HeY You

Hai there,
Beautiful voice,
I fall for you for your voice,
Could it be true,
Cause I really don't know you,
Never meet you face to face,
Event your picture I don't have,
Love is blind I won't deny,
It hurts me to as it always do,
I will try to space away from you,
Because it is what you want me to do,
I wouldn't know if I can go through,
The path I choose is dangerous thou,
An adventure of a lifetime,
I am Going through.

Ni poem yang aku buat, koleksi untuk seseorang. Hahaha, teramat jiwang bunyinya. Banyak lagi, ada lagi 3-4 kut. Nanti aku ada masa, aku publish lagi.

BeRKuaLiTi aTau TiDaK

Cerita ni aku tulis based on personal experience. Wakakaka, personal experience, macam dah banyak beno munyik experience aku ni kan. Jap jap, tahun ni umur dah 32, banyak la tu experience, dah hidup 32 tahun. Wakakaka.

Dalam hidup semua orang nak benda yang berkualiti. Tak kira la dari segi pelajaran, pakaian, taraf hidup mahupun pasangan kita. Apa maksud kualiti? Kalau ikutkan, kualiti adalah sesuatu yang sesuatu yang terbaik menepati kehendak kita atau sesuatu yang menepati standard minima kita. Jika sesuatu benda cap ayam  (tak termasuk sardin cap ayam sebab sardin cap ayam paling best) kita beli, tapi bila kita gunakan melebihi jangkaan kita, kita akan cakap benda tu baik, murah tapi baik. Sekaligus menepati maksud berkualiti.

Dari segi pakaian, kita pasti nak cari sesuatu yang branded. Kalau pakai jeans tu, mesti nak Dorothy Perkins (Masy la ni). Kalau nak kereta, kalau boleh nak pakai Mercedez, BMW, Honda ataupun Toyota (untuk aku, hanya mampu cakap nak pakai, belum mampu nak beli). Tak pernah pulak kalau tanya bebudak skolah (sebab orang dah kerja selalu akan cakap nak beli ikut kemampuan) ada yang cakap dah besar nanti nak beli kereta Kelisa je ataupun beli kereta Proton Saga. Sebab pada zaman bebudak lagi, dah ada konsep kualiti dan tak kualiti. 

Kalau dari segi pelajaran, ramai yang akan cakap kalau boleh nak hantar anak gi sekolah berasrama penuh (SBP), tak pun MCKK/TKC tak pun MRSM. Takde pulak yang nak hantar anak dia orang gi sekolah jenis kebangsaan mahupun Henry Gurney (konpim tak ada yang nak hantar anak sana, bengong betul aku ni). Kenapa, sebab sekolah-sekolah tu berkualiti dan menjamin masa depan (menjamin masa depan ke?). 

Kepada mereka yang single mingle (macam aku kut), mesti ada ciri-ciri pasangan yang mereka akan cari. Ciri-ciri yang di cari tu bolehlah di anggap sebagai kualiti (boleh ke?). Tapi kita sentiasa lupa, ciri-ciri sendiri setelah kita mengadakan ciri-ciri pasangan yang kita cari............ (part ni agak konpius, tak faham boleh tanya dengan lebih lanjut dengan aku). Adakah kita punyai ciri-ciri kualiti (ciri minima pun dikira berkualiti tau, sila rujuk definasi di atas) untuk orang memilih kita sebagai pasangan? Part ni, aku sendiri susah nak jawab. Sebab aku selalu tertanya-tanya adakah aku berkualiti? Kalaulah ada orang boleh bagitau ciri-ciri kualiti minima yang dicari, pasti senang untuk setiap orang untuk menjaga kualiti tersebut.

Ades, aku pun dah tak faham apa yang aku merepek. Cuma aku terpanggil untuk menulis je, maklumlah, blog aku dah lama bersawang. Aku siap jumpa spiderman buat rumah masa aku bukak balik blog aku. Wakakakaka. Ops, merepek, mari kita pergi ke konklusi yang aku buat. Mahaf jika konklusi aku tak sama dengan konklusi korang. Sebenarnya, kualiti ni merupakan sesuatu yang subjektif dan mengikut pandangan individu (konklusi yang paling senang sebab tak memihak kepada sesapa, wakakaka). Kalau korang rasa, benda cap ayam korang beli tu bagus, maka secara automatiknya benda tu berkualiti. Kalau korang memang berkualiti, hantar sekolah Henry Gurney sekalipun boleh menjamin masa depan korang dan akhir sekali, sebelum menetapkan ciri-ciri kualiti semasa mencari pasangan, kita sendiri hendaklah menjaga kualiti diri kita (atleast sama dengan ciri-ciri yang kita tetapkan). Akhir kata, semoga Ramadhan ini memberikan keinsafan dan menjadikan diri kita lebih baik.

P/S: Harap maaf, kualiti penulisan memang tidak mencapai tahap minima. Layannnnnnnn.



PeRJaLaNaN SeTaHuN

Perghh, tajuk tak boleh blah. Aku rasa aku dah kembali malas nak update blog aku. Mungkin aku ni seasonal blogger ataupun ber blog mengikut trend. Orang ber blog, awak pun nak ber blog, last-last malas nak update, Hahahahaha. Aku rasa, last aku update pasal poem untuk Masy. Hahaha, ramai gak la yang duk komen dan duk kenen-kenenkan aku dengan Masy tu. Hahahaha, habis jatuh saham Masy tu nanti. Apa aku buat sepanjang dekat setahun aku tak ber blog? Busy main game. Hahaha, online game. Korang mesti pernah tengok iklan pemainan online Travian. Akhirnya, habis jugak Server 5 My. Walaupun tak menang, tapi banyak benda yang aku belajar (walaupun hanya online game). 

Travian Oh Travian

Sebenarnya, banyak jugak yang aku belajar dari game ni. Walaupun online game, tapi tetap ada pengajaran. Betullah, kehidupan ni merupakan satu pembelajaran, kita tidak akan tahu di mana kita akan belajar dan mendapat pengajaran. Aku tak sangka pulak, ramai yang boleh teremosi dengan online game ni, termasuklah aku. Tapi aku tak menyesal main online game ni, sebab aku jumpa ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang baru. Jadi tak salah membazirkan duit dan masa yang banyak demi untuk rakan-rakan baru aku. Hahahaha. Perkara kedua, kehidupan berpolitik. Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan politik, maka aku suggest supaya mendekatkan diri dengan game ni. Dari situ, korang boleh belajar cara-cara untuk mendapat pengaruh, diplomasi dan juga bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri. Aku rasa, politik game ni macam sama je dengan politik dekat luar tu. KOTOR. Tapi yang aku pelik, kenapa bersungguh-sungguh sangat sampai membawa ke dunia realiti? Sehingga ada yang bergaduh dengan kawan sebab game. Nak cakap dapat hadiah, tak ada pun. Lain la kalau hadiah menang game berupa wang tunai RM 1 juta. Aku pun mungkin akan bermain bermati-matian. Apa pun, aku pernah hidup tak menentu sebab game ni. Memang addicted dan membuatkan hidup sedikit tunggang langgang. Mana taknya, online semata-mata nak buat askar dan semata-mata untuk tengok serangan ke kampung adalah serangan betul ataupun serangan palsu. Aku masih lagi main Travian, tapi tak serius macam aku main S5 la. Kali ni, aku dah malas nak main sungguh-sungguh. Aku main ikut suka. Whatever it is, S5 tetap best pada pendapat aku. Faiz, Ben, LMJ, Abang J, Vemma, Mokcik, Toy dan mereka-mereka yang lain, korang memang rakan seperjuangan Travian S5 aku. Harap kita akan tetap berkawan sampai bila-bila dan bukan hanya dalam game je. Friendship is forever.

Cukup dulu untuk game. Rasanya ada lagi aku nak cerita, tapi mungkin kemudian-kemudian. Kepada kamu semua yang membaca, maaf kerana tidak berkesempatan untuk blog walking. Akan aku buat kemudian. Harapan aku, semoga aku rajin menulis kembali memandangkan aku pun dah tak buat apa-apa sangat sekarang. Owh, setahun takkan aku nak cerita pasal Travian je. Takkan tu je yang aku buat kan. Hahaha, kalau aku cerita semua, nanti akan datang aku tak tau nak tulis apa. Owh, adakah aku akan kembali rajin menulis? Mungkin yea, mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada mood aku. Kepada semua yang membaca, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa (dah separuh puasa baru nak ucap) dan kalau tak berkesempatan, Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada salah dan silap sepanjang aku ber blog.


Kepada Masy

Masy,
Wa tak tau cemana wa boleh baik dengan lu,
Wa rasa, maybe sebab wa ada janji nak baca blog lu dari awal sampai akhir,
Lu kata wa gila, nak baca blog lu dari entry tahun 2007,
Memang betul telahan lu, wa memang tak sempat baca sampai habis,
Tapi wa akan pastikan suatu hari nanti wa baca sampai habis gak blog lu,
Sebab wa nak lu kategorikan wa sebai FANATIK lu.

Masy,
Lu punya pasal, tiap kali wa dengar lagu Exist, mesti wa teringat dekat lu,
Padahal, wa tak pernah pun dengar lu nyanyi lagu Exist,
Cuma wa tahu, lu memang FANAT gila dengan Exist,
Sebab tu kekadang tu, bila wa tengah dengar lagu Exist,
Wa rasa nak nyanyi, wa pasti akan call lu,
Wa tau lu memang berbulu, sebab suara wa yang ala-ala katak puru,
Tapi, wa tetap nak nyanyi untuk lu.

Masy,
Wa tau lu brutal gila beb,
Setakat sepak terajang tu, memang tak ada hal,
Kalau lu geram, memang lu starlight jer kepala orang,
Tapi tak sangka, lepas baca entry jiwang lu hari tu,
Baru gua tahu dalam hati lu ada taman,
Bukan sebarang taman beb, taman tema air lagi besar dari Sunway,
Taman tasik lebih besar dari Titiwangsa,
Yang wa tak tahan tu, banyak rama-rama tu.

Masy,
Lu memang cute beb,
Part tu memang aku tak leh nak tipu,
Kena pula tahi lalat dekat muka lu,
Memang cair beb aku,
Tapi lu lupa pesan wa beb,
Keluarkanlah gambar lu dekat blog lu tu,
Sumpah, gambar tu memang tak menggambarkan ke cun an lu tu,
Dengan pipi gebu,
Tolongggggglah, keluarkan la gambar tu dari blog lu.

Masy,
Lu memang best beb,
Aku tak tau kenapa lu best,
Yang aku tahu, aku gembira jer bila lepak dengan lu,
Tak kisah la lu pow gua, tapi gua happy,
Kalau lu nak tau, lu antara member-member wa yang wa cari kalau wa tengah biol,
Sebab wa tau, lepas cakap dengan lu, mesti wa bertambah biol,
Atleast lu buat wa ketawa lah kan beb.

Masy,
Terima kasih sebab layan jer wa ni,
Walaupun lu selalu kena kutuk,
Lu sabar jer,
Nanti la, wa dah kaya nanti, wa belikan jeans Dorothy Perkins satu untuk lu,
Next year kalau ada rezeki, wa hadiahkan henbeg masa bufday lu,
Insya-Allah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ke halnya post aku kali ni. Hahahaha, saja jer nak kasi gelemer member aku bernama masy. Thanks for being my friend.

HaRaPaN

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa, sebulan sekali atau dua bulan sekali baru la aku mengupdate blog aku. Harap-harap lepas ni aku makin rajin mengupdate blog. This one is for you Badek, sebab kau rajin mintak cerita pasal thoughts.

(Kosong)
Sejak akhir-akhir ni aku sentiasa terasa kekosongan dalam hidup. Kenapa? Mesti korang tertanya-tanya aku takde kawan ke? Aku takde benda ke nak buat? Kenapa kenapa dan kenapa? Kalaulah aku boleh menjawab segala persoalan ni, pasti aku tak rasa kekosongan. Sejak akhir-akhir ni juga aku mendapati diri aku semakin lama semakin kurang mempunyai sahabat. Mana pergi semua sahabat-sahabatku?

(Memori)
Teringat aku ketika aku masih study dulu. Mana-mana pergi, mesti kena angkat tangan. Ada saja orang yang perlu ditegur, disalam dan senyum. Aku masih ingat, ada satu ketika dimana seorang kawan aku bertanya kepada aku, "Majid, satu KL ni kawan kau ke?" Tapi itu semua hanya memori. Memori 10 tahun yang lalu. Salah siapakah ini? Aku yakin, semua ni berpunca dari diri sendiri. Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik sehingga aku dah kurang punya sahabat sekarang ni.

(Kecewa)
Aku ada rakan-rakan yang sentiasa mengingati aku ketika waktu susah, sedih, kecewa, marah, bosan dan tertekan. Masa tu, aku rasa bangga, sebab dalam keadaan yang sebegitu, rakan-rakan aku datang kepada aku. Maknanya, aku merupakan antara orang yang dipercayai. Tapi, seperti biasa, bila dah selesai semuanya, maka aku pun mulalah di sebulan setahun sekalikan. Apa maksudnya tu? Maksudnya, aku ni jarang-jarang dihubungi. Aku tidak pernah salahkan mereka, sebab aku percaya mereka busy dengan kehidupan mereka seharian. Dengan jadual kerja dan sebagainya. Bukankah aku juga sebegitu?

(Masih kecewa)
Setiap manusia akan ada masa up and down mereka. Memerlukan sahabat untuk melepaskan perasaan semasa up, semasa down dan semasa kecewa. Tapi seperti biasa, aku masih tidak tahu kepada siapa aku perlu luahkan. Terus terang, aku ada beberapa orang yang aku betul-betul selesa bila berbual dengan dia orang. Yang boleh membuatkan aku rasa ceria dan membuatkan aku ketawa. Thanks, sebab masih melayan aku. Walaupun aku kerap mungkir janji dengan kau. Aku selesa dengan kau.

(Masih lagi kecewa)
Kadang-kadang aku rasa macam tidak adil bila rasa orang treat aku macam barang hiasan. Bila suka datang, bila dah bosan buang. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin juga aku ada buat orang begitu. Jadi kesempatan ini aku nak meminta maaf sekiranya aku ada berbuat demikian. Bila perasaan tidak adil itu muncul, pasti akan ada bisikan-bisikan didalam hati supaya aku berbuat kejahatan. Pasti ada suara-suara yang menyuruh aku supaya jangan menjadi seorang yang baik (baik sangat ke aku ni?). Bisikan-bisikan supaya aku mengambil kesempatan pun banyak juga. Buat masa ni, aku rasa aku bisa lagi menepis bisikan-bisikan hati itu. Masih lagi bertahan. Tapi sampai bila?

(Harapan)
Ya Allah, kau kuatkanlah diri aku ini. Aku insan yang lemah. Aku memerlukan sahabat yang boleh menyinarkan hidup ini. Semoga kau pertemukan aku dengan mereka yang bergelar sahabat.