PeMeNaNG

Assalamualaikum. Di kesempatan ni, first sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku nak meminta maaf sekiranya ada penulisan di blog aku yang menyentuh perasan korang masa baca. Mungkin aku kurang sensitif dan peka.

Perkara kedua, aku dah kira keputusan komen. So, pemenang-pemenang, harap korang boleh menghubungi aku di email aku grunge4u78@gmail.com. Tanpa berlengah lagi, aku nak umumkan pemenang.

1. Hadiah pertama RM 50 jatuh kepada ......................... VIP|fLoRa dengan jumlah komen sebanyak 92.

2. Hadiah kedua RM 30 jatuh kepada ...................... Innz dengan jumlah spam sebanyak 75.

3. Hadiah ketiga RM 20 pula kepada ................... ANAKLAUT dengan jumlah komen sebanyak 65.

4. Hadiah RM 10 pertama jatuh kepada lili11 dengan jumlah komen sebanyak 55.

5. Hadiah RM 10 berikutnya jatuh kepada AiE bAhRi dengan jumlah komen sebanyak 49.

6. Pemenang seterusnya ialah .................... mIMiE aZiM@sK dengan komen sebanyak 43.

7. Seterusnya adalah notso_violet : seindah bunga seri pagi dengan jumlah komen 43.

8. Next top commentor adalah bro mamai dengan jumlah komen sebanyak 40.

9. Pemenang seterusnya adalah ~siv~ dengan jumlah undi sebanyak 33.

10. Pemenang terakhir adalah ..................... Cik Skaf dengan jumlah undi sebanyak 33.

Di harap semua pemenang dapat mengemail saya berikan akaun Maybank untuk pengkreditan duit anda.

Kepada bloggers, maaf, masih tidak kesempatan untuk ambil kad raya dari blog anda. Insya-Allah akan buat. Akhir kata, Selemat Hari Raya.

CoNTeST CLoSe

Assalamualaikum. Semalam dengan rasminya contest telah tutup. So, harap bersabar, aku tengah mengira komen-komen dari kamu semua. Maaf, tidak dapat update lately, mempunyai masalah sedikit. Kepada yang rasa korang boleh menang, harap bersabar yea.

uPDaTe

Assalamualaikum.

Betul la, bulan puasa ni memang agak mencabar bagi aku. First sekali, last minutes arrangement untuk ke Sabah selama 11 hari. Bila dah sampai Sabah pula, nak adjustkan diri dengan keadaan dekat sini. Lepas tu, beberapa hari lepas aku sakit perut, sampai lembik aku. Last sekali, blog aku ni pun dah bersawang sebab dah lama tak update. Harap maaf kerana tidak dapat update, kekurangan masa.

Owh, sepanjang bulan puasa di Sabah ni, aku hanya makan sehari sekali. Berbuka tu lah makanan aku berbuka, dan berbuka itulah makanan aku untuk sahur. Bukannya hotel tak sediakan makanan untuk bersahur, tapi aku tidak larat bangun untuk sahur (alasan orang malas). Jadi, aku rasa balik semenanjung aku mungkin akan kehilangan 10kg (perasan akan kurus).

Owh, pertandingan top commentor hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Aku dah ready duit untuk di bankin kan. Tapi aku masih belum kira siapakah top commentor buat masa ini. Kepada Lolly, memang counter akan menjadi kosong setiap awal bulan kerana scriptnya adalah top commentor untuk bulan itu. Buat masa ni, rasanya Innz masih menjadi top commentor, tapi belum confirm kerana aku belum kira. Insya-Allah, akan mengira bila sampai waktunya.

Esok aku akan meninggalkan Kota Kinabalu untuk ke Tawau. Flight pukul 9:40 pagi. Setakat ni, aku dah pack beg aku dah. Letih gak, bergerak-gerak bulan puasa ni. Tapi nak buat macam mana, dah lumrah kerja aku. Buat jer la. Kali ni, aku tiada cerita menarik nak diceritakan di kala aku di Sabah. Ialah, semua kerja perlu di habiskan dalam masa satu hari. Jadi, kami menggunakan semua masa yang ada untuk cuba menghabiskan audit sebelum waktu berbuka. Tapi kebiasaannya, kami akan berbuka dengan air dahulu sebelum kami makan (kerana exit meeting habis hampir waktu berbuka).

Harap aku dapat tabah menjalani pekerjaan aku di bulan puasa ni. Ada lagi 4 hari jer sebelum aku pulang ke Shah Alam. Aku dah rindukan kuih muih (aku tak jejak pasar ramadhan lagi di KK ni) dan segala lauk pauk yang dijual di Shah Alam. Maknanya, balik jer dari Sabah, aku akan bekerja selama lagi 5 hari dan kemudian bercuti seminggu.

Sedar tak sedar, dah dekat nak penghujung Ramadhan dah. Pasti kita semua akan merindukan solat terawih kan. Owh, salam sayang aku kepada kalian semua kerana sudi singgah ruangan blog aku. Aku cuba untuk ke blog kalian, tapi berjaya masa 3 hari pertama aku di Sabah jer. Lepas tu, aku flat, penat rehat dan tidur. Akan ke blog kalian untuk update mengenai kalian kemudian. Owh, aku pun dah lama tak post poem dekat dalam blog aku. Kekeringan idea untuk menulis sejak akhir-akhir ni.

-Salam Ramadhan dari Kota Kinabalu, Sabah-

SoaLaN MauT

Aku ada soalan maut untuk kalian tolong jawab.

1. Sekiranya anda menetap di sesuatu tempat melebih 3 hari, adakah anda masih boleh dikira musafir?

2. Sekiranya anda menaiki kapal terbang pada pukul 6:00 petang dari Sabah, dan menuju ke KLIA dan dijangka sampai pukul 9:30 malam. Adakah anda boleh berbuka puasa pukul 6:30 petang mengikut waktu Sabah atau perlu mengikut waktu di Semenanjung iaitu pada pukul 7:30 malam?

Harap kalian boleh bantu aku.

P/S: Entry terpendek aku setakat ini.

uPDaTe MaLaM MeRDeKa

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya, masih lagi tidak tahu apa yangmahu di update. Bulan Ramadhan ni, mood untuk berblog memang tidak ada. Event untuk buka blog sendiri mahupun blog kamu semua pun tidak berkesempatan (konon-konon busy beramal dan bekerja sepanjang bulan Ramadhan ni). Tak tahulah. Kali ni aku letak entry tajuk merdeka, tapi aku masih keliru, adakah aku ni sudah merdeka?

Negara kita mungkin sudah merdeka selama 52 tahun. Tapi, aku rasa, jiwa kita ni, masih ramai yang belum merdeka sepenuhnya. Erk, maaf, bukan diri kita, aku maksudkan aku. Kenapa aku cakap macam tu?

Macam mana aku nak cakap aku ni sudah merdeka sedangkan diri aku ni dibelunggu hutang piutang keliling pinggang. Owh, bukan aku nak tagih simpati, cuma aku terasa macam hidup untuk menjadi hamba kepada bank. Adakah itu dinamakan jiwa yang merdeka? Aku punya banyak hutang. Hutang study, hutang kereta, hutang rumah, hutang ASB, hutang kad kredit dan hutang lain-lain lagi.

Aku masih lagi belum merdeka kerana aku rasa sekiranya aku merdeka, aku tidak perlu lagi bekerja dibawah telunjuk orang. Jadi, jiwa aku meronta-ronta inginkan kemerdekaan itu. Aku ingin bekerja secara bebas, pukul berapa aku ingin datang kerja, aku boleh datang dan pukul berapa aku ingin pulang, aku boleh dan berapa lama aku nak cuti, ikut suka aku. Tapi, aku masih tidak dapat mengecapi kemerdekaan dari segi itu.

Merdekakah aku sekiranya kehidupan aku ni masih ingin belas ihsan dari kerajaan. Masih ingin dibantu? Masih ingin mendapat kemudahan itu dan ini dari mereka. Aku masih marah dengan subsidi minyak dan berbagai perkara lagi yang pastinya akan memberikan impak kepada hidup aku seharian.

Jadi, bolehkah aku atau kita kata kita ni sudah merdeka? Sebab, ikutkan erti kemerdekaan, adalah kebebasan. Bebaskah kita dari belenggu hutang? Belenggu orang sekeliling? Atau, adakah kita masih lagi dijajah? Dijajah oleh diri sendiri? Fikir-fikirkanlah.

P/S: Aku akan ke Sabah 1/9 ni dan pulang ke Shah Alam 11/9 ni. Tak sempat untuk bershopping la gamaknya. TM, kalau kau rajin, email aku phone number ko. Aku akan ada dekat KK untuk 7-8 hari. Harap dapat berjumpa kau dekat sana. Aku akan mula melawat blog kalian semua semasa di Sabah, harap-harap, ada masa terluang sebelum aku tidur nanti.

TaK TeRuPDaTe

Assalamualaikum. Perghhh, lama siut aku tak update. Busy dengan HiNGGa HuJuNG NoKTaH. Bulan ni tak ada outstation, tapi masih lagi kena pergi Store yang jauh-jauh untuk audit. Owh, hari ni dah empat hari kita berpuasa dan lima malam kita berterawih. Alhamdulillah, attendance full. Owh, masih lagi sempatkan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.

Hari pertama dan kedua puasa aku, merupakan hari yang tidak produktif bagi aku. Bangun baring dan tidur jer kerja. Ini merupakan suatu ujian bagi perokok tegar macam aku. Nampak sangat rokok telah buat aku jadi lembik. Hari ketiga, audit di Alamanda Putrajaya, alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Hari keempat, agak malas, tapi masih berjaya menyempurnakan audit aku.

Esok, sepatutnya jadual pergi ke Nilai, tapi jadual bertukar last minit. Ber_uwang, maaf, mungkin tiada rezeki dan jodoh lagi untuk kita berjumpa. Aku akan bagitahu bila aku ke Giant Nilai lagi nanti. Tapi, esok masih kena keluar. Tempat, adalah di Prima Saujana.

Owh, aku mahu participate contest Jard. Sebab hadiah dia lumayan. Tapi terpaksa fikir balik, sebab kena taruk gambar sendiri. Aku bukan tak nak letak gambar aku, tapi tiap kali aku cuba letak, maka gambar itu akan direject oleh blog. Sebabnya, aku pun tak tahu.

Untuk kalian yang mengikuti cerita HiNGGa HuJuNG NoKTaH, aku harap korang semua boleh bersabar. Novel akan di update kemudian. Aku masih memikirkan ending yang suspen. Kalau ikut jahat aku, nak jer aku tulis ending macam ni.

"Dah berapa banyak noktah dah, korang still nak suruh aku sambung ke. Okies, ni noktah terakhir aku."

Tapi kalau aku wat gitu, sure korang akan bakar blog aku ni kan. Jadi, nantikan lah cerita 18PL SX SG dan dot dot dot aku tu kemudian hari yea.

Owh, maaf kerana entry ini tidak membina. Entry ini hanyalah untuk suka-suka dan untuk makluman kepada semua jer. So akhir kata, senyum-senyumlah dan banyakkan beramal. Owh, lupa nak minta maaf sebab jarang ada kesempatan untuk melawat blog kalian. Aie, Lampu Neon, Orang Lidi, Patung Cendana, Mamai, Anak laut, Biru, Lili11 dan yang lain-lain, kadang-kadang, aku datang, tapi tak tinggalkan jejak kaki jer.

HiNGGa HuJuNG NoKTaH

Yaaaasin. Walquranilhakim………………………………………

Bacaan Surah Yasin berkumandang di banglo mewah milik Dato’ Farid. Banglo yang terletak di Taman Perda Jaya itu dipenuhi saudara-mara dan jiran tetangga Dato’ Farid. Di dalam bilik di banglo itu, Mash masih lagi menangis teresak-esak. Ibunya, Datin Marina sedang cuba menenangkan anak perempuan bongsunya itu.

“Mash, sudah-sudahlah tu nak. Jangan lah menangis lagi. Nanti apa pula kata jiran-jiran dan saudara-mara kita kalau mereka nampak dan dengar. Yang sudah tu, sudahlah nak.” Datin Marina cuba menenangkan anaknya itu.

“Mak, kenapa nasib malang menimpa-nimpa diri Mash mak? Apakah dosa Mash mak hingga di uji sebegini rupa? Tidakkah Mash berhak mengecapi kebahagian?” Kata Mash sambil teresak-esak.

“Mash, ni semua ujian Allah kepada kau nak. Allah menguji hambanya untuk menunjukkan yang dia dekat pada hambanya itu. Ingatlah nak, Allah itu lebih mengetahui suratan yang berlaku. Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambanya.” Datin Marina cuba memujuk lagi.

Mash mengesat air matanya. Mukanya yang bujur sireh nampak agak sembab. Matanya juga kelihatan bengkak kesan dari tangisannya selama 2 hari. Dirinya yang cantik kelihatan tidak terurus. Datin Marina memandang Mash dengan nada yang sayu.

“Ya Allah, kau kuatkan lah semangat anak ku ini. Tunjukkanlah dan berikanlah dirinya seorang lelaki yang dapat membimbingnya. Kau gantikanlah lelaki yang telah pergi dari hidupnya dengan seorang yang lebih baik lagi.” Doa Datin Marina di dalam hati.

Bacaan Yasin dan tahlil arwah yang ditujukan khas buat datuk dan nenek Mash sudah berakhir. Orang ramai sudah mula pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal, hanyalah saudara-mara yang tinggal berhampiran dengan rumah mereka.

Pekerja-pekerja Kamal Catering masih sibuk mengangkat periuk dan pinggan mangkuk yang dibawa mereka. Meja di khemah yang dipasang khas untuk majlis ini sudah lama siap dikemaskan oleh pekerja-pekerja Kamal Catering.

Sebuah kereta Mercedez CLK GTR berhenti di hadapan banglo Dato’ Farid. Seorang lelaki berumur pertengahan 30an turun dari kereta tersebut. Mukanya hitam manis, berkumis ala-ala MGR dan berambut pendek berjalan memasuki pintu pagar rumah itu.

“Assalamualaikum Dato’.” Lelaki itu memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Dato’ Farid.

“Wa’alaikumsalam Kamal. Jemputlah masuk.” Dato’ Farid menjawab dan mempelawa Kamal masuk ke rumah.

“Kamu ni Kamal, dah habis tahlil baru nak muncul. Kemana sahaja kamu pergi tadi?” Tanya Dato’ Farid.

“Saya ada lagi satu majlis yang perlu saya uruskan Dato’. Maaflah Dato’, majlis lagi satu tu, punya masalah setting tadi. Terpaksa saya pergi ke sana untuk menyelesaikan masalah.” Jawab Kamal.

“Macam mana dengan hidangan kami Dato’? Sedap tak? Kalau tak sedap, sekarang juga saya pecat tukang masak tu.” Tanya Kamal kepada Dato’ Farid.

“Ramai yang memuji perkhidmatan catering kamu Kamal. Bukan sahaja makanannya sedap, tapi layanannya sungguh pantas. Call card yang kamu bagi dekat saya semua habis diminta oleh kenalan saya tadi Kamal.” Jawab Dato’ Farid.

Di tangga banglo mewah itu, sepasang mata memerhatikan Kamal dan Dato’ Farid yang sedang berbual. Mata merah kepunyaan Mash itu tidak lepas memandang ke arah Kamal. Ibunya yang sedari tadi menemaninya agak hairan melihat tingkah laku anaknya itu.
....................................................................................

Zeifrul menekan minyak keretanya dan memusingkan stereng keretanya ke kiri. Kereta BMW nya meluncur pantas ke lorong paling kiri sekaligus mengelak perlanggaran dengan kereta di belakang. Zeifrul memperlahankan keretanya, memandang ke arah kereta yang melepasi keretanya di laluan sebelah kanan. Zeifrul hanya dapat melihat kelibat kereta Lotus Elise itu melintas memotong keretanya.

Fuhhh, lega. Kata Zeifrul di dalam hati. Diperhatikan Wani disebelahnya. Perempuan itu kelihatan agak pucat atas kejadian tadi. Di pandang pula Nike dan May dibelakang. Mereka berdua sudah tertidur kerana kelelahan.

BMW Zeifrul membelok masuk ke Apartmen Kelana Mahkota. Dia memberhentikan keretanya di blok A mengikut arahan dari Wani.

“Nike, May, wake up girls. Kita dah sampai.” Wani mengejutkan rakan-rakannya.

May dan Nike membuka mata mereka. Muka mereka kelihatan sedikit bingung dan mamai.

“Where are we?” May bertanya. Dari pertanyaannya itu, nampak yang pengaruh alkohol masih belum hilang lagi. Nike pula menggeliat. Pergerakkannya membuatkan skirt pendeknya sedikit terangkat, memperlihatkan apa yang dipakai oleh Nike di sebalik skirtnya itu.

“Zef, you better help me bawak minah berdua ni naik atas. Aku tak rasa aku larat nak bawak naik dua orang ni.” Wani meminta pertolongan dari Zeifrul.

Sampai di tingkat 2 rumah bernombor 12 A, Wani mematikan langkahnya. Dia mengeluarkan kunci rumah dari beg tangan jenama Louis Vuitton yang dibelinya di UK semasa masih bersama John. Wani membuka pintu, masuk dan membuka lampu ruang tamu apartmen nya itu. Ruang tamu berwarna merah hati itu dengan reka bentuk yang moden menarik perhatian Zeifrul. Di padankan pula dengan perabot dan barang perhiasan yang moden, membangkitkan suasana yang romantik.

Wani memapah Nike memasuki kamarnya.

“Zef, bawa May kesini. Apartment ni ada dua bilik jer. Satu dikongsi oleh Nike dan May, manakala aku duduk seorang jer.” Terang Wani kepada Zeifrul.

Zeifrul memapah May ke biliknya. Dengan mengikuti arahan dari Wani, Zeifrul membaringkan May bersebelahan Nike.

“Zef, kau boleh tolong aku tanggalkan baju May tak? Aku nak tolong tanggalkan baju Nike ni. Baju mereka ni berbau JD. Karang habis satu bilik bau JD karang.” Pinta Wani kepada Zeifrul.

“Erk……………..” Zeifrul terkedu.

Wani sudah membuka pakaian Nike. Dia kemudiannya membawa baju yang dipakai oleh Nike ke bilik air untuk direndam. Nike kini hanya berpakaian dalam sahaja.

“Zef, kalau kau sudah buka pakaian May tu, bawa kemari. Boleh aku rendam sekali dengan baju Nike ni.” Jerit Wani dari dalam bilik air.

Tangan Zeifrul terketar-ketar membuka baju May. Dia memulakan dengan melorotkan tali gown May dari tangannya dan dengan perlahan melorotkan gown itu. Zeifrul kini berhadapan dengan May yang hampir berbogel.

“Haaaaa. Apa yang kau tengok lama sangat tu Zef.” Sergah Wani dari belakang.

Sergahan Wani itu menyebabkan Zeifrul terperanjat sekaligus melontarkan gown May yang berada di tangannya ke muka Wani. Wani yang tidak tahan dengan baju yang sudah ebrbau campuran air setan dan peluh keringat May mula berasa hendak muntah. Dia berlari menuju ke bilik air.

Weeeeeeek. Kedengaran bunyi muntah Wani. Zeifrul berlari ke bilik air untuk melihatkan keadaan Wani. Dalam berlari, tiba-tiba Zeifrul tergelincir, lantas mahu jatuh ke arah Wani. Wani yang sudah selesai memuntahkan segala isi perutnya cuba menyambut Zeifrul. Zeifrul jatuh betul-betul di dada Wani. Wani memeluk erat Zeifrul. Masa seakan berhenti selama 5 minit. Zeifrul merasakan keselesaan berkeadaan begitu. Dalam masa yang sama, 2 pasang mata sedang sibuk memerhatikan keadaan dan sibuk merakamkan apa yang keadaan Wani dan Zeifrul.

HiNGGa HuJuNG NoKTaH

Telefon pejabat Mash berbunyi. Bunyi telefon itu menunjukkan bahawa panggilan itu datangnya dari dalam syarikatnya juga.

“Good Morning. Project Department. Mashita speaking. Can I help you.” Mashita menjawab panggilan itu.

“Wah panjangnya jawab sayang. Are you free this evening? Kalau free, I nak ajak you dinner tonight. It almost a month since we had our dinner together.” Zeifrul memulakan bicaranya.

Mashita membuka organiser jenama Hawlet Packardnya untuk meilhat jadualnya untuk hari itu.

”If you don’t mind Zef, can you pick me around 8:30? Kalau boleh I nak balik siap-siap dulu. I really hope this time we will have our dinner somewhere nearby. Remember last time, you bawak I sampai ke Umbai just to had seafood dinner.” Mash membuat keputusan.

”Baiklah sayang, kita jumpa 8:30 malam nanti. Can’t wait to meet you. Kita ni nama je duduk satu pejabat, tapi nama nak jumpa, memang susah. You sibuk dengan projek you, I pulak dengan kerja I yang menimbun-nimbun.” Zeifrul meluahkan sedikit rasa sesalnya.

“Sabar la Zef, lagi 6 bulan jer. You boleh sabarkan?” Mash bercakap dengan nada memujuk. Zeifrul diam. Tanda merajuk.

“Demi I, boleh kan sayang?” Mash bersuara dengan nada suara yang dimanjakan sedikit.

“Kalau boleh, sekarang juga I nak bawa you jumpa tok kadi tau.” Zeifrul cuba berseloroh.

Tok tok tok. Pintu pejabat Mash diketuk oleh pembantunya.

“Cik Mash, ada client nak jumpa dengan Cik Mash.” Rosma pembantunya bersuara.

“Zef, I got to go now sayang. Ada meeting with client. Meet you tonight kay.” Mash memberitahu Zeifrul.

“Bye sayang. Promise me tonight OK?” Zeifrul mengakhiri perbualan mereka.

Jam menunjukkan pukul 7:45. Selesai sahaja menunaikan solat, Zeifrul bersiap-siap untuk temujanjinya dengan tunang tersayang. Zeifrul menyarungkan boxer jenama Renomanya, kemudian jeans EIC kesayangannya. Kemudian Zeifrul memakai deodorant Brut hijau yang sememangnya sudah sebati dengannya. Tangannya kemudian menggapai minyak wangi Aqua dan menyemburkan pewangi itu ke badannya, lehernya dan kemudian ke tangannya. Zeifrul menggosok kedua tangannya dan kemudian menggosokkan tangannya ke leher. Ini adalah tip yang diperolehi dari majalah Cleo bagi memastikan bau minyak wangi tahan lama.

10 minit kemudian, dia pun siap. Zeifrul mengambil kunci kereta BMW M5 nya dan mula menghidupkan enjin keretanya.

15 minit selepas keluar dari Apartment Goodyear Court 3, handphonenya berbunyi. Lagu This Love nyanyia Maroon 5 berkumandang memenuhi ruang keretanya. Zeifrul tersenyum kerana dia tahu bahawa sms itu adalah dari tunangnya. Zeifrul mengeluarkan handphone Nokia N97 nya dan membuka peti simpanan mesej.

Maaf sayang, I couldn’t make it today. I need to go to Kuala Terengganu. There is some hick ups on my project there.

Pesanan ringkas itu cukup membuatkan Zeifrul hilang mood. Zeifrul yang tadi memandu secara berhemah mula memecutkan keretanya membelah kesibukan Federal Highway menuju ke Kuala Lumpur.

Tepat jam 9:00. Zeifrul keluar dari keretanya. Kunci keretanya diberikan kepada car jockey Concorde Hotel. Kakinya berjalan pantas menuju ke Hard Rock Café.

“Can I get your order sir?” Amy, gadis kecil waitress di Hard Rock Café bertanya kepada Zeifrul sambil tersenyum.

“I would like to have Nachos and coke please.” Jawab Zeifrul.

“Is that all sir?” Jawab Amy sambil tersenyum. Dalam hatinya berkata, wah, masih ada lagi manusia yang dating kesini tanpa meminta disajikan arak.

9:45 malam. Persembahan pertama dari band Big Band bermula. Dewan tarian masih lagi kosong. Zeifrul baru sahaja menghabiskan Nachosnya.

“Excuse me. You Zeifrul kan?” Tiba-tiba datang seorang wanita berpakai dress singkat dan menampakkan belahan di dada. Zeifrul mengalihkan perhatiannya yang tadi tertumpu ke belahan gown wanita tersebut.

“Eh, Wani. How are you? Dah lama ke sampai? Maaf, I tak perasan you tadi.” Zeifrul membalas sapaan dari Wani.

“I am having dinner with my friends here. I dah perhatikan you sejak dari you mula masuk tadi. Tapi I am not sure it is you. Maklumlah, dah 2 years kita tak jumpa semenjak kita break dulu. Are you here alone?” Tanya Wani.

“Yups, dah 2 years kita tak jumpakan. Lepas you ask for break sebab mengejarkan John. Are you still with John? Sebenarnya I am suppose to have dinner with my fiancée, but she could not make it. So, here I am, alone.” Jawab Zeifrul.

“Come and join me with my friend over there. We got lot to catch up.” Wani cuba untuk menunjukkan rasa tidak terperanjatnya mendengar berita Zeifrul sudah bertunang dengan mengajak Zeifrul ke mejanya.

“Wah, hensemnya dia Wani. Tak nak kenalkan dengan kami ke?” Nike mengusik Wani apabila ternampak Wani membawa Zeifrul ke meja mereka.

“Bf baru kau ke Wani?” May pula menambah usikan Nike.

“Girls, girls, behave please. This handsome guy over here is my ex okies. Nama dia Zeifrul. Dia dah bertunang, so he is not available.” Dalam hati Wani berkata.

“He is mine. Aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kembali Zeifrul.”

“Zeifrul, ni Nike and ni pula May.” Mereka berdua ni my colleague.

Zeifrul memandang kedua gadis itu. Dia menghulurkan tangannya bersalaman dengan May, gadis Cina yang agak rendah dan bertubuh gebu. Pemakaiannya lebih seksi dari pemakaian Wani. Dari May, Zeifrul bersalaman pula dengan Nike. Gadis Sabah ini mempunyai raut wajah yang cantik. Dengan ketinggiannya dan rambutnya yang ikal, dia pasti sesuai menjadi model untuk iklan syampoo. Kakinya juga panjang menyerlahkan lagi penampilannya. Sewaktu bersalaman dengan Nike, Zeifrul dapat merasakan kelembutan tapak tangan gadis ini.

“Nice to know you girls. You all can call me Zef if you like.” Zeifrul memulakan bual bicaranya. Dia kemudian duduk disebelah Wani. Muzik sudah pun berhenti dan disambung pula dengan alunan muzik dari DJ yang bertugas. Zeifrul memesan segelas lagi Coke dan bertanya kepada gadis-gadis itu sama ada mereka ingin memesan apa-apa minuman.

“Bring me one bottle of Jack Daniel please.” Kata Wani kepada pelayan itu. Pesanan itu mengingatkan Zeifrul kembali kepada zaman muda remajanya.

“Tidak, aku sudah lama meninggalkan zaman itu.” Bisik hati kecil Zeifrul.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Keadaan semakin lengang di Hard Rock Café. Wani, May dan Nike masih mengilai ketawa sambil menari di meja mereka. Zeifrul pun seperti sudah lupa akan bisikan hati kecilnya. Bermula dengan pujukan segelas dari Wani sehinggalah gelas yang sudah keberapa, itu pun sudah tidak diendahkan oleh Zeifrul. Malam itu, Zeifrul kembali menjadi dirinya sewaktu muda remaja. Menjadi seorang yang sosial dan liar. Tiba-tiba Nike dan May naik ke atas meja. Mereka berdua menari dengan gaya tarian erotis. Seolah-olah sepasang kekasih sama jenis sedang memadu kasih asmara. Keadaan makin gamat dengan sorakan para pelanggan lain. Hampir sahaja May menunjukkan buah dadanya sekiranya tidak ditarik turun oleh Zeifrul.

Wani sudah nampak yang Zeifrul sudah mula menunjukkan dirinya seperti semasa mereka berkasih dahulu. Seorang yang liar dan nakal. Dalam hatinya.

“Akan aku gunakan kesempatan yang ada ini untuk memikat kau kembali Zef. Aku masih dahagakan kau.”

Wani merapatkan badannya ke badan Zeifrul. Dirangkulnya badan Zeifrul menghampiri badannya. Wani dapat menghidu pewangi yang dipakai Zeifrul.

“Kau masih menyukai Aqua. Sama seperti dahulu. Memang masih tidak berubah.” Wani bercakap sendirian.

Zeifrul yang sudah mulai hilang pertimbangan merangkul tubuh Wani menjadi semakin rapat. Tangannya dibiarkan merangkul pinggang Wani. Badannya dirapatkan ke dada Wani. Di hadapan mereka pula, Nike dan May masih lagi menari dengan gaya tarian eksotik. Lengguk badan dan permainan tangan mereka berdua pasti akan membuatkan lelaki cair dan membangkitkan nafsu berahi. Zeifrul pun tidak terkecuali dalam hal ini. Zeifrul kemudiannya menarik Wani lantas mencium Wani. Hal ini tidak memeranjatkan Wani kerana inilah yang ditunggu-tunggu olehnya. Perangkapnya makin mengena.

1:00 pagi. Zeifrul, Wani, May dan Nike keluar dari Hard Rock Café. Kerana banyak sangat minum dan menari, May sudah mula rasa ingin muntah. Wani dan Nike memapah May ke longkang berhampiran.

Weeeekkk weeeeeek weeeeeek. Habis keluar semua isi perut May. Nike dan Wani mengarahkan May duduk di kaki lima. 5 minit masa berlalu.

“Zeifrul, boleh kau tumpangkan kami balik? Kami memang tidak membawa kereta kerana kami tahu kami akan minum sampai muntah.” Wani bertanyakan Zeifrul.

“Where do you girls stay?” Zeifrul bertanya kembali kepada Wani.

“We are staying dekat kondominium di Kelana Jaya.” Balas Wani.

“If that the case, tak menjadi masalah. Aku pun duduk dekat Subang. So on the way la.” Zeifrul menyatakan kesanggupannya.

Kereta Zeifrul meluncur laju di Federal Highway. Pengaruh alcohol dan perasaan geramnya telah menyebabkan dia memandu dengan lebih merbahaya. Dia menukar laluan dari kiri ke kanan tanpa memberi signal. Meternya mencecah 140 km/j. Tiba-tiba di pintu gerbang menandakan persempadanan Kuala Lumpur dan Selangor sebuah kereta kancil tiba-tiba bergerak ke arah kanan. Zeifrul terkejut lalu memutar stereng keretanya ke arah kiri tanpa melihat cermin pandang sisinya. Bila keretanya mula menghala ke lane kedua, dengan tidak semena-mena Zeifrul ternampak dari cermin pandang belakangnya lampu yang bergerak dengan laju dan cahayanya makin lama makin cerah………………………

HiNGGa HuJuNG NoKTaH

Alunan azan Maghrib di surau berhampiran mengejutkan Mash dari lenanya.

“Astaghafirullahal Azim.” Mash beristighfar. Mengenangkan mimpinya tadi, Mash tersengih sendiri. Mash bangkit, dari katilnya, mengambil tuala pink dan seterusnya ke bilik mandi.

“Assalamualaikum Waroh Matullah. Assalamualaikum Waroh Matullah.” Mash menyudahkan solat Maghribnya.

“Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada ku Ya Allah untuk menghadapi dia yang pernah ku cinta suatu masa dahulu. Jadikan lah aku seorang wanita yang setia di samping tunangku Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu, bahawa kau tidak akan menguji hambamu dengan ujian yang tidak tertanggung oleh mereka.” Mash mengakhiri doanya.

Air mata Mash mengalir. Tiba-tiba ingatan bersama Zeifrul, tunangnya muncul. Zeifrul merupakan akauntan di syarikat tempatnya bekerja. Perkenalan dengan Zeifrul, sedikit sebanyak membuatkan hatinya yang suatu ketika dahulu pudar kerana pemergian Faizal kembali berbunga.

Mentari Design Januari 2007 “Boleh sambungkan saya ke bahagian akaun?” Mash meminta pembantu peribadinya menyambungkan ke bahagian akaun.

“Cik Mash nak bercakap dengan siapa yea di bahagian akaun tu?” Tanya pembantu peribadinya kembali.

“Beri saya bercakap dengan ketua bahagian akaun yang baru tu.” Jawab Mash. Seminit kemudian.

“Cik Mash, Encik Zeifrul di talian 3.” Suara pembantunya kedengaran dari luar biliknya.

“Cik Mashita, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Suara Zeifrul kedengaran di telefon.

“Encik Zeifrul. Encik Zeifrul tidak boleh berbuat begini. Mana boleh Encik Zeifrul suk-suka potong budget saya yang telah pengarah dah approved.” Tanpa tidak membuang masa, Mash terus meluahkan rasa marahnya kepada pengurus baru itu.

“Erk, apa yang Cik Mash cakapkan ni?” Zeifrul menjawab terpinga-pinga. Tidak tahu hujung pangkal cerita.

“Projek saya di Kuala Terengganu tu. Untuk landskap Masjid Kristal. Budget asal saya RM 500,000. Sekarang yang dapat hanya RM 100,000. Macam mana saya nak buat kerja saya? Macam mana saya nak bayar supplier dan sub kontraktor kita kalau macam ni Encik Zeifrul?” Mash terus-terusan menyerang Zeifrul tanpa rasa simpati.

“Cik Mashita, apa kata kalau kita berbincang. Cik boleh datang berjumpa saya di pejabat saya atau cik lebih selesa sekiranya saya yang ke pejabat cik?” Zeifrul cuba menenangkan Mash.

Jam menunjukkan pukul 10:30. Mash masih memikirkan perkenalannya dengan tunangnya. 10 minit kemudian, dia pun terlena. Teteteteet teteteteet. Bunyi jam loceng di atas almari mejannya yang menandakan waktu sudah pukul 6 pagi mengejutkan Mash dari lenanya. “Arghhhhhh.” Mash menggeliat malas. Dia kemudiannya bangun lantas mematikan jam locengnya. Mash kemudiannya berjalan menuju ke bilik airnya untuk menguruskan dirinya.

Tepat jam 7:15, Mash yang berkebaya nyonya berwarna merah muda dipadankan dengan shawl berwarna merah jambu menyerlahkan lagi keayuannya mula memanaskan enjin kereta Fair Lady Z nya. Lima minit kemudian, dia meninggalkan rumahnya menuju ke pejabatnya di Sri Hartamas.

Widuri, elok bagai rembulan oh sayang……………..Widuri………. Mash lantas menukar siaran radionya.

“Ishhh, time jem-jem macam ni, keluar pulak lagu kenangan aku.” Kata Mash kepada dirinya.

UITM Shah Alam tahun 1999

“Peserta seterusnya, Faizal Bin Mohd Hussein dari Fakulti Senibina dengan lagunya Widuri.” Suara pengacara majlis pertandingan ujibakat sempena pesta konvokesyen UITM menggamit Mash dan rakan-rakannya ke hadapan pentas. Faizal sudah berada di atas pentas dan jeritan nakal pelajar perempuan mulai menggila. Maklumlah, semenjak menjadi olahragawan UITM pada tahun itu, Faizal semakin digilai oleh ramai pelajar perempuan.

Mash, Rita, Anne dan Mal berdiri paling hampir dengan pentas. Mash tersedar yang Faizal memandangnya dengan mata yang bersinar. Sinar yang penuh dengan seribu makna.

Di suatu senja di musim yang lalu,
Tika itu hujan turun,

Mash serasa ingin pitam mendengarkan nyanyian dari Faizal. Inilah lagu nyanyian Faizal ketika melamarnya menjadi kekasih hati semalam.

“Mash, sedap betulkan suara Faizal ni? Dah la hensem, pandai dari segi akademi dan cemerlang dalam sukan. He is Mr Perfect la pada aku.” Kata-kata Anne membuatkan Mash tersedar yang persembahan Faizal sudah pun berakhir.

“Betul kata kau Anne, untungkan siapa yang jadi gf dia.” Mash menjawab. Mash masih tidak ingin memberitahu rakan-rakannya mengenai permintaan Faizal untuk menjadikannya teman istimewa. Dia masih belum membuat keputusan walaupun sekiranya mengikut kata hati, ingin dia terbang mendakap Faizal diketika itu juga.

”Eh, Faizal datang menghala ke arah kita la.” Mal berkata dengan nada yang agak teruja. “Ada bunga la dekat tangan dia, untuk siapa lah agaknya yek?” Rita mengeluarkan pertanyaan.

”Hai girls. Thanks la sebab datang to give me support.” Kata Faizal memulakan bicara sambil mengenyitkan matanya kepada mereka berempat.

”Eh, perasan la kau Faizal, kita orang datang ni untuk tengok pesta konvo jer. Kebetulan kami sampai masa kau tengah menyanyi.” Balas Mash.

“Mash, kenapalah kau perlu berbohong. Sedangkan kau memang beriyea-iyea mengajak rakan-rakan kau untuk melihat pertandingan ni. Kau dah tunggu sejam dekat sini. Apalah salahnya, sekiranya kau mengiyea kan saja kata Faizal tu.” Hati Mash berkata.

“Bunga tu untuk aku ke Faizal?” Tanya Mash kepada Faizal. “

Yups my dear princes, this roses are for you.” Faizal menghulurkan jambangan bunga tu kepada Mash.

Mash diam kaku.

“Girls, you don’t mind kan kalau aku kidnap Mash kejap?” Faizal bertanya kepada Rita, Anne dan Mal. Rita, Anne dan Mal berpandangan sesame sendiri sambil berkata dengan nada yang hampir serentak.

“We don’t mind Faizal, just enjoy yourself.”

“Tapi kau jangan lupa pulangkan balik house mate kita orang ni.” Sambung Mal kepada Faizal. Mash masih lagi kaku. Faizal lantas menarik lengan Mash memimpin tangannya dan membawanya pergi. Mash dan Faizal hilang di celah ratusan pelajar yang berada di tapak pesta konvo itu.

HiNGGa HuJuNG NoKTaH

Bab 1

Mash tersenyum simpul sambil bergolek di atas katil Fella Design yang baru dibelinya empat hari lepas. Tok tok tok. Pintu biliknya diketuk, mematikan lamunannya. Dia bingkas bangun menuju ke pintu bilik dan membuka pintu biliknya itu.

“Maaf kak, kami nak tanya, akak nak keluar makan malam dengan kami ke tak?” Ros, rakan serumah Mash bertanya.

“Tak apalah. Korang pergi jelah. Akak kenyang lagi ni. Tadi akak dah makan dengan kawan akak.” Mash menjawab sambil tersenyum.

Mash kembali menutup pintu biliknya, berjalan menuju ke meja soleknya. Tangannya mencapai kotak hadiah permberian dari Faizal. Dengan berhati-hati, Mash membuka bungkusan kotak itu. Mash memang seorang yang teliti, baginya pembalut hadiah itu masih boleh digunakan lagi nanti untuk membalut hadiah kahwin kawan-kawannya.

Mash tersenyum melihat kandungan kotak tersebut. Pewangi “Aqua Lily” dari Body Shop.

“Owh, macam mana Faizal boleh tahu pewangi kegemaran aku ni?” Senyum Mash makin melebar. Dia tak sangka setelah 4 tahun tidak ketemu, Faizal masih ingat lagi hari lahirnya. Yea, tanggal 4 Januari, itulah tarikh lahirnya.

Mash masih teringat kejutan pertamanya pada tahun itu. Hari pertama tahun 2009. Sedang dia sibuk memerhatikan katil Fella Design nya yang dibeli di Carefour Subang dipasang, telefon Samsung SGH E690 berbunyi. Lagu Irreplaceable dari Beyonce sedikit mengganggu dirinya yang sudah tidak sabar untuk merasmikan katil barunya itu. Butang terima ditekannya.

“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Mashita?” Suara yang kedengaran dari corong telefon itu membuatkan Mash hamper melepaskan telefonnya. Adakah............

“Wa’alaikumussalam. Ni Mash bercakap.”

“Mash, do you remember me? This is Faizal lar. Member baik kau masa di UITM dulu.” Bertubi-tubi perkataan keluar dari mulut Faizal. Mash masih tidak percaya yang Faizal menalifonnya.

“Erk. Faizal? Bukan ke kau di UK sekarang? Aku dengar, kau dah dapat PR dekat sana selepas kau habis Master in Twon Planning kau di Shieffield University.”

“Memang aku dah dapat PR sana, tapi UK dengan Malaysia, aku lagi suka sini lar. I am back for good. Maybe aku akan terus menetap di Malaysia. Aku pun dah dapat kerja dekat Sasaki Associates Malaysia. Kau masih kerja dengan Mentari Design ke Mash?” Satu demi satu patah perkataan dari Faizal membuatkan Mash yang terkejut bungkam seketika.

“Yea, aku masih di Mentari Design. Orang yang ada diploma macam aku ni, kemana lagi aku nak pergi?” Jawab Mash.

“Kau ni masih macam dulu. Aku suruh kau sambung buat degree sama-sama dengan aku, kau tak nak. Aku tau kau pandai Mash. Instead, lebih pandai dari aku. Malas, tu jer alas an yang kau selalu bagi. Tapi, tahan kau kerja dekat Mentari Design tu yea. If I am not mistaken, since 2003, a year after our convo.” Mash terperanjat. Tajam sungguh ingatan kau Faizal. Ingatan pada kenangan bersama Faizal semasa di UITM Shah Alam tiba-tiba menjelma.

UITM Shah Alam tahun 1998. Seorang pelajar perempuan termengah-mengah berlari memanjat bukit yang menuju ke Menara.

“Cepat, kenapa korang terhegeh-hegeh sangat ni.” Jerit seorang pelajar senior lelaki yang sedang membonceng motorsikal.

“Awak tidak apa-apa? Saya tengok, awak macam tak larat jer. Awak lelah ke?” Mash masih ingat, itulah dialog pertama Faizal kepadanya. Lelaki yang berketinggian 178 sentimeter, bertubuh sasa laksana seorang atlet, mata sepet dan berwarna biru dan rambut sedikit kerinting. Mana-mana pelajar perempuan, pasti akan jatuh cinta dengan senyumannya. Belum lagi dengan kata-katanya. Suara yang “manly” itu pasti akan membuat hati cair.

“Saya tak apa-apa. Masih boleh meneruskan sesi orintasi ni.” Balas Mash tersipu-sipu. Faizal kemudiannya berlari disamping Mash beriringan membuatkan Mash yang letih menjadi tidak letih. Lelahnya tadi hilang dibawa senyuman Faizal.

“Mash, kau masih ada lagi ke di situ?” Suara Faizal mengejutkan Mash dari lamunan.

“Erk, apa kau kata tadi Faizal? Maaflah, aku sedang sibuk. Aku baru beli katil dan sekarang orang yang hantar katil tengah pasangnya di bilik aku.” Mash member alasan.

“Aku nak ajak kau keluar Ahad ni. Sementara aku masih belum mula bekerja ni. Kalau kau tak keberatan, kita jumpa dekat Sunway. Aku belanja dekat restoran kegemaran kau.” Faizal mengulang kembali pertanyaannya tadi.

“Aku ok jer Faizal. Rezeki jangan ditolak. Ni nombor kau ke?” Jawab Mash.

“Kau ni Mash, nombor ni dah lama aku guna. Masa kita di UITM lagi aku dah guna nombor ni. Kau dah buang nombor aku ker Mash?”

“Eh, bukan macam tu Faizal. Handphone aku ni dah 4 kali aku tukar. Banyak nombor yang hilang. Lagipun, aku ingat nombor kau ni dah tak aktif. Maklumlah, kau kan dah lama duduk UK.” Mash memberi alasan. Padahalnya, memang Mash sudah memadamkan nombor telefon Faizal semenjak kejadian sebelum Faizal pergi ke UK.

“Kalau macam tu, jumpa di Sunway hari Ahad ni. Janji dengan aku, kau kena jumpa aku jugak.” Faizal mengakhiri perbualan dengan Mash. Telefon masih di telinga Mash walaupun Faizal sudah menamatkan perbualan dan panggilan itu. Mash masih merasakan yang dia masih bermimpi.

“Cik, katil cik dah siap kami pasang.” Kata-kata dari pekerja yang memasang katil tu mengejutkan Mash dari lamunannya. Mash mengambil resit yang diberikan oleh pekerja itu, mengambil dompetnya dan membayar rm 400 baki jumlah katil yang perlu dibayarnya. 10 minit kemudian, lori yang membawa katil itu berlalu dari ruang rumahnya. Mash menutup pintu, naik ke biliknya, pasang cadar di atas katil barunya dan merasmikan katilnya itu.

“Mash, sudikah kau terima cintaku ini?” Faizal meluahkan perasaannya kepada Mash sambil member sebuah kotak kecil. Mash memandang Faizal dengan nada tidak percaya dengan ungkapan itu. Mukanya sedikit merah kerana malu. Tangannya kemudian mengambil kotak kecil itu dari Faizal.

“Bukalah kotak tu Mash.” Kata Faizal lagi. Mash membuka kotak itu dengan cepat. Mata Mash tiba-tiba bergenang. Mulutnya terukir senyuman. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Mash ketika itu. Diam..............................................

P/S: Cubaan pertama untuk menulis novel. Akan bersambung apabila masa mengizinkan. Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal. Persamaan yang ada adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Saya meminta maaf sekiranya novel ini menyinggung hati sesetangah pembaca.

iZiNKaN aKu PeRGi

Izinkan aku pergi,
Menjauhkan diri,
Darimu yang tak mengerti.

Izinkan aku pergi,
Hilang dari sisi,
Kerana kau tidak bisa fahami.

Izinkan aku pergi,
Bawa hati ku,
Yang telah kau lukai.

Izinkan aku pergi,
Lari jauh,
Kerana rasa tidak dihargai.

Mungkin ini yang terbaik,
Bagi dirimu,
Dan juga diriku.

SeMaLaM

Semalam,
Ku mimpikan mentari,
Menyinari hidupku,
Yang gelap.

Semalam,
Ku yakini diriku sudah menggapai pelangi,
Mewarnai hidupku,
Yang suram.

Hari ini,
Mendung gelap membayangi hidupku,
Tanpa sinar cahaya mentari.

Hari ini,
Pelangi yang ku impi,
Hilang,
Umpama debu.

Kamu,
Aku masih sendiri.

BaCaLaH (TaK Tau NaK LeTaK TaJuK aPa)

Dalam kehidupan kita, dapatkah kita lari dari: -

1. Sikap pilih kasih.

Aku rasa, sikap pilih kasih ni merupakan sesuatu yang semulajadi ada dalam diri kita. Dalam kawan-kawan kita, pasti akan ada kawan yang paling kita sayang dan rapat. So, we call them our best friend. Dalam keluarga, kita pasti sama ada menyayangi ibu atau bapa kita lebih dari satu lagi. Event dalam adik beradik kita pun, mesti ada seorang kakak atau abang yang kita selesa mengadu atau ada antara adik-adik kita yang lebih rapat dengan kita berbanding yang lain. Mungkin ramai yang akan menyangkal kenyataan aku ini, tapi, aku still rasa yang setiap individu punyai perasaan ini.

Dalam pekerjaan kita juga, sikap ini tidak akan lari. Kita pasti mempunya seorang bos yang kita suka (mungkin sebab dia bos yang tidak marah-marah pada kita, bos yang hensem mahupun bos yang suka belanja kita). Sekiranya kita bos juga, kita pasti akan mempunyai pekerja yang kita sayang dan suka (mungkin kerana secretary itu cun dan body bergetah, pandai buat kerja dan tidak melawan kata). Event, sekiranya kita sebagai cikgu, pasti akan ada murid-murid yang kita beri perhatian lebih. Bukankah ini semua tetap dipanggil pilih kasih?

2. Adakah kita bersih dari gejala pemberian dan memberi?

Kita mungkin rasa diri kita bersih. Tapi betul ke kita betul-betul bersih? Aku merasakan diri aku sendiri tidak bersih. Setiap kali aku membuat audit, pasti ada General Manager atau Store Manager yang akan bawak kita orang pergi makan. Walaupun nampak seperti tidak ada apa, tapi bila difikirkan, bila diberi treatment sebegini, kita pasti akan mempunyai persepsi yang baik terhadap orang tersebut. Ini sekaligus akan memberi impact terhadap kerja walaupun aku selalu beranggapan "time dia belanja, aku makan jer, tapi time present findings, aku belasah je". Ni contoh yang aku dapat beri pada pekerjaan aku.

Okies, mari aku beri contoh lain. Ramai di antara kita di Malaysia ni beranggapan apabila ditahan oleh polis, sekiranya kita melakukan kesalahan yang kecil, kita boleh meloloskan diri dengan memberi sedikit duit kopi. Jadi, bukankah sekiranya kita memberi duit kopi merupakan gejala memberi? Adakah anda ada terlibat dengan gejala ini? Sekiranya ada, bolehkah anda dikira bersih?

Lagi satu, bila kita meniaga, kadang-kadang kita secara ikhlasnya mengajak banker, ataupun orang yang kita jumpa itu minum dan makan. Pada kita, ianya sesuatu yang casual. Tapi, tidak kah kita terfikir yang itu juga merupakan gejala memberi?


Okies. Aku akan stop entry aku yang agak serius ini. Tapi sebelum itu, aku mahu kalian fikirkan apa yang aku tuliskan di atas. Mungkin apa yang aku tulis, salah, kerana penulisan ku ini bukan berdasar fakta dan aku menulis dari my point of view. View aku masih lagi terhad, masih belum boleh dapat helikopter view. Jadi, mungkin kalian semua ingin berkongsi pengalaman dan pendapat korang.

uPDaTe PaNTaS DaRi KuaNTaN - aDa GaMBaR aKu .............................

Setelah penat lelah bekerja di Kuala Terengganu (padahal 3 hari setengah jer, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa separuh hari), maka aku pun bertolak ke Kuantan. Owh, pada hari Selasa bersamaan 11 Ogos 2009, pukul lebih kurang 11:00, aku telah berjumpa dengan seorang rakan blogger (lebih kepada adik). Adik aku tu memang femes, kalau tak, takkan follower dia sampai beratus-ratus. Tapi malangnya, dapat jumpa kejap jer sebab aku rushing untuk wrap up audit aku dekat sana. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Yana kerana sudi jumpa, walaupun aku ni muka tak siap. Terima kasih juga kerana Yana tak mengepau abang (kalau pow pun abang tak kisah....... :P). Hehehehehe.

Aku habis wrap up around 4:30 p.m. waktu pantai timur. Terus bertolak ke Kuantan. Sampai Kuantan around 8:00 p.m. Sampai Kuantan, perut dah menggelodak. Mandi, siap-siap, terus telefon lagi seorang blogger, Patungcendana a.k.a. werewolf hunter (jangan marah kay) untuk bawak aku gi dinner. Owh, aku tak pernah buat macam ni, jumpa 2 bloggers dalam sehari. Dia datang around 9:15 p.m. dan terus bawak aku gi Pantai Teluk Cempedak. Kami makan dekat tepi pantai tu. Terima kasih yea sebab sudi bawak aku yang tengah kebulur gi makan Patung.

Rewind..............................




Ini adalah dinner aku pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Lokasi Heritage Resort (aku main bedal jer, tapi memang ada perkataan Heritage tu la). Atas sekali adalah sepinggan Sata, makanan gelemer di Terengganu dan Kelantan (erk, betul ke Kelantan pun gelemer dengan Sata?). Owh, ABC yang aku tunjuk tu, khas untuk dilihat oleh Jard, aku rasa pasti kalah ABC Froodo ko tu Jard. :P Harga ABC tu, tahun lepas RM 10, tapi tahun ni, sudah meningkat ke RM 12, meningkat dengan kadar inflasi. :P Tahun lepas ABC dia best giler, sebab tu kita orang datang. Tapi, hari tu, memang tak sedap. Kurang manis, maybe ikut saranan kerajaan, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan dalam senyuman (padanlah waitress dia senyum ada manis).

Rewind ............................................



Ini adalah hasil kerja tangan aku. Gambar atas tu menunjukkan betapa sibuknya aku untuk check dokumen (menyepahkan meja untuk ambil gambar). Gambar berikutnya adalah tulisan aku yang tak cantik, lagi tak cantik dari blogger yang mendakwa tulisan tak cantik (jangan marah, gurau jer Cik Nurfatehah). Owh, korang nampak tak tulisan aku? Kalau tak nampak, sila guna mikroskop (konpim Dart tak nampak sebab dia tak buat spec lagi).

Akhir sekali, ni la gambar aku. Kepada yang nak tahu cemana agaknya rupa aku. Erk, tajuk entry adalah gimik untuk menarik perhatian orang tengok entry ni yang kurang dari segi pengisian. :P


Owh, harap kalian semua boleh melihat gambar aku. Tengok, betapa tak siap muka aku sampai blog pun riject aku post picture. :P

P/S: Masih berada di Kuantan, ada sapa-sapa mahu berjumpa aku? Sila buat appointment dengan P.A. aku di number 01X 2XX XX XX. Lalalalalala.

Owh, maaf kerana kurang update dan tidak dapat menjawab semua komen di entry-entry yang lepas. Agak kesuntukan masa. Maaf juga kerana tidak dapat singgah dan komen. Tapi masih menjadi silent reader.

Kepada follower baru, terima kasih kerana sudi singgah dan follow, akan follow kalian juga.

BoLeH ToLoNG JaWaB TaK?

Semalam aku ada tulis entry yang aku ada jumpa kawan aku dekat Terengganu (bukan Cik Yana, masih belum berkesempatan berjumpa dengan dia). Sebab dah lama kita orang tak jumpa, kita orang pun berborak lar.

Dalam perbualan tu, ada satu topik terkeluar dengan tidak sengaja. Alar, korang taulah. Bila dah berborak, semua citer boleh keluar. Dari citer sakit perut berak (aku tipu, topik ni takde dalam perbincangan) sehinggalah cacing beranak (ni pun aku tipu).

Dalam masa borak-borak maka keluarlah satu kenyataan aku dekat dia yang sekiranya dia tidak berjumpa dengan jejaka idaman atau seseorang yang boleh memahami dia, maka dia akan terus memikirkan ex dia dan akan menumpukan perhatiannya pada kerja, hilang minat pada lelaki dan akan menjadi career women yang tidak akan mementingkan perhubungan dan tidak percaya pada perkahwinan. Bukan niat aku nak berkata sebegitu kepada dia, tujuan aku hanya untuk memperingatkan dia sebagai kawan. Tapi alhamdulillah, dia juga terfikir akan perkara sebegitu dan setuju dengan aku (aku rasa aku memang dah kenal dia baik sangat walaupun kami bukanlah dikategorikan sebagai rapat). Berdasarkan perbualan aku, aku punya beberapa persoalan untuk dikongsi dengan korang.

1. Betul ke perempuan ni, bila sudah mencintai seseorang sepenuh jiwa dan raganya, adalah amat susah untuk melupakan orang tersebut? (Sesungguhnya aku kenal beberapa orang yang masih belum mampu melupakan cinta hati mereka).

2. Betul ke perempuan semasa belajar, mereka tidak kisah dengan siapa mereka berkawan dan berkasih, tetapi bila sudah bekerjaya, mereka akan mencari seseorang yang boleh menyaingi mereka dari segi jawatan, pelajaran dan kewangan?

Owh, aku mahu sambung lagi satu benda yang telah di cakapkan oleh kawan aku tu. Lelaki yang sudah berkahwin, adalah tidak digalakkan untuk berkawan dengan perempuan yang single mingle kerana ianya boleh menjerumus ke arah percintaan. Di sini juga aku nak kemukakan persoalan yang mungkin korang boleh tolong aku.

1. Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat (kecuali masing-masing memang selesa berkawan) kerana ianya mungkin akan mendatangkan perasaan cinta?

2. Kalau korang dah kahwin, maka korang berkenalan seorang yang cantik ala-ala miss world, selepas itu perempuan itu pula menyatakan perasaan sukanya pada korang, tidak kah korang akan jatuh cinta kepada perempuan itu?

Okieslah, cukuplah persoalan pada hari Isnin yang penuh dengan blues ini. Aku akan ke Kuantan esok. So, ada sesapa yang ingin dating dengan aku dekat Kuantan esok? Sila hubungi PA aku di nombor 01* - 2** ****. Sekian terima kasih.

P/S: Sila salin cepat sebelum blog aku ni membintangkan nombor-nombor PA aku yang tertera. Lalalalalala.

uPDaTe DaRi KT

Assalamualaikum. Masuk hari ni, dah 3 hari aku dekat Kuala Terengganu yang aman dan damai ni. Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10 pagi, kami singgah di Genting Sempah pukul 11 untuk breakfast dan meneruskan perjalanan pukul 12. Yea, aku ngaku tidak solat Jumaat, tapi bukan ke aku dalam keadaan musafir (alasan sokmo). Dalam perjalanan, aku tidur je kije. Kemudian sampai di Kemaman, cari makan, makan dekat Telaga Simpuh (ke Telaga Simpul?).

Lepas lunch, teruskan perjalanan. Jam dah menunjukkan 3:30 petang (sampai Kemaman dalam pukul 2:30). Berenti di Dungun, isi minyak (serta buang lebihan yang ditanggung kereta, hehehehe, sendiri mahu faham la yea) dan teruskan perjalanan. Kami sampai Kuala Terengganu dalam pukul 6:00.

Sampai, aku call member aku, nak inform dia aku dah sampai Kuala Terengganu. Ingat nak rest and keluar lepak dan borak-borak dengan dia masa makan malam. Sekali dia jawab, "Kita keluar sekarang, sebab pukul 9:00 aku nak tengok Nur Kasih". Cheh, tak pe lar. Rindu dekat kau punya pasal keluar skang pun skang la. Aku solat, siap-siap kemudian dia sms cakap dia dah sampai. Dia bawak aku g makan sotong goreng dan keropok lekor.

Hahahaha. Mesti korang bosan kan dengar citer update dari KT aku ni dah la bosan, takde gambar plak tu. Yea, aku memang sengaja tak amik gambar. Lalalalala. Jangan marah yea. Aku masih ketiadaan masa dan mood untuk update. Maaf yea. Owh, aku sudah lihat UDM dan UMT. Aku juga telah melihat tempat paling happening di KT ni, Mydin Mall. Lalalalala.

Okies, esok aku rajin, aku update lagi. Maaf, tak sempat nak jenguk blog korang. Nanti aku singgah, baca dan komen. Esok Isnin kan? Aku dekat KT ni, terasa macam hari Isnin walaupun hari Ahad. Akan ada dekat sini sampai Selasa tengahhari. Ada sesapa yang nak secure date sama aku? Boleh saja, tapi kena datang amik aku. Aku takde kenderaan. Owh, kalau rasa nak secure date, sila call atau sms PA aku di number 01*- 2** ** **. Lalalalala. Salam dari KT.

KeBaKaRaN

Aku duduk di atas meja pejabatku sambil memandang gambar-gambar di atas meja semasa aku menerima pingat. Aku tersenyum bangga. Bangga dengan pencapaianku sekarang. Berkat keberanianku, usaha gigihku dan disiplin, aku kini telah dinaikkan pangkat menjadi Station Master.

Aku memandang gambar ketika aku menerima Pingat Gagah Berani ku daripada Sultan Selangor. Pingat itu ku terima kerana keberanian ku menyelamatkan 4 beradik yang terperangkap dalam kebakaran akibat kebakaran kilang mercun berhampiran perkampungan setinggan di Rawang.

Neno neno neno neno. Keheningan malam Rabu itu di hidupkan dengan suara siren kereta bomba. Di kala ini, jalan menuju ke Kampung Baru Rawang agak suram membolehkan 4 buah kereta Bomba dari daerah Rawang memecut. Kira-kira pukul 8:15 tadi, kami mendapat berita mengenai kebakaran di sebuah kilang mercun haram di Rawang. Selaku balai Bomba paling hamper dengan tempat kejadian, kami telah di arahkan bersiap untuk mengawal keadaan. Rata-rata anggota kami ketika kejadian sedang menghadap televisiyen menonton Buletin jam 8:00.

15 minit telah berlalu, aku masih lagi memaut di bahagian belakang kereta Bomba. Angin malam sepoi-sepoi bahasa menyapa mukaku. Dari jauh kami sudah nampak kelibat api yang sedang marak. Ku kira, kami akan sampai dalam masa 5 minit lagi.

2 buah kereta Bomba telah di arahkan mengawal kebakaran yang berlaku di kilang mercun itu manakala lagi 2 buah di tugaskan untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di perkampungan setinggan itu.

Aku dan pasukan ku ditugaskan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang sudah merebak ke perkampunag berdekatan. Hos dipasang ke pili bomba berdekatan dan dikawal oleh 3 orang ahli, kami mula memancutkan air dari hos itu kearah api yang sedang marak. Api berjaya di kawal dari merebak lagi jauh dengan menggunakan hos. Itupun dengan 2 kereta Bomba dari balai yang terletak di Sungai Buluh.

“Majid”. Kapten memanggilku. Kapten menyuruhku untuk ke tengah-tengah kampong yang masih dijilat api sebagai peninjau dan sebagai penyelamat. Aku segera mengumpulkan lagi dua orang ahli pasukan ku untuk ke tempat kejadian. Aku, Raj dan Ong mula memakai topeng gas, membawa kapak dan berlari menuju ke tengah kampung.

“Tolong………. Tolongggggggggg”. Kedengaran suara seorangwanita menjerit meminta tolong. Aku, Raj dan Ong memandang sesama kami dan mulai tercari arah datangnya suara itu. 297 meter dari tempat kami berdiri, ternampak seorang wanita terduduk dengan tangannya menggapai ke arah api sambil menjerit meminta tolong. Kami berlari ke arah wanita itu.

Wanita pertengahan umur, ku kira dalam 33 tahun memandang kepada kami seraya berkata. “Encik, tolong selamatkan anak-anak saya. Mereka masih berada di dalam bilik semasa kejadian ini berlaku. Saya sempat keluar kerana ditolong oleh jiran kami. Tak sempat saya kejutkan mereka. Tolonglah encik, mereka sajalah keluarga yang saya ada”. Kata wanita tersebut sambil menangis meraung-raung. Aku memandang Raj dan Ong dan berkata, “korang tolong tengok-tengokkan akak ni, aku akan pergi cari anak-anak kakak ni.” Aku mulai berlari sambil memegang kapak menggunakan kedua belah tanganku kearah api yang semakin marak. Mujurlah pakaian seragam kami dibuat dari bahan yang tahan panas. Sisa-sisa kayu yang menghalang perjalanan ku habis ku patahkan menggunakan kapak. Aku berlari simpang siur tanpa arah tujuan. Sesal juga kerana tidak bertanyakan arah sebenar rumah kakak tadi.

Kraaaaakkkk. Alang bumbung rumah jatuh betul-betul 32.7cm depanku. Nasib aku sempat mengelak. Dari sayup-sayup bunyi api, aku terdengan suara tangisan kanak-kanak. Mungkin ni lah anak-anak kakak itu. Aku mengekori bunyi tangisan itu. Aku sampai di sebuah ruang yang menyerupai bilik tidur. Di suatu sudut, aku melihat empat beradik berpelukan sesame sendiri. Aku berlari mendapatkan mereka. Sebaik sahaja aku dapat mencapai mereka, gedegum. Sebatang tiang jatuh menghempap kakiku. Nasib aku berjaya menolak anak-anak itu jauh dari ku. Aku cuba mengalihkan tiang itu, tapi kudratku seorang tidak mampu menggerakkannya. Aku membuka seragamku dan memberikan kepada anak-anak tersebut agar dapat melindungi mereka dari api dan bahang dari api. Disebabkan aku tidak terlindung, seluar ku mulai terbakar. Sedikit demi sedikit aku mulai terbakar. Pernafasan ku semakin sukar. Topeg gas ntah di mana aku tinggalkan. Mata ku semakin tertutup sambil menahan kesakitan akibat dibakar oleh api.

Gedegung. Suatu bunyi yang kuat membuatkan diri ku yang sudah hampir nyawa-nyawa ikan kembali membuka mata. Aku dapat lihat sayup-sayup, 6 orang berpakaian oren sedang memegang hos cuba untuk mengawal api yang berada si sekitar kami. Dengan tenaga yang ada, aku mengangkat tangan dan menjerit, “Tolongggggggggggggggg”. Jeritan dan lambaian ku disedari oleh mereka. Sepasukan 3 orang anggota dengan hos mulai merapati aku. Melihat aku yang terbakar, mereka mula memancutkan air daripada hos itu kepadaku. Seluruh badanku basah disimbahi air rahmat, air yang bakal menyelamatkan nyawaku dan empat orang anak wanita itu.

“Ya Allah along. Kau ni hapa nak jadi. Dah umur 31 tahun pun masih kencing dekat tilam lagi”. Laungan nyaring mak ku membuatkan ku dari tidur yang lena. Aku kemudian terasa kebasahan yang melanda diriku, seluar katok ku, totoku dan keseluruhan tilamku. Alamak, betul la cakap mak aku, aku terkencing dalam seluar. Aku memandang emakku seraya tersengih. “Dah, cepat bangun, mandi. Pastu kau kemaskan bilik ko ni. Hancing benar, tak tahan mak. Pastu kau siap-siap, mak dah sediakan sarapan untuk kau. Kau kan ada interview hari ni selaku Pegawai Bomba.” Emakku memulakan hariku dengan syarahan panjang lebar. Aku pula, masih tersengih sambil berkata dalam hati. Punyalah nak sangat kerja Pegawai Bomba ni, sampai termimpi basah.

P/S: Toto yang basah tu sebenarnya kepunyaan Jard, aku pinjam untuk memeriahkan cerpen aku kali ni. :P

TaK aDa MooD

Tak tahu kenapa, hari ni memang aku betul-betul tidak ada mood. Semua gara-gara sms pagi tadi dan petang tadilah. Hmmmmm. Dekat opis, kerja menulis report masih tak habis. Tapi alhamdulillah, berkat kerajinan menulis di blog (rajin ker?), aku mampu melakukan kerja-kerja menulis report dengan kelajuan Gaban (0.03 saat untuk bertukar dari manusia menjadi Space Cop Gaban).

Owh, sebab kerja aku routine check, jadi kebanyakkan report adalah lebih kurang sama. Jadi, apa lagi, cut and paste la. Kecuali sekiranya ada new and unussual findings. Masa tu kira berguna gila skill blogging aku (wahahahaha, skill blogging tuhhh). Petang, aku punya banyak masa, jadi aku dah start buat cerpen dekat opis. Ingat cuba nak habiskan, tapi memikirkan member2 aku ada yang belum siap report dan kami akan ke Kuala Terengganu Jumaat ni dan semua report kena submit before keluar, maka aku dengan baik hatinya menghulurkan bantuan, membuat report kawan aku (baikkan aku?). Jadinya, cerpen aku tu terbengkalai.

Sampai rumah, bosan. Mood hilang. Sebab apa? Nantikan kemunculannya di entry akan datang (ntah bila ntah aku nak tulis lagi).

P/S: Adeh, aku bakal rindukan sofa three seater aku di urmah lagi la sepanjang 9 hari outstation ni. Destinasi berikutnya, Kuala Terengganu dan Kuantan. Owh, masih tiada mood dan dalam keadaan yang kacau jiwanya.

Owh, maaf, sejak akhir-akhir ni tidak berkesempatan untuk reply comment.

Owh, UPM mungkin tidak berkesempatan untuk buat bisnes. UKM, UM dan Uni yang sekitar KL, ada sesapa yang berminat nak propose apa dekat aku?

Owh, maaf kalau tidak berkesempatan melawat blog kalian. Insya-Allah akan kunjung komen.

SaMBuNGaN PeLuaNG PeRNiaGaaN 1

Okies. Sekarang nampak macam ada yang sudah tertarik hati dengan proposal aku. Okies, let me share with you apa sebenarnya plan aku dan bagaimana ianya berfungsi. Kepada Sarah Al Idrus dan Zenetti Be dan kepada mereka yang berminat, sila berikan sepenuhnya perhatian anda.

Seperti yang aku katakan sebelum ni. Tiada modal kepada mereka (student yang nak involve). Air (tin, kotak dan mineral) akan aku supply. Kotak penyejuk juga akan aku sediakan. Sewa tapak juga akan aku sediakan. Duit untuk membeli ais untuk diletakkan dalam kotak agar air sentiasa sejuk juga akan aku sediakan (ada cara lain untuk sejukkan air tak?). Untung akan dibahagikan secara 50-50. Maknanya, sekiranya air tersebut untung 20sen, 10sen aku, 10sen partner aku. Apa yang partner aku perlu lakukan adalah menyelia urusan jualan.

Pengurusan jualan adalah diuruskan sepenuhnya oleh partner aku. Dia akan menyelia stok. Maknanya urusan penyimpanan stok akan di uruskan oleh dia. Berapa banyak stok terjual dan stok apa yang perlu ditambah hendaklah dimaklumkan kepada aku supaya aku dapat topup stok yang ada. Penghantaran stok akan dilakukan oleh aku ke gerai. Urusan transport di dalam perlulah di uruskan oleh partner aku.

Partner aku juga berhak untuk sama ada mengupah orang dengan apa yang didapatnya ataupun buat sharing dengan kawan-kawannya. Tapi urusan pengupahan adalah dibawah tanggungan partner aku (part ni masih boleh nego lagi). Selain dari itu, partner aku tu berhak untuk menambah jualannya (selain dari air, sekiranya dia ingin meniaga makanan tiada halangan dari pihak aku).

Kehilangan stok perlulah ditanggung oleh parner aku (part ni pun boleh nego lagi). Stok yang hilang akan dikira sebagai jualan. Stok yang tidak habis akan aku ambil kembali (harap-harap pengurusan stok yang bagus sehingga tiada lebihan). Selain itu, aku berharap agar meja disediakan oleh pihak universiti, sekiranya tiada, partner aku perlulah menguruskan meja dan kerusi jualan (part ni pun boleh nego jugak).

Aku plan nak buka dua gerai, satu di tapak pesta dan satu lagi berdekatan dengan dewan konvo sekiranya boleh. Aku akan sediakan duit kecil untuk duit tukar. Erk, apa lagi yea yang aku tak cover dalam ni?

Untuk konvo UPM, seorang sahabat aku akan cuba untuk bertanya kenalannya bagaimana untuk mendapatkan tapak dan syarat2 nya. Tapi partner aku pun digalakkan untuk bertanya. Owh, ini hanyalah antara isi kandungan syarat2 awal, subject to negotiation. Sila email saya di grunge4u78@gmail.com untuk perbincangan lanjut.

WHaT THe FuCK

Aku terpanggil untuk menulis entry ni sebab aku rasa macam sedikit bengang la juga. Aku tak tahu la motif dia ni dan apa tujuan dia (mungkin mencari publisiti). Aku tak faham kenapa perlu membuatkan diri dia sebagai satu watak, seolah-olah manusia yang paling perfect dalam dunia ni. Yea, aku pernah kenal dengan dia secara life, tapi masa aku kenal dia dulu, dia tak la menunjukkan belang dia yang sebenar.

WTF nak komen perihal, watak dan penulisan orang? Adakah kau tersangatlah perfect? Kalau kau perfect, tak la suatu masa dahulu menjadi seorang penganggur terhormat (adakah masih lagi bergelar penganggur)? Huh, aku dah bosan dah dengan perangai kau tu. Perasan sebagai wanita melayu terakhir yang disukai dan digilai ramai, padahal, aku rasa, tak siapa nak kan kau kalau dah berjumpa dengan kau. Mungkin orang akan terkeliru dengan sikap pura-pura baik kau itu, tapi aku, cukuplah.

Di kesempatan ini, aku nak bagitau dekat kau, mulai hari ni, 2 Ogos 2009, aku tak kenal ko. Maybe ni yang terbaik. Ialah, kau kan perfect gila, aku tak boleh kawan dengan orang perfect macam kau ni. Sebab aku rasa, I am much more better than you. You sucks.

P/S: Sila abaikan perkataan-perkataan mencarut aku di atas. Entry ini ditujukan kepada orang yang tidak akan baca blog ini. Aku tulis entry ni sebab aku dah geram. Sekian terima kasih.

PeLuaNG PeRNiaGaaN 1

Kali ni aku nak bercerita tentang satu peluang yang aku buka kepada pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS yang berada di seluruh Malaysia. Okies, aku kira, pesta konvo kalian pasti akan menjelma tidak lama lagi. So, masa nilah yang korang paut rebut peluang untuk tambah pendapatan korang. Apakah jenis perniagaan yang aku nak suggest dekat korang. Jual bunga? Memang tak dinafikan yang menjual bunga pada hari konvo dapat menjana pendapatan yang banyak. Berlipat kali ganda. Tapi, kebiasaannya, untuk mendapat supply bunga dari Cameroon pada waktu tersebut adalah amat sukar. Menjual bunga juga memerlukan kemahiran seperti gubahan dan membalut. Agak lah sukar juga pada mereka yang tidak mempunyai kreativiti.

Okies, tak perlulah berteka-teki sebab ni bukan teka-teki pun. Apa yang aku nak suggest korang ialah untuk mendapatkan petak jualan untuk berniaga air tin dan air mineral. Owh, memang ramai yang akan membuat benda ni sebab benda ni senang dan untungnya tak kurang banyak juga untungnya. Aku ada mendapat persoalan sebegini bila aku beri cadangan ni dekat beberapa orang kawan aku.

1. Mana ada masa. Dengan kelas lah, assignmentlah.

Biasanya masa ni, kelas akan berkurangan. Walaupun ada kelas, masih boleh mengajak atau mengupah rakan-rakan untuk untuk menjaga gerai tersebut.

2. Mana nak dapatkan modal.

Part ni korang boleh bincang dengan aku. Hehehehe. Sebenarnya, aku nak buat benda ni. Percubaan secara kecil-kecilan. Caranya senang, korang tak perlu keluar modal untuk setiap air tin, kotak mahupun mineral. Aku akan supply dekat korang barang-barang ni. Untung dari benda ni, kita bahagi 50-50. Syarat-syarat lain, kita boleh jumpa dan bincang. Tapi aku percaya, tak mustahil untuk sepanjang konvo, boleh dapat untung dalam ratusan ringgit tak pun ribuan (perghhhh, cita-cita tinggi siut).

Jadi, ada sesapa yang berminat? Aku tahu, ramai follower dan blogger adalah penuntut di IPTA dan IPTS. Zanetti Be, UPM punya konvo bulan depan, kalau berminat, boleh email aku. Ohh, konsep perniagaan di atas adalah secara part time, usaha sama dan kepercayaan. Aku tengah cuba untuk merisikokan diri aku sedikit dengan buat announcement macam ni dalam blog aku. Tapi, still aku akan jumpa untuk process screening and selection lah. Owh, akan datang mungkin akan ada lagi peluang berniaga dengan aku. Nantikan entry yang akan datang yea.

P/S: Entry ini adalah satu percubaan untuk menceburi bidang perniagaan. Ia adalah satu buah fikiran yang boleh diketengahkan sekiranya ada yang berani mencuba.

eCoNoMiC iN ouR LiFe

I am stuck. Can someone help me? I couldn't proceed with my current life. Need an escape route ("I need an exit," as what Neo - Matrix will said). Can someone show me the exit way? Show the path I should follow? What am I doing grumbling to all of you? I complaint, complaint and keep on complaining to all of you. Why? Because I know, all of you care. Really care about me although we never meet.

It is tough for me. As life is either or. You might have one thing but you might not have the other one. Who said Economic does not applicable in life? As the principles of Economic thought us of scarcity of resources. Life is full of shortage. You wont have the total 24 hours of time for yourself although you would love to have it for your own. You wont have all the money you wanted to although you work like hell. This is the reality of life.

Who said that opportunity cost not applicable in life? I will strongly disagreed with that. Life is full with choice. You can have luxury in life, but will the luxury provided you with comfort (sometimes or most of the times they do)? You might have an healthy life but would it guaranted you that you will have enough money?

If given the opportunity, I would like to have time to spend for my self. Would like a ot of things. But it would be near to impossible to have all the things in life. Because of the limited resources and because Allah is fair. Therefore, please don't get influence by the advertisement by Nike (is it Nike or Adidas?) whereby "Impossible Is Nothing". Ops, here I go again, being negative.

I think, this entry does not really open ups mind. I wish I can write more entry that can stimulate our brain to think. By the way, Innz, maybe you can use some of the things in this entry to better understand your Economic subject.

P/S: This is not a schedule entry. Thanks, for encouraging me to write offently. I am really flattened.

DeaR You - THe eND oF No BeGiNNiNGS

Dear you,
Thanks for telling the truth,
Clearing everything up for me,
Before I drown,
In my own feelings for you.

Dear you,
Please don't say that you are sorry,
As if this is your fault,
You didn't do any wrong,
As you have the right to choose,
So do I,
The wrong is all mine,
For having the feeling towards you.

Dear you,
I will gap myself from you,
To make sure I can dump this feeling,
Far away,
And come back as friend,
Like you wanted to.

Dear you,
Take care.

P/S: Mood jiwang. Still alive. Life goes on.

aDaKaH aKu NeGaTiF ThiNKeR?

Hmmmm. Sebenarnya aku dah banyak kali tanya soalan. Ramai yang bila aku Tanya soalan-soalan ni, akan menyatakan aku ni seorang yang negative pemikirannya. Betul ke aku ni seorang yang berfikiran negative? Tapi aku plak kekadang rasa, apa yang aku fikirkan bukanlah negative, tapi sesuatu yang aku rasa perlu difikirkan. Erk, cemana nak explain ek kerana perkara ni agak susah untuk di explain. Okies, aku kasi contoh dan korang nilaikan sendiri, sama ada negative ke aku ni.

Contoh 1

“Aku rasa nak berhenti kerjalah. Nak bukak business aku sendiri. Aku ingat nak bukak kedai dobi.” Kata Jasin kepada ku. “Kau dah habis fakir ke? Mana kau nak dapat modal? Macam mana strategi ko nak dapatkan pelanggan nanti? Cemana kau nak survive untuk tahun pertama perniagaan kau? Kalau ikutkan, kau ni skang dah banyak komitmen, dengan hutang study, hutang rumah, hutang kereta dan anak-anak kau lagi. Kan ke dah bagus kerja kau sekarang ni.” Aku memberikan pendapat ku kepada Jasin. “Hmmmm, aku dah penat kerja dengan orang. Bukan ke 9 dari 10 pintu rezeki tu dating dari berniaga? Lagipun, dimana ada kemuhuan, disitu ada jalan.

Contoh 2

“Datuk, saya rasa figure yang diberikan Datuk agak optimis. Kita ni masih baru dalam bidang pendidikan swasta ni. Takkan dalam tahun pertama Datuk nak saya buat unjuran Sales sehingga 4 juta dan PBIT sehingga 1.7 juta. Agak mustahil kita nak capai jumlah ni Datuk.” Aku menyatakan pendapat aku setelah menyediakan budget tahun ini menggunakan data-data yang diberikan oleh Datuk. “Majid, saya rasa tiada apa yang mustahil dalam hal ini. Kita mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia. Pengetua setiap cawangan telah membuat budget dan forecast mereka masing-masing. Kalau setiap cawangan boleh mendapatkan 100 student satu intake, dua intake dah 200 dan 10 cawangan dah mencapai 2,000 student. Kalau kita charge satu student dengan yuran semester sebanyak RM 2,000, saya rasa jumlah yang kita sasarkan tu tidak mustahil.” Datuk dengan confident berkata kepada aku. “Datuk, adakah nama kita sudah cukup dikenali untuk dapatkan jumlah tersebut?” Kataku kembali. “Majid, kita kena yakin dan berfikiran positif. Dahlah, kamu buat jer budget tu untuk kita present dekat group management meeting minggu depan. Saya tak nak dengar apa-apa lagi dah.” Datuk memberikan arahan kepada ku sekaligus mengakhiri perbincangan.

Contoh 3

“Roy, awek sekelas dengan kau tu kau tolong kim salam dekat dia nanti boleh?” Aku memulakan bicara petang di Café Up10. “Aler Majid, tak gentle la aku yang kirim salam. Kau tegur dan kirim salam la dekat dia sendiri. Baru la nampak macho.” Kata Roy cuba membakar semangatku. “Aku bukan apa Roy, aku segan ar nak kenalan dan tegur dia. Dia tu dah ler gojes, cun plak tu. Pujaan ramai tu. Bukan kata batch kita, senior dengan junior pun sibuk duk usha. Aku dah la tak hensem, macho sket jer.” Aku mengakhirkan ayat ku kepada Roy dengan ketawa kecil (Kerana ayat akhir tak boleh blah). “Majid, belum cuba belum tahu Majid. Cuba ko positif sikit.” Roy berkata seolah malas melayan aku yang sering bercerita topic yang sama tiap kali lepak dengan dia.

Contoh 4

“Majid, aku ada bisnes baiknya nak ajak kau ni.” Saiful berkata kepadaku sambil membuka beg bimbit yang dibawanya sambil mengeluarkan folder berwarna pink. “Apa dia?” Aku bertanya dengan nada yang malas. Bukan apa, aku dah dengar dari rakan-rakan sekuliah yang Saiful ni ejen MLM. “Ni, aku nak ajak kau join XYZ ni. Ko kosongkan otak kau dulu dari benda-benda MLM yang kau tau sebelum ni. Sebab apa yang aku nak perkenalkan ni bukan MLM biasa, ni satu konsep baru ni. Konsep mengguna sambil dapat duit. Cuba kau fakir, kalau kau guna sabun atau syampu yang kau beli dekat Giant, ada kau dapat duit? Di syarikat ni, tiap barang yang kau beli, kau akan dapat balik pulangan nya.” Terang Saiful dengan panjang lebar. “Erk, tapi cemana company tu untung kalau dia buat macam tu? Aku tak faham. Macam menipu jer. Katakanlah, kalau aku orang terakhir buat benda ni, tak ada orang lagi lepas aku, cemana aku nak promo benda ni. Bukan ke macam aku dah tertipu jer?” Aku membalas kata-kata dari Saiful tadi.

Okies, dari empat contoh di atas, korang rasa aku ni seorang yang berfikiran negartif ke? Sebab aku lebih rasa aku ni seorang yang takut dengan risiko. Aku lebih memikirkan kejadian-kejadian yang mungkin bakal terjadi dan bagaimana untuk hadapinya. Maybe little bit negative. Tapi secara keseluruhannya, aku rasa, aku ni berfikir lebih kepada seorang Financial Controller (perasan sekejap). Apa plak pendapat korang yea?

PaTuTKaH?

Semalam aku pergi ke kenduri kahwin sepupu aku. Kenduri dia, aku rasa dah boleh masuk Nona dah. Buat dekat Taman Tasik dekat Shah Alam. Tapi aku bukan nak citer pasal kenduri atau majlis kahwin tu. Aku nak citer pasal adik ipar aku.

Hmmmmm, aku rasa korang tau kan aku ada adik perempuan yang baru masuk UITM Sri Iskandar. Oleh kerana dekat UITM Sri Iskandar tuh ada 10 orang yang disyaki terkena virus H1N1. Kebetulan pulak, lepas adik aku balik, dia mengalami demam sedikit. Oleh kerana yang sedemikian, adik lelaki aku dan familynya, tidak jadi hendak ke rumah aku kerana khuatir akan virus H1N1. Kena pula anak adik aku yang berusia kurang setahun baru jer pulih dari demam. Jadi, adik ipar aku pun, yang terlalu cuak dengan H1N1, mengambil keputusan untuk pergi ke kenduri itu dengan sendiri dan tidak konvoi bersama aku dan family aku yang lain.

Okies, kami sampai dahulu di kenduri tu. Aku, dengan adik-adik aku pun makan dan selesai makan, adik aku yang sudah berkeluarga tu pun sampai. Adik perempuan ku, mungkin kerana terasa hati dengan adik ipar ku, menjauhkan diri dari adik ipar ku dan anak-anak buah aku. Aku plak, mengambil anak-anak buah aku, lepas sorang sorang lagi, mendukung dan bermain dengan mereka (untuk pengetahuan korang, aku sudah punya dua anak buah, sorang lelaki dan seorang perempuan). Semasa aku mendukung anak buah aku, adik ipar aku boleh berkata dengan nada perlahan (mungkin kerana tidak mahu adik perempuan aku mendengar walaupun dia tidak berada berhampiran), "Jangan bawak budak-budak tu dekat dengan kakak." Ya Allah, punya lah cuak adik ipar aku ni. Aku terasa dengan apa yang dia cakap, walaupun dia mungkn bermaksud baik. Tapi pada aku, ianya keterlaluan.

Aku kesian tengok adik perempuan aku tu. Mana taknya, dia memang terasa dengan adik ipar aku tu. Dia menjauhkan diri, langsung tak pergi dekat adik ipar aku mahupun anak-anak buah aku. Padahal, kalau anak-anak buah datang rumah mak aku, dialah yang rajin melayan. Hmmmm, apa perlu aku buat? Aku memilih untuk berbuat apa-apa.

Pada pendapat korang, patut ke apa yang dia buat? As for me, aku rasa to much la. Kalau dia takut sangat, dia tak patut pergi kenduri, kerana situ kan ramai orang. Lagi satu yang aku pelik, dia boleh je g kerja naik Putra dengan adik aku tanpa pakai mask. Kalau ikutkan takut, patut pakai mask dah. Hmmmmmm. Kesian adik perempuan aku tu.

DeaR You

Dear you,
I know that you hate me so much,
You hate the way I nag at you,
You hate the way I treat you,
You hate cause I always tease you,
Don’t you know?
I do this to catch your attention,
To make you remember me,
Cause I do like you.

Dear you,
Although we are far,
Although we never meet,
Although there were gap between us,
Please remember that I do care and love you.

Dear you,
If tomorrow you didn’t hear anything from me,
It is not because my love has fade,
It is not because I found someone new,
But just because,
I love you so much,
I couldn’t think of hurting you,
Or make you sad,
Far away from making you cry,

Dear you,
For all I know,
I will go,
Just to make you happy,
Just to make you smile,
Just to see the sparkle in your eyes,
Cause for me,
You is all that matter.

SuDaH NaSiBKu

Ani seorang gadis kampung yang tidak pernah ke Bandar seumur hidupnya. Dia telah mendapat keputusan SPM yang agak memberangsangkan dan telah diterima masuk ke sebuah IPTA tersohor di ibu negara. Dia sungguh gembira dan tidak sabar menanti detik kemasukannya.

Ibu Ani, Mak Jah berasa risau dengan keberangkatan Ani ke IPTA tu. Dalam hatinya terdetik, owh, macam mana lah agaknya keadaan anak aku nanti. Ke Bandar pun dia tak pernah, inikan pula hendak ke kota metropolitan yang penuh dugaan dan cabaran. Di ceritakan kebimbangan nya kepada suaminya, Pak Haji Daud. Haji Daud tersenyum lalu berkata, “Jah, anak kita dah besar. Pandailah dia menyesuaikan dirinya di sana nanti. Lagipun anak kita ni pandai jaga diri.”

Masuk bulan ni dah tiga bulan Ani menjejakkan kaki di ibu kota. Macam-macam perkara baru yang Ani telah pelajari dan kenal. Kena pula roommatenya, Edriana merupakan anak jati kota metropolitan ini. Ani telah diperkenalkan dengan Cineplex, makanan segera, shopping mall dan shopping. Malah tidak ketinggalan kehidupan malam di kota ini.

“Ani, malam ni aku nak bawak ko enjoy dekat disko. Ko nak pergi tak?” Tanya Edriana kepada Ani. “Disko tu apa Ed?” Tanya Ani pula. “Kau siap ajer la Ani, pakai seksi-seksi sikit. Baju yang kita beli dekat MidValley hari tu pun ko tak pakai lagikan?” sambung Edriana. Ani mula terbayang baju body hugging yang dibelinya tempoh hari bersama Edriana. Sebenarnya, dia agak menyesal membeli baju tu. Kerana setelah dicubanya, ternyata baju itu menyerlahkan tubuhnya yang montok lebih-lebih bahagian dadanya yang semakin membesar. Arghhhh, bila lagi aku nak mencuba kehidupan yang baru, lain dari kehidupan kampungku. Kata Ani didalam hati.

“Ani! Kenapa ko pakai tudung ni? Kita nak pergi disko lar, bukan nak pergi surau atau masjid dengar ceramah agama.” Kata Edriana dengan nada yang agak tinggi. “Erkkk, kena bukak ke Ed? Aku tak biasalah keluar tanpa tudung.” Jawab Ani. “Ani, ko pakai tudung memang lawa, tapi kalau kau tak pakai, aku jamin, ramai lelaki dekat disko tu akan tergila-gilakan kau. Tak pe Ani. Ramai jer yang bertudung semasa dalam kampus tapi bila mereka keluar dan pergi disko, mereka pakai lagi seksi dari ko. Spaghetti Stripe dan Thong lagi. Hahahahaha.” Ani terdiam. Dia tidak tahu apakah benda yang disebutkan oleh Edriana tadi. Hatinya masih lagi berbelah bahagi sama ada mahu membuka tudungnya atau tidak.

“Ed, aku rasa tak sedap badan la. Rasa macam pening dan nak muntah.” Ani memberitahu Edriana. “Aku rasa malam ni aku tak boleh ikut kau la.” Ani memberikan alas an. Sebabnya, dia tidak sanggup keluar di khalayak ramai tanpa memakai tudung. Dia masih ingat lagi pesan ayahnya yang juga Imam di kampungnya yang rambut tu merupakan aurat bagi wanita. “Kalau kau nak, kau boleh pakai baju aku Ed. Aku rasa baju yang aku beli hari tu, kecik sangat. Senak badan aku bila memakainya.” Sambung Ani sambil menghulurkan body huggingnya kepada Edriana. Edriana memandang Ani dengan nada sedikit terperanjat. Tak sangka, t-shirt body hugging jenama Guess yang Ani beli dengan harga RM300 tu hendak diberikan kepadanya. Sambil tersenyum Edriana berkata, “Kau betul nak kasi aku baju ni? Aku ni pantang benda-benda free, kena pulak Guess.” Dalam hati Ani, “Amiklah ko Ed, aku tak sepatutnya beli baju macam ni. Tapi disebabkan aku agak terpengaruh hari tu, aku beli. Cantik memang cantik, tapi aku tak sanggup fakir dosa-dosa yang bakal aku tanggung di akhirat kelak. Lagipun malu la nak pakai baju yang menampakkan tubuh badan. Tubuh badan aku ni, hanya untuk tatapan suami aku je.”

Pukul 10, Edriana dengan baju Guess barunya dan seluar jeans keluar dari bilik. Di bawah, boyfriendnya yang ke 10 menunggu didalam kereta Satria Neo. Ani hanya melihat dari tingkap bilik mereka. “Fuhh, nasib aku tak ikut. Ada lelaki rupanya. Selama ni, aku keluar pun dengan Ed dengan kawan-kawan perempuannya.” Detik hati Ani. Sejam kemudian, Ani pun tertidur. Dalam tidurnya Ani bermimpi yang dia dan Ed dalam kesusahan. Dikerumini lelaki lalu memperkosa mereka beramai-ramai. Ani terjaga. “Astaghafirullah Al Azim” ucap Ani. Ani melihat ke jam dindingnya. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Dilihat katil sebelahnya, masih tidak berpenghuni. Ani bangkit, pergi ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Dia kemudiannya melakukan solat Tahajud. Selesai memberi salam, handphone Nokia 3210 Ani berbunyi.

“Ani, kau kena tolong aku Ani. Aku di aniaya.” Sambil teresak-esak Edriana berkata. “Ko dekat mana ni Ed? Bagitau aku. Nanti aku pergi ambil kau. Cerita dekat aku apa yang terjadi?” bertalu-talu pertanyaan yang Ani hujankan kepada Edriana. Suara Edriana semakin kuat menangis. “Jumpa aku dekat Concorde Hotel sekarang juga. Aku tak boleh keluar dari sini.”

Setengah jam kemudian Ani pun sampai ke Concorde hotel dengan motosikal Comel nya. Ani mengeluarkan henset nya lalu mendail no telefon Edriana. “Ed, kau dekat mana skarang? Aku dah sampai ni.” Ani memberitahu Edriana. “Kau masuk Hard Rock Café. Kau cuba cari pintu belakang. Aku kena tahan dekat sini.” Edriana memberikan arahan kepada Ani.

Di pintu dapur Hard Rock Café. Ani melihat Edriana dengan nada sayu. “Ed, apa yang telah kau buat sampai jadi macam ni Ed?” Ani sedih melihat kawannya yang kusut masai, berserabut dengan baju basah dan kusut masai. “Ani……………. Aku kena tipu dengan boyfriend aku Ani. Dia ajak aku lepak Hard Rock, makan kemudian minum. Kemudian dia ajak kawan-kawan dia. Last-last, dia tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang. Waitress datang bawak bil, RM 600 tu. Mana la aku mampu bayar. Jadi, mereka terpaksa tahan aku dekat sini dan suruh aku cuci pinggan dan cawan.” Edriana menjawab sambil meraung.

PeRTaNiaN aDaLaH PeRNiaGaaN

Korang mesti dah biasa dengarkan perkara ni. Ialah, aku tengok dah banyak papan tanda dekat tepi jalan tulis benda ni. Kadang-kadang ada gak keluar iklan dekat TV dan radio (ada ke dekat radio?). Okies, sekarang ni, aku rasa ramai graduan yang tidak mempunyai pekerjaan. Bagi mereka-mereka yang mempunyai kampung halaman dan mempunyai tanah di kampung, aku nak sarankan lebih baik lah berbudi kepada tanah. Kepada mereka yang memang city boy macam aku (boy sangat la aku ni), apa yang korang boleh buat ialah, gunakanlah pasu bunga dan tanah sekangkang kera yang ada untuk bercucuk tanam.

Kenapa aku sarankan perkara ni? Ntahlah, aku dah rasa bosan dengan bekerja dengan orang. Tapi, aku sebagai seorang yang dibesarkan di bandar, tidak mempunyai asa pertanian dan penternakan (satu kerugian pada aku) dan penggeli pula orangnya. Tapi aku tetap bercita-cita untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan. Insya-Allah, sekiranya aku sudah punya modal.

Mungkin orang akan cakap, cakap senanglah, nak buat bukannya mudah. Mungkin juga yang akan berkata, penat-penat aku study, nak suruh aku kerja kebun jer. Ishhh, jangan cakap begitu. Kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Sekiranya korang rasa susah, korang boleh buat secara sambilan benda ni. Tak pun, korang carilah partner yang reti dan tahu mengenai benda-benda ni. Susah? Mana ada benda senang dalam hidup. Tapi, korang jangan risau, ada banyak agensi kerajaan yang sedia memberi khidmat nasihat untuk benda baik macam ni. Kalau korang rasa tak standard kerjakan kebun, korang tak perlu la pergi bercucuk tanam sendiri. Applikasikan apa yang dipelajari semasa study. Upah orang bekerja, maka dengan otomatiknya, korang akan menjadi seorang boss. So, berbaloi apa belajar dan jadi bos kepada company sendiri.

Just nak share info dengan korang (ini adalah fact yea). Industri asas tani adalah satu industri yang tidak terjejas teruk sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Sebab, walau apa pun terjadi, orang tetap perlu makan. Makanan adalah dari hasil titik peluh petani (iklan sebentar "sebutir nasi bagaikan setitik peluh petani" korang pernah tengok tak iklan ni?). Owh, lagi satu, nak share dengan korang, selain dari company yang berkaitan dengan oil and gas, agriculture company merupakan salah satu company yang memberikan bonus yang banyak kepada pekerja mereka (e.g. plantation company such as tradewind plantation, IOI plantation and so on). Stakat 5 bulan bonus tu, merupakan satu perkara biasa jer dekat company2 tu.

So base on that facts, korang dapat lihat betapa teguhnya industri pertanian ni kan. So, apa lagi semua, marilah kita start bercucuk tanam. Jadikan ianya satu hobi. Tanamkan minat, maka lihat dan nikmati hasilnya di masa depan.

P/S: Aku teringin punya kebun kelapa sawit dan menternak lembu. Insya-allah, akan aku usahakan dalam tempoh masa 10 tahun ni. Ada sesapa nak jadi rakan kongsi aku?

You BLoGGeRS RoCK

Usia aku sudah pun mencecah 31 tahun. Walaupun aku dah lama dalam dunia cyber ni (aku mula mengenali internet pada tahun 1995) aku masih dikategorikan sebagai seorang yang amat baru dalam berblogging. Okies, aku mahu cerita sedikit mengenai komuniti blog ni dari perspektif pandangan aku (so, kalau sesiapa tak setuju, boleh komen, sebab aku dah terang-terang katakana dari perspektif pandangan aku).

Aku berpendapat blogger yang betul-betul aktif ni mempunyai nilai kreatif. Aku rasa, dah sampai tahap seorang penulis dah. Bukan apa, korang perlu terima hakikat, untuk menulis memerlukan minda yang aktif. Bukan senang nak menulis. Tak percaya? Cuba korang fakir balik, berapa kali korang ubah entry sebab korang rasa tetiba takde idea? Berapa kali pula korang tak jadi tulis entry sebab kekeringan idea. Btw, korang tak rasa ke penulis-penulis blog yang mendapat banyak komen dalam penulisan mereka merupakan penulis yang hebat? Ni kerana mereka berjaya untuk menarik perhatian blogger lain untuk masuk ke blog mereka setiap hari, baca dan komen. Di sini, aku nak mention beberapa bloogger yang senantiasa mendapat perhatian dari blogger lain sebab gaya penulisannya (blogger lain ke atau hanya aku yang berpendapat begitu?).

1. MonkeyDLuffy – Seorang blogger yang aktif blogging. Dia ni kreatif. Ramai orang baca entry dia dan ternanti-nanti entry dia. Sebab entry dia agak lawak dan disebalik cerita tu, ada pengajarannya. Aku jeles dengan dia sebab dia ni ramai pengikut dan setiap entry dia, komen paling kurang 50. Giler siut. Aku Cuma baca dan tak berani nak komen.

2. Mamai – Penulisannya membuatkan kita berfikir. Kerana banyak maksud tersurat. Lebih-lebih lagi bila baca puisinya. Perkataan yang dia guna agak kasar, tapi bukan niat untuk menyinggung, tapi untuk menyedarkan orang je.

3. Badek Gonzales – Penulisannya persis seorang yang berumur, padahal dia hanya seorang pelajar lagi. Ternyata, usia tak melambangkan kematangan. Lagi satu, penulisannya agak radikal, seradikal pemikirannya (aku rasalah).

4. Anaklaut – Blog seorang cikgu. Penulisan agak versatile. Aku tertarik dengan entry-entry sejarah dalam blog dia ni. Banyak juga aku belajar pasal sejarah negara dalam blog dia. Selain tu, anaklaut juga menyajikan entry puisi dan pengalaman hidup.

5. @xim – Kalau korang nak tau, dari blogger ni lah aku belajar amik gambar makanan. Same profession as me, so dia pun banyak traveling. Kalau korang bukak blog dia, korang pasti akan terliur dan rasa lapar, walaupun baru lepas makan. Pada aku, kalau di tanya sapakah paling sesuai untuk menggantikan Maria Tunku Sabri sebagai pengacara Jalan_jalan Cari Makan, aku akan cakap mamat ni la. Lagi satu, dia memang pandai amik gambar makanan dari segi pelbagai angle.

Owh, pada korang yang aku tak tulis mengenai blog korang, bukan bermakna blog korang tak menarik ok. Cuma aku ari ni rasa nak mention nama 5 orang ni (kalau aku mention semua karang, panjang gila jadinya entry aku ni). Pada aku, korang semua adalah penulis yang bagus dan kreatif. Dan aku skarang, sangat kagum dengan komuniti alam cyber yang digelar BLOGGER.

THiS iS ouR CiTY

This is our city,
Full of greed,
Where the poor become rich,
And the rich become poor,
In a second,
In a very amusing way.

This is our city,
Whereby the demons are the angel,
And the angel,
Has not survive the illness,
Flown away and die,
Or become demons themselves.

This is our city,
We plant a bricks in every angle,
We change the colors,
From green to brown,
We change the blue sky,
To our favorite dark grey color.

This is our city,
Full of sins,
Full of sinners,
Full of pathetic,
Full of drama,
Full of lies,
Full with pain,
Full with cries.

This is our city,
Our beloved city.

P/S: Entry ini tiada kena mengena dengan seorang blogger yang menggunakan nama BlueCity.

PeRSoaLaN

Aku sebenarnya kurang sikit bab hal hukum hakam agama ni. Sebab tu aku nak tulis something yang telah bermain-main di benak aku. Sejak akhir-akhir ni persoalan ni amat kerap berlegar-legar di kepala aku. Aku pernah mengutarakan benda ni dekat Rhapsody Lin, dia minta aku tanya orang yang arif dalam hal agama mengenai hal ni. Ada sesapa yang arif?

Okies, persoalan aku. Korang tau kan aku kerja di sebuah pasaraya besar. Konpim-konpim, dekat pasaraya besar tu, ada jual minuman alkohol. Beer, wine and liquor. pasaraya tu juga ada non-halal section jual daging kerbau pendek (lalalalala, harap korang tau). Persoalan utama skarang, adakah halal duit gaji aku tu dan bersihkah pendapatan aku dengan aku tahu, yang company aku tu jual benda-benda HARAM.

Ada seorang pekerja sebuah cawangan pasaraya aku pernah cakap. "Kita niat jer keuntungan dari hasil jualan minuman alkohol dan daging ehem ehem tu, kita fikir untuk bayar gaji dan bonus untuk pekerja non-muslim (dialog sebenarnya, untung barang2 macam tu bayar gaji dan bonus Store Manager - non-muslim). Boleh ker fikir dan niat begitu?

Aku dah makin berat memikirkan mengenai perkara ni. Aku nak blah dari company aku, tapi masih tiada tempat mahu ambil aku bekerja. Adakah aku akan stick dekat sini selama-lamanya? Arghhhhhhhhhhhhhhh, pening wooooooo.

KeNaNGaN SeMaLaM (TaJuK TaK aDa KeNa-MeNGeNa)

Assalamualaikum pembaca budiman (perghhhh, first time kasi salam untuk pembukaan entry). Korang pernah tak merasa diri korang bagus? Atau dengan kata yang lebih lembut dan sopan, bangga dengan keadaan korang sekarang? Aku rasa, pasti korang ada tak banyak, sikit perasaan sebegitu. Mesti korang rasa bagus sebab:

1. Korang merupakan seorang pelajar cemerlang semasa sekolah.
2. Korang dapat masuk MRSM dan SBP semasa sekolah menengah.
3. Korang dapat result yang bagus untuk SPM korang.
4. Korang dapat further study dekat IPTA.
5. Result setiap sem dekat Uni gempak gila.

Pernah tak korang rasa korang lagi best dari anak-anak jiran, cousin-cousin korang mahupun anak-anak kawan ibu bapa korang? Salah ke perasaan yang ada ni? Aku pun tak tau nak cakap perasaan ni salah ke atau tak. Cuma yang aku tahu, perasaan bangga dan bagus ni boleh menimbulkan rasa riak, tinggi diri, bongkak dan takbur.

Cuba korang letak diri pada mereka yang tidak mendapat apa yang korang dapat. Tentu akan rasa tekanankan dengan keadaan tu. Kena pula dibanding-bandingkan dengan orang lain. Perghhhh, silap-silap, leh jadi tekanan jiwa (maklumlah, jiwa remaja ni jiwa yang memberontak). Erk, maaf, entry ni bukan nak menyinggung sesiapa yea, tapi cuma nak share apa yang aku pernah lalui masa aku muda remaja dulu.

Aku bukan seorang pelajar yang cemerlang. Boleh dikatakan, aku cumalah an average Joe (aku rasa untill now I consider myself as an average Joe, walaupun Joe bukan nama sebenar aku..........wakakaka, gelak la aku buat lawak ni). Dah lah bukan pelajar cemerlang, aku dikategorikan agak nakal oleh mak aku, dan sekaligus pakcik makcik, nenek, nenek saudara dan atuk saudara aku.

Ialah, aku suka kuar melepak di kedai mamak masa sekolah menengah dulu. Lepak sampai malam dan hisap rokok. Mak ayah aku selalu compare aku dengan kawan-kawan sebaya aku (jiran aku) dan sepupu aku. Maklumlah, mereka semua SBP dan MRSM, aku sekolah harian biasa jer.

Dapat result SPM, aku call mak aku. Mak aku aku bersyukur aku lulus. Wahhhhh, aku lebih dari lulus la mak. Mungkin sebab perangai aku, mak aku sampai berfikir begitu. Event ada sorang pakcik aku leh keluar statement "Alhamdulillah, dapat juga dia lulus SPM". Adeh, satu tamparan pada aku. Buat makluman korang semua, aku lulus SPM dengan agregate 25 (gila tak pandai aku ni), kira pangkat dua lar.

Aku bersyukur, kerana Allah masih mahu aku meneruskan pengajianku. Aku diterima masuk untuk program ke Australia tajaan MARA (aku rasa bangga gak, SPM gred 2, agregate 25 dapat apply). Dari situ aku berubah. Berubah sebab:

1. Ada orang yang punya result lagi baik dari aku tapi kerana kesilapan memilih semasa mengisis borang UPU, tidak dapat tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka. Jadi aku perlu gunakan peluang yang Allah berikan ni sebaik mungkin.

2. Aku dah bosan dengan perspektif orang terhadapku. Aku nak buktkan, aku bukannya teruk sangat. Aku cuma nakal sikit jer.

Alhamdulillah, skarang, aku mempunyai pekerjaan tetap yang agak best (best ke?). Mampu membeli sebuah apartment, punyai saving, punai kereta (walaupun hanya Kelisa) dan mampu membantu ibu bapa ku.

Erk, aku bangga dengan diri aku. Kenapa aku bangga? Sebab semua ni aku capai dengan hasil usahaku. Aku tak pernah guna know who untuk dapatkan apa yang aku ada skang. Maaf, aku bukan nak riak disini. Aku masih seorang yang kerdil dan belum berjaya kalau dibandingkan dengan orang lain (kawan-kawan aku banyak yang lagi best dari aku), tapi aku akan terus berusaha.

Aku tidak akan berlagak dan riak depan mereka yang tidak berlagak dan riak, tapi kalau orang yang berlagak, maka aku akan jadi lebih berlagak depan mereka. Bukan apa, aku cuma nak tell them, there are people who are much better than you. I am one of them. Erk, aku rasa, entry aku ni dah lari tajuk. Owh, aku pun tak tahu nak beri tajuk apa entry aku ni.

P/S: Aku bukan ingin berlagak, cuma ingin berkongsi. Sekiranya ada yang terasa dengan entry ini, aku minta maaf.