PaTuTKaH?

Semalam aku pergi ke kenduri kahwin sepupu aku. Kenduri dia, aku rasa dah boleh masuk Nona dah. Buat dekat Taman Tasik dekat Shah Alam. Tapi aku bukan nak citer pasal kenduri atau majlis kahwin tu. Aku nak citer pasal adik ipar aku.

Hmmmmm, aku rasa korang tau kan aku ada adik perempuan yang baru masuk UITM Sri Iskandar. Oleh kerana dekat UITM Sri Iskandar tuh ada 10 orang yang disyaki terkena virus H1N1. Kebetulan pulak, lepas adik aku balik, dia mengalami demam sedikit. Oleh kerana yang sedemikian, adik lelaki aku dan familynya, tidak jadi hendak ke rumah aku kerana khuatir akan virus H1N1. Kena pula anak adik aku yang berusia kurang setahun baru jer pulih dari demam. Jadi, adik ipar aku pun, yang terlalu cuak dengan H1N1, mengambil keputusan untuk pergi ke kenduri itu dengan sendiri dan tidak konvoi bersama aku dan family aku yang lain.

Okies, kami sampai dahulu di kenduri tu. Aku, dengan adik-adik aku pun makan dan selesai makan, adik aku yang sudah berkeluarga tu pun sampai. Adik perempuan ku, mungkin kerana terasa hati dengan adik ipar ku, menjauhkan diri dari adik ipar ku dan anak-anak buah aku. Aku plak, mengambil anak-anak buah aku, lepas sorang sorang lagi, mendukung dan bermain dengan mereka (untuk pengetahuan korang, aku sudah punya dua anak buah, sorang lelaki dan seorang perempuan). Semasa aku mendukung anak buah aku, adik ipar aku boleh berkata dengan nada perlahan (mungkin kerana tidak mahu adik perempuan aku mendengar walaupun dia tidak berada berhampiran), "Jangan bawak budak-budak tu dekat dengan kakak." Ya Allah, punya lah cuak adik ipar aku ni. Aku terasa dengan apa yang dia cakap, walaupun dia mungkn bermaksud baik. Tapi pada aku, ianya keterlaluan.

Aku kesian tengok adik perempuan aku tu. Mana taknya, dia memang terasa dengan adik ipar aku tu. Dia menjauhkan diri, langsung tak pergi dekat adik ipar aku mahupun anak-anak buah aku. Padahal, kalau anak-anak buah datang rumah mak aku, dialah yang rajin melayan. Hmmmm, apa perlu aku buat? Aku memilih untuk berbuat apa-apa.

Pada pendapat korang, patut ke apa yang dia buat? As for me, aku rasa to much la. Kalau dia takut sangat, dia tak patut pergi kenduri, kerana situ kan ramai orang. Lagi satu yang aku pelik, dia boleh je g kerja naik Putra dengan adik aku tanpa pakai mask. Kalau ikutkan takut, patut pakai mask dah. Hmmmmmm. Kesian adik perempuan aku tu.

47 Response to "PaTuTKaH?"

  1. Amal says:
    July 26, 2009 at 8:47 PM

    ye...
    patut pakai mask cam org~
    =p
    die x ke klinik?

  2. Cik Skaf says:
    July 26, 2009 at 8:52 PM

    Owh. Dah dua orang anak buah awak ye?.. hmm nanti sy dtg blik tuk komen, tak sempat baca apa pemasaalahannya.huhu.ni tngh bz giler. huk2

  3. Saffa says:
    July 26, 2009 at 9:22 PM

    Isk. Sampai macam tu sekali. Tak sopan betul!

    P/s: please enable kan nama/url. =)

  4. CikYana(",) says:
    July 26, 2009 at 9:34 PM

    iskh..iskh

    xpatut la smpai cmtu sekali

  5. Fitriah says:
    July 26, 2009 at 9:36 PM

    pakai mask :)

  6. Anonymous Says:
    July 26, 2009 at 9:39 PM

    Agaknya dia nak pakai mask tapi malu.
    Maklum la orang melayu.
    Kalau cina..relax je pakai mask sana sini.

    Seriously, dia tak patut buat camtu. Kecik hati orang. Ubat ada, vaksin ada.

  7. rhapsody LiN says:
    July 26, 2009 at 9:41 PM

    mmg terasa beb..
    aku pon mngalaminya.
    :(

    actually jumaat aritu aku nak pegi umah nenek kat gombak melawat baby pakcik aku. then tgh ari tu pak cik aku call tnye wether aku balik gombak ke tak. aku cakap la tak balik sebab balik kedah kolej kne h1n1. then pak cik aku kata "ha..bagus lah.tak payah la balik"
    huhu~

    mmg bg org laen biasa. bagi aku terasa woo~
    ak nk dtg jauh2 tgk baby dia then dia boleh kata mcm tu.
    nasib baik aku nk balik umah. tawar hati nk tgk baby dia.

  8. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) says:
    July 26, 2009 at 9:49 PM

    huhu..
    cian kat adik incik grunge..
    emm.. tapi kalo adik ipar incik grunge betul2 alert dia takkan pegi tmpt yg ada ramai org..
    for sure dari segi penyebaran virus akan lebih terdedah.. tambah lak tasik shah alam tu kan berdekatan dgn seksyen 9..kan skolah yg kena kuarantin aritu..

    yg uitm bagi cuti tu cuma nak mengelakkan.. bknnya semua pelajar disyaki kena h1n1.. anak kakak nur yg kat uitm arau pun cuti skrg..

    huhu..tetiba lak emo kan..
    ops.. sy tak menjawab pertanyaan incik grunge.. emm apa kata incik grunge slow talk dgn adik ipar tu.
    coz benda mcm ni, potensi terasa hati agak lama.. dan sampai bila2 pun adik grunge akan igt apa yg adik ipar grunge buat tu. maybe tak sengaja coz dia terlalu prihatin dgn anak2 dia tapi dlm tak sedar mengguris perasaan adik grunge.

    sekadar pendapat..

  9. k.e.r.i. says:
    July 26, 2009 at 9:50 PM

    kalau, dah tak ngaku kakak ipar dah tu.

  10. myQza says:
    July 26, 2009 at 10:01 PM

    alahai.. kesian kat adik tu... apakan daya..
    tapi adik ipar kamu tu mungkin terlalu berhati-hati..

    nak fikir logik. tak patut juga dia buat mcam tu. terasa hati orang.

  11. CikMomo says:
    July 26, 2009 at 10:10 PM

    ta patot ahh cenggitu! isyy2..
    cian adek bro:(( sbr jep la..uhuk3

  12. Jard The Great says:
    July 26, 2009 at 10:11 PM

    tak patut.. harap menjawap persoalan tajuk entri ini. eehehe

  13. mamai says:
    July 26, 2009 at 10:18 PM

    aku belajar untuk tidak berprasangka
    cuma aku rasa dia khuatir dengan masalah kesihatan yang tidak menentu sekarang ini. tambahan kanak-kanak mmg senang menjangkit.

    mungkin dia tidak cukup maklumat tentang H1N1 tu atau terlebih maklumat. mungkin kita sebagai orang yang tahu perkara sebenar harus perjelaskan perkara itu kepada dia.

  14. mamai says:
    July 26, 2009 at 10:18 PM

    aku belajar untuk tidak berprasangka
    cuma aku rasa dia khuatir dengan masalah kesihatan yang tidak menentu sekarang ini. tambahan kanak-kanak mmg senang menjangkit.

    mungkin dia tidak cukup maklumat tentang H1N1 tu atau terlebih maklumat. mungkin kita sebagai orang yang tahu perkara sebenar harus perjelaskan perkara itu kepada dia.

  15. Ivy Metaga says:
    July 26, 2009 at 10:19 PM

    hurmm..mmg sedih juga bila kejadian macam tu kan, tapi kadang2 bila seseorang tu dah terlalu fikirkan keselamatan anak2, bole juga mengatakan sesuatu atau melakukan perbuatan yg secara tak langsung menyinggungkan perasaan org lain..
    jadi tak bole salahkan adik ipar anda 100%, nanti lama2 ok lah tu, merajuk sekejap jak kan, tak kan nak merajuk lama2, pujuk je adik perempuan anda, pasti dia akan faham juga....=)

  16. RAWNA says:
    July 26, 2009 at 10:26 PM

    some people just being too paranoid. but yeah.maybe dia fikir untuk anak dia kot.

  17. imHepPie says:
    July 26, 2009 at 10:37 PM

    ciannya adik incik grunge...
    huhu sabo jela len org len prangai kan...
    nak ckp kang kena kita lak...
    so tpaksa sabo jela okes..

  18. oranglidi says:
    July 26, 2009 at 10:47 PM

    uih..kesian tuh!

    die mgkin bmbang sgt tu...

    tp kalu boleh, cover2 a skit.. terasa kot..

    (wa duk utp ni, kenal2kan a adik lu dengan wa).. ahaha!

  19. unknown says:
    July 26, 2009 at 10:59 PM

    x patut perbuatan tu

  20. patungcendana says:
    July 26, 2009 at 10:59 PM

    dearest you...

    your words made me smile
    i give a little bit of my life for you...:-)


    kalau nak kena...tetap akan kena...

    ya...agak keterlaluan reaksi itu...kerana dia sendiri pun berpotensi sebagai pembawa virus...mungkin dia tak perasan fakta tu...

  21. Nana says:
    July 26, 2009 at 11:04 PM

    untuk menjaga keselamatan anak-anak macam patut tapi tindakan tu sangat melampau huhu...

  22. Anonymous Says:
    July 26, 2009 at 11:30 PM

    kesian kt adik tuh..
    dia msti snstf dan terasa hati.
    ape2 pun..
    bwk2 bncg.
    tkt dia trasa ati lama2.
    huhu.
    tp.
    ish2. x ptt la..
    erk. klu sy.. dia kta cmtu.. x taw la. tp. kadang2. mlt ni tlepas ckp jer..
    x tniat pun.
    tndkn luar kwln..

  23. nz says:
    July 26, 2009 at 11:35 PM

    my fren g ofis pon pakai mask tau. hahha

    saje singgah :)
    take care.

  24. dark says:
    July 26, 2009 at 11:37 PM

    obses thadap kesihatan sungguh..
    klu aku, wat dak je..ahakz!
    sampai bile die nk cmtu?..nnt baik la balik ngan adik awak tu grungie..

  25. anak laut says:
    July 26, 2009 at 11:47 PM

    kecik hati la kalau cakap mcm tu..kalau anaklaut pasti cuak..

    adik bro bukannya kena H1N1.. saya pun tumpang kesian..

  26. Cik Skaf says:
    July 27, 2009 at 12:07 AM

    sayang betul adik lelaki no2 awak tu ngan wife dia erk? begitu berhati2 menjaga perasaan wife.haha.. len pulak cite saya..!

  27. mimi mimi says:
    July 27, 2009 at 12:25 AM

    ish..
    xpatut xpatut~~

  28. Cik Skaf says:
    July 27, 2009 at 1:02 AM

    seperti awak kata, kalau dah sebegitu cuak, adik ipar tu tak patut datang kenduri.. kalau nak kena, tmpat ramai2 mcm tu paling cepat virus tersebar. Dan satu lagi, dia anak beranak sepatutnya dari rmh dah pakai mask.

  29. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 2:35 AM

    kesian adik pmpuan kamu.. pasti dia terasa sgtkn.. yg adik ipar kamu 2 nape la wat cmtu.. penyakit 2 bkn kita mntk pn.. sape2 leh kna.. mslh tul manusia zaman skrg ni.. hope adik pmpuan kamu bnyk bsabar, anggaplh ini sbg dugaan dlm mendewasakn dia lg.. kerenah manusia pelbagai ragam.. kadang2 ssh nk duga..

  30. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 2:36 AM

    erk, maaf.. sy mbebel kt sini plak.. lalala~

  31. azimask says:
    July 27, 2009 at 8:04 AM

    salam...

    wooot wooott......

    emmmm mau bg komen pulak pasal nie..

    bila masuk bab terasa merasa nie adalah amat tidak bagus..
    kalau boleh sebagai abang encik grunge kena cakap pada ADIK LELAKI pada adik ipar tuh..
    kalau encik grunge cakap pada adik ipar yang pompuan.. nanti dia ngadu pada lakinyer @ adik lelaki enchek grunge nanti jadik gaduh plak..
    bab tegur menegur nie kekadang leh cetus gaduh gaduh..
    kiter dlm keluarga ipar duai tanak la gegaduh kan...

    pujuk adik perempuan enchek grunge juga supaya rajuknyer tak berpanjangan.....bila enchek grunge pujuk dia.. maknanya dia tau grnge take care pasal dia.. ambil kesah..kekadang org pompuan nie dia nak kiter nie alert samaada tgh merajuk ke atau sedih je.. nasihat pd adik jgn majuk lelama..

    diam kan pun ok jugak..
    susah juga bila enchek grunge sbgai abg nie

    tp mmg tak patut adik ipar tuh wat mcm tuh..

    actually semua orrg terdedah ngan h1ni tu.

    kalau cautious sgt.. by rite dia jgn kuar umah..
    jgn naik kenderaan awam...

    patutnyer kena la jaga hati adik beradik suami awak kan...

    mmg tak patut la dia wat cam tuh...
    eishh

    kalau saya pun akan terasa......

    ok abes dah.. nanti lau ada idea nak komem bab nie ai menceceh lagik.. hihihih

  32. CITY® says:
    July 27, 2009 at 8:29 AM

    salam grunge,

    hmmm mmg too much la,
    tu baru adik beradik, ipar duai, belum lagi org lain kan.

    belajarlah hormati org lain, berhemah dan common sense kan.

  33. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    July 27, 2009 at 2:05 PM

    sian adek u la.
    kak i pun demam gak. Tempat die kat upnm tu pun ade kes h1n1 gak. Tapi slumber jer kami kat rumah hohoh.
    Haih ukm jer x cuti2 lagi..haih..

  34. DilOt says:
    July 27, 2009 at 3:15 PM

    walupun berhati2 tp jagela sket org sekeliling..kene diri sndiri nnt br tau...

  35. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:43 PM

    waaaa....
    nape dy bersikap begitu ?

  36. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:43 PM

    x patut2

  37. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:43 PM

    jht la dye.
    ;p

  38. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:44 PM

    aku bosan la plak

  39. v says:
    July 27, 2009 at 10:00 PM

    Memang tak patut tu ... Mungkin kena cakap sikit agar dia sedar kot. Rasanya dia tak sedar perbuatan dia boleh mengecewakan org len tu ...

    Precious

  40. GRuNGe says:
    July 27, 2009 at 11:27 PM

    Rakan-rakan alam maya ku sekalian. Terima kasih kerana sudi komen entry yang berbaur geram ni. Sebenarnya, aku tak layak untuk menulis entry ni. Cuma aku rasa, kesiankan adik perempuan aku tu. Alhamdulillah, dia boleh terima walaupun terasa. Aku pun dah bawak dia g Stadium Melawati balik kenduri hari tu, jalan-jalan tengok Tang's Warehouse sale. Belanja dia makan ais krim dan makan cendol. Hehehehehe. Maaf yea, kerana memberatkan kalian semua dengan persoalan keluarga. Aku rasa, adik ipar aku tu terlalu concern anak-anak dia. Sepatutnya aku kena lebih pandai kontrol situasi.

    Disudahi dengan dilog dari iklan DIGI.

    "Aku kan abang kau."

  41. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 11:37 PM

    nk jd adik leh?? huhu.. :p

    p/s: x tau iklan mn..

  42. anak laut says:
    July 28, 2009 at 12:37 AM

    salam bro..memang sayang..tak apalah..lepas ni oklah tu.."air dicincang x kan putus.."

  43. azimask says:
    July 28, 2009 at 3:53 PM

    yeayyy adik dah tak majuk dah..
    abang baikk ekk.. layan adik bawak g sales!!!!!!!!

    gooodd gooodd...

  44. @xiM says:
    July 30, 2009 at 11:28 AM

    isk...kat penang pun wabak semakin menjadi jadi nih..takut aku..

  45. BadekGonzalez says:
    July 30, 2009 at 5:48 PM

    yang H1N1 kite pulaukan..
    yang aids kite tolong...
    hahahaha
    dunia...

  46. azimask says:
    July 30, 2009 at 10:20 PM

    wabak apa @xiM... babi selsema ke ?

  47. ♥S@R@♥ says:
    August 4, 2009 at 1:57 PM

    sampai camtu sekali ke..hmm itu semua kan urusan Allah..
    berdoa dn selawat la banyk2 mntk dijauhan..hmm xfaham kadang2 ng org yg mcm tu.. sabar je la