BeRKuaLiTi aTau TiDaK

Cerita ni aku tulis based on personal experience. Wakakaka, personal experience, macam dah banyak beno munyik experience aku ni kan. Jap jap, tahun ni umur dah 32, banyak la tu experience, dah hidup 32 tahun. Wakakaka.

Dalam hidup semua orang nak benda yang berkualiti. Tak kira la dari segi pelajaran, pakaian, taraf hidup mahupun pasangan kita. Apa maksud kualiti? Kalau ikutkan, kualiti adalah sesuatu yang sesuatu yang terbaik menepati kehendak kita atau sesuatu yang menepati standard minima kita. Jika sesuatu benda cap ayam  (tak termasuk sardin cap ayam sebab sardin cap ayam paling best) kita beli, tapi bila kita gunakan melebihi jangkaan kita, kita akan cakap benda tu baik, murah tapi baik. Sekaligus menepati maksud berkualiti.

Dari segi pakaian, kita pasti nak cari sesuatu yang branded. Kalau pakai jeans tu, mesti nak Dorothy Perkins (Masy la ni). Kalau nak kereta, kalau boleh nak pakai Mercedez, BMW, Honda ataupun Toyota (untuk aku, hanya mampu cakap nak pakai, belum mampu nak beli). Tak pernah pulak kalau tanya bebudak skolah (sebab orang dah kerja selalu akan cakap nak beli ikut kemampuan) ada yang cakap dah besar nanti nak beli kereta Kelisa je ataupun beli kereta Proton Saga. Sebab pada zaman bebudak lagi, dah ada konsep kualiti dan tak kualiti. 

Kalau dari segi pelajaran, ramai yang akan cakap kalau boleh nak hantar anak gi sekolah berasrama penuh (SBP), tak pun MCKK/TKC tak pun MRSM. Takde pulak yang nak hantar anak dia orang gi sekolah jenis kebangsaan mahupun Henry Gurney (konpim tak ada yang nak hantar anak sana, bengong betul aku ni). Kenapa, sebab sekolah-sekolah tu berkualiti dan menjamin masa depan (menjamin masa depan ke?). 

Kepada mereka yang single mingle (macam aku kut), mesti ada ciri-ciri pasangan yang mereka akan cari. Ciri-ciri yang di cari tu bolehlah di anggap sebagai kualiti (boleh ke?). Tapi kita sentiasa lupa, ciri-ciri sendiri setelah kita mengadakan ciri-ciri pasangan yang kita cari............ (part ni agak konpius, tak faham boleh tanya dengan lebih lanjut dengan aku). Adakah kita punyai ciri-ciri kualiti (ciri minima pun dikira berkualiti tau, sila rujuk definasi di atas) untuk orang memilih kita sebagai pasangan? Part ni, aku sendiri susah nak jawab. Sebab aku selalu tertanya-tanya adakah aku berkualiti? Kalaulah ada orang boleh bagitau ciri-ciri kualiti minima yang dicari, pasti senang untuk setiap orang untuk menjaga kualiti tersebut.

Ades, aku pun dah tak faham apa yang aku merepek. Cuma aku terpanggil untuk menulis je, maklumlah, blog aku dah lama bersawang. Aku siap jumpa spiderman buat rumah masa aku bukak balik blog aku. Wakakakaka. Ops, merepek, mari kita pergi ke konklusi yang aku buat. Mahaf jika konklusi aku tak sama dengan konklusi korang. Sebenarnya, kualiti ni merupakan sesuatu yang subjektif dan mengikut pandangan individu (konklusi yang paling senang sebab tak memihak kepada sesapa, wakakaka). Kalau korang rasa, benda cap ayam korang beli tu bagus, maka secara automatiknya benda tu berkualiti. Kalau korang memang berkualiti, hantar sekolah Henry Gurney sekalipun boleh menjamin masa depan korang dan akhir sekali, sebelum menetapkan ciri-ciri kualiti semasa mencari pasangan, kita sendiri hendaklah menjaga kualiti diri kita (atleast sama dengan ciri-ciri yang kita tetapkan). Akhir kata, semoga Ramadhan ini memberikan keinsafan dan menjadikan diri kita lebih baik.

P/S: Harap maaf, kualiti penulisan memang tidak mencapai tahap minima. Layannnnnnnn.



8 Response to "BeRKuaLiTi aTau TiDaK"

  1. miMiE aZiMaSK ^V^ says:
    August 30, 2010 at 8:23 AM

    waaahhh sudah menjumpai calon yang berkualiti kah?? jgn lupa kirim kad kawen... :D

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    August 30, 2010 at 1:23 PM

    kite tak faham kenapa kena gelak wakaka? kelakar ker?

    komen cam nak carik gaduh jer kan. lama da x gaduh ngan u.
    eh lupa..selamat berblog kembali :)

    ciri2 calon pasangan=kaya, tapi i x kaya hahah. Patut x dpt.

  3. NuR says:
    August 31, 2010 at 12:24 AM

    bro..
    mcm dah nak cari pasangan je..
    haa.. leh la mkn nasi minyak pasni..
    hehe

    bila nak gi ipoh?

  4. GRuNGe says:
    August 31, 2010 at 12:36 AM

    Wakakaka, bila tulis entry macam ni ingat aku nak kawin. Ades parah dan pasrah la aku kalau macam ni. Lalalala.

  5. iyda7 says:
    August 31, 2010 at 7:57 AM

    dun try to b perfect.. juz b urself.. sibuk menetapkan kualiti diri kang jd cam plastik hipokrit.. ;)

    entri ko ok jew.. ade makne tersirat.. dun wurry lol

  6. ░♥si lampu neon♥░ says:
    August 31, 2010 at 2:57 PM

    weh aku da tukar link update la link aku kk haha

  7. mamai says:
    August 31, 2010 at 8:58 PM

    bro lu lagi lama tak update blog

  8. missSenget says:
    September 7, 2010 at 12:23 AM

    hihihi...slalu gak fikir cmtu..
    letakkan standard bl nk wat pilihan..adekah kite ade sesuai utk dpt stdard cmtu..

    uhh~~..