aKu YaNG CoMPLiCaTeD (PaRT 1)

Aku dah ketandusan idea untuk menulis. Mana taknya, kalau aku tak keluar buat audit, kerja aku seharian adalah menulis report untuk audit aku. Kadang2, aku rasa macam nak pecah kepala aku memikirkan ayat2 untuk aku tulis.

Okies, aku nak mulakan nama aku. Aku rasa, senang kalau aku tulis dengan cara membiodatakan penulisan perihal diri aku.

Nama: N*******N

Umur: 31 tahun pada Oktober 2009

Pekerjaan: Audit Dalaman

Alamat: Shah Alam

Nombor telefon: Hotlink & I Will Follow You

Tinggi: 174cm pada tahun 2002

Berat: Biggest loosers

Rambut: Dahulunya kerinting kini dah lurus

Minat: Membaca buku cerita orang putih (ada lagi 2 buku tak baca yang telah dibeli pada tahun 2008), giler chatting, perokok tegar, suka menyanyi (tapi suara tak sedap, kesedaran yang timbul selepas berkaraoke dengan amy dan sarah), suka tengok astro dan macam2 lagi

Makanan kegemaran: Ayam dan Kentang

Minuman: Nescafe Ais


Sebenarnya, aku tak reti macam mana nak ceritakan perihal diri aku. Tapi, kalau orang tengok aku dan tak kenal aku, pasti akan ingat aku seorang yang serius dan garang. Mak aku selalu cakap, muka aku bengis, sejak dari kecik muka tatak senyum. Tapi pada mereka yang kenal aku, aku boleh dikatakan agak peramah dan senang di bawa berbual. Kepala otak aku ni agak gila-gila (mungkin ni merupakan salah satu lagi sebab aku guna nick pesakitmentaltampoi).

Aku rasa, perangai aku ni berubah-ubah mengikut angin. Dark pernah cakap, aku ni ada penyakit datang bulan macam orang perempuan. Susah jugak aku ni sebenarnya. Ada seorang kawan aku (pengusaha restoran makanan segera) mengatakan bahawa aku ni seorang yang sukar diramalkan. Mungkin jugak la. Sebab benda yang paling aku suka buat ialah sesuatu yang orang tidak akan duga (dengan istilah lain, suka buat suprise). Aku tak suka jadi stereo type, aku suka jadi unik (ala-ala Grunge life style), lain dari yang lain. Tapi kadang-kadang, aku rasa diri aku ni sendiri seorang yang typical. Hehehehe. Buat something yang semua orang buat. Sebagai contoh, aku sebenarnya kalau boleh, tak nak tulis perihal diri aku, tapi masih ramai yang minta aku menulis serba sedikit pasal aku.

Aku tengah tak ada mood nak tulis panjang lebar. Lagi pun, feedback dari kawan-kawan aku, mintak aku meringkaskan (ringkasan dan summary merupakan perkara yang susah pada aku semasa di sekolah menengah) blog aku. Jadi, dengan ini aku nak mengakhiri kisah diri aku ni. Insya-allah, aku akan sambung citer ni di lain masa dan waktu. (Aku dah hutang banyak dekat blog ni, Nirvana dan bagai-bagai lagi).

CoReTaN KHaS uNTuK DiRi Mu YaNG Ku aNGGaP iSTiMeWa

"Saya ni tak baik untuk awak, awak carilah orang lain sebab awak layak mendapat orang yang lebih baik dari saya".

Rasanya, semua orang biasa dengar ungkapan ni. Ungkapan ni, pada aku merupakan ungkapan yang biasa diberikan oleh orang kepada seseorang yang mereka tak dapat nak sayang dan cinta. Aku rasa, peratusan orang yang menggunakan ungkapan ni mungkin mencecah 77% (anggaran kasar aku). Kenapa ramai yang suka menggunakan ungkapan ni yea? Mungkin sebab ayatnya lebih sopan kalau nak dibandingkan dengan "aku tak suka kau, apa kata kau jangan kacau aku lagi".

We Have Our Moment

Aku rasa, semua kita akan menyimpan suatu rahsia dalam diri kita. Biasanya, rahsia yang kita simpan, pastinya berkait rapat dengan kehidupan silam kita. Biasanya, ianya merupakan suatu peristiwa hitam dalam hidup kita atau pun kejadian yang tidak dapat kita banggakan. Kalau nak ikutkan, aku pun banyak menyimpan rahsia diri aku. Tapi, biarlah detik yang menentukan sama ada aku akan menceritakan atau tidak kisah hidup aku. Pada aku, semua manusia akan membuat kesilapan dalam hidup kerana ia adalah lumrah kita sebagai manusia. Kita bukan nabi yang bersifat "maksum" (bebas dari melakukan dosa). Apa yang paling menakutkan aku, adakah kesalahan yang telah dan pernah aku buat akan dimaafkan oleh Allah. Adakah kita masih sempat bertaubat, atau adakah kita akan mati sebelum sempat bertaubat. Ayat yang aku guna macam aku ni bagus, tetapi, ketahuilah, sesungguhnya, aku merupakan antara orang yang banyak kesalahan. Buat kalian yang membaca, aku harap kalau aku ada dosa dengan kalian, harap kalian maafkan lah aku.

"Jangan dikenang kisah silam, bangkit, berjuang dan pandanglah kehadapan, kerana disitulah terletaknya masa depan".

Pada aku, kisah silam merupakan suatu sejarah yang telah berlaku, dan perlu kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah tersebut. Aku rasa, itulah yang selalu ditekan oleh cikgu-cikgu Sejarah kita dahulu semasa mengambil subjek ni masa sekolah menengah dahulu. Aku rasa, kita perlu praktikkan apa yang disampaikan. Mulakan dengan kehidupan kita sendiri. Aku yakin dan pasti, ramai diantara kita yang masih dihantui kisah silam mereka. Mereka terlalu takut kisah silam mereka akan mendatangkan kesan terhadap kehidupan bau yang telah dibina. Sebenarnya, tidak perlu lah takut dengan kehidupan dan kisah-kisah lampau. Kerana kejadian-kejadian yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Tapi, janganlah sekali-kali memandang kehidupan yang telah kita tinggalkan dengan rasa ingin kembali ke kehidupan tersebut.

Pelikkan
kehidupan ni. Sebab seringkali terjadi kejadian yang tak pernah kita fikirkan. Tapi, apa-apa pun, syukurlah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup.

KL eiGHT GaTHeRiNG

Masuk bulan ni, aku rasa baru jer 3 bulan aku join chenel kl8 (mungkin lebih). Kalau ikut dari usia aku chat dekat dalam chenel ni, dah dua kali gahering (boleh ke yang first tu dikira gathering?) diadakan. Satu gathering bulan empat hari tu (ke bulan tiga?). Gathering yang first ni terjadi secara kebetulan jer. Dimana sorang chatters sms ajak sorang chatters lain tengok wayang dan kemudiannya menyampaikan (forward) sms tu dekat yang lain. Kehadiran masa tu adalah seramai 6 orang. Aku tak join gathering ni, sebab by the time aku dapat sms, jam telah menunjukkan pukul 1:00 pagi. Jadi aku pun tak pat ler nak join.

Semalam
, 9/5 gath ke dua telah di adakan. Gath ni telah di iklankan dalam http://kleightunited.blogspot.com (unofficial kl8 blog). Sebenarnya, aku 50-50 antara nak pergi dengan tak pergi. Lebih-lebih lagi semalam aku kena paksa bertugas menjad cashier. Tapi, lepas Maghrib, aku kuar jugak rumah dengan takde hala tuju. Aku call dark, tanya apa plan untuk gath malam tu. Dia cakap, just lepak makan, main bowling and karaoke. Mula-mula, yang konpim nak pergi Cutie, Kid, Vers dan Dark, (Ain kansel di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan). Aku, Amy dgn Biskut (dia ni aku panggil Pom) jer, join di saat akhir.

Kalau nak aku tulis, banyak,
tapi aku akan ringkaskannya. Acara semalam, kami ber 7 hanya sempat ber karaoke selama dua jam di Bremm Mall (asalnya nak karaoke di hadapan Times Square, tapi tempat tu penuh). Aku tertarik nak citer pasal hal karaoke, tapi, takut tidak mendapat persetujuan mereka yang hadir. Apa yang boleh aku katakan, lepas ni aku mungkin tak join lagi acara karaoke (boleh ke aku buat begitu?) sebab malu dengan ada dua orang chatters yang mempunyai suara yang bagus (kalau masuk AF atau One In A Million) boleh lepas kelayakan. Lepas karaoke, kita orang lepak dekat Sentul dan kemudiannya aku balik. Aku sampai rumah betul2 sebelum azan Subuh.

Di sini aku ingin mengucapkan
terima kasih kepada Dark, kerana berjaya untuk meyakinkan aku untuk join gath. Terima kasih juga kepada Amy dan Pom sebab join kita orang, dan maaf kerana tidak dapat hantar korang balik. Thanks untuk Vers kerana menggantikan aku hantar budak dua orang tu. To Cutie and Kid, it is nice to meet and get to know both of you. Both of you are so cute. Okies, till we meet again. Harap next time, ramai lagi yang boleh join gath kl 8. Aku teringin gak nak jumpa dengan orang lain macam Zita, Daniel, Maria, Red (mamat ni dah lama gila tak online), Miem (ketua kampung kl8) dan mereka2 yang selalu duk merepek dekat chenel. Marilah mengeratkan ukhwah kl 8 kita.......................

KeKeCeWaaN

Bila baca topik ni, mesti orang tertanya-tanya mengapa dan apa yang telah terjadi pada diri aku. Terus-terang aku katakan, bahawa hari ini merupakan hari yang agak mengecewakan bagi aku. Kecewa kerana perempuan? Cukup-cukuplah aku dikecewakan. Dah berkali-kali menghadapi perkara ni dan aku rasa, aku dah lali dengan benda seperti ni. Kecewa dengan kehidupan? Bolehkah kita kecewa dengan hidup yang kita lalui? Dimana kesemua keputusan, kita yang tentukan? Aku mungkin kecewa dengan diri aku sendiri, dengan apa yang pernah aku buat, tapi kehidupan, perlu diteruskan.

Hari ini
aku mempunyai tugasan di luar. Hari ini juga, aku mempunyai temu janji dengan "Head Hunter" (aku kurang pasti apakah selepas terjemahan ianya dipanggil pemburu kepala atau pemburu pekerja) pada waktu petangnya. Tiba waktu yang dijanjikan, aku pun bertemu dengan "Head Hunter" tersebut. Buat pengetahuan semua, aku merupakan seorang yang yakin terhadap diri dan kebolehan diri aku. Tapi aku mempunyai kelemahan aku tersendiri. Pada pengamatan aku, aku akan berasa gugup bila berhadapan dengan orang yang aku rasa lebih bagus dari aku. Aku yang pada mulanya rasa yakin, kini menjadi seorang yang kurang keyakinan. Aku yang perasan diri ku sudah cukup bagus, kini rasa diri ku ini terlalu kecil. Penemuduga meminta aku menceritakan perihal diri aku. Aku dengan bersahaja, menceritakan sedikit sebanyak perihal diri aku. Aku tersentap pabila aku kaku bila menceritakan perihal diri aku dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku teringat kekurangan diri aku yang akan menjadi kurang fasih bila bercakap dalam Bahasa Inggeris bila aku merasakan aku kurang bagus dari orang yang sedang aku hadapi.

Selepas
temuduga tidak rasmi itu, aku rasa agak kecewa dengan diri aku dan terhadap prestasi aku. Ku fikirkan kembali apakah yang membuatkan aku menjadi kaku sedangkan aku menggunakan Bahasa Inggeris dalam pekerjaan aku seharian. Apakah aku kurang mempraktikkan bahasa itu atau aku memang kaku. Rasanya, aku perlu mencari seseorang yang boleh membantu aku memperbaiki kemahiran bertutur ku dalam Bahasa Inggeris. Jadi, mulai hari ini, aku bertekad untuk memperbanyakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pertuturan aku seharian. Mungkin adalah benar, aku masih lemah dalam penguasaan aku dalam bahasa ini, mahu di dalam pertuturan, atau di dalam penulisan.

GRuNGe BaND : NiRVaNa (PaRT 1)

Introduction

Nirvana was an American rock band that was formed by singer/guitarist Kurt Cobain and bassist Krist Novoselic in Aberdeen, Washington in 1987. Nirvana went through a succession of drummers, the most notable being Dave Grohl, who joined the band in 1990. With the lead single "Smells Like Teen Spirit" from the band's second album Nevermind (1991), Nirvana entered into the mainstream, bringing along with it a subgenre of alternative rock called grunge. Other Seattle grunge bands such as Alice in Chains, Pearl Jam, and Soundgarden also gained popularity, and as a result, alternative rock became a dominant genre on radio and music television in the United States during the early-to-mid-1990s. As Nirvana's frontman, Kurt Cobain found himself referred to in the media as the "spokesman of a generation", with Nirvana the "flagship band" of Generation X. Cobain was uncomfortable with the attention and placed his focus on the band's music, believing the band's message and artistic vision to have been misinterpreted by the public, challenging the band's audience with its third studio album In Utero (1993).

Nirvana's brief run ended with Cobain's death in April 1994, but the band's popularity continued in the years that followed. In 2002, "You Know You're Right", an unfinished demo from the band's final recording session, topped radio playlists around the world. Since their debut, the band has sold over twenty-five million albums in the US alone, and over fifty million worldwide.




History

Early Years

Cobain and Novoselic met in 1985. Both were fans of the Melvins, and frequented the band's practice space. After a couple of false starts at forming their own band, the duo recruited drummer Aaron Burckhard, creating the first incarnation of what would eventually become Nirvana. Cobain later described the sound of the band when they first started as "a Gang of Four and Scratch Acid ripoff". Within a few months, Burckhard was fired from the band. He was temporarily replaced by Dale Crover of the Melvins, who played on the band's first demos. Dave Foster then began a brief tenure as the band's drummer.

During its initial months, the band went through a series of names, including Skid Row, Pen Cap Chew, and Ted Ed Fred. The band finally settled on Nirvana in early 1988, which Cobain said was chosen because "I wanted a name that was kind of beautiful or nice and pretty instead of a mean, raunchy punk rock name like the Angry Samoans". Nirvana played their first show under the name that March. A couple of months later, the band finally settled on a drummer, Chad Channing.

Nirvana's first release was the single "Love Buzz/Big Cheese" in 1988 on Seattle independent record label Sub Pop. The following year, the band released its first album, Bleach. To record Bleach, the band turned to noted local producer Jack Endino, who had recorded the band's first studio demos. Bleach was highly influenced by the Melvins, by the heavy dirge-rock of Mudhoney, 1980s punk rock, the Pixies, and by the 1970s heavy metal of Black Sabbath. Novoselic noted in a 2001 interview with Rolling Stone that the band had played a tape in their van while on tour that had an album by The Smithereens on one side and an album by the black metal band Celtic Frost on the other, and noted that the combination probably played an influence as well. Bleach became a favorite of college radio stations nationally, but gave few hints of where the band would find itself two years later.

The money for the recording sessions for Bleach, listed as $606.17 on the album sleeve, was supplied by Jason Everman. Everman was introduced to Cobain by Dylan Carlson, but had known Channing since the fifth grade. Everman began hanging out with the band, and offered to lend the money to them for the recording. Though Everman did not actually play on the album, he was credited for playing guitar on Bleach because, according to Novoselic, they "wanted to make him feel more at home in the band". After the album was completed, Everman had a brief and contentious stay with the band as a second guitar player, but was fired following their first US tour.

In a late 1989 interview, Cobain noted that the band's music was changing. He said, "The early songs were really angry ... But as time goes on the songs are getting poppier and poppier as I get happier and happier. The songs are now about conflicts in relationships, emotional things with other human beings". In April 1990, the band began working with producer Butch Vig at Smart Studios in Madison, Wisconsin on recordings for the follow-up to Bleach. During the sessions, Kurt and Krist became disenchanted with Channing's drumming, and Channing expressed frustration at not being actively involved in songwriting. Not long after the sessions were complete, Channing was gone from the band. After a few weeks with Dale Crover of the Melvins filling in, Nirvana hired Mudhoney drummer Dan Peters, with whom they recorded the song "Sliver". A few weeks later, Buzz Osborne of the Melvins introduced them to Dave Grohl, who was looking for a new band following the sudden break-up of D.C. hardcore punks Scream. A few days after arriving in Seattle, Novoselic and Cobain auditioned Grohl, with Novoselic later stating, "We knew in two minutes that he was the right drummer".