Aku terpanggil untuk menulis selepas membaca hasil dari seorang blogger (sila rujuk kepada blog milimilo.blogspot.com). Kali ni aku ingin menceritakan kisah dimana aku telah ditahan oleh polis kerana memandu sambil bercakap menggunakan handphone tanpa menggunakan hand free. Kisah ini terjadi pada tahun 2004, semasa aku bekerja di seuah kilang di Gombak. Seperti biasa, aku pulang dari kerja pukul 5:30 petang. Aku menyusuri jalan Kuching untuk ke Lebuhraya Sungai Besi. Sambil memandu, aku memutuskan untuk menelifon kawan aku. Aku berbual dan memandu seperti kebiasaan. Tanpa kusedari, sebuah kereta peronda lalu disebelah keretaku. Mereka memandang kepada aku. Kemudian mereka mengarahkan aku untuk berhenti. Kerana sudah tahu aku bersalah, aku pun berhentikan kereta aku.
Seorang anggota polis kemudian keluar dari kereta peronda. Aku menurunkan cermin kereta ku. Bermulalah dialog ini. Anggota polis tersebut meminta aku mengeluarkan lesen memandu dan kad pengenalan aku. Aku mengeluarkan lesen memandu dan kad pengenalan aku dan memberikan kepada anggota polis itu.
Anggota polis: Awak tahu apa kesalahan awak?
Aku: Tahu encik, memandu menggunakan telefon bimbit.
Anggota polis: Kalau dah tahu, kenapa awak buat juga?
Aku: (terpaksa menipu) Ada sedikit kecemasan tadi encik.
Anggota polis: Kenapa awak tak berhentikan dahulu kereta awak?
Aku: (malas hendak melayan) Maaf encik, saya tahu itu kesalahan saya.
Anggota polis: Saya terpaksa saman awak ni (sambil mengeluarkan buku saman). Awak tahu berapa saman kerana kesalahan awak ni? Awak mampu ke bayar saman ni? (sambil cuba untuk cari kesalahan lain, check road tax kereta dan perhatikan plet kereta aku)
Aku: Tak apa encik, encik saman je la saya, dah memang menjadi kesalahan saya.
Anggota polis: (masih belum mahu menulis apa-apa di buku samannya) Awak kerja apa ni? Gaji awak banyak sangat ke? (mentang-mentang aku pakai baju kilang, ingat aku ni haprak ke?)
Aku: Saya kerja kilang dekat Gombak jer encik. (dalam hati aku sudah mula marah, kenapa tidak saman sahaja aku)
Anggota polis: (membuka pintu kereta sebelah pemandu dan melihat bungkusan plastik yang ada di bangku tersebut sambil membelek, masih ingin mencari kesalahan lain bagiku. secara kebetulan, sampah sarap kotak rokok aku memang aku simpan supaya tidak terlalu mencemarkan jalan raya) Ni apa ni?
Aku: (aik, main bukak pulak pintu kereta aku, mana boleh macam ni, dah melanggar hak privasi aku ni) Sampah rokok saya encik.
Anggota polis: (sudah bosan kerana aku tidak offer untuk memberikan apa-apa kepadanya, menulis saman di buku samannya. Hanya selepas 10 minit menahan aku) Saya dah tulis ni dekat buku saman saya ni. Jadi dah tak boleh buat apa-apa lagi dah ni.
Aku: Tak apalah encik, dah memang kesalahan saya. (jangan harap aku nak kasi duit kopi dekat ko)
Anggota polis itu memberikan saman, kad pengenalan dan lesen memandu kepada aku. Dia kemudian memasuki kereta perondnya. Aku berlalu pergi.
Aku masih lagi merasakan yang aku membuat perkara yang betul. Walaupun aku terpaksa membayar saman RM 300, tapi what the heck. Aku tidak ingin menjadi orang yang menghalalkan korupsi. Aku harap, masih ramai yang macam aku. Kerana aku percaya, sekiranya tiada orang yang memberi, maka tiadalah orang yang menerima.
"Marilah kita membina bangsa dan negara yang bebas dari korupsi."