uPDaTe SeDiKiT

Dekat 2 minggu aku tak update blog. Mungkin ramai yang ingat aku dah berhenti menulis balik. Macam biasa, naik cuti Raya, aku kena pergi outstation selama 2 minggu. Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di rumah. Masih kepenatan, tapi nak buat macam mana, kerja perlu untuk menampung hidup. Bak kata member-member aku, kita bekerja ni untuk Bank. Mana taknya, hutang Bank melambak. Hutang kereta, rumah, credit card dan lain-lain lagi. Jadi kepada pelajar-pelajar semua, aku nasihatkan janganlah fikir kerja merupakan perkara yang mudah. Memang betul, cukup bulan je dapat gaji, tapi gaji kerja sebulan tu, dalam masa sehari boleh habis. Dapat gaji 28hb, hari tu juga boleh nampak akaun bank hampir sifar. Aku tengah fikir nak buat contest lagi dekat blog ni. Aku akan umumkan contest tu dalam masa yang terdekat. Btw, kepada pemenang contest aku dulu yang masih belum menuntut hadiah mereka, boleh e-mail kepada aku. Aku rasa masih ada yang belum lagi menuntut hadiah mereka. Contest kali ni aku harap akan memberi manafaat kepada mereka-mereka yang memasukinya. Jadi kepada mereka yang berminat, just tunggu akan pengumuman contest aku ni. Aku lupa kita masih di ambang Raya. Maaf kepada mereka yang menjemputku ke rumah tapi aku tak dapat hadir, jadual kerja luar menyebabkan aku tidak dapat hadir. Maaf juga masih belum sempat membuat rumah terbuka. Harap suatu hari nanti aku akan dapat membuatnya.

P/S: Maaf masih belum jumpa topik menarik untuk ditulis.

4 Response to "uPDaTe SeDiKiT"

  1. Masy says:
    October 4, 2010 at 3:20 PM

    1st~!!!!

    entah kenapa perut aku terasa gatal seraya mahu ketawa sekuatnya tatkala membaca bait-bait terakhir dalam entry kau kali ni. mengapakah skematon skali ni... nevesss aku la. hehehe

    oh ye. aku juga berharap suatu hari nanti kau akan dapat membuat rumah terbuka. terima kasihhhhh :D


    *lari sambil tekup mulut. hahahahah*

  2. GRuNGe says:
    October 4, 2010 at 3:33 PM

    Skematon. Hahahahaha. Aku pun rasa macam tu gak. Inilah akibatnya kalau tak membuat research sebelum menulis. Hahahahaha. Ko memang terbaik la Masy. :P

  3. SK Jambongan says:
    October 4, 2010 at 9:05 PM

    Sungguhpun aku tak berminat sangat bab bloging contest ni. tapi aku akan layan contest yang akan datang tu Encik GRuNGE. Sekian dan terima kasih

  4. Sasa Al-Sharif says:
    October 4, 2010 at 9:26 PM

    Sungguhpun aku tak berminat sangat bab bloging contest ni. tapi aku akan layan contest yang akan datang tu Encik GRuNGE. Sekian dan terima kasih..

    sorry menyemak dgn profil lain. td tolong member edit blog sekolah dia. haha