hop) dan hardcore. Manakala di new millineum ni kita boleh lihat shuffle, gothic dan rave.

Aku pernah bertanya kepada seorang remaja gothic sampai bilakah dia akan mengikuti gothic? Dia menjawab dia akan mengikuti gothic sampai bila-bila. Aku kemudian senyum dan berlalu. Bukan apa, aku Cuma memikirkan bagaimana remaja ni nak mengothickan dirinya apabila pergi interview kelak. Adakah dia akan memakai baju dan seluar belang hitam putih? Mekap muka dengan bedak putih dan memakai celak serta bertindik di mulut ketika interview? Aku tak rasa perkara itu mustahil.

Aku pernah melihat seorang hard core punk, dating ke gigs bersama isterinya dan baby (mungkin berusia kurang dari 2 tahun) didalam stroller. Masih dengan image punknya. Malah, anaknya itu juga telah dipunkkan dengan mewarnakan rambut anaknya dengan warna hijau. Owh, sungguh kurang sesuai pula fakir ku. Cukup-cukuplah fanatic ketika zaman remaja dan muda, tapi bila dah berumahtangga, lebih baik tinggalkan sahaja.

Owh, bercakap lupa pula menceritakan pasal aku yang grunge ni. Sebenarnya, grunge aku hanyalah pada lagu dan jiwa. Aku rasa, aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak terlalu fanatik. Aku tidak berambut panjang (terpaksa gunting demi untuk interview esok hari). Aku tidak memakai jeans koyak semasa bekerja (sebab tak boleh, kalau boleh memang aku dah pakai kut). Cuma jiwa jer, jiwa yang sedikit memberontak.

Ok. Apa kesimpulan yang dapat dibuat (ada kesimpulan ke)? Aku rasa, tak kira apa juga benda yang remaja tiru skang. Aku yakin, suatu hari nanti, mereka akan kembali seperti orang lain. Benda ni Cuma sementara ja (kecuali kalau dia orang ni tak sedar diri). So, tak payah la nak marah-marah, Cuma kita perlu lihat, kawal dan selia je. Sebab, aku rasa, ramai antara kita masa muda remaja dulu, ada gak terikut dengan benda-benda macam ni. Kalian semua masih lagi menjadi manusia bukan?

SiGNaL oH SiGNaL

Kisah 1

Sebuah kereta Volvo kaler pink memasuki Lebuhraya persekutuan. Pemandunya memandu dengan perlahan. Dari lane sebelah kiri ke sebelah kanan seolah-olah jalanraya itu dibina oleh ayahnya untuk dirinya. Paling mengagumkan, kereta Volvo S60 itu, menukar lane tanpa memberikan signal. Apakah kereta Volvo memang di manufacture tanpa signal kiri dan kanan?

Kisah 2

Sebuah motor dari lane tengah tiba-tiba membelok masuk ke simpang. Kereta kelisa kelabu yang memandu dengan agak sederhana perlahannya terpaksa brek dengan tiba-tiba kerana motor itu tidak memberikan signal ketika membelok. Akibatnya, 3 kereta terlibat dalam kemalangan bertunda. Akibat kemalangan itu, Lebuhraya Guthrie mengalami kesesakan lalulintas sepanjang 3 kilometer.


Korang mesti pernah melalui keadaan dimana kereta korang di pangkah oleh kenderaan lain tanpa signal. Apa korang rasa ek masa tu? Aku ni plak, jenis keras kepala. Kalau aku dah nampak kereta nak pangkah kereta aku tanpa signal, dengan sengaja aku melajukan kenderaan aku merapati kereta depan aku. Akibatnya, pemandu kereta yang nak pangkah kereta aku tu, musti mukanya tekanan. Wakakakaka. Padan muka dia. Kadang-kadang aku rasalah, penat jer manufacturer kenderaan, design kereta siap dengan signal, tapi manusia bengong ni tak reti nak guna plak. Ni membuatkan aku geram. Kadang-kadang, aku rasa macam.

“Nak je aku pecahkan lampu signal kenderaan dia orang dan patahkan signal mereka.”

Aku rasa, aku bukanlah pemandu berhemah (masih memecut semasa lampu kuning). Tapi, aku masih menghayati dan tahu bagai mana nak guna signal kenderaan aku. Buat mereka-mereka yang tak guna signal tu.

“Sila-silalah patahkan signal kenderaan anda dan pecahkan lampu signal itu. Bukan korang tau guna pun.”

JoM KePoH (BuKaN VeRSi aie)

Tempat: TS (Bukan Times Square) dan tempat-tempat lain yang sewaktu dengannya.

Masa: Setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 12:00pm sehingga 6:00pm.

Pakaian: Sepelik yang mungkin. Contoh: Baju kaler pink yang berkilat dan mempunyai gold dusk dipadankan dengan seluar jingga tiga suku. Topi yang dipakai senget. Kasut selain dari kasut kulit. Rantai basikal. Spek mata biru sebesar mata belalang. Rambut perlulah dikaler selain dari kaler hitam dan perang (kaler pink, oren dan kuning). Bertindik dimerata tempat seperti di mata (kalau boleh tindik dekat anak mata), gigi dan sebagainya. Mekap kaler hitam, kaler lain adalah tidak dibenarkan (sempena mengikut gaya sedih orang mati).

Aktiviti: Melepak bersama kawan-kawan sambil buat freak fashion show. Usha awek-awek dan balak-balak seangkatan. Bergaduh dengan puak-puak lain (kira asabiyah la ni). Mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas (kesesakan lalu lintas kerana pemandu menyangka mereka telah terjumpa sekumpulan makhluk asing lantas memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar kenang-kenangan). Menari dengan gaya bebas (tak kira shuffle, breakdance, pogo, poco-poco dan sebagainya).

Kelebihan menyertai aktiviti ini: Mengurangkan berat badan (menari gaya bebas mengeluarkan peluh). Mendapat kenalan dari pelusuk Malaysia. Dapat membebaskan diri dari tekanan mental (sebab orang yang melihat mempunyai peratusan yang besar untuk mendapat penyakit mental, terutamanya golongan ibu bapa mereka yang terlibat).

Marilah beramai-ramai menyertai aktiviti yang tidak berfaedah ini.

P/S 1: Kalau nasib tak baik, kena tangkap polis dan kena senduk (pinjam ayat pinses) dengan parents.

P/S 2: Bukan aku yang sebarkan poster ni, Qarin aku yang suruh buat. Jadi kepada peminat aktiviti ni, jangan marah aku. Wakakakaka.

P/S 3: Inilah antara perkara pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia. Tak kira di KL, mahupun di Tepen (Pinses bagitau aku gejala ni dah sampai Tepen, tapi aku tak pernah nampak lagi).

P/S 4: Maaf Aie, masih gunakan nama kamu. Nanti saya kasi royalti yea.

STuDeNT VS PeKeRJa

Budak Sekolah (Student Universiti-tak kira awam atau swasta) VS Pekerja (tak kira awam atau swasta jugak)

Budak Sekolah: Bosannya cuti lama-lama. Tak tau nak buat apa. Nak kerja, malas.

Pekerja: Kalau boleh cuti lama-lama kan best. Macam-macam boleh buat. Pergi pejabat LHDN, renew roadtax, kemas rumah dan basuh baju yang dah sebulan tak sempat nak basuh.

Budak Sekolah: Kan best kalau kerja. Cukup bulan dapat gaji. Boleh enjoy. G shoping dan jenjalan. Tak sabar plak rasa nak kerja.

Pekerja: Kalau lah boleh balik zaman sekolah dulu kan best. Walaupun sentiasa sengkek, tapi hati senang. Tak perlu fakir pasal tanggungan. Ni tak, dapat gaji, bayar rumah, bil, kereta dan lain-lain, tup-tup, dah habis gaji. Nak shopping pun tak mampus. Seluar kecik yang koyak pun, dah dekat setengah tahun tak berganti. Baru tengah bulan, dah makan magi balik.Kalau tak bayar, mula la bank hantar notis saman. Tarik rumah, kereta dan nak declare bangkrup. (Dulu aku dengan kawan-kawan yang senasib takde awek dengan aku selalu pk macam ni)

Budak Sekolah: Senang jer orang dah kerja ni dapat girlfriend. Ialah, mentang-mentang duit berkepuk. Habis bebudak dekat universiti aku ni yang lawa-lawa, cun-cun dan gojes-gojes kena amik. Pakat lambat la aku nak ada gf selagi aku tak stabil.

Pekerja: Perghhhh, habis duit aku. Kena kikis dengan awek aku. Ialah, mentang-mentang aku dah keje. Nak cari awek dah kije, semua career women ni choosy. Stakat kerani cabuk, exec low class macam aku ni, mana nak pandang. Atleast nak cari bf gaji 5 angka. Cemana aku nak kumpul duit nak kawin kalau macam ni.

Budak Sekolah: Penat betul naik public transport ni. Timing dah la tak tepat, pastu bila dating, penuh macam tin sardine plak tu. Nak keluar lewat-lewat tengok midnite pun tak boleh. Naik teksi kang, habis elaun mak bapak aku kasik. Dah kerja nanti, aku nak beli kereta.

Pekerja: Aduh, harga minyak naik lagi. Pakat tak gerak le kete aku ni. Kete aku dah la makan minyak. Sehari minyak kete aku RM20, aku pun makan sehari RM5 jer. Tak leh jadi ni. Kena naik public transport jugak. Ramai orang pun tak pe la. Janji sampai.

Jadi, korang rasa korang punya kedudukan tak best? Fikir lagi sekali. Rasanya, dimana kita berada tu, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Fikir-fikirkan.

P/S: Entry di atas adalah hasil ilham dari Cik Milimilo the lawyer setelah berborak dengannya di shoutbox pukul 12:30 pagi.