aDaKaH aKu NeGaTiF ThiNKeR?

Hmmmm. Sebenarnya aku dah banyak kali tanya soalan. Ramai yang bila aku Tanya soalan-soalan ni, akan menyatakan aku ni seorang yang negative pemikirannya. Betul ke aku ni seorang yang berfikiran negative? Tapi aku plak kekadang rasa, apa yang aku fikirkan bukanlah negative, tapi sesuatu yang aku rasa perlu difikirkan. Erk, cemana nak explain ek kerana perkara ni agak susah untuk di explain. Okies, aku kasi contoh dan korang nilaikan sendiri, sama ada negative ke aku ni.

Contoh 1

“Aku rasa nak berhenti kerjalah. Nak bukak business aku sendiri. Aku ingat nak bukak kedai dobi.” Kata Jasin kepada ku. “Kau dah habis fakir ke? Mana kau nak dapat modal? Macam mana strategi ko nak dapatkan pelanggan nanti? Cemana kau nak survive untuk tahun pertama perniagaan kau? Kalau ikutkan, kau ni skang dah banyak komitmen, dengan hutang study, hutang rumah, hutang kereta dan anak-anak kau lagi. Kan ke dah bagus kerja kau sekarang ni.” Aku memberikan pendapat ku kepada Jasin. “Hmmmm, aku dah penat kerja dengan orang. Bukan ke 9 dari 10 pintu rezeki tu dating dari berniaga? Lagipun, dimana ada kemuhuan, disitu ada jalan.

Contoh 2

“Datuk, saya rasa figure yang diberikan Datuk agak optimis. Kita ni masih baru dalam bidang pendidikan swasta ni. Takkan dalam tahun pertama Datuk nak saya buat unjuran Sales sehingga 4 juta dan PBIT sehingga 1.7 juta. Agak mustahil kita nak capai jumlah ni Datuk.” Aku menyatakan pendapat aku setelah menyediakan budget tahun ini menggunakan data-data yang diberikan oleh Datuk. “Majid, saya rasa tiada apa yang mustahil dalam hal ini. Kita mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia. Pengetua setiap cawangan telah membuat budget dan forecast mereka masing-masing. Kalau setiap cawangan boleh mendapatkan 100 student satu intake, dua intake dah 200 dan 10 cawangan dah mencapai 2,000 student. Kalau kita charge satu student dengan yuran semester sebanyak RM 2,000, saya rasa jumlah yang kita sasarkan tu tidak mustahil.” Datuk dengan confident berkata kepada aku. “Datuk, adakah nama kita sudah cukup dikenali untuk dapatkan jumlah tersebut?” Kataku kembali. “Majid, kita kena yakin dan berfikiran positif. Dahlah, kamu buat jer budget tu untuk kita present dekat group management meeting minggu depan. Saya tak nak dengar apa-apa lagi dah.” Datuk memberikan arahan kepada ku sekaligus mengakhiri perbincangan.

Contoh 3

“Roy, awek sekelas dengan kau tu kau tolong kim salam dekat dia nanti boleh?” Aku memulakan bicara petang di Café Up10. “Aler Majid, tak gentle la aku yang kirim salam. Kau tegur dan kirim salam la dekat dia sendiri. Baru la nampak macho.” Kata Roy cuba membakar semangatku. “Aku bukan apa Roy, aku segan ar nak kenalan dan tegur dia. Dia tu dah ler gojes, cun plak tu. Pujaan ramai tu. Bukan kata batch kita, senior dengan junior pun sibuk duk usha. Aku dah la tak hensem, macho sket jer.” Aku mengakhirkan ayat ku kepada Roy dengan ketawa kecil (Kerana ayat akhir tak boleh blah). “Majid, belum cuba belum tahu Majid. Cuba ko positif sikit.” Roy berkata seolah malas melayan aku yang sering bercerita topic yang sama tiap kali lepak dengan dia.

Contoh 4

“Majid, aku ada bisnes baiknya nak ajak kau ni.” Saiful berkata kepadaku sambil membuka beg bimbit yang dibawanya sambil mengeluarkan folder berwarna pink. “Apa dia?” Aku bertanya dengan nada yang malas. Bukan apa, aku dah dengar dari rakan-rakan sekuliah yang Saiful ni ejen MLM. “Ni, aku nak ajak kau join XYZ ni. Ko kosongkan otak kau dulu dari benda-benda MLM yang kau tau sebelum ni. Sebab apa yang aku nak perkenalkan ni bukan MLM biasa, ni satu konsep baru ni. Konsep mengguna sambil dapat duit. Cuba kau fakir, kalau kau guna sabun atau syampu yang kau beli dekat Giant, ada kau dapat duit? Di syarikat ni, tiap barang yang kau beli, kau akan dapat balik pulangan nya.” Terang Saiful dengan panjang lebar. “Erk, tapi cemana company tu untung kalau dia buat macam tu? Aku tak faham. Macam menipu jer. Katakanlah, kalau aku orang terakhir buat benda ni, tak ada orang lagi lepas aku, cemana aku nak promo benda ni. Bukan ke macam aku dah tertipu jer?” Aku membalas kata-kata dari Saiful tadi.

Okies, dari empat contoh di atas, korang rasa aku ni seorang yang berfikiran negartif ke? Sebab aku lebih rasa aku ni seorang yang takut dengan risiko. Aku lebih memikirkan kejadian-kejadian yang mungkin bakal terjadi dan bagaimana untuk hadapinya. Maybe little bit negative. Tapi secara keseluruhannya, aku rasa, aku ni berfikir lebih kepada seorang Financial Controller (perasan sekejap). Apa plak pendapat korang yea?

53 Response to "aDaKaH aKu NeGaTiF ThiNKeR?"

  1. Ivy Metaga says:
    July 27, 2009 at 2:42 PM

    tiap org pasti ada sifat yg tersendiri, ada yg berani tanggung risiko, ada yg tidak, terpulang pada masing2, janji sendiri paham keputusan sendiri
    sy sering teringatkan kata2 ini:

    "bila anda bersama2 dgn mereka yg positif, anda juga akan positif, tapi bila anda bersama2 dgn mereka yg negatif, anda juga akan menjadi seorang yg negatif.."

    alamak apa yg sy merapu2 nih, larikkkkkk....:p

  2. me says:
    July 27, 2009 at 3:00 PM

    setiap langkah yg diambil tetap ade risiko nyer bro ...

    pilih yg terbaik dr mcm2 pilihan yg ade -pro dan kons ...

    jawapan di tngan anda maaf gue takde talian hayat nak bg nyeh nyeh nyeh ...

  3. k.e.r.i. says:
    July 27, 2009 at 3:00 PM

    aku pun macam tu.

  4. CITY® says:
    July 27, 2009 at 3:15 PM

    salam grunge..

    mmg ada manusia ramai yg berfikiran sama. takut nak mabik risiko. selalu fikir apa akan jadi lepas tuh..

    i pernah baca dalam buku 'how to stop worrying n start living'. hendaklah kita fikir apa yg berlaku sekarang, ketika ini. jgn fikir apa akan jadi esok n jgn fikir apa yg telah berlaku semalam.
    mungkin ada juga positivenya.

    lain org lain cara fikirnya..

    pernah dgr berfkir di luar kotak?

    cuba lah, hehehheh

    kita insan yg lemah, tapi usaha itu tangga kejayaan. lebih baik kita kecewa selepas kita berusaha, daripada kita tak mencuba langsung. at least kita puas hati dan mendapat jwapan...

    hmmmmm betul ke?
    =P

  5. DilOt says:
    July 27, 2009 at 3:23 PM

    lebih baik mencube dari tak mencube langsung...

    mane tau bende yg br tu lebih baik ke...kalu tak mencube..mmg payahla...smpi bile tak ke depan...

    mcm kazen aku, dulu die engineer, gaji mmg berbaloila..tp amik keputusan untuk ceburi bidang bisnes kain dekat shah alam..ramai kawan2 die kutuk, tp die beranikan diri mencube..akhirnya...bisnes mmg dah maju gler...

  6. Anonymous Says:
    July 27, 2009 at 3:39 PM

    hum.. kekadang kena hati2.. tak salah kita beri pendapat kan... tp.. biar cuba dl.. orang kata.. nak seribu daya, x nak seribu dalih.. kan3?

  7. mamai says:
    July 27, 2009 at 4:31 PM

    ini krisis keyakinan diri namanya nak kata negetive tu sikit ada la tapi rasanya cuma terlalu berhati-hati.

  8. Amal says:
    July 27, 2009 at 4:37 PM

    huhu~
    negative gak ah~
    tp normal wut~
    org p0n selalu gak cam toh..
    tp x salah kalu rase nk try sumthing yg kite agak negative kan die~
    ahhh~
    ayat blur..=p

  9. RAWNA says:
    July 27, 2009 at 4:57 PM

    aku rasa kau just being realistic.

  10. rhapsody LiN says:
    July 27, 2009 at 5:34 PM

    urm...bagi aku la kan...

    contoh 1st : ko pk negatif sebab semua alasan masalah yg ko bagi tu x relevent bg aku.
    1) strategi pemasaran??
    boleh je g kursus mne2 untuk dpt tips dlm perniagaan.
    2)bagi aku business dobi is a good idea. aku tengok kayo org yg bukak dobi. lagi2 dkt dgn kolej or umah yg bnyak student.. student mne ade masa nk basuh bj lol~
    ahaha~
    (tapi aku x pernah antr baju kt dobi. smua basuh sndiri. :p)

    contoh 2 : saya stuju dgn pendapat Datuk tu. x stuju dgn pndapat ko.
    :p

    contoh 3: no comment.

    contoh 4 : ko x pk negatif sebab baru2 nie pon mmber aku ajak join MLM. i also think bout the same thing as u. jgn terpengaruh. lagi2 org yang x reti manis2 mulut mcm aku ni. confem satu ape x dpt jual.
    :p

  11. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:41 PM

    aku kesuntukan mase nk bace

  12. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:41 PM

    jadi aku spam je

  13. Misshy Innz says:
    July 27, 2009 at 5:41 PM

    walaupun smlm aku da gibap
    tp rini aku da oke
    hahaha !

  14. oranglidi says:
    July 27, 2009 at 5:58 PM

    oo..

    ini bukan negatif..

    inilah yang digelar 'continues tense'..

    ??

    ahaha.. termengarut.. ala,

    contoh 1: Kim salam kat Jasin tu.. bagi wa, lu sepatutnye sokong je die tu.. biar die wat kputusan sndiri. biar dia usaha dan dia sendiri tengok mcmna hasilnya.. bila dah sampai satu tahap, biar dia tahu sendiri kemampuan dia..

    contoh 2: amboi, ade Datuk2 lak.. hehe.. kalu mcm dah x boleh negotiate lagi dengan die, lu polow je arahan beliau.. kang xpasal2 merana.. hehe

    contoh 3: yang ni wa marah!.. kim salam wa sekali kat awek tu.. ahaha!! xde2.. memang betul cakap Roy Azman tu.. wa stuju total! (apahal contoh ni macam drama2 melayu?).. lu kena yakin!

    contoh 4 : yang ni wa stuju dengan lu!

    "Sebab aku lebih rasa aku ni seorang yang takut dengan risiko. Aku lebih memikirkan kejadian-kejadian yang mungkin bakal terjadi dan bagaimana untuk hadapinya."

    -ya.. ini memang adatnya jadi manusia wahai Majid a.k.a Grunge weh.. wa pun x bisa lari dari kenyataan ni.

    yang ikhlas~~oranglidi~~

  15. MisterZyl says:
    July 27, 2009 at 6:30 PM
    This comment has been removed by the author.
  16. MisterZyl says:
    July 27, 2009 at 6:31 PM

    salam saudara Grunge.. ini memang entri yang baik.. semoga saudara terbuka dengan semua pendapat yer..

    dalam satu aspek memang saudara mmg kelihatan sbg negative thinker manakala dalam satu aspek lagi saudara seperti seorang yg sangat berhati-hati.

    hal sebegini tiada objektiviti nya kerana ia sebenarnya bersifat subjektif di mana cara berfikir seseorang mempengaruhi tindak balas berfikirnya terhadap sesuatu perkara.

    tapi ada masanya kita wajar menjadi sedikit positif dan mengambil sedikit risiko.

    "Warren Buffet membeli saham nya yang pertama pada usia belasan tahun tanpa ada sebarang pengetahuan tentang saham pada waktu itu"

  17. rhapsody LiN says:
    July 27, 2009 at 6:50 PM

    sorry to say but i think u r a perfectionist.

    :)

  18. enyheartsdiamond says:
    July 27, 2009 at 7:22 PM

    x salah bg pendapat;)

  19. patungcendana says:
    July 27, 2009 at 7:24 PM

    aku setuju dgn mamai...

    you are a very cautious person...

    aku pun actually. people say it doesnt hurt to try, tapi, what if it does...anak2 aku nak makan apa? itu yang selalu menyebabkan aku stay dgn apa yang aku ada sekarang...:-)

  20. mimi mimi says:
    July 27, 2009 at 8:10 PM

    xsalah nk berfikir kedepan..
    lbih2 g kalu nk buat keputusan yg berisiko tggi..

    emmmmm

  21. dark says:
    July 27, 2009 at 9:31 PM

    kau ni tlampau teliti sgt kot grungie..nmpak je bnde2 `kecik` tu..hahaha!!

  22. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    July 27, 2009 at 9:49 PM

    bukan berfikiran negatif kot.
    Tapi berhati-hati yang pasti:P

  23. v says:
    July 27, 2009 at 9:56 PM

    Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

    Precious

  24. Cik Skaf says:
    July 27, 2009 at 10:41 PM

    Nak sy komen (lagi)ke?
    Bagi sy ini bukan berfikiran negatif, tetapi berfikir dengan bijak, Awak tak suka hentam keromo dlm apapun awak buat, setiap perkara awak pandang dari segi baik dan buruk dan kesan jangka panjang terhadap sesuatu tindakan tu. Awak jgak tak mudah mendengar dan percaya bulat2 apa yg orang lain cakap. Awak ada idea dan pendirian awak sendiri.

  25. Cik Skaf says:
    July 27, 2009 at 10:41 PM
    This comment has been removed by the author.
  26. Anonymous Says:
    July 27, 2009 at 10:49 PM

    Lebih kurang sama dengan saya. Nak kata negatif maybe yes maybe no depend pada orang.
    Lebih tepat kalau dikatakan teliti.

    Orang itu berkata dari segi positif kita bagi negatif. Sometimes untuk mengubah pemikiran dia, mana la tau dia salah fikir, duk nmpk positif je so kita bagi yang negatif.

    Hidup ini ada hitam putih.
    Bukannya kita tak nmpk positif dlm hidup...cuma kita mahu berhati-hati.

  27. Fitriah says:
    July 27, 2009 at 10:49 PM

    yup ko mcm tkot nk amek risiko..
    mmg ade pro n cons..

    but for me, live life to the fullest!
    harus yakin n brani mncube
    there's no harm trying that. rite? :)

  28. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 11:40 PM

    Bg sy, kamu bkn negetif thinker pn.. tp kamu btindak bijak.. fikir dahulu sblm btindak.. kita kna sntiasa berada dlm keadaan jga2.. smtime mustahil utk pdt apa yg spt kita kehendaki.. risiko ada dimn2..

    relax & chills.. :)

  29. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 11:40 PM
    This comment has been removed by the author.
  30. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 27, 2009 at 11:42 PM

    erk.. nk tmbh lg ni.. tp based on certain dialog 2.. sy rsa kamu ptut cba.. sbb mgkin ianya x spt yg awk fikir.. :)

  31. Beruwang says:
    July 27, 2009 at 11:46 PM

    mak aku kata" setiap kejayaan itu bermla dengan kegagalan" kalau takut kegagalan macam mana nak berjaya...

  32. patungcendana says:
    July 27, 2009 at 11:49 PM

    re:...entry aku di bawah tajuk...hidupku adalah puisi... sebenarnya adalah comment atau respond dari sahabat terhadap entry aku...mostly on puisi aku...ada yang respond dalam bentuk puisi semula...ada yang memberi kata2 peransang...aku compilekan saja...hehehe

  33. GRuNGe says:
    July 27, 2009 at 11:58 PM

    Mari kita pergi ke kesudahan contoh-contoh yang di berikan.

    Contoh 1

    Jasin membuka kedai dobi. Dia mengalami kapayahan di tahun pertamanya membuka kedai dobi. Tapi menjelang tahun kedua, kedai dobinya mulai stabil. Sekarang, sudah lebih kurang 4-5 tahun kedai dobinya itu beroperasi. Dia berjaya membesarkan anaknya, membeli rumah dan kereta melalui hasil pendapatan dobinya. Lagi 3 tahun, hutangnya dengan PUNB akan tamat dan dia akan di graduasi kan melalui sistem prosper.

    Contoh 2

    Company tersebut kini telah dijual sepenuhnya kepada company lain. Kerana ketidak bolehan untuk survive.

    Contoh 3

    Sehingga kini Majid tidak berjaya berkenalan dengan awek itu.

    Contoh 4

    Kawan Majid tu akhirnya give up separuh jalan kerana semua kawan dan kenalannya serta saudara maranya berfikiran seperti Majid.

    Maaf, terlalu malas untuk membalas satu-satu komen.

    Wahai sifat rajin,
    Kemanakah kau menghilang,
    Hadirlah dikau ke diriku,
    Pada hari-hari yang mendatang.

  34. anak laut says:
    July 28, 2009 at 12:34 AM

    salam...bro,

    keadaan ekonomi makro negara kita sebenarnya masih tidak menentu walaupun telah keluar dalam krisis ekonomi sebelum ini, permintaan pengguna yang menyederhana, merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan prospeks pertumbuhan ekonomi domestik. Berikutan masalah semasa itu, ekonomi serantau yang lemah dijangkakan memberi impak ketara ke atas sektor luaran Malaysia, yang sejak bulan-bulan kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda kelesuan.

    jesteru itu, kalau saya, saya belum mampu menangung risiko untuk berhenti kerja dan mencebui bisnes..mungkin pendapat yang kolot, tak apa, masih belum berani..

    tq sudi singgah anaklaut..:)))

  35. oranglidi says:
    July 28, 2009 at 12:37 AM

    aha.. tu a.. wa pn plik lu x bidas komen sperti biasa. hehe.. xpe2.. wa rase inilah masanya lu dah bergelar blogger popular sbenarnya..

    wa dah analisa blogger2 seantero.. biasanya bila dah smpai satu saat, komen2 pembaca sgt2 byk dan hebat2..

    bukannye lu yang malas..tp maybe sbb trlampau byk utk lu jawap.. kalu lu jawap, confim panjangnye mengalah kan entri.. ehehe

    komen2 yang bernas dari pembaca lu sangat memuaskan.. best a lu..

  36. Anonymous Says:
    July 28, 2009 at 1:02 AM

    grunge: hidup sentiasa berisiko.. kadng2.. kte mmg x boleh brni sgt. anda tidak berfkrkn -.. cuma.. rasa kurg yakin itu anda. sumtimes. kte kena wt cmtu la. ini adalah norml. klu tlalu brni..nnt mkn dri sndri lak. trutma hal2 yang libtkn kwgn.. kesn tlalu besar kepada smua pihak. tp. lain padang lain lalang. lain org. lain ragam.. haha. erm.. tp part yang usha gurl tu.. kena cnfdnt ckit. sbb grunge x rugi ape2 pun.. lgpun.. x berisiko sgt. tul x??
    ---->btul ke oura ckp ni.. agaga..

  37. DaliaLiyana says:
    July 28, 2009 at 1:47 AM

    dalia yakin yang terbaik ialah kalau bro agak2 confuse ngn decision bro...better wat istikharoh la...petunjuk drNYA yang paling baik...mmg pilihan di tgn kite...
    all d best k...

  38. AiE bAhRi says:
    July 28, 2009 at 9:46 AM

    Bang, kadang2 kita bukan sebagai negative thinker tapi lebih kepada sikap berhati-hati dengan keadaan sekeliling sebab tu nmpak seperti seorang yang sentiasa berfikiran negatif, padahal tidak..

    Kalau saya dalam situasi macam tu, saya juga seperti itu, suka fikir yang negatif dulu secara dalam2. Tapi bukan ke arah terlalu negatif sampai tak boleh terima! Ia lebih kepada berhati2.

    Dan sejak kebelakangan, saya mmg seorang negatif thinker..lalalala~~~

  39. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 28, 2009 at 2:48 PM

    owh.. kesudahnya spt itu.. its not negative thinker tp bhati2 spt dikatakn oleh mereka yg lain.. kita tlalu ingin kn secure dlm stiap tindakan yg kita buat @ ambil.. :D

  40. VIP| fLoRa ™ © says:
    July 28, 2009 at 2:48 PM
    This comment has been removed by the author.
  41. v says:
    July 28, 2009 at 10:01 PM

    Wai ... banyak sangat komen sampai ko malas nak balas satu2 eh. Tak per, sometimes haku pun gitu walaupun komen yg ada kat blog haku sikit jer, sometimes pun haku kureng rajin nak balas satu per satu ...

  42. v says:
    July 28, 2009 at 10:02 PM

    tapi jawapan ko kat atas tu panjang bebenar boleh wat satu n3 len lak!!

  43. azimask says:
    July 29, 2009 at 9:20 AM

    salam

    contoh no 4 tuh macam penah dengar..
    sebijik ayat itu..
    agaknyer mereka mereka ini telah dilatih utk berkata begitu...

  44. azimask says:
    July 29, 2009 at 9:21 AM

    +ve or -ve thinking tertakluk pada individu n presepsi memasing..
    kekadang ada yang kata +ve.. kiter rasa -ve..
    ada kiter rasa +ve.. org lain kata -ve..
    so ni adalah hak memasing...

    huhuhuhhu

  45. @xiM says:
    July 30, 2009 at 11:27 AM

    bagi aku ko bukan berfikiran negatif..cuma ko macam tak yakin dengan something yang ko rasa mustahil..takpa,kalau ko buat mender yang ko minat mesti ko tetap akan buat walaupun orang kata mustahil..konsep nya nmacam tu lah..lagi satu,aku taw ko taku tngan risiko yang melibatkan wang ringgit..aku pun dah serik..dah banyak kali kena wooo....

  46. Saffa says:
    July 30, 2009 at 12:14 PM

    Maksud saffa ; Enable-kan : Name & URL.. kat bahagian choose identity ni..

    Semua orang tak akan terlepas daripada berfikiran negative. Kadang2 berfikiran 'negative' ni elok jugak. Kita akan terselamat daripada sesetengah perkara.

    Tapi kalau semua benda asik bfikiran negative. Masalah lar tu.

  47. BadekGonzalez says:
    July 30, 2009 at 6:15 PM

    bab negatif thinker tu, agak ssusah untuk dinilai dan diperkatakan.
    sebab???
    kite perlu berbuat baik berpada..
    berbuat jahat jangan sekali..
    berwaspada sentiasa..
    itu yg agama kite ajar kalau kite nak hidup senang.
    so,kalau dalam hati berniat dan mengamalkan oknsep berwaspada, buyle tolak tepi masalah pemikiran kite yang sering dianggap negative thinker...

  48. azimask says:
    July 30, 2009 at 10:19 PM

    wauu manyaknyer komen komen yg diremovekan.. hik hik

  49. v says:
    July 31, 2009 at 3:10 PM

    Now I know that somewhere in you lies a good soul which is currently looking for a way to improve, to love and to move on .. positively! But once in a while, it's good to be negative ... too!

  50. Anonymous Says:
    July 31, 2009 at 9:16 PM

    bg sye bukan negetave thinker tapi kurg keyakinan diri:)

  51. ♥S@R@♥ says:
    August 3, 2009 at 1:05 AM

    belum cuba belum tau..

    but before melakukn sesuatu tu kita perlu fikirkan apa yg -ve & +ve..

    tp sara rasa kamu ni cam takut tanggung risiko je..

    if sara, sara lebih suka ikut kata hati ;) (coz degil sikit klu kata nak, mesti nak gak )

  52. apLe dE gadiZ says:
    August 4, 2009 at 11:29 PM

    huhu actually x tau nak komen per kt entry nieh .. .

  53. apLe dE gadiZ says:
    August 4, 2009 at 11:29 PM

    tapi thanx la bcoz masuk ma blog...komen2 ma blog agik,,tau2