iKHLaS aTau TiDaK

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita pada hari ini untuk memperkatakan isu berkaitan ikhlas atau tidak.

Pernah tak korang tolong kawan-kawan korang tanpa berharap akan balasan? Pada yang tak pernah tu, tak tahulah apa nak jadikan. Tapi aku percaya ramai antara kita yang memang menolong dengan perasaan ikhlas. Contoh, tolong kasi pinjam duit, tolong hantarkan resume dan berbagai-bagai contoh lain. Tapi betul ke kita benar-benar ikhlas?

Pernah tak korang terfikir menyesal tolong (di kemudian hari) bila korang mengalami kesusahan, dan tiada pertolongan diberikan oleh kawan-kawan yang telah dan pernah kita tolong? Jadi, bagaimana yea nak cakap ikhlas tapi menyesal di kemudian hari?

Boleh ke ikhlas tu wujud semasa menolong dan kemudian ikhlas tu jadi tak ikhlas bila kita mengharapkan kembali balasan pertolongan ketika kita memerlukan di kemudian hari? Terus terang, aku ada perasaan macam ni sekarang.

Ada tak sesiapa yang boleh terangkan dekat aku konsep ni sebab aku takut, di kala ada perasaan yang sebegini akan timbul hasutan syaitan untuk menyalahkan ketentuan dimana boleh menggugat keimanan aku nanti (e.g. timbul persoalan kenapa time aku susah tak ada pun orang nak tolong aku kepada Allah dan mungkin mempertikaikan adilkah ketentuannya). Harap ada yang dapat membantu.

4 Response to "iKHLaS aTau TiDaK"

  1. Masy says:
    May 9, 2012 at 1:38 PM

    jangan menyesal.. sia2 je pahala yg kita kutip masa menolong dulu. pertolongan tu x semestinya dtg dr org yg kita tolong, nanti ade laa tu dr sape.. dlm dunia ni ramai lg manusia, takkan sorg pun x nmpk kesusahan tu..

    githooooo..~

  2. Shila says:
    May 9, 2012 at 2:33 PM

    mungkin apa yg kita buat, balasannya x dalam bentuk yg sama..

    mcm ape2 kebaikan yg ko dah dpt before ni, penah x ko persoalkn..?

    hihi..

    oke, xtau nk kata apa..


    tapi kita memang cpt marah kalau balasan yang kita harapkn, kita xdapat...

  3. GRuNGe says:
    May 9, 2012 at 3:53 PM

    Masy: Kadang-kadang bukan nak menyesal, tapi bila berkeadaan sebegitu iaitu dalam keadaan tertekan, cepat syaitan ni memainkan peranan mereka.

    missSenget: Kita cepat marah dalam keadaan terdesak. Kalau tak terdesak, mungkin tak berlaku perkara ni.

  4. Unknown says:
    August 20, 2016 at 6:19 PM

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)