KiSaH LeLaKi Tua

Seorang tua merenung memikirkan kisahnya.

Dahulu dia mempunyai seorang isteri. Bersama isterinya, dia bekerja dan membesarkan 10 orang anaknya. Boleh dikatakan, kesemua anaknya dibesarkan cukup sempurna, walaupun tidak berkerjaya besar, namun semua anaknya sudah bekerja dan mampu mempunyai keluarga sendiri. Setelah cukup tempoh perkhidmatannya, orang tua itu pun bersara dari bekerja. Bersama isteri dan anak-anaknya yang masih kecil, orang tua itu pulang ke kampung halaman.

Di kampung, si tua masih lagi mampu mengerjakan tanah yang ada untuk bersawah bersama isteri tercinta. Anak-anaknya yang kecil sudah habis bersekolah. Beberapa tahun kemudian, kedua anaknya itu bekerja dan kemudian mendirikan rumahtangga. Tinggallah situa bersama isterinya yang tercinta. Hari dan masa berganti, si tua telah di mamah usia. Namun sisa-sisa hidupnya masih lagi diisi dengan mengabdikan diri kepada tuhan. Mula-mula menjadi bilal kemudian menjadi imam dan adakalanya menjadi tempat rujukan orang kampung untuk mendapatkan buah fikiran dan juga sokongan.

Memikirkan anak-anaknya yang ramai, situa mengambil keputusan untuk membesarkan rumah kampung, demi untuk keselesaan anak cucu apabila pulang. Si tua, membina sebuah rumah tiga bilik di sebelah rumah induk. Rumah yang lengkap dengan segala keperluan asas kehidupan. Anak dan cucu gembira apabila pulang ke kampung. Si tua dan isteri, tersenyum gembira.

Sehinggalah suatu masa, lelaki tua itu di uji. Isteri yang dicintai menghidap strok. Separuh badan menjadi lumpuh. Lelaki tua itu tetap tabah menghadapai ujian dari Allah. Isterinya dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Makan, minum, pakaian semuanya dijaga rapi. Sehinggalah sampai ajal isteri tercinta. Lelaki tua itu tetap tabah menghadapi ujian ini.

Beberapa tahun selepas pemergian isteri tercinta, lelaki tua itu memanggil semua anak-anaknya pulang. Dia ingin memberitahu yang dia ingin berkahwin semula. Anak-anak yang tidak mengerti itu membantah. Ada yang mengatakan yang si perempuan berkahwin dengan lelaki itu hanya kerana harta dan duit pencennya. Ya Allah, bisik hati lelaki itu dalam hati. Duit pencen berapa sahaja yang aku ada sehingga mereka berkata begitu. Tidakkah anak-anak ku tahu yang diriku ini kesunyian. Apa yang mereka tahu? Mereka tidak berada ditempat aku. Mereka jarang balik menjenguk aku. Lelaki tua tersebut bernekad berkahwin bagi mengisi hatinya yang kesepian dan kekosongan.

Kerana adat, anak-anak lelaki tua itu memberi kata dua. Sekiranya lelaki tua itu masih berkeras masih ingin berkahwin dengan pilihan hatinya, maka lelaki tua itu hendaklah keluar dari rumah tersebut. tersentap lelaki tua itu. Hatinya remuk rendam. Rumah yang dibina dengan hasil usahanya dirampas darinya. Rumah yang menyimpan kenangan, telah diambil darinya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Lelaki tua itu redho. Maka lelaki tua itu berkahwin dan tinggal bersama isteri barunya.

Kini, Syawal datang lagi. Lelaki tua itu seperti biasa akan pulang ke kampung. Ini kerana lelaki tua itu masih rindukan anak-anak dan cucu-cicitnya. Masih ingin melihat kesemua mereka berkumpul di rumah induk peninggalan keluarga. Masih ingin mengunjungi pusara isteri tercinta. Jauh di sudut hati, lelaki tua itu masih sayu.

Cerita di atas adalah adaptasi dari kisah benar yang berlaku di ketika ini. Marilah ambil iktibar dan renungkan, kerana suatu hari nanti, mungkinkah kita akan menerima nasib yang sama seperti lelaki itu. Kita yang muda, perlu menyelami hati orang tua kerana kita tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka. Sayangi mereka ketika ada dan gembirakanlah hati mereka. Semoga cerita di atas menjadi iktibar kepada kita semua.

6 Response to "KiSaH LeLaKi Tua"

  1. misyamissyou says:
    September 14, 2010 at 11:50 PM

    ingat cte macam ni ade kat tv je..ishh..

  2. noor afzan says:
    September 15, 2010 at 10:33 AM

    kesiannya kat pakcik tu..
    tak patut sungguh la.

  3. lionteen says:
    September 15, 2010 at 6:19 PM

    sedey bc..
    da la tgh dgr lagu sedey ni,bace ni lg la sedey..:(

  4. *cimOt* says:
    September 16, 2010 at 2:46 AM

    nowadays nothing is impossible to happen..unpredictable..

  5. kakna says:
    September 16, 2010 at 6:53 AM

    jaga lah hati ibu dan ayah, redha allah terletk pada redha mrk..insyaallah..

  6. HonEyBuNNy says:
    September 16, 2010 at 10:36 PM

    sedih lak...betul tu..hati org2 tua kena jaga....mereka mudah tersentuh..hargailah org2 tua kita n yg lain~~