HiNGGa HuJuNG NoKTaH

Yaaaasin. Walquranilhakim………………………………………

Bacaan Surah Yasin berkumandang di banglo mewah milik Dato’ Farid. Banglo yang terletak di Taman Perda Jaya itu dipenuhi saudara-mara dan jiran tetangga Dato’ Farid. Di dalam bilik di banglo itu, Mash masih lagi menangis teresak-esak. Ibunya, Datin Marina sedang cuba menenangkan anak perempuan bongsunya itu.

“Mash, sudah-sudahlah tu nak. Jangan lah menangis lagi. Nanti apa pula kata jiran-jiran dan saudara-mara kita kalau mereka nampak dan dengar. Yang sudah tu, sudahlah nak.” Datin Marina cuba menenangkan anaknya itu.

“Mak, kenapa nasib malang menimpa-nimpa diri Mash mak? Apakah dosa Mash mak hingga di uji sebegini rupa? Tidakkah Mash berhak mengecapi kebahagian?” Kata Mash sambil teresak-esak.

“Mash, ni semua ujian Allah kepada kau nak. Allah menguji hambanya untuk menunjukkan yang dia dekat pada hambanya itu. Ingatlah nak, Allah itu lebih mengetahui suratan yang berlaku. Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambanya.” Datin Marina cuba memujuk lagi.

Mash mengesat air matanya. Mukanya yang bujur sireh nampak agak sembab. Matanya juga kelihatan bengkak kesan dari tangisannya selama 2 hari. Dirinya yang cantik kelihatan tidak terurus. Datin Marina memandang Mash dengan nada yang sayu.

“Ya Allah, kau kuatkan lah semangat anak ku ini. Tunjukkanlah dan berikanlah dirinya seorang lelaki yang dapat membimbingnya. Kau gantikanlah lelaki yang telah pergi dari hidupnya dengan seorang yang lebih baik lagi.” Doa Datin Marina di dalam hati.

Bacaan Yasin dan tahlil arwah yang ditujukan khas buat datuk dan nenek Mash sudah berakhir. Orang ramai sudah mula pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal, hanyalah saudara-mara yang tinggal berhampiran dengan rumah mereka.

Pekerja-pekerja Kamal Catering masih sibuk mengangkat periuk dan pinggan mangkuk yang dibawa mereka. Meja di khemah yang dipasang khas untuk majlis ini sudah lama siap dikemaskan oleh pekerja-pekerja Kamal Catering.

Sebuah kereta Mercedez CLK GTR berhenti di hadapan banglo Dato’ Farid. Seorang lelaki berumur pertengahan 30an turun dari kereta tersebut. Mukanya hitam manis, berkumis ala-ala MGR dan berambut pendek berjalan memasuki pintu pagar rumah itu.

“Assalamualaikum Dato’.” Lelaki itu memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Dato’ Farid.

“Wa’alaikumsalam Kamal. Jemputlah masuk.” Dato’ Farid menjawab dan mempelawa Kamal masuk ke rumah.

“Kamu ni Kamal, dah habis tahlil baru nak muncul. Kemana sahaja kamu pergi tadi?” Tanya Dato’ Farid.

“Saya ada lagi satu majlis yang perlu saya uruskan Dato’. Maaflah Dato’, majlis lagi satu tu, punya masalah setting tadi. Terpaksa saya pergi ke sana untuk menyelesaikan masalah.” Jawab Kamal.

“Macam mana dengan hidangan kami Dato’? Sedap tak? Kalau tak sedap, sekarang juga saya pecat tukang masak tu.” Tanya Kamal kepada Dato’ Farid.

“Ramai yang memuji perkhidmatan catering kamu Kamal. Bukan sahaja makanannya sedap, tapi layanannya sungguh pantas. Call card yang kamu bagi dekat saya semua habis diminta oleh kenalan saya tadi Kamal.” Jawab Dato’ Farid.

Di tangga banglo mewah itu, sepasang mata memerhatikan Kamal dan Dato’ Farid yang sedang berbual. Mata merah kepunyaan Mash itu tidak lepas memandang ke arah Kamal. Ibunya yang sedari tadi menemaninya agak hairan melihat tingkah laku anaknya itu.
....................................................................................

Zeifrul menekan minyak keretanya dan memusingkan stereng keretanya ke kiri. Kereta BMW nya meluncur pantas ke lorong paling kiri sekaligus mengelak perlanggaran dengan kereta di belakang. Zeifrul memperlahankan keretanya, memandang ke arah kereta yang melepasi keretanya di laluan sebelah kanan. Zeifrul hanya dapat melihat kelibat kereta Lotus Elise itu melintas memotong keretanya.

Fuhhh, lega. Kata Zeifrul di dalam hati. Diperhatikan Wani disebelahnya. Perempuan itu kelihatan agak pucat atas kejadian tadi. Di pandang pula Nike dan May dibelakang. Mereka berdua sudah tertidur kerana kelelahan.

BMW Zeifrul membelok masuk ke Apartmen Kelana Mahkota. Dia memberhentikan keretanya di blok A mengikut arahan dari Wani.

“Nike, May, wake up girls. Kita dah sampai.” Wani mengejutkan rakan-rakannya.

May dan Nike membuka mata mereka. Muka mereka kelihatan sedikit bingung dan mamai.

“Where are we?” May bertanya. Dari pertanyaannya itu, nampak yang pengaruh alkohol masih belum hilang lagi. Nike pula menggeliat. Pergerakkannya membuatkan skirt pendeknya sedikit terangkat, memperlihatkan apa yang dipakai oleh Nike di sebalik skirtnya itu.

“Zef, you better help me bawak minah berdua ni naik atas. Aku tak rasa aku larat nak bawak naik dua orang ni.” Wani meminta pertolongan dari Zeifrul.

Sampai di tingkat 2 rumah bernombor 12 A, Wani mematikan langkahnya. Dia mengeluarkan kunci rumah dari beg tangan jenama Louis Vuitton yang dibelinya di UK semasa masih bersama John. Wani membuka pintu, masuk dan membuka lampu ruang tamu apartmen nya itu. Ruang tamu berwarna merah hati itu dengan reka bentuk yang moden menarik perhatian Zeifrul. Di padankan pula dengan perabot dan barang perhiasan yang moden, membangkitkan suasana yang romantik.

Wani memapah Nike memasuki kamarnya.

“Zef, bawa May kesini. Apartment ni ada dua bilik jer. Satu dikongsi oleh Nike dan May, manakala aku duduk seorang jer.” Terang Wani kepada Zeifrul.

Zeifrul memapah May ke biliknya. Dengan mengikuti arahan dari Wani, Zeifrul membaringkan May bersebelahan Nike.

“Zef, kau boleh tolong aku tanggalkan baju May tak? Aku nak tolong tanggalkan baju Nike ni. Baju mereka ni berbau JD. Karang habis satu bilik bau JD karang.” Pinta Wani kepada Zeifrul.

“Erk……………..” Zeifrul terkedu.

Wani sudah membuka pakaian Nike. Dia kemudiannya membawa baju yang dipakai oleh Nike ke bilik air untuk direndam. Nike kini hanya berpakaian dalam sahaja.

“Zef, kalau kau sudah buka pakaian May tu, bawa kemari. Boleh aku rendam sekali dengan baju Nike ni.” Jerit Wani dari dalam bilik air.

Tangan Zeifrul terketar-ketar membuka baju May. Dia memulakan dengan melorotkan tali gown May dari tangannya dan dengan perlahan melorotkan gown itu. Zeifrul kini berhadapan dengan May yang hampir berbogel.

“Haaaaa. Apa yang kau tengok lama sangat tu Zef.” Sergah Wani dari belakang.

Sergahan Wani itu menyebabkan Zeifrul terperanjat sekaligus melontarkan gown May yang berada di tangannya ke muka Wani. Wani yang tidak tahan dengan baju yang sudah ebrbau campuran air setan dan peluh keringat May mula berasa hendak muntah. Dia berlari menuju ke bilik air.

Weeeeeeek. Kedengaran bunyi muntah Wani. Zeifrul berlari ke bilik air untuk melihatkan keadaan Wani. Dalam berlari, tiba-tiba Zeifrul tergelincir, lantas mahu jatuh ke arah Wani. Wani yang sudah selesai memuntahkan segala isi perutnya cuba menyambut Zeifrul. Zeifrul jatuh betul-betul di dada Wani. Wani memeluk erat Zeifrul. Masa seakan berhenti selama 5 minit. Zeifrul merasakan keselesaan berkeadaan begitu. Dalam masa yang sama, 2 pasang mata sedang sibuk memerhatikan keadaan dan sibuk merakamkan apa yang keadaan Wani dan Zeifrul.

52 Response to "HiNGGa HuJuNG NoKTaH"

  1. kimisai says:
    August 21, 2009 at 9:45 PM

    Gua sebenarnya nak Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Bagi Semua Bloggerz dan Umat Islam..Gua Mohon Maaf Jika Ada Melakukan Salah Silap Pada Anda Semua..Puasa Biar Penuh....ngeh3...

  2. miSs siv says:
    August 21, 2009 at 10:12 PM

    zeifrul@feizrul tuh da same person kah br0?

  3. ber_uwang says:
    August 21, 2009 at 10:18 PM

    lembaga penapis filem sampai.... ada babak 18sx lum tapis

  4. miSs siv says:
    August 21, 2009 at 10:22 PM

    hahah!
    encik beruwang betul!

  5. enyheartsdiamond says:
    August 21, 2009 at 10:23 PM

    boldkan lah babak 18sx;)

  6. aien~s corner says:
    August 21, 2009 at 10:29 PM

    hepi fasting bro..hehe

  7. << s| tED| >> says:
    August 21, 2009 at 10:37 PM

    ada ke babak 18sx? isk isk isk.. kena baca sekali lg ni!! mueheheheh

  8. anak laut says:
    August 21, 2009 at 10:50 PM

    salam..bro,


    selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, padanya dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu neraka..

    semoga di bulan yang mulia ini, Bro, sekeluarga dirahmati Allah swt selalu..amin,

    daripada,

    anaklaut

    p/s: maafkan saya jika ada membuat salah pada bro sepanjang berblogging..:)

  9. patungcendana says:
    August 21, 2009 at 10:51 PM

    hehehe...imaginasi kau memang terlampau...

    mana adegan darah2? aku nak darah!!!!!!

  10. fitriah says:
    August 21, 2009 at 10:59 PM

    panas2! hehe

  11. varsha says:
    August 21, 2009 at 11:51 PM

    alamak...sikitnye...tak puas baca
    huhu...

  12. NuR says:
    August 22, 2009 at 12:15 AM

    incik grunge..

    selamat berpuasa..
    besh citer ni
    tak sabar nak tunggu episod seterusnya...
    hehe..

    jgn lupa bgn sahur ye incik grunge

  13. Idalara says:
    August 22, 2009 at 12:32 AM

    salam grunge..
    tlong hntr kak ida ke nilai esuk boleh?:))hehhe

    hmm..kena sensor citer ni..atau tulis for 18sx...apa2pun grunge mng berbakat.

    slmat berpuasa

  14. chipsmore says:
    August 22, 2009 at 12:43 AM

    uihh..bukak baju?? bogel??
    uihhhh....mau lelaki stim bace time2x pose ni...ahahahaha :D

  15. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 22, 2009 at 12:48 AM

    erk.. sensored.. sian mash.. bnyk btul dugaan dia.. menguji ketabahan beliau.. :D

    p/s: agak tragik.. klu x bca smpi habis..

  16. miMiE aZim@Sk ^V^ says:
    August 22, 2009 at 1:37 AM

    kawan tadika
    slamat berpuasa yeee

  17. Masy says:
    August 22, 2009 at 1:56 AM

    fuh fuh fuh hHAHAHAHAHAH

  18. DilOt says:
    August 22, 2009 at 5:29 AM

    nasib baik aku baca entri ko kali ni belum posa lg...haha...

    slmt berpuasa ye grunge...puasa penuh2....kompem xde bendera berkibar.,.hehe

  19. AiE bAhRi says:
    August 22, 2009 at 5:32 AM

    wowowowo....

    kena tapis ni cite ni..ada adegan ganas..hahaha

    Salam Ramadhan al-mubarak.semoga ramadhan kali ini menjanjikan sinar keimanan buat diri kita semua.

  20. azzaliena suziantie says:
    August 22, 2009 at 6:31 AM

    opss...

    tapis tapis..haha

    selamat berpuasa weh x0

  21. lionteen says:
    August 22, 2009 at 9:49 AM

    klau mcm ni punye cite besh,wat buku ke,wat muvi ke..
    lingup la yusof haslam kan..hehe

  22. Anak Gemilang says:
    August 22, 2009 at 1:01 PM

    salam ziarah, ish2... ni dh mcm2 ni. hehe.
    alah.. bc skli imbs. sy krg fhm ni..
    sbb apa...
    sy bc tgesa2..
    dan sy.. jrg singgh.. byk eipisod tinggl..
    erm..
    skrg..
    tunang dia dh mniggl ek.
    yang adegan2 pans tu. cuma flash bck ek..
    cmtu jer ke?
    hehe

  23. Faizal Nizam says:
    August 22, 2009 at 3:02 PM

    eh.. ada kaki sekodeng ke last sekali tu encik grunge?? rakam pakai henfon ek?

  24. anak laut says:
    August 22, 2009 at 3:17 PM

    salam..

    kembali membaca cerpen bro..
    banyak pengajaran yang dikutip melalui cerita ni..gaya hidup muda mudi,pergaulan bebas lelaki dan perempuan, tred masa sekarang, minum dan sebagainya..semuanya terangkum dalam satu cerita yang sangat menarik..

    syabs..bro..

  25. Dania says:
    August 22, 2009 at 4:30 PM

    whoaaaaa...wat's next

  26. Ivy Metaga says:
    August 22, 2009 at 4:30 PM

    hurmm..semakin menarik sambungan cerita ni

    i want more
    i want more

    hehhehee

  27. patungcendana says:
    August 22, 2009 at 11:47 PM

    selamat berpuasa grunge!!!!!!!
    ps...bulan puasa takde puntianak...so..kau boleh relax...hehe

  28. ░♥si lampu neon♥░ says:
    August 23, 2009 at 6:54 AM

    gerunche, update la sal diri sendiri ke ape ke..aku bab2 novel ni tak bape nak minta nak bace..alaaa =(

    eh samat pose beb, ko bz ke?? aku lepak je kot cuti2 sekolah ni huagaggagagaah!

  29. Firol says:
    August 23, 2009 at 6:58 AM

    selamat berpuasa bro..ni nak bukukan ke citer ni..?

  30. najwa hazirah halmi says:
    August 23, 2009 at 8:33 AM

    mmg besh r bacer novel dlm blog nyh..
    pes tyme!!
    hekhekhek~

    camat berposer bro!

  31. momentinlife says:
    August 23, 2009 at 8:48 AM

    aku baca...
    alih2 dah habis...
    aiseh!~
    pjgkan sket le... =)

  32. puspawarna says:
    August 23, 2009 at 3:02 PM

    agak gatal lerr dc2...
    huhuhu...

  33. AiE bAhRi says:
    August 23, 2009 at 6:32 PM

    Melawat sebelum berbuka..

    Buka apa hari ni?

  34. mamai says:
    August 23, 2009 at 7:05 PM

    bro panjang lagi ker nie...jgn sampai gayer nanti aku tak sempat baca hehehehe

  35. mamai says:
    August 23, 2009 at 7:05 PM

    bro panjang lagi ker nie...jgn sampai gayer nanti aku tak sempat baca hehehehe

  36. lili11 says:
    August 23, 2009 at 10:25 PM

    Censored! Berpeluh sb terlalu hangat!

  37. imHepPie says:
    August 23, 2009 at 11:58 PM

    owhh TIDAKKK!!!!!....

    seb bek x batal posa daku membaca novel neh hik3...bahaya tol wuuu

  38. anak laut says:
    August 24, 2009 at 5:07 AM

    salam...sahur buat bro grunge..

    apa khabr? moga mendapat rahmat allah swt di bulan yg mulia ini..insyallah..!

  39. noor afzan says:
    August 24, 2009 at 4:15 PM

    aduh la..
    panas la cite nih..
    huhu~

  40. IT'S Me N.a.N.a says:
    August 24, 2009 at 4:20 PM

    hish! makin panas nie...

  41. SasHa Lee says:
    August 24, 2009 at 11:08 PM

    Grunge kamu dah pandai woo wat cerita... besh2..walaupun ada senset cikit..tapi layaaan jer...

  42. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 24, 2009 at 11:49 PM

    ape smbg wani & zeifrul ni?? x sbar nk tau.. huhu..

  43. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    August 24, 2009 at 11:55 PM

    pandai lah u menulis.
    I pandai baca jer dan evaluate.
    Cerita u best heh. Maksud i, sangat best :D. Cepat sambung ketagih dah nih.

  44. Cik Skaf says:
    August 25, 2009 at 12:34 AM

    da part 4. agak2 ada bapa part lg nak di smbung? awak punya bnyak masa ke nak fikir, karang cerita dan menulis nie? takut kang jd tension sendiri.

  45. k.e.r.i. says:
    August 25, 2009 at 1:52 AM

    penat gua baca drama swasta ni.
    btw selamat berpuasa bro.

  46. Zaidon says:
    August 25, 2009 at 3:52 AM

    Salam singgah dan selamat berpuasa Bro.. alahai banyak episod dah tertinggal ni, senang2 singgah blog teman plak.. maseh.

  47. Fina says:
    August 25, 2009 at 12:35 PM

    oh woww.. u DO write novel. sgt impressing okey ;)

  48. Jard The Great says:
    August 25, 2009 at 2:13 PM

    aku dah baca.. NEXT! ;p

  49. DaliaLiyana says:
    August 25, 2009 at 9:33 PM

    peerghhh...pjg tul entry..dah la kena baca dr chap 1...baru khatam..next bro...

    btw, slm ramadhan...

  50. sha89 says:
    August 28, 2009 at 2:20 AM

    fuhh~ ade unsur2 suspen...ingtkn zeifrul yg meninggal~

    tp best...x saba2 nk tau ending die~

  51. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    August 28, 2009 at 1:44 PM

    ohoiii. kreatipnya die:):)

    beshhh juga. goodluck oke?

  52. 日月神教-任我行 says:
    May 9, 2010 at 11:56 PM

    AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
    情色論壇