TRoLaKiaNS BaTCH 1997

Masih teringat waktu bersama kalian,
Waktu kita di pengajian,
Malam Jumaat dah sibuk pergi rumah Encik Ali,
Minta tandatangan kad untuk keluar keesokan hari,
Hari Sabtu berebut nak bangun pagi,
Breakfast dekat Trolak Utara menunya nasi,
Semua orang berebut handak pergi,
Mana taknya,
1997 masih dapat nasi lemak tiga kupang
Hari minggu kita habiskan masa ke pasar pagi,
Beli kebab dan air,
Makan di stesen keretapi,
Tengah hari lepak di Bidor,
Main snooker dan makan KFC,
Cukup time kita kembali,
Ke hostel yang kita cintai.


Kepada sahabat-sahabat MSM Trolak intake 1997, masih ingatkah kalian semua dengan kenangan ini?

BaPaK ToYoL

Kes 2:

Didalam sebuah jamban, seorang budak lelaki dengan khusyuk membelek nota. Membaca sambil mulut terkumat-kamit. Lepas satu, satu mukasurat dibelek budak lelaki itu.

Diluar jamban tersebut. Seorang lelaki pertengahan usia melihat jam tangannya. “Budak ni berak batu apa, dah dekat 20 minit dalam tandas ni” bisik lelaki itu di dalam hati.

Budak lelaki itu mengoyakkan notanya dengan halus, membuang nota tersebut didalam mangkuk tandas dan memflush jamban tersebut. Paip air dibuka seolah-olah mencuci sesuatu.

Lelaki di luar tadi mengetuk pintu jamban, “Awak ni buang air besar ke awak buat apa didalam tu?” Budak lelaki, menutup air paip, memandang mangkuk jamban untuk melihat sama ada masih ada sisa kertas ataupun tidak. Kemudian budak lelaki itu membuka pintu tandas sambil tersengih dan berkata kepada lelaki itu, “Maaf encik, saya sakit perut sangat-sangat tadi. Malam tadi salah makan kut”.

Lelaki tadi kemudian memeriksa tandas itu dan kemudian mengiringi budak itu keluar ke dewan peperiksaan sehingga ke majanya.

Budak lelaki itu berkata didalam hati, “Pergh, nasib baik semalam aku buat nota pasal elasticity dengan marginal rate of return. Dapat aku jawab dua soalan essay ni. Masa pun ada sejam setengah ni untuk Managerial Economic.


Lagi satu kisah aku semasa berada di sebuah IPTS tempatan. Nasib baik aku tak kantoi, kalau tak, memang kena gantung aku. ;)

KeLiRu

Kita semakin keliru,
Perkara remeh diperbesarkan,
Perkara besar diperemehkan,
Kita keliru,
Kerana sering dikelirukan si keliru,
Si keliru yang mencari ilmu separuh jalan,
Membuatkan banyak yang sikeliru tidak faham,
Lalu keliru,
Mana yang benar,
Mana yang tidak,
Lalu si keliru mula mengelirukan orang lain,
Dengan pendapatnya yang keliru.


Ini adalah petikan dari sms seorang kawan aku. Aku rasa it is nice, so aku olah sedikit (teramat minima) dan menjadikan sebuah poem untuk blog aku. Tapi sebenarnya, aku pun keliru dengan poem ini. ;)

BuDaK KeCiK YaNG PaNDai (TaK PaNDai MaNa PuN)

Ada seorang budak perempuan. Dia merupakan seorang yang sangat bijak (pada hemat dirinya lah). Pada dirinya, apa yang difikirkannya betul. Orang lain tak boleh berkata kepadanya, sebab orang lain tu pada dirinya, tersangatlah dungu, tak sepandai dirinya dan tak punyai pengalaman seperti dia. Pada suatu hari, ada seorang budak lelaki, yang telah berjaya menarik perhatian dia. Budak perempuan ni pun, berkawanlah dengan budak lelaki ni. Sama gah, sama hebat dan yang paling penting, sama pandai. Sampailah suatu hari, budak perempuan ni dapat tahu, budak laki ni, bukan bagus mana pun. Tapi sebab budak laki ni lagi pandai dari budak perempuan ni, dia dah pun tinggalkan budak perempuan ni dulu. Budak perempuan yang genuis ni, punyalah tak puas hati, mulalah rasa diri ditipu (pelik, kalau pandai sangat kenapa leh kena tipu?). Maka meroyan lah budak perempuan ni.

Tapi dalam keadaan meroyan dia, dia still rasa dia ni lagi bagus dari orang lain (masih rasa diri punyai pengalaman yang banyak). Lalu, mereka-mereka yang dewasa, yang melihat budak perempuan ni meroyan, maka lalu jatuh kasihan. Tapi apabila melihat gelagat dan perangai budak ni, maka perasaan simpati tu pun berubah menjadi geli geleman, jijik dan meluat. Mana taknya, budak yang baru darjah enam, dengan yakinnya boleh menasihatkan seorang doktor, yang cuba merawat penyakit meroyannya tu. Boleh dikatakan doktor yang sudah mempunyai banyak pengalaman merawat pesakit tu salah. Sedangkan, budak kecil genius tu, tak pernah amik kursus doktor dan tak pernah praktikkan ilmu kedoktoran mahupun perbomohan.

P/S: Moral of the story, jangan berlagak pandai bila kurang ilmu dan pengalaman.

BaPaK ToYoL

Kes 1:

Sehari sebelum kertas World Civilization. Seorang budak lelaki sedang duduk di perpustakaan sambil membelek nota Tamadun Awal Mesopotamia. Budak lelaki tersebut sedang tekun menulis sesuatu di atas sehelai kertas A4 yang telah dilipat dua. Dengan tulisan yang kecil, budak tersebut dengan tekun menyalin kembali nota dihadapannya tanpa mempedulikan orang yang semakin ramai mengunjungi perpustakaan.

Jam 8, keesokan harinya. “Kesemua pelajar yang mengambil mata pelajaran World Civilization, sila masuk ke dewan peperiksaan sekarang. Pelajar-pelajar berpusu masuk ke tingkat empat perpustakaan. Budak lelaki (yang semalam menghabiskan masa menelaah di perpustakaan) masuk dengan tenang dan duduk berhampiran dengan kawan-kawannya. “Anda boleh membuka kertas peperiksaan anda semalam”. Budak lelaki tersebut membuka kertas, tersenyum dan terus menulis kerangka di kertas soalan tersebut. Selepas 30 minit, budak tersebut mula menulis di kertas jawapan. Cyber yang duduk disebelah budak tu, rasa takjub dengan kelancaran penulisan budak tersebut. Gila power Majid (budak lelaki itu, bukan nama sebenar) ni (detik hati Cyber). Mesti soalan yang dia target keluar.

“Masa tinggal satu jam sahaja lagi.” Cyber masih lagi terkial-kial menjawab soalan. Majid memandang Cyber, dan tanya, “Pstt, kau boleh jawab tak Cyber?”. Cyber menggeleng kepala tanda tak boleh. Majid pandang kiri, pandang kanan. Pemeriksa sedang sibuk mengagihkan kertas jawapan. Majid mengambil kertas soalan Cyber dan menggantikan dengan kertas soalannya. Cyber terdiam, tapi tanpa soal, terus membaca kerangka kertas soalan itu.

“Masa sudah tamat.” Kertas jawapan pun diambil kembali oleh pemeriksa. Majid dan Cyber berjalan keluar beriringan. “Gila power ko Majid, semua soalan ko spot keluar.” Kata Cyber kepada Majid. Majid tersenyum dan berkata, “Nasib baik jer, semua benda yang aku belajar semalam dekat library, keluar.”


Ini adalah antara kisah yang aku alami semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Negara ini. Aku rasa, tak lengkap hidup sebagai pelajar kalau tak menirukan. :P