KuaSa DaN PeNGaRuH (SeBuaH CeRiTa DoNGeNG MaSaKiNi)

"Aku mesti cari jalan untuk pengaruhi Tuk Penghulu untuk mencapai tujuan aku." Dhory dalam hatinya. "Aku perlukan sokongan Tuk Penghulu untuk menjamin kedudukan aku nanti." Sambung Dhory lagi. Dhory memikirkan rancangannya sebelum dia menemui Tuk Penghulu keesokan harinya. Dhory merencanakan apa yang perlu dibentangkan kepada Tuk Penghulu di dalam fikirannya sambil melelapkan mata. Badannya sekejap diiringkan ke kiri dan ke kanan sambil cuba untuk tidur.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini, kita berbangga kerana kampung kita sudah dapat membina sebuah Dewan Serbaguna yang baru, menggantikan Dewan Serbaguna yang telah kita gunakan selama 15 tahun. Semua ini tidak akan dapat di capai sekiranya tiada bantuan dari anak jati kampung kita ini. Saya rasa bangga, kerana walaupun beliau sudah berjaya dan kaya, beliau masih tidak melupakan asal usulnya.Walaupun beliau dan seluruh keluarganya sudah tidak menetap di kampung ni, tapi beliau masih lagi sudi untuk menjengah kita di sini dan menyumbang bakti serta wang ringgit kepada kita. Dewan Serbaguna ini adalah buktinya. Tuan-tuan dan puan-puan, dewan serbaguna yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, sebuah bilik komputer dengan 15 komputer Acer dan kemudahan internet jalur lebar Unify serta sebuah bilik perpustakaan pastinya akan memanfaatkan generasi muda kita dan menjadikan kampung kita celik IT." Tuk Penghulu mengakhiri ucapannya dengan sedikit linangan air mata, bukan kerana kegembiraan dengan kemudahan yang diterima dari Dhory, tapi kerana memikirkan dirinya yang mungkin tidak dapat memanfaatkan kemudahan internet kerana tidak tahu menggunakan komputer.

Dhory terjaga dari tidurnya. Owh, mimpi rupanya aku. Dhory tersengih memikirkan bagaimana terdesaknya dia untuk menggunakan pengaruh Tuk Penghulu sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Dia bingkas bangun selepas terdengar azan subuh berkumandang.

Tepat pukul 9:00 pagi, Dhory telah tercegat di muka pintu rumah Tuk Penghulu.

"Assalamualaikum Tuk Penghulu." Dhory memberikan salam.

"Walaikumsalam." Tuk Penghulu menjawab dari dalam rumahnya. Seminit kemudian, pintu rumah terbuka dan tubuh Tuk Penghulu pun kelihatanlah di balik pintu yang terbuka itu. "Oh, kau Dhory. Apa halnya kau datang ke rumah aku pepagi ni?" Tuk Penghulu bertanya.

"Saya ada hajat sikit ni Tuk Penghulu. Boleh kita berbincang di dalam Tuk Penghulu?" Tanya Dhory.

Tuk Penghulu mempersilakan Dhory masuk. Mereka berdua kemudian ke ruang tamu dan duduk disitu. Dhory memulakan bicaranya.

Sejam setengah kemudian. Kelihatannya Tuk Penghulu mengerutkan mukanya dan memandang tepat ke muka Dhory.

"Biar betul kau ni Dhory?" Tuk Penghulu bertanya kepada Dhory.

"Betul tuk, hanya tuk sahajalah harapan saya untuk berjaya. Tanpa sokongan dan tanpa menggunakan pengaruh tuk, saya tak rasa saya akan berjaya mendapat tempat. Percayalah tuk, budi baik tuk saya tak akan lupakan. Bila saya dah berjaya esok, saya akan pastikan tuk juga senang." Dhory menghabiskan ayatnya.

"Kau ni seorang pemuda yang baik Dhory. Kau juga bijak, punya perwatakan menarik, muka pun hensem. Tapi tang nak gunakan pengaruh aku mendapat tempat tu, tuk sedikit rasa kurang selesa. Nanti orang akan kata, kau berjaya sebab pengaruh. Aku pulak akan dituduh menggunakan engaruh aku untuk menaikkan nama kau." Tuk Penghulu menghembus nafasnya dalam-dalam selepas habis berkata.

"Tuk, tuk sahajalah harapan saya tuk. Apa guna sekiranya saya bijak, hensem dan punya perwatakan menarik? Itu semua tidak menjamin apa-apa tuk. Zaman sekarang, tanpa kuasa dan pengaruh, tak kemana. Saya sendiri dah lebih 2 tahun menganggur tuk." Dhory mengakhirkan kata-katanya dengan sedikit rasa sebak.

Tuk Penghulu terdiam. Beberapa minit kemudian. "Baiklah Dhory, aku akan gunakan kuasa dan pengaruh aku untuk bantu kau. Tapi pastikan janji-janji kau untuk senangkan aku bila kau dah berjaya esok kau tepati. Jangan pulak macam lagu KRU tu, Janji Tinggal Janji." Tuk Penghulu menghabiskan perbualan itu.

Dhory tersenyum sambil mengucapkan terima kasihnya kepada Tuk Penghulu. Selepas menghabiskan air kopi yang telah sedia terhidang, Dhory meminta diri.

Dalam perjalanan pulang, Dhory tersengih. Dia pasti, dengan kuasa dan pengaruh Tuk Penghulu dia pasti berjaya mendapatkan tempat dalam  rancangan Realiti TV itu. Silap-silap memenanginya.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk memperlihatkan keadaan semasa. Nama dan watak-watak didalam cerita tiada kena mengena dengan mereka yang hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Bayangkan keadaan sekarang ni, kuasa dan pengaruh adalah sesuatu yang telah mendominasi kehidupan kita. Pakej yang ada tidak akan lengkap tanpa mengambil kira faktor kuasa dan pengaruh. Jadi, fikir-fikirkanlah.

WaLK aWaY

Walk Away


It always a rainy day,
As I walk through my way,
As the sun hide far away,
Behind the dark blue sky,
Walk away.

As I am far from destiny,
No place to rest and stay,
The rain seems falling all the way,
Like tears in my hearts,
Walk away.

I wonder will the sun shine,
Accompany me through my journey,
Till I reach my destiny,
Or would it rain till the end,
Walk away.


SeKaDaR BaCaaN

"Along, bukak pintu ni along. Kau ni, tak ada kerja lain tidur tidur tidur. Dah tengah hari pun tidur lagi. Tu la kau degil, mak suruh tidur awal, ko merayau sampai pagi buta. Apa nak jadi dengan kau ni."

"Ala mak ni, bising je la. Orang ngantuk lagi ni. Kasi la orang tidur kejap. Penat ni. Bebel je mak ni."

Dialog dekat atas tu pernah terjadi dalam hidup aku. Masa tu, aku masih kurang matang (umur lingkungan awal 20an). Masih kurang matang dan masih jiwa memberontak. Semua benda yang aku buat, aku rasa betul belaka dan semua yang mak ayah aku tegur, aku buat tak endah. Masa tu rasa diri dikongkong oleh keluarga. Rasanya, bukan aku sorang saja yang rasa macam tu, hampir 80-90 peratus mereka yang berada di lingkungan umur remaja akan rasa begitu. Tidak difahami oleh keluarga, dikongkong dan memberontak.


Sebagai remaja, kita semua inginkan kebebasan. Bebas untuk explore macam-macam benda yang dihidangkan dihadapan kita. Bebas untuk keluar malam, melepak bersama rakan-rakan. Tapi kenapa? Ramai yang menjawab kerana keseronokan. Sebagai remaja, naluri untuk berseronok-seronok (atau jimba-jimba bak kata rakan tadika aku Mimie). Aku akui, aku pun melalui fasa tersebut. Satu fasa pemberontakkan. Masa tu majal bukan main aku ni. Macam-macam pernah aku buat dan paling aku kesali adalah melawan cakap mak dengan ayah aku. Aku pernah je tutup pintu bilik kuat-kuat masa mak aku membebel. Pernah melawan cakap mak sampai mak aku menangis dan macam-macam lagilah.

Tapi makin dimamah usia ni, aku menjadi makin kurang memberontak. Mungkin inilah yang dikatakan "usia mematangkan fikiran". Bila difikir-fikir apa yang pernah aku buat dulu, aku ada rasa sedikit kekesalan. Tapi aku masih bersyukur kerana kedua ibu dan ayah aku masih hidup. Masih sempat untuk aku memohon kemaafan mereka kerana perbuatan keji aku masa aku muda dahulu (sekarang pun aku masih muda yea). Masih terbayang dalam fikiran ku, andainya aku tidak punya kesempatan seperti sekarang, adakah aku akan dihantui perbuatan ku terhadap ibu bapa ku.

Ya Allah, aku bersyukur kerana kau masih memanjangkan usia ibu dan ayah ku untuk aku memohon maaf dan menebus segala perbuatan ku dahulu. Kepada mereka yang masih punyai ibu bapa, bersyukurlah kerana kita masih boleh membalas jasa mereka membesarkan kita. Kepada jiwa-jiwa memberontak, fikirkanlah dalam masa 5-10 tahun yang akan datang, adakah kalian masih berfikiran yang kalian benar dan ibu dan ayah kalian salah. Janganlah sehingga kita terpaksa memohon maaf dengan ibu dan ayah kita di hadapan kuburan mereka.

 

Notes: Gambar-gambar di ambil dari google. Thanks Google.

uPDaTe SeDiKiT

Dekat 2 minggu aku tak update blog. Mungkin ramai yang ingat aku dah berhenti menulis balik. Macam biasa, naik cuti Raya, aku kena pergi outstation selama 2 minggu. Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di rumah. Masih kepenatan, tapi nak buat macam mana, kerja perlu untuk menampung hidup. Bak kata member-member aku, kita bekerja ni untuk Bank. Mana taknya, hutang Bank melambak. Hutang kereta, rumah, credit card dan lain-lain lagi. Jadi kepada pelajar-pelajar semua, aku nasihatkan janganlah fikir kerja merupakan perkara yang mudah. Memang betul, cukup bulan je dapat gaji, tapi gaji kerja sebulan tu, dalam masa sehari boleh habis. Dapat gaji 28hb, hari tu juga boleh nampak akaun bank hampir sifar. Aku tengah fikir nak buat contest lagi dekat blog ni. Aku akan umumkan contest tu dalam masa yang terdekat. Btw, kepada pemenang contest aku dulu yang masih belum menuntut hadiah mereka, boleh e-mail kepada aku. Aku rasa masih ada yang belum lagi menuntut hadiah mereka. Contest kali ni aku harap akan memberi manafaat kepada mereka-mereka yang memasukinya. Jadi kepada mereka yang berminat, just tunggu akan pengumuman contest aku ni. Aku lupa kita masih di ambang Raya. Maaf kepada mereka yang menjemputku ke rumah tapi aku tak dapat hadir, jadual kerja luar menyebabkan aku tidak dapat hadir. Maaf juga masih belum sempat membuat rumah terbuka. Harap suatu hari nanti aku akan dapat membuatnya.

P/S: Maaf masih belum jumpa topik menarik untuk ditulis.

SaTu HaRi

Satu Hari

Satu hari ku menunggumu,
Ayat-ayat dari pesanan ringkasmu,
Panggilan darimu,
Kerana aku rindu.

Satu hari aku menunggumu,
Meluangkan masa mu untuk ku,
Perdengarkan suaramu yang memikat hatiku,
Membuatkan aku jatuh hati padamu.

Satu hari ku menunggumu,
Sehingga kepekatan malam menemaniku,
Sehingga diriku dibelenggu,
Kerinduan diriku padamu.

Namunku setia menunggumu,
Sepanjang hari,
Satu hari.

Hari ni satu hari aku menunggu panggilan dari bank berkenaan loan aku. Tunggu punya tunggu punya tunggu, baru aku teringat yang hari ni hari Ahad, mana ada bank bukak. Penat jer satu hari aku.

TiaDa TaJuK

Two different mind might agreed or might not agreed with each other.

Situasi 1:

Seorang lelaki berkata di dalam hati, "Kenapa aku selalu dilukai? Setiap kali bercinta, mesti ada sahaja yang tidak kena. Ada sorang awek aku tu cakap badan aku berbau petai. Ada lagi sorang cakap, aku ni mulut bau longkang. Mentang-mentang aku tak hensem, tak kaya. Mula-mula boleh terima. Tapi lepas jumpa pakwe hensem dan kaya, kena tinggal la aku".

Seorang perempuan menangis teresak-esak sambil mulut terkumat-kamit berkata, "Sampai hati boyfriend aku tinggalkan aku. Dulu masa aku slim, beriyea-iyea nak dekat aku. Skarang aku dah naik 1kg, dia nak tinggalkan aku pulak".

Kenapa perempuan selalu salahkan lelaki dan yang lelaki selalu salahkan perempuan? Kenapa tidak terima je yang perhubungan tu dah tamat dan move on your life?

Situasi 2

Pelajar A: Buat apa aku nak belajar sungguh-sungguh. Dah grad nanti susah jugak nak dapat kerja. Baik aku buat biasa-biasa je asal lulus. Nanti dah grad, aku guna la pengaruh family aku untuk dapat kerja. Sekarang ni, baik aku main-main dulu dan enjoy. Cari boyfriend banyak-banyak. Untung-untung leh dapat yang hensem dan kaya. Aku jugak senang kemudian hari.

Pelajar B: Kalau aku tak belajar bersungguh-sungguh macam mana aku nak jadi pelajar cemerlang dan banggakan keluarga aku? Dah la aku anak harapan keluarga, anak sulung. Akulah harapan ibu bapa aku untuk tanggung perbelanjaan pelajaran adik-adik aku bila dah kerja esok.

Adakah belajar sekadar untuk dapatkan Ijazah ataupun belajar untuk kepuasan diri dan keluarga? Kebanyakan kita sekarang, belajar untuk dapatkan kerja, bukannya demi kepentingan ilmu itu sendiri.

Aku rasa entry kali ni tak ada kena mengena dengan starting words aku. Mungkin aku akan guna lagi sekali starting words aku di masa akan datang dimana entry akan ada kena mengena dengan starting words aku.

P/S: Mood makin tiada untuk menulis. Gaya penulisan semakin hambar. Mood cuti dan raya sudah ke penghujung. Lepas ni busy kembali dengan kerja dan outstation. Tapi aku tahu, aku pasti boleh survive walaupun muak tahap maksima dengan environment kerja.

KiSaH LeLaKi Tua

Seorang tua merenung memikirkan kisahnya.

Dahulu dia mempunyai seorang isteri. Bersama isterinya, dia bekerja dan membesarkan 10 orang anaknya. Boleh dikatakan, kesemua anaknya dibesarkan cukup sempurna, walaupun tidak berkerjaya besar, namun semua anaknya sudah bekerja dan mampu mempunyai keluarga sendiri. Setelah cukup tempoh perkhidmatannya, orang tua itu pun bersara dari bekerja. Bersama isteri dan anak-anaknya yang masih kecil, orang tua itu pulang ke kampung halaman.

Di kampung, si tua masih lagi mampu mengerjakan tanah yang ada untuk bersawah bersama isteri tercinta. Anak-anaknya yang kecil sudah habis bersekolah. Beberapa tahun kemudian, kedua anaknya itu bekerja dan kemudian mendirikan rumahtangga. Tinggallah situa bersama isterinya yang tercinta. Hari dan masa berganti, si tua telah di mamah usia. Namun sisa-sisa hidupnya masih lagi diisi dengan mengabdikan diri kepada tuhan. Mula-mula menjadi bilal kemudian menjadi imam dan adakalanya menjadi tempat rujukan orang kampung untuk mendapatkan buah fikiran dan juga sokongan.

Memikirkan anak-anaknya yang ramai, situa mengambil keputusan untuk membesarkan rumah kampung, demi untuk keselesaan anak cucu apabila pulang. Si tua, membina sebuah rumah tiga bilik di sebelah rumah induk. Rumah yang lengkap dengan segala keperluan asas kehidupan. Anak dan cucu gembira apabila pulang ke kampung. Si tua dan isteri, tersenyum gembira.

Sehinggalah suatu masa, lelaki tua itu di uji. Isteri yang dicintai menghidap strok. Separuh badan menjadi lumpuh. Lelaki tua itu tetap tabah menghadapai ujian dari Allah. Isterinya dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Makan, minum, pakaian semuanya dijaga rapi. Sehinggalah sampai ajal isteri tercinta. Lelaki tua itu tetap tabah menghadapi ujian ini.

Beberapa tahun selepas pemergian isteri tercinta, lelaki tua itu memanggil semua anak-anaknya pulang. Dia ingin memberitahu yang dia ingin berkahwin semula. Anak-anak yang tidak mengerti itu membantah. Ada yang mengatakan yang si perempuan berkahwin dengan lelaki itu hanya kerana harta dan duit pencennya. Ya Allah, bisik hati lelaki itu dalam hati. Duit pencen berapa sahaja yang aku ada sehingga mereka berkata begitu. Tidakkah anak-anak ku tahu yang diriku ini kesunyian. Apa yang mereka tahu? Mereka tidak berada ditempat aku. Mereka jarang balik menjenguk aku. Lelaki tua tersebut bernekad berkahwin bagi mengisi hatinya yang kesepian dan kekosongan.

Kerana adat, anak-anak lelaki tua itu memberi kata dua. Sekiranya lelaki tua itu masih berkeras masih ingin berkahwin dengan pilihan hatinya, maka lelaki tua itu hendaklah keluar dari rumah tersebut. tersentap lelaki tua itu. Hatinya remuk rendam. Rumah yang dibina dengan hasil usahanya dirampas darinya. Rumah yang menyimpan kenangan, telah diambil darinya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Lelaki tua itu redho. Maka lelaki tua itu berkahwin dan tinggal bersama isteri barunya.

Kini, Syawal datang lagi. Lelaki tua itu seperti biasa akan pulang ke kampung. Ini kerana lelaki tua itu masih rindukan anak-anak dan cucu-cicitnya. Masih ingin melihat kesemua mereka berkumpul di rumah induk peninggalan keluarga. Masih ingin mengunjungi pusara isteri tercinta. Jauh di sudut hati, lelaki tua itu masih sayu.

Cerita di atas adalah adaptasi dari kisah benar yang berlaku di ketika ini. Marilah ambil iktibar dan renungkan, kerana suatu hari nanti, mungkinkah kita akan menerima nasib yang sama seperti lelaki itu. Kita yang muda, perlu menyelami hati orang tua kerana kita tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka. Sayangi mereka ketika ada dan gembirakanlah hati mereka. Semoga cerita di atas menjadi iktibar kepada kita semua.

KeNaNGaN BeRSaMa WaN (PaRT 1)

Lagi beberapa hari kita akan menyambut hari raya. Tiap kali raya, pasti aku akan teringat arwah wan aku (emak ayah aku). Dan tiap kali teringat, pasti aku rasa sebak dan air mata bergenang. Kalau nak ikutkan, banyak kenangan aku dengan wan, maklumlah, aku dibesarkan oleh wan aku. Banyak kenangan yang aku masih simpan sehingga hari ini.

Antara memori yang masih segar dalam fikiran aku ialah semasa aku tinggal dengan wan aku dekat Sungai Way. Atuk aku seorang polis, tinggal di kuarters polis Sungai Way. Disebabkan aku masih kecil, mungkin ketika itu berumur dalam lingkungan 4-5 tahun, aku dah lupa nombor blok kuarters atuk aku. Yang aku ingat, balai dekat depan, dan kemudiannya ada pagar untuk masuk ke flet kuarters polis. Kalau tak silap aku, flet ada 3 je, tengah-tengah flet tu, ada satu pokok dan kawasan ala-ala parking dan tempat perhimpunan. Dekat pokok tu lah tempat belajar silat untuk penduduk disitu.

Depan balai polis tu, ada sebuah pasar, dimana aku selalu ikut wan aku untuk membeli keperluannya untuk memasak. Tiap kali aku ikut pergi pasar, pasti akan mintak wan aku belanja aku makan roti canai. Memang aku rasa, aku hantu roti canai masa aku kecik. Wan aku tak pernah menghampakan permintaan aku tu.

Kalau tak silap aku juga, dekat sebelah pasar tu, ada sebuah panggung wayang. Aku rasa, dekat situlah pertama kali aku menonton wayang buat kali pertama dalam hidup aku. Makcik-makcik aku yang bawak aku. Aku masih ingat, ada satu hari tu makcik aku kata anak polis boleh tengok wayang secara percuma. Dia mengajak aku untuk menonton pada waktu malam. Cerita, zaman awal 80-an dulu aku rasa pawagam Malaysia ni femes dengan cerita Hindustan. Jadi kami tengok cerita Amitabh Bachan masa muda tajuk cerita Qurbani. Aku tak ingat sangat jalan cerita tapi aku ingat ada gaduh-gaduh. Part paling aku ingat ialah masa kereta terbakar dan meletup. Aku rasa, disebabkan faktor ni lah, aku minat sangat Amitabh Bachan dan citer hindustan. Makcik-makcik aku memang hantu citer hindustan. Dulu, citer hindustan ditayangkan pada khamis malam jumaat (kalau tak silap aku) dan juga petang jumaat (ini memang aku sangat pasti).

Semua ni tinggal memori je. Memori aku dan wan aku. Wan aku dah kembali ke rahmatullah 3 tahun lepas selepas menderita penyakit angin ahmar selama 5 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

PeNGaLaMaN RaYa

Assalamualaikum. Lagi 3 hari kita semua akan menyambut Aidilfitri. Tahun ni, aku dah ready dah baju raya aku. Colour tahun ni kelabu, ada sesiapa yang sedondon dengan aku ke kaler tahun ni. Tahun ni tak sama dengan tahun-tahun sebelum ni sebab tahun ni aku beli baju melayu ready made je., Emmer Zegna, dari baju melayu, songkok sampailah ke samping. Bukan apa, malas mahu pergi beli kain dan tempah. Aku beli baju raya pun beberapa hari sebelum puasa sebab seperti biasa, aku first day puasa je dah ada di outstation selama dua minggu. 

Kalau ikut akulah, nak ajer aku pakai baju melayu tahun-tahun yang lepas. Tapi memikirkan yang mak aku selalu cakap "Nanti nenek kau bising pakai baju melayu yang sama jer" jadi aku terus mematikan niat suci murni aku nak berjimat tu. Kadang-kadang, aku fikir juga, betul ke nenek aku yang cakap atau mak aku? Takkanlah nenek aku boleh hafal baju melayu yang aku ada. Kalau aku pakai tiga tahun lepas (adakah masih muat lagi baju melayu tersebut? Hahahaha), masih dapatkah nenek aku cam? Tapi aku abaikan sahaja persoalan-persoalan tersebut jauh dalam hati. Takkan aku nak melawan cakap mak aku pulak kan? (Walaupun aku rasa aku tak perlukan baju melayu baru sebab aku pakai setahun dua kali sahaja dan hanya pakai paling lama seharian, itupun seluar baju melayu kadang2 dah campak pakai jeans sahaja.)

Mengimbas kembali raya semasa kecik dulu, paling aku suka sebab masa tu la aku dapat kumpul duit raya dengan banyaknya. Memandangkan aku ni bukan dari keluarga berada, jadi bila duit raya tu cecah ratus-ratus, memang satu jumlah yang agak banyak. Tapi aku ni jenis boros, bila dah dapat duit raya tu, habis macam tu je. Aku pun tak pernah ingat apakah barang yang pernah aku beli menggunakan duit raya aku. Yang pasti, aku beli benda-benda mewah macam air tin dan makanan-makanan ringan (mewahnya benda-benda tu masa zaman aku dulu).

Ada satu peristiwa yang paling aku tak dapat lupakan masa raya ialah masa aku sekolah rendah. Di sebabkan kami sepupu-sepupu semuanya berumur lebih kurang sama (kita orang ni macam ikut batch), maka perangai pun lebih kurang la. Jadi malam raya tu, as ussual pakcik-pakcik kami pun memberi kami bunga api untuk kami main selepas takbir raya. Sebagai cucu sulung, aku pun dipertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti bermain bunga api. Korang ingat tak bunga api asap yang tangkai dia tu macam diperbuat dari kertas je tu? Kalau korang suka main bunga api tu masa kecik2, mesti korang buat macam aku gak. Konon-kononnya kreatif la, potong kecik-kecik bunga api tu, letak dekat tanah dan bakar. Bila bakar, maka bunga api tu akan bertempiaran la, jadi nampak macam cantik sikit. Kadang-kadang sampai boleh melompat. Lagi satu bunga api yang popular ialah bunga api tangkai besi. Aku dulu kalau nak beli mesti cari yang plastik dia gambar kucing. Bunga api ni agak bosan, sebab tak leh wat apa. Paling gempak, main tulis-tulis nama guna bunga api tu. Di sebabkan kebosanan main bunga api tu, bila dah nak habis jer terbakar bunga api tu, aku akan campak bunga api tu ke bukit depan rumah nenek aku. Sebab aku dah start, maka adik aku dan sepupu aku lagi sorang pun mengikut la. Syok sangat main bunga api, kita orang tak sedar yang ada kebakaran kecik berlaku dekat bukit tu (mungkin disebabkan bunga api kita orang). Aku rasa, aku orang pertama sedar. Aku cuba amik air dan padamkan, tapi tak berjaya. Lepas tu, seperti budak-budak kecik lain yang cuba menyembunyikan kesalahan mereka, aku buat2 tak nampak. Kemudia, salah seorang sepupu aku yang masih kecil jerit api-api. Aku, adik aku dan sorang lagi sepupu aku pura-pura nak padamkan kebakaran tu (sebab kita orang rasanya yang mulakan). Api makin besar. Pakcik-pakcik aku dah suruh masuk. Api tu naik sampai ke atas bukit dan 15-20 minit kemudian, kita orang dengar bunyi bomba. Kebakaran bukit depan rumah nenek aku berjaya dikawal oleh pihak bomba. Aku, adik aku dan sepupu aku diam dan berpandangan sesama sendiri. Aku rasa, sampai sekarang benda ni masih kami rahsiakan.

Ni merupakan sebahagian pengalaman raya aku. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan maaf zahir dan batin kepada semua bloggers yang rajin mengunjung ke blog aku ni. Semoga Aidilfitri ini memberikan kita lebih banyak keberkatan. Salam Aidilfitri dari aku.

LaGi-LaGi PoeM

Ishhh, apa la punya mood duk asik nak tulis poem jer aku ni. Mood raya kut. Hahahaha. Bila aku bukak previous-previous entry aku, aku baru perasan poem aku tajuk mesti ada You. Padanlah Nur asik duk nasi minyak jer bila baca. :P Okies, ni lagu satu poem aku buat lately.

To You

To you,
I wish you are the sun,
So I know that you are here in the morning,
Or you are the dark night,
To comfort my sleep with your silence,
But that is just my wish,
To make me feel you are mine,
Exclusively mine,
I wouldn't share you,
Cause I know,
I wont have enough of you,
And for this reason,
I know,
I am going to loose you,
Will push you far away from me,
I will make your life miserable,
Will irritate and make you down,
I wish I am strong,
I wish I wont be wrong,
And I wish,
I can be in your world,
For so long.

HeY You

Hai there,
Beautiful voice,
I fall for you for your voice,
Could it be true,
Cause I really don't know you,
Never meet you face to face,
Event your picture I don't have,
Love is blind I won't deny,
It hurts me to as it always do,
I will try to space away from you,
Because it is what you want me to do,
I wouldn't know if I can go through,
The path I choose is dangerous thou,
An adventure of a lifetime,
I am Going through.

Ni poem yang aku buat, koleksi untuk seseorang. Hahaha, teramat jiwang bunyinya. Banyak lagi, ada lagi 3-4 kut. Nanti aku ada masa, aku publish lagi.

BeRKuaLiTi aTau TiDaK

Cerita ni aku tulis based on personal experience. Wakakaka, personal experience, macam dah banyak beno munyik experience aku ni kan. Jap jap, tahun ni umur dah 32, banyak la tu experience, dah hidup 32 tahun. Wakakaka.

Dalam hidup semua orang nak benda yang berkualiti. Tak kira la dari segi pelajaran, pakaian, taraf hidup mahupun pasangan kita. Apa maksud kualiti? Kalau ikutkan, kualiti adalah sesuatu yang sesuatu yang terbaik menepati kehendak kita atau sesuatu yang menepati standard minima kita. Jika sesuatu benda cap ayam  (tak termasuk sardin cap ayam sebab sardin cap ayam paling best) kita beli, tapi bila kita gunakan melebihi jangkaan kita, kita akan cakap benda tu baik, murah tapi baik. Sekaligus menepati maksud berkualiti.

Dari segi pakaian, kita pasti nak cari sesuatu yang branded. Kalau pakai jeans tu, mesti nak Dorothy Perkins (Masy la ni). Kalau nak kereta, kalau boleh nak pakai Mercedez, BMW, Honda ataupun Toyota (untuk aku, hanya mampu cakap nak pakai, belum mampu nak beli). Tak pernah pulak kalau tanya bebudak skolah (sebab orang dah kerja selalu akan cakap nak beli ikut kemampuan) ada yang cakap dah besar nanti nak beli kereta Kelisa je ataupun beli kereta Proton Saga. Sebab pada zaman bebudak lagi, dah ada konsep kualiti dan tak kualiti. 

Kalau dari segi pelajaran, ramai yang akan cakap kalau boleh nak hantar anak gi sekolah berasrama penuh (SBP), tak pun MCKK/TKC tak pun MRSM. Takde pulak yang nak hantar anak dia orang gi sekolah jenis kebangsaan mahupun Henry Gurney (konpim tak ada yang nak hantar anak sana, bengong betul aku ni). Kenapa, sebab sekolah-sekolah tu berkualiti dan menjamin masa depan (menjamin masa depan ke?). 

Kepada mereka yang single mingle (macam aku kut), mesti ada ciri-ciri pasangan yang mereka akan cari. Ciri-ciri yang di cari tu bolehlah di anggap sebagai kualiti (boleh ke?). Tapi kita sentiasa lupa, ciri-ciri sendiri setelah kita mengadakan ciri-ciri pasangan yang kita cari............ (part ni agak konpius, tak faham boleh tanya dengan lebih lanjut dengan aku). Adakah kita punyai ciri-ciri kualiti (ciri minima pun dikira berkualiti tau, sila rujuk definasi di atas) untuk orang memilih kita sebagai pasangan? Part ni, aku sendiri susah nak jawab. Sebab aku selalu tertanya-tanya adakah aku berkualiti? Kalaulah ada orang boleh bagitau ciri-ciri kualiti minima yang dicari, pasti senang untuk setiap orang untuk menjaga kualiti tersebut.

Ades, aku pun dah tak faham apa yang aku merepek. Cuma aku terpanggil untuk menulis je, maklumlah, blog aku dah lama bersawang. Aku siap jumpa spiderman buat rumah masa aku bukak balik blog aku. Wakakakaka. Ops, merepek, mari kita pergi ke konklusi yang aku buat. Mahaf jika konklusi aku tak sama dengan konklusi korang. Sebenarnya, kualiti ni merupakan sesuatu yang subjektif dan mengikut pandangan individu (konklusi yang paling senang sebab tak memihak kepada sesapa, wakakaka). Kalau korang rasa, benda cap ayam korang beli tu bagus, maka secara automatiknya benda tu berkualiti. Kalau korang memang berkualiti, hantar sekolah Henry Gurney sekalipun boleh menjamin masa depan korang dan akhir sekali, sebelum menetapkan ciri-ciri kualiti semasa mencari pasangan, kita sendiri hendaklah menjaga kualiti diri kita (atleast sama dengan ciri-ciri yang kita tetapkan). Akhir kata, semoga Ramadhan ini memberikan keinsafan dan menjadikan diri kita lebih baik.

P/S: Harap maaf, kualiti penulisan memang tidak mencapai tahap minima. Layannnnnnnn.



PeRJaLaNaN SeTaHuN

Perghh, tajuk tak boleh blah. Aku rasa aku dah kembali malas nak update blog aku. Mungkin aku ni seasonal blogger ataupun ber blog mengikut trend. Orang ber blog, awak pun nak ber blog, last-last malas nak update, Hahahahaha. Aku rasa, last aku update pasal poem untuk Masy. Hahaha, ramai gak la yang duk komen dan duk kenen-kenenkan aku dengan Masy tu. Hahahaha, habis jatuh saham Masy tu nanti. Apa aku buat sepanjang dekat setahun aku tak ber blog? Busy main game. Hahaha, online game. Korang mesti pernah tengok iklan pemainan online Travian. Akhirnya, habis jugak Server 5 My. Walaupun tak menang, tapi banyak benda yang aku belajar (walaupun hanya online game). 

Travian Oh Travian

Sebenarnya, banyak jugak yang aku belajar dari game ni. Walaupun online game, tapi tetap ada pengajaran. Betullah, kehidupan ni merupakan satu pembelajaran, kita tidak akan tahu di mana kita akan belajar dan mendapat pengajaran. Aku tak sangka pulak, ramai yang boleh teremosi dengan online game ni, termasuklah aku. Tapi aku tak menyesal main online game ni, sebab aku jumpa ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang baru. Jadi tak salah membazirkan duit dan masa yang banyak demi untuk rakan-rakan baru aku. Hahahaha. Perkara kedua, kehidupan berpolitik. Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan politik, maka aku suggest supaya mendekatkan diri dengan game ni. Dari situ, korang boleh belajar cara-cara untuk mendapat pengaruh, diplomasi dan juga bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri. Aku rasa, politik game ni macam sama je dengan politik dekat luar tu. KOTOR. Tapi yang aku pelik, kenapa bersungguh-sungguh sangat sampai membawa ke dunia realiti? Sehingga ada yang bergaduh dengan kawan sebab game. Nak cakap dapat hadiah, tak ada pun. Lain la kalau hadiah menang game berupa wang tunai RM 1 juta. Aku pun mungkin akan bermain bermati-matian. Apa pun, aku pernah hidup tak menentu sebab game ni. Memang addicted dan membuatkan hidup sedikit tunggang langgang. Mana taknya, online semata-mata nak buat askar dan semata-mata untuk tengok serangan ke kampung adalah serangan betul ataupun serangan palsu. Aku masih lagi main Travian, tapi tak serius macam aku main S5 la. Kali ni, aku dah malas nak main sungguh-sungguh. Aku main ikut suka. Whatever it is, S5 tetap best pada pendapat aku. Faiz, Ben, LMJ, Abang J, Vemma, Mokcik, Toy dan mereka-mereka yang lain, korang memang rakan seperjuangan Travian S5 aku. Harap kita akan tetap berkawan sampai bila-bila dan bukan hanya dalam game je. Friendship is forever.

Cukup dulu untuk game. Rasanya ada lagi aku nak cerita, tapi mungkin kemudian-kemudian. Kepada kamu semua yang membaca, maaf kerana tidak berkesempatan untuk blog walking. Akan aku buat kemudian. Harapan aku, semoga aku rajin menulis kembali memandangkan aku pun dah tak buat apa-apa sangat sekarang. Owh, setahun takkan aku nak cerita pasal Travian je. Takkan tu je yang aku buat kan. Hahaha, kalau aku cerita semua, nanti akan datang aku tak tau nak tulis apa. Owh, adakah aku akan kembali rajin menulis? Mungkin yea, mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada mood aku. Kepada semua yang membaca, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa (dah separuh puasa baru nak ucap) dan kalau tak berkesempatan, Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada salah dan silap sepanjang aku ber blog.


Kepada Masy

Masy,
Wa tak tau cemana wa boleh baik dengan lu,
Wa rasa, maybe sebab wa ada janji nak baca blog lu dari awal sampai akhir,
Lu kata wa gila, nak baca blog lu dari entry tahun 2007,
Memang betul telahan lu, wa memang tak sempat baca sampai habis,
Tapi wa akan pastikan suatu hari nanti wa baca sampai habis gak blog lu,
Sebab wa nak lu kategorikan wa sebai FANATIK lu.

Masy,
Lu punya pasal, tiap kali wa dengar lagu Exist, mesti wa teringat dekat lu,
Padahal, wa tak pernah pun dengar lu nyanyi lagu Exist,
Cuma wa tahu, lu memang FANAT gila dengan Exist,
Sebab tu kekadang tu, bila wa tengah dengar lagu Exist,
Wa rasa nak nyanyi, wa pasti akan call lu,
Wa tau lu memang berbulu, sebab suara wa yang ala-ala katak puru,
Tapi, wa tetap nak nyanyi untuk lu.

Masy,
Wa tau lu brutal gila beb,
Setakat sepak terajang tu, memang tak ada hal,
Kalau lu geram, memang lu starlight jer kepala orang,
Tapi tak sangka, lepas baca entry jiwang lu hari tu,
Baru gua tahu dalam hati lu ada taman,
Bukan sebarang taman beb, taman tema air lagi besar dari Sunway,
Taman tasik lebih besar dari Titiwangsa,
Yang wa tak tahan tu, banyak rama-rama tu.

Masy,
Lu memang cute beb,
Part tu memang aku tak leh nak tipu,
Kena pula tahi lalat dekat muka lu,
Memang cair beb aku,
Tapi lu lupa pesan wa beb,
Keluarkanlah gambar lu dekat blog lu tu,
Sumpah, gambar tu memang tak menggambarkan ke cun an lu tu,
Dengan pipi gebu,
Tolongggggglah, keluarkan la gambar tu dari blog lu.

Masy,
Lu memang best beb,
Aku tak tau kenapa lu best,
Yang aku tahu, aku gembira jer bila lepak dengan lu,
Tak kisah la lu pow gua, tapi gua happy,
Kalau lu nak tau, lu antara member-member wa yang wa cari kalau wa tengah biol,
Sebab wa tau, lepas cakap dengan lu, mesti wa bertambah biol,
Atleast lu buat wa ketawa lah kan beb.

Masy,
Terima kasih sebab layan jer wa ni,
Walaupun lu selalu kena kutuk,
Lu sabar jer,
Nanti la, wa dah kaya nanti, wa belikan jeans Dorothy Perkins satu untuk lu,
Next year kalau ada rezeki, wa hadiahkan henbeg masa bufday lu,
Insya-Allah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ke halnya post aku kali ni. Hahahaha, saja jer nak kasi gelemer member aku bernama masy. Thanks for being my friend.

HaRaPaN

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa, sebulan sekali atau dua bulan sekali baru la aku mengupdate blog aku. Harap-harap lepas ni aku makin rajin mengupdate blog. This one is for you Badek, sebab kau rajin mintak cerita pasal thoughts.

(Kosong)
Sejak akhir-akhir ni aku sentiasa terasa kekosongan dalam hidup. Kenapa? Mesti korang tertanya-tanya aku takde kawan ke? Aku takde benda ke nak buat? Kenapa kenapa dan kenapa? Kalaulah aku boleh menjawab segala persoalan ni, pasti aku tak rasa kekosongan. Sejak akhir-akhir ni juga aku mendapati diri aku semakin lama semakin kurang mempunyai sahabat. Mana pergi semua sahabat-sahabatku?

(Memori)
Teringat aku ketika aku masih study dulu. Mana-mana pergi, mesti kena angkat tangan. Ada saja orang yang perlu ditegur, disalam dan senyum. Aku masih ingat, ada satu ketika dimana seorang kawan aku bertanya kepada aku, "Majid, satu KL ni kawan kau ke?" Tapi itu semua hanya memori. Memori 10 tahun yang lalu. Salah siapakah ini? Aku yakin, semua ni berpunca dari diri sendiri. Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik sehingga aku dah kurang punya sahabat sekarang ni.

(Kecewa)
Aku ada rakan-rakan yang sentiasa mengingati aku ketika waktu susah, sedih, kecewa, marah, bosan dan tertekan. Masa tu, aku rasa bangga, sebab dalam keadaan yang sebegitu, rakan-rakan aku datang kepada aku. Maknanya, aku merupakan antara orang yang dipercayai. Tapi, seperti biasa, bila dah selesai semuanya, maka aku pun mulalah di sebulan setahun sekalikan. Apa maksudnya tu? Maksudnya, aku ni jarang-jarang dihubungi. Aku tidak pernah salahkan mereka, sebab aku percaya mereka busy dengan kehidupan mereka seharian. Dengan jadual kerja dan sebagainya. Bukankah aku juga sebegitu?

(Masih kecewa)
Setiap manusia akan ada masa up and down mereka. Memerlukan sahabat untuk melepaskan perasaan semasa up, semasa down dan semasa kecewa. Tapi seperti biasa, aku masih tidak tahu kepada siapa aku perlu luahkan. Terus terang, aku ada beberapa orang yang aku betul-betul selesa bila berbual dengan dia orang. Yang boleh membuatkan aku rasa ceria dan membuatkan aku ketawa. Thanks, sebab masih melayan aku. Walaupun aku kerap mungkir janji dengan kau. Aku selesa dengan kau.

(Masih lagi kecewa)
Kadang-kadang aku rasa macam tidak adil bila rasa orang treat aku macam barang hiasan. Bila suka datang, bila dah bosan buang. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin juga aku ada buat orang begitu. Jadi kesempatan ini aku nak meminta maaf sekiranya aku ada berbuat demikian. Bila perasaan tidak adil itu muncul, pasti akan ada bisikan-bisikan didalam hati supaya aku berbuat kejahatan. Pasti ada suara-suara yang menyuruh aku supaya jangan menjadi seorang yang baik (baik sangat ke aku ni?). Bisikan-bisikan supaya aku mengambil kesempatan pun banyak juga. Buat masa ni, aku rasa aku bisa lagi menepis bisikan-bisikan hati itu. Masih lagi bertahan. Tapi sampai bila?

(Harapan)
Ya Allah, kau kuatkanlah diri aku ini. Aku insan yang lemah. Aku memerlukan sahabat yang boleh menyinarkan hidup ini. Semoga kau pertemukan aku dengan mereka yang bergelar sahabat.

PeLePaSaN CuKai

Perasaan amarah meluap-luap. Betul ke ada pelepasan cukai? Mari kita fikirkan.

Pelepasan cukai untuk kegunaan persendirian adalah sebanyak RM 8,000 setahun.

Kalau dibahagikan dengan 365 hari maka pelepasan cukai untuk kegunaan persendirian adalah sebanyak RM 21.92. Maka sebanyak itulah kita boleh berbelanja sehari.

Dengan adanya tax for consumables dari kerajaan, hampir setiap benda yang kita beli, akan dikenakan tax. Jadi RM 21.92 tu, kalau kita beli barang, maka akan kena tax. Jadi, berapa banyak kalikah duit kita di tax?

Katakanlah tax tu untuk jalanraya yang kita guna, bukankah jalanraya sendiri kita sudah membayar road tax?

Ishhh, awal-awal tahun ni, memang sakit hati bila fikirkan mengenai tax ni. Banyak benda pasal tax yang aku dengar lately ni, tapi masih tidak dapat dikongsi selagi belum confirmkan pasal maklumat yang didapati.

Perasaan sekarang, amatlah marah......................

HaVe You MeeT aN aNGeL?

Have you meet an angel?
Who make you float high to sky,
Fill your heart with joy and smile,

I've meet an angle,
A beatifull one,
Make me high make me high,
Although it is only for a while,
But everything is as bright blue sky,

The day come when she have to fly,
Only memories remain in mind,

I wish I am strong during that time,
To express my feelings,
To get to know her,
To understand her,
But I am not,
For that I have lost her,

14 years has passed by,
When the angel reappears,
Much more pretty than I remember,

Would she stay forever?
Would I confess to her?
Would this be a moment to remember?

This make me wonder,
Am I imagining?
Am I dreaming?
Or it is real?

am BaCK................ aM i ReaLLY BaCK???

Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog ni, dah makin bersawang. Thanks to Dart, she is the one to blame for this (sigh). What the hack. So, where should I begin? Owh, saya sihat hendaknya. Harap semua sihat. Why suddenly I update my blog? Jiwa ni meronta-ronta meluahkan something. What is the things? Should I write it now when my adrenaline rush is still fast? I don't think so. Biarkan semua tertanya-tanya.

Kepada rakan-rakan, maaf sekiranya sms dan panggilan tidak berjawab. Hanyut.......... Sememangnya aku hanyut. Hanyut dalam dunia fantasi, dunia ku sendiri (bukan dania duniaku mahupun awan dania).

Wah, entry pertama tahun 2010 telah berjaya ditulis walaupun kebanyakkan cerita merepek semata-mata. Okies, till we meet again, adios dan salam kepada semua.

Still alive, still breathing.